24. KEKASIH HATI

Fantasy Completed 227354

Selepas menghantar Fadhlan pulang di jeti tadi, Falisha diiring balik ke rumah utama oleh pengiringnya yang bertambah lagi pada hari ini. Sehingga perkara itu membuatnya menjadi rimas untuk bergerak berjalan pulang ke rumah utama.

“Falisha..” Wadaah memanggil menantunya. Wajah tua itu tersenyum manis. Tangannya pula dihalakan ke hadapan menanti disambut oleh Falisha.

“Mak, Isha ada disini..” Falisha menyambut tangan Wadaah dan perlahan-lahan menariknya masuk kedalam bilik tidurnya.

“Falisha mak dengan Awanis akan bermalam disini. Wazien dan abah ada hal sikit malam ni. Wazien tak sempat nak sampaikan kepada Falisha tadi. Harap Falisha tak kisah dan tak ambil hati..” Wadaah memegang erat tangan Falisha.

“Eh! Tak mak. Tak apa Isha faham” walaupun Wadaah yang ada di hadapannya itu tak dapat melihat mimik wajah Falisha. Bibir Falisha tetap menguntumkan senyumannya kepada Wadaah.

“Terima kasih Falisha, akhirnya bersatu juga keluarga kita. Mak ni tak layak mengantikan ibu kamu Falisha. Gantikan tempat Ratu Lantera.” Wadaah meraba matanya yang sedang mengalirkan air mata. Air mata yang mengalir di pipinya disapu ke tepi.

‘Setiap semuanya ada bayarannya. Ini adalah bayaran yang aku perlu bayar untuk melindungi Yaseera. Mengantikan tempat Yaseera agar dia terus selamat’

“Mak. Janganlah menangis.” Falisha serba salah, dia kekok untuk melayan Wadaah yang ada di hadapannya. Dia sebelum ini tak pernah memujuk, melainkan dipujuk. Falisha tergaru-garu kepalanya dia kemudiannya membawa Wadaah duduk di atas katilnya.

“Isha sebenarnya tak tahu apa-apa tentang mak kata kan tadi. Tentang Ratu Lantera. Tak pernah pun Isha kata kan yang mak ni penganti mama. ” Falisha sama-sama menyeka air mata Wadaah.

“Mak pulangkan semula gelaran itu kepada Falisha. Orang yang paling berhak, selepas ini Falisha haruslah menjaga diri Falisha.” Wadaah menekup tangannya kepada kedua-dua belah pipi Falisha.

“Mak. Tak kisah untuk ceritakan bagaimana mak boleh jadi begini. Maksud Isha.. mana mak. Boleh tak dapat melihat.. Abah kata Isha mungkin mampu nak menyembuhkan puak Isha yang terluka. Boleh Isha pilih mak, sebagai orang pertama untuk Isha cuba?” Tanya Falisha. Wadaah mengelip-ngelipkan kelopak matanya. Tak percaya dengan apa yang baru dikatakan oleh Falisha. Dalam masa yang sama dia belum pasti, perlukah dia menceritakan semua kejadian yang berlaku kepada Falisha. Takutnya Falisha berlum sedia untuk itu.

“Falisha kata kan apa tadi? Falisha tak bergurau bukan?” Falisha mengeleng, sekali lagi memberikan riaksinya. Walupun tak dilihat oleh Wadaah.

“Isha sunguh-sunguh ni mak. Mak orang paling dekat dengan Isha.”

“Tapi Falisha perlu minta kebenaran Wazien, dia suami Falisha, apa-apa pun perkara yang Falisha nak lakukan haruslah dengan izin dari Wazien dahulu.” Jelas Wadaah.

“Tapi mak, dia kan anak mak. Takkan lah dia tak izinkan Isha ubati mata mak?” Keluh Falisha.

“Ya, memang dia anak mak. Lahir dari rahim mak. Tapi dia suami Falisha. Seorang isteri sepatutnya patuh dengan suaminya. Mak berbesar hati dengan tawaran Falisha. Mak tak akan menolak, dirawat oleh harimau putih sendiri. Tapi selepas Wazien pastikan yang Falisha benar-benar sedia..” Wadaah menarik senyumannya melebar. 

“Baiklah. Kalau itu yang terbaik untuk semua. Isha ikut saja.” Lirih saja balas Falisha. Sebenarnya dia sendiri masih buntu, bagaimana nak membangkitkan apa yang ada di dalam dirinya itu.

“Wazien akan bantu Falisha untuk itu. Sapai Falisha benar-benar sedia. Sekarang Falisha tidurlah. Mak akan tidur dengan Awanis di bilik sebelah ya.” Wadaah bangun.

“Isha hantarkan mak.” Falisha turut ikut bangun sama. Memimpin jalan Wadaah dan membawa Wadaah ke bilik dimana ada Awanis sudah terbaring diatas katil bilik itu.

Selesai menghantar Wadaah, Falisha keluar dari bilik tidur itu dan mengatur jalannya ke arah ruangan hadapan rumah itu. Satu jendela yang terbuka meluas menjadi tempat persinggahan Falisha.

‘Kenapa malam ni terasa berbeza? Ke mana semua kaum lelaki pulau ni pergi?’ Falisha menjenguk ke luar. Ada beberapa orang kaum hawa yang masih berjalan di bawah sana. Tidak ada seorang pun lelaki di kalangan mereka.

‘Ni kalau aku turun tanya. Apa pula yang mereka fikirkan nanti. Cari suami yang hilang pada malam pernikahannya?  Ohh! Tak! Tak! Tak!’ Falisha mengelengkan kepalanya beberapa kali dengan laju. Kemudian dia mengeluh. Tangannya menarik tingkap kayu itu dan menutupnya rapat. 

Falisha tak terus ke biliknya. Sebaliknya dia megeluarkan sebuah buku yang ada tersusun di atas rak kayu dah dibawa buku itu duduk di kerusi. Helaian demi helaian yang ditulis kemas itu disentuh dengan jarinya. Jari telunjuk Falisha menunjuk kepada huruf hijaiyah yang ada. Tergagap-gagap dia membaca ayat yang ada.

‘Hihihi.. Masih mencuba?’ Falisha mengeluh saat mendengar suara itu bergema di dalam fikirannya.

‘Bantu aku!’ marah Falisha.

‘Carilah penulisnya, bukan aku yang patut kau minta bantuan..’ sindir suara itu berbunyi angkuh.

‘Kalau kau taknak membantu aku, diam saja di dalam sana. Tak perlu bersuara. Bingit tau tak!’

‘Aku hidu sesuatu yang berbeza dari tadi. Tapi sekarang ni, aku dapat rasakan angin di Lantera berubah.’

‘Tak ada apa yang berubah di Lantera..’ Falisha bangun dan membawa buku yang dibacanya tadi bersamanya.

‘Aku pasti tentang itu Falisha. Nampaknya mereka sedang sibuk menyiapkan benteng yang baru dimusnahkan oleh seseorang.’ Falisha yang sedang melangkah itu berhenti.

‘Benteng? Benteng apa yang dimusnahkan?’ Tanya Falisha.

‘Aku tak pasti, aku tak arif sangat tentang itu.. Kuasa aku belum sampai ketahap itu Falisha..’ sekali lagi Falisha mengeluh.

‘Tanya pun macam tak tanya je dengan kau ni. kau ni..’

‘Jangan salahkan aku. Aku dah lama terkurung di dalam sini, huh!’ 

Wazien kembalinya ke rumah utama bersama dengan Ali muaz beberapa jam saja lagi sebelum tibanya solat subuh. 

“Berehatlah dulu Wazien. Masih ada masa sebelum subuh.” Ali Muaz berjalan pergi meninggalkan Wazien di hadapan pintu biliknya.

Pintu bilik ditolak perlahan masuk kedalam. Di atas katil terdapat Falisha yang sedang tidur mengiring diatas lengannya sendiri. Manakala sebelah tangannya lagi di letakkan di atas halaman buku yang terbuka di hadapannya. Wazien menarik buku yang ada diatas katil itu perlahan-lahan dan melihat apa yang sedang dibacakan oleh Falisha.

“Aku tak tahu dari mana patut aku mulakannya.. untuk membimbing kamu wahai isteriku..” buku yang ada ditangan ditutup dan diletakkan ke sisi katil. Tangan wazien naik membelai lembut kepala Falisha.

‘Dengarkan aku..’ suara halus menyapanya.

Wazien yang sedang menunduk melihat kepada Falisha yang sedang dibuai mimpi mencari-cari suara itu. Dalam masa yang sama dia sudah bersiap sedia. Andai itu suara musuhnya.

‘Siapa!’

‘Aku semangat yang terkurung di dalam tubuhnya..’

Wazien berpaling semula melihat kepada Falisha. Timbul garis-garis putih kebiruan pada wajah Falisha. 

‘Kau mengawal dia!’ marah Wazien.

‘Tidak, jangan salah sangka. Aku hanya muncul untuk membantu. Yaseera mengunci kekuatan aku di dalam Falisha, sejak Falisha bayi lagi. Yaseera mahu kan Falisha hidup seperti manusia biasa dikalangan manusia. Bagi Yaseera kekuatan Falisha bukanlah sebuah keberuntungan. Darah yang mengalir dalam tubuh Falisha hanya akan membawa kekacauan. Yaseera tidak mahu semua itu berlaku. Tidak peduli apa pun terjadi ikatan itu masih tetap ada. Walaupun aku bebas. Kekuasaan aku masih dikunci. Tak perdulilah apa pun yang terjadi aku bebas tapi tak sepenuhnya. Kecuali…’

‘Kecuali apa?’ Tanya Wazien.

‘Lelaki yang ditakdirkan buatnya.. Sanggup membangunkannya..’ saat itu wajah Falisha kembali bertukar kepada asal. Suara halus itu sudah tak kedengaran lagi.

“Apa maksudnya membangunkannya? Bukankah semangat itu sudah di bangunkan saat pertama kalinya Falisha masuk ke mata air biru? Jadi, masih ada ikatan yang belum terbuka. Tapi bagaimana cara membukanya?”  Wazien bangun dari katil.

“Wazien?” Falisha terjaga bila terasa ada pegerakkan pada katilnya.

“Maaf kalau buat Falisha terjaga. Wazien..”

“Tak bukan macam tu. Wazien baru balik? Sekarang..” Falisha mengosok-gosok matanya. Terasa bagai baru saja dia menjengah ke alam mimpi.

“Sudah hampir subuh..” jawap Wazien.

“Bangunlah kita pergi berjemaah bersama. Selepas ini Falisha perlulah bergaul dengan seluruh puak Lantera.. Dan…”

“Dan apa?” 

“Banyak perkara yang Falisha perlu pelajari..” Falisha menganggukkan kepalanya.

Selepas solat subuh Falisha kembali ke rumah utama bersama dengan Awanis dan Wadaah. Falisha melihat di atas katilnya sudah ada sehelai kain batik dan juga pakaian yang sama persis seperti penduduk Lantera gunakan seharian.

“Baju siapa ni? dia nak aku pakai kain batik ni, dengan.. takkanlah..” Baju kurung kedah dan juga kain batik yang ada diambil dan digayakan kepada tubuhnya.

“Pakai sajalah. Baju saja kan..” Falisha berpaling menutup pintu biliknya. Siap berpakaian Falisha keluar menuju ke dapur. 

“Kakak. Bukan macam ni, salah cara kakak kenakan kain batik ni.”Awanis menghampiri Falisha yang sedang turun anak tangga turun ke dapur.

“Salah?” Falisha menunduk melihat kepada kain batik yang tersarung pada sepasang kakinya.

“Salah ni akak.. Akak pakai kain macam orang yang dah baru kematian suami.. sepatutnnya, kepala kain ini berada di belakang.. Barulah betul. Baru tandanya  akak ini, isteri orang..” jelas Awanis. Falisha melihat kepala kain yang sedang ditunjukkan oleh Awanis.

“Tapi kenapa Awanis macam tu..” Falisha menunjuk kepada kain batik yang dipakai oleh Awanis.

“Sebab Awanis ni belum berkahwin lagi, milik orang pun belum lagi. Jadinya kepala kain harus berada di kanan..” Awanis menepuk kepala kainnya yang berada di sebelah kanan.

Falisha mengaru kepalanya bingung.

“Akak ingat hanya sekadar pakai..” Jelas Falisha. Baru dia nak membetulkan kembali kain batik miliknya ke kedudukkan sepatutnya. Wazien segera menangkap tangan Falisha.

“Mari..” Wazien memegang tangan Falisha, mereka sama-sama masuk kedalam bilik.

“Kenapa?” Wazien merungkai kain batik yang dikenakan oleh Falisha.

“Ehhh.. Wazien, Isha boleh buat sendiri..” merah padam muka Falisha dibuatnya. Mata ditutup rapat, malu. Hanya tangan saja yang memegang kain batik itu agar tidak jatuh ke bawah.

“Falisha. Buka mata tu dan tengok ini..”  panggil Wazien.

“Tak nak lah!” Falisha mengelengkan kepalanya. 

“Baiklah kalau macam itu.” Wazien mengambil sebelah tangan Falisha dan meletakkan tangan Falisha di sebelah kain.

“Pegang ni di pinggang.. Sebelah lagi lipat dan selit kuat macam ni..” terasa pinggangnya bersentuhan dengan tangan Wazien yang panas itu saat menyelitkan kain batik di pinggangnya. Bertambah membahang wajah Falisha saat itu.

“Satu lagi.. dibawah ini.. pastikan tak terjelir keluar..” Falisha membuka matanya, dan melihat Wazien sedang menunduk dan memegang lipatan kain batiknya di bawah sana.

“Wazien..”  Wazien mendongak melihat kepada Falisha yang sedang berdiri di hadapannya.

“Kenapa? Tak selesa? Atau ketat sangat..”

“Tak bukan itu. Kenapa tak boleh Isha gunakan pakaian Isha yang selalu Isha pakai tu saja. Kan lebih selesa. Ni kalau Isha berjalan di luar, terbuka macam mana?” Protes Falisha.

“Falisha akan terbiasa nanti. Wazien nak Falisha sama seperti penduduk Lantera yang lain. Boleh kan?” lembut saja tanya Wazien. Membuatkan Falisha spontan terikut untuk mengangguk.

“Selepas ni, kita akan ke mata air biru..”

“Wazien tak turun ke laut?” Tanya Falisha.

“Mana Falisha tahu yang Wazien selalu turun ke laut?” Wazien tersenyum, melihat Falisha yang sedang menunjuk melihat lantai kayu bilik mereka.

“Tak. Isha cuba teka saja” Falisha mengaru lehernya.

Terasa dahinya bersentuh dengan sesuatu. Lembut dan dingin. Sebuah ciuman hinggap di dahi Falisha membuatkan Falisha terkaku. Bahunya kini di pengang oleh Wazien. Ciuman yang hinggap bagaikan mengalirkan sesuatu diantara mereka berdua. Tangan Falisha naik dan diletakkan pada dada bidang Wazien.  Saat Wazien mengangkat wajahnya , matanya pula mencari anak mata Falisha yang mendongak melihat kepadanya. 

“Terima kasih Falisha, kerana terima Wazien. Wazien akan setia menanti sampai Falisha benar-benar jatuh hati dan membuka pintu hati buat Wazie. Mulai saat ini, wazien berjanji. Wazien akan menjaga Falisha semampu dan sedaya Wazien. Wahai kekasih hati.”

“Kekasih hati?” Falisha melihat keikhlasan yang terpancar didalam anak mata Wazien yang nampak bersinar itu. Anak mata itu menunjukan yang si pemiliknya sedang berada didalam suasana hati yang sangat gembira dan bahagia.

“Ya kasih” Wazien mengambil tangan Falisha yang ada di dadanya dan mencium belakang tangan Falisha. Sebelah lagi tangan Wazien mengelus dengan lembut rambut Falisha.

“Isha akan cuba untuk menjadi isteri Wazien sebaik mungkin. Berillah masa buat Isha. Sehingga pintu hati terbuka semula. Terbuka seikhlas hati buat Wazien..” Falisha menarik bibirnya tersenyum kepada Wazien.

“Kanda akan nantikan saat itu tiba.” Sekali lagi Wazien mencium belakang tangan Falisha.

‘Kanda, dia selalu buat aku tergoda dan tertawan dengan pesonanya. Aku akan cuba kanda. Membuka pintu hati ini untuk dirimu seorang. Harap kali ini aku tak tersalah pilih orang untuk membenarkannya menghuni hatiku, sekali lagi.’

Selepas makan dan menyelesaikan beberapa urusan Wazien membawa Falisha ke mata air biru seperti yang di janjikan.

“Kasih dah selalu berendam di dalam mata air biru betul?” Tanya Wazien.

“Ya” Falisha menganggukkan kepalanya.

“Ada apa kemajuan dari yang sebelum ni?” Tanya Wazien.

“Biasa. Sama seperti sebelumnya..” jelas Falisha.

“Kanda tak pasti macam mana caranya. Tapi kanda cuba untuk bangunkan semangat kasih.” Jelas Wazien. Menyuakan tangannya  dan menarik Falisha keatas untuk masuk ke gua disebalik mata air biru.

Falisha seperti biasa menanggalkan pakaian luarnya dan hanya mengenakan seluar pendek paras betis dan baju tak berlengan, sebelum dia melangkah masuk kedalam mata air itu. Tangannya bermain-main dengan permukaan air itu. Kemudian terus terjun ke dalam mata air biru. Wazien meletakkan pakaian Falisha di atas batu, kemudian dia menjengah melihat kedalam air mata biru. Dimana Falisha yang sedang menyelam semakin dalam ke dasar.

“Macam mana aku selaku lelaki yang ditakdirkan untuknya, membangunkan semangat didalam dirinya.. bagai mana caranya?” Wazein menyentuh mata air biru. Wazien melihat hujung tangannya yