39. PASRAH

Fantasy Completed 227388

Fadhlan masuk kedalam bilik pejabatnya terkejut melihat Falisha yang sedang duduk di lantai bersama dengan Zayyad. Disamping mereka ada seorang lelaki yang terbaring tak sedarkan diri.

“Ya Allah, kenapa ni?” Tanya Fadhlan cemas. Berpaling Falisha yang sedang bertungkus lumus membalut luka Jiwari.

“Papa dah balik? Kenapa papa balik cepat sangat?” Falisha mempercepatkan lagi tangannya membuat kejarnya sehingga selesai.

“Ini siapa pula?” Fadhlan menunjuk kepada lelaki yang terbaring di lantai ruang pejabatnya itu.

“Papa..” Falisha berpaling melihat kepada Zayyad. Menghantarkan isyarat agar Zayyad menjawab bagi pihaknya.

“Dato’.. Sebenarnya salah saya. Orang ini masuk ke dalam pejabat dato’ tanpa saya sedar dan menyerang” Zayyad menunjuk kepada Falisha.

“Abang dah selesai. Abang bawa dia nak naik baring di sofa dulu..” Falisha memberi arahan, kemudian dia turut ikut bangun dari terus duduk di lantai.

“Serang Isha? macam mana dia boleh serang Isha ni, isha macam mana?” cemas Fadhlan bertanya dan meneliti anaknya dari rambut hingga hujung kaki. Malah  memusingkan Falisha untuk melihat. Takut kalau Falisha ada terluka di mana-mana.

“Papa, Isha tak apa-apa. Mana Wazien pa?” tanya Falisha melihat Fadhlan hanya masuk ke dalam bilik itu seorang diri. Tertoleh-toleh dia melihat belakang Fadhlan yang kosong itu.

“Wazien dia ada di bawah, Aryan ada di bawah tadi, ada perkara yang mereka nak bincang bersama” jelas Fadhlan.

“Hah! Aryan tak balik lagi? Buat apa dia nak berjumpa dengan Wazien pula? Dia nak apa lagi pa?” tanya Falisha.

“Kita risaukan dia, dia sibuk risaukan orang lain. Sekarang ni macam mana dengan lelaki tu. Nanti tak pasal pulak dia mati dalam pejabat papa ni. Takkan nak biarkan saja dia macam tu? macam mana nak bawa dia keluar dari office papa ni?” tanya Fadhlan cemas melihat kepada Zayyad yang sedang menguruskan Jiwari. Fadhlan bertambah cemas dan rimas bila melihat ada tompokkan darah yang ada di karpet pejabatnya itu.

“Jangan risau pa. Isha akan uruskan cumanya sekarang ni Isha kena tunggu Wazien.” Falisha berjalan masuk kedalam bilik air yang ada di ruangan bilik pejabat Fadhlan untuk mencuci tangannya.

“Apa dah jadi sebenarnya ni Zayyad?” tanya Fadhlan menghampiri Zayyad yang sedang berdiri kaku di samping sofa.

“Saya pun tak pasti dato’..” pendek saja jawapan dari Zayyad.

“Papa, Isha turun ke bawah sekejap ya.”  Kata Falisha yang baru keluar dari bilik air, mengambil tisu untuk mengeringkan tangannya.

“Tak payah lah turun. Biar saya Wazien jumpa dengan Aryan tu. Nak sangat dia jumpa dengan menantu papa tu. Biarkan saja dia” Halang Fadhlan.

“Mana boleh macam tu papa. Tak apa Isha turun sekejap yea.” Falisha berlalu pergi terus keluar dari bilik itu.

“Budak ni!” keluh Fadhlan. Melihat pintu pejabatnya yang sudah tertutup rapat kembali.

Falisha mengatur langkahnya mancari-cari kelibat suaminya. Terasa kesal kerana tak bertanya dahulu kemana suaminya itu pergi bersama dengan Aryan, kepada papanya tadi.

Diruang terbuka di sebuah taman mini. Terdapat dua pemuda sedang berdiri menghadap sesama mereka. Seorang yang berwajah tegang, seorang lagi sekadar santai tersenyum kepada lelaki yang ada di hadapannya.

“Aku Aryan! kekasih Falisha Irdina. Tentu kau tahu kan tentang itu” keras nada suara Aryan menyatakan perkara itu kepada Wazien.

“Saya Wazien. Suami Falisha” Wazien menyuakan tangannya untuk bersalaman. Aryan melihat tangan Wazien yang dihulurkan di hadapannya.

“Hemm! Suami?” Aryan memperlekehkan Wazien yang memperkenalkan dirinya sebagai suami kepada Falisha. Terasa lelaki yang bernama Wazien itu sedang menyindirnya secara berhadapan.

“Ya, saya suami kepada Falisha. Apa yang Encik nak bincangkan dengan saya? Ini pasti berkaitan dengan isteri saya kan?” Tanya Wazien. Menjatuhkan kembali tangannya ke bawah semula.

“Isteri?” Aryan berpaling kearah lain dengan mengurut lembut rahangnya. Geram bila perkataan isteri pula yang di dengarinya kini.

“Ceraikan dia! Dia milik aku, kau hanya penganggu diantara hubungan kami! Apa yang nak sebagai gantinya? Duit? Berapa yang kau nak. Aku akan bayar. Beritahu aku berapa.. cakap!” tegas Aryan yang sudah di kawal dengan rasa amarahnya.

“Saya sudah ada cukup duit, kenapa saya perlu menjual isteri saya kepada encik.” Balas Wazien.

“Jadi kau nak apa?”

“Saya dan Falisha masing-masing saling menyayangi. Harap encik faham dengan maksud saya ni..” jelas Wazien. Rasanya tak perlu dia membuang tenaganya berurusan dengan Aryan. Apa yang dia mahu hanyalah kedamaian kedua-dua belah pihak.

“Aku tak percaya! Dalam sekelip mata Isha dengan mudahnya jatuh cinta kepada seorang lelaki asing macam kau ni. Tentu kau guna-gunakan dia, sampai dia buta dan dikaburi dengan kata-kata manis dari kau kan! Aku percaya dia masih cintakan aku! dalam hati dia cuma ada aku! kau.. kau hanya tempat dia mengadu, semasa dia kecewa..” Aryan menolak bahu Wazien. Memancing emosi Wazien. 

Wazien menunduk melihat bahunya yang disentuh oleh Aryan tadi. Kemudian dia mengangkat kembali wajahnya melihat kepada Aryan dengan senyuman yang terhias di wajahnya.

“Saya tak pernah memaksa Falisha untuk bernikah dengan saya Encik. Rasanya tak perlulah saya nak terangkan bagaimana hubungan kami. Kerana kami masing-masing lebih memahami dengan apa yang kami rasa.” Lembut bicara Wazien seperti biasa.

“Kau ni! kenapa kau tak faham bahasa. Aku akan tetap nakkan Isha. Kau tak Faham?! Dia milik aku! milik aku!” marah Aryan seperti orang kerasukkan.

“Macam ni encik. Saya sebagai suaminya, takkan sesekali melepaskan Falisha. Orang yang saya sayang dan cintai selama ini. Kecuali ajal yang memisahkan kamu berdua.”

“Tak payah nak bermadah pujangga di hadapan aku!” potong Aryan dengan wajah yang merah menahan amarahnya.

“Aku akan rampas dia dari kau!” Aryan melepaskan satu tumbukan yang dihalakan tepat kepada muka Wazien.

Tumbukan itu ditangkap oleh Wazien, tangan Wazien mengengam tangan Aryan.  Tak terasa langsung impak tumbukan dari Aryan. Sungguh Aryan bukanlah tandingannya. Bekerut dahi Aryan menahan rasa, tangannya bagaikan sedang terbakar. Dia cuba untuk menarik kembali tangannya. Tapi langsung tak terlepas dari cengkaman tangan Wazien yang sedang berdiri tersenyum dihadapannya dari tadi.

“Lepaskan tangan aku!” muka Aryan yang sudah merah. Bertambah merah lagi. Terasa urat-urat tangannya disambar oleh api yang sedang marak naik sampai ke lengannya.

“Kanda..” kedengaran suara lembut menyapa buah hatinya. Terus Wazien melepaskan tangannya yang mencengkam tangan Aryan tadi.

Sunyi! 

Hanya bunyi kasut tumit tinggi Falisha memenuhi ruangan itu berjalan menghampiri Wazien. Aryan pula sedang berkerut wajahnya menahan sakit yang dia sendiri tak dapat gambarkan sekarang ini, melihat kepada Falisha.

“Sudahlah tu Kanda. Kita ada urusan lain yang masih menanti” lembut Falisha menyapa Wazien.

“Ia.” Berbaliklah pasangan itu bersama untuk pergi. Tanpa menghiraukan Aryan.

“Isha!” Aryan masih berusaha memanggil Falisha. 

Falisha mendongak melihat kepada suaminya sebelum dia berpaling kepada Aryan. Wazien menjatuhkan kepalanya kebawah, mengangguk.

“Aryan. Terimalah kenyataan, bunga bukannya sekuntum. Kita masing-masing berhak untuk bahagia. Isha sudah jumpa kebahagian Isha.” Falisha memegang tangan Wazien. Bukan niat nak menayang kebahagiaannya di hadapan Aryan tapi untuk memberitahu yang itu adalah pilihannya. 

“Kami..” 

Falisha berpaling dan mendongak sekali lagi melihat kepada Wazien. Satu senyuman manis diberikan kepada Wazien. Wazien membalas senyuman itu dan menguatkan lagi gengaman tangannya memegang tangan Falisha.

“Kami tak lama lagi akan menjadi mama dan papa..”

Satu keyataan yang cukup menyakitkan buat Aryan, tapi berbeza dengan pasangan yang sedang tersenyum lebar dihadapnnya itu. Memancarkan sinar kebahagian mereka tanpa ditutup-tutup lagi.

“Sampai hati Isha..” ucap Aryan, terasa hatinya bagaikan sedang jatuh pecah menjadi berkeping-keping.

Hancur segala harapan dan impiannya kini. Fahamlah yang Falisha sudah benar-benar menyerahkan jiwa dan raganya kepada lelaki yang bergelar suaminya itu. Lelaki itu bagaikan telah menewaskannya berkali-kali tanpa mereka melangkah masuk ke gelanggang pertarungan lagi. Aku kalah!

“Aryan.. carilah kebahagian buat diri kau sendiri. Andai sungguh Natrah mencintai kau. Terimalah dia seikhlas hati. Percayalah cinta itu akan hadir nanti. Cinta yang ikhlas dari hati akan datangnya berkat. Insyaallah.. Berilah dia peluang, untuk dirinya dan untuk kau juga Aryan. Isha doakan Aryan dan Natrah sama-sama mendapat peluang itu dan berbahagia seperti yang lain..”

“Tuhan takdirkan kita tak berjodoh bersama. Tapi bukannya kita perlu memusuhi sesama sendiri kan? Kita masih boleh bersahabat bukan?” Falisha mengangkat lengan Wazien dan menyuakannya kepada Aryan bagi pihaknya.

Aryan melihat tangan Wazien yang terangkat seperti awal tadi. Tangan itu kini disokong oleh Falisha. Berat hati Aryan nak menyambut tangan itu. Bagaikan menerima kekalahannya sendiri. Pasrah! Dan tak berdaya melawan takdir yang sudah tertulis. Wajah Falisha dan Wazien yang ada di hadapannya itu dipandangnya.

“Aku.. mengalahh..” tangan Wazien disambut oleh Aryan dengan rasa kecewa yang amat dalam di hatinya.

“Kau tak kalah sahabat, kami akan sentiasa menyokong kamu wahai sahabat. Jodoh yang tercipta untuk kamu masih ada di luar sana. Carilah, dan jagalah ia sebaik mungkin.” Nasihat Wazien. Aryan mengelengkan kepalanya perlahan dan lemah. Tanpa membalas sepatah kata pun kepada pasangan itu dia berlalu pergi  begitu saja.

Langkah diatur lemah berjalan keluar dari pejabat Fadhlan. Menuju ke kenderaannya. Sungguh sakit hatinya itu, kini bagaikan terpadam selepas mendengar berita yang disampaikan Falisha itu. Fikirnya hubungannya dengan Falisha masih mempunyai harapan. Walaupun harapan itu tipis. Dia tetap akan perjuangkan sampailah Falisha menjadi miliknya semula. Tapi! Anak yang bakal lahir itu. Puncanya dia memadamkan niatnya yang sedang berkobar-kobar itu. Tangan diangkat memegang stering kereta.

“Arrgh!” Aryan mengerang kesakitan bila urat tangannya mula terasa sakit kembali.

“Kenapa sakit macam ni sekali?” keluh Aryan mengurut tangannya. Dia berpaling melihat kepada pasangan suami isteri yang baru hendak berlalu pergi. Sayu hatinya sekali lagi melihat Falisha melangkah pergi bersama dengan orang yang dia sayang menjauh darinya

“Terimalah saja Aryan, memang salah tu asalnya datang dari kau sendiri. Betullah! Tak semua peluang kedua itu wujud. Aku tak sangka kau akan cepat mencari penganti aku. aku.. yang bod*h melepaskan kau pergi dulu Isha. Andai waktu boleh diundur semula. Aku akan pebetulkan semuanya semula. Sekarang aku terpaksa terima walaupun hati aku sakit.” Aryan memandu kereta keluar dari kawasan pejabat dengan tangan yang masih terasa bisanya dan hatinya yang luka parah.

“Kasih, apa yang kasih cakap tadi tu. Kanda harap bukannya satu gurauan. Untuk Aryan putus harapan mengejar Kasih.” Perlahan getar nada suara Wazien sambil ibu jari tangannya mengelus lembut belakang tangan Falisha.

Falisha yang sedang melihat kepada lampu L.E.D lift itu tak berpaling. Kedua-dua bahunya naik keatas membalas kepada Wazien.

“Hemm. Kanda harap apa yang dikatakan oleh  kasih itu nyata.. amin.” Wazien menadah tangannya mengaminkan bicara doanya. Didalam hati berharap dengan sangat itu benar-benar terjadi. Jika tidak, dia akan terus menitip doanya kepada Maha Pencipta.

“Sekarang ni ada urusan yang lebih penting kanda. Nanti-nanti saja kita bincangkan hal ini..” barulah Falisha berpaling melihat kepada Wazien yang ada disisinya.

“Ya Allah! Urusan apa yang lebih penting daripada ini?” ayat itu dinyatakan didalam hatinya.

“sesuatu telah berlaku Wazien. Bersiap sedialah. Hadapilah dengan tenang.” Suara Bayu bergema didalam fikiran Wazien.

Wazien berpaling melihat kepada Falisha. Wanita itu nampak tenang, setenang air di sungai di mata Wazien. Tertanya-tanya apa pula yang berlaku kali ini. Bermacam-macam kejutan yang diterima oleh Falisha saban hari. Membuatkannya sudah terbiasa dengan hal itu. Sebaik melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Fadhlan. Berdirinya Fadhlan dan Zayyad yang sedang memandang kearah mereka berdua.

“Kanda sini..” Falisha menarik tangan Wazien agar mengikutnya.

“Jiwari? Buat apa dia disini? Dia ni…” Terkejut Wazien melihat Jiwari terbaring di atas sofa.

“Orang suruhan.. Maheem, dia datang cari Quhb, Deena!” menjelmalah Deena di ruangan itu.

Melangkah mundur Fadhlan dan Zayyad menjauh dari pasangan suami isteri itu bila melihat harimau berbulu putih besar itu menjelmakan dirinya. Fadhlan tidak pernah melihat semangat Falisha mahupun Yaseera yang muncul sebegitu. Selalunya dia hanya melihat semangat itu didalam tubuh mereka sahaja. Deena meletakkan Quhb yang lemah terkulai di atas lantai bilik itu. Wazien beralih memeriksa keadaan Quhb.

“Dia semakin lemah kerana berjauhan dengan tuannya.” Jelas Wazien. Kemudian Wazien bangun berdiri semula.

“Macam mana ni kanda?” tanya Falisha. Memegang dada baju Wazien.

“Caranya adalah hantar dia pulang semula kepada Maheem. Barulah dia akan sihat seperti sedia kala. Quhb adalah milik Maheem. Itulah hakikatnya.” Jelas Wazien. 

“Dia pula..” Wazien berpaling melihat kepada Jiwari.

“Kanda akan hantarkan dia kepada puak dia semula.” Jelas Wazien.

“Puak dia? Kasih ikut!” pantas Falisha menyampuk.

“Kasih tinggal bersama dengan papa dan Zayyad dulu buat masa ni. Puak bintang tak pernah terpikir masih wujud waris harimau putih. Bagi mereka keturunan harimau putih telah berakhir. Tinggallah disini.” Falisha menarik wajahnya masam mencuka serta merta.

“Jadilah isteri yang baik. Tinggallah disini sehingga kanda datang menjemput kasih semula.” Jelas Wazien mengosok lembut kepala Falisha.

“Deena. Jagakan Falisha. Papa..Zayyad.. Assalamualaikum” Wazien mengampu Jiwari bangun kemudian dia hilang di saat angin datang menyapa mereka semua.

“Waalaikum salam” serentak dua lelaki itu menjawap.

Falisha menghempaskan tubuhnya dengan kasar duduk di atas sofa. Masih tetap tak puas hati, kerana ditinggalkan oleh Wazien.

“Isha jangan buat perangai seperti budak-budak. Wazien pergi ada urusan kan. Bukannya saja-saja dia nak pergi.” Fadhlan mengambil tempat duduk di samping Falisha.

“Apa salahnya kalau Isha ikut sama. Dia pergi macam tu saja pa. Berapa hari dia pergi? Pergi kemana? Apa semua Isha tak tahu..” rungut Falisha tak puas hati.

“Tempat tinggal puak bintang tu jauh, lebih baik wazien pergi sendiri. Hmm ini? Macam mana?” Zayyad menunjukkan kepada Quhb. Falisha terus bangun menghampiri Quhb dan mengendongnya. Dia bawa Quhb sama-sama duduk di sofa bersama dengan Fadhlan.

“Ini Quhb papa. Dia milik Maheem. Isha jumpa dia di hospital masa papa dirawat dulu.” Jelas Falisha.

“Milik Maheem?! Kenapa Isha simpan dia.?” tanya Fadhlan. Dia menjauh dari makhluk yang dipanggil Quhb itu.

“Dia tak minta untuk menjadi milik Maheem pa. Isha kasihankan dia.” 

“Kasihan tak bertempat!” marah Fadhlan.

“Papa..”

“Kalau ikutkan papa. Papa akan minta Wazien tamatkan riwayat dia!” Fadhlan menunjuk kepada mahluk yang sedang diriba oleh Falisha.

“Deena..” lemah Falisha menyeru nama semangatnya itu. Deena menghampiri Falisha dan mengambil kembali Quhb. Fadhlan melihat saja Deena yang bergerak di dalam ruang pejabatnya itu. Sebelum Deena bertukar dan hilang masuk kedalam Falisha.

“Apa aku nak buat disini tanpa kanda. Nak balik semula ke Lantera? Tapi papa pula.? Inikan peluang aku untuk bersama dengan papa” fikir Falisha, lalu berpaling melihat kepada Fadhlan kemudian dia mengeluh.

“Papa. Temankan Isha makan boleh?”  Fadhlan segera mengangguk.

“Abang akan temankan. Selepas ni, nak kemana-mana semuanya abang akan temankan..” Zayyad menyampuk.

“Memang pun. Tunggu di sini sampai Wazien balik ya, tinggal dengan papa” Pujuk Fadhlan dari tadi.

“Hmm yeaa..” Balas Falisha acuh tak acuh dengan wajah yang masih masam mencuka.

“Haish! Tak sempat nak tunjukkan tu dekat dia. Dia dah pergi” nguman Falisha sambil bangun mengambil beg tangannya lalu ikut Fadhlan dan Zayyad keluar untuk pergi makan bersama. Walaupun dia merajuk kerana terpaksa berpisah seketika dengan Wazien. Dia tidak pernah terlupa untuk mendoakan keselamatan suaminya itu. Agar kembali kepadanya semula secepat mungkin selepas urusannya selesai, dalam keadaan selamat.

Terima kasih semua.. Akhirnya aryan mengalah juga.. Pasrah dengan kehadiran orang baru dari pasangan itu.. Tqtqtq semua yang sudi singgah baca PERJANJIAN TAKDIR untuk hari ini.. Muaahhh muahh muaahhh

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience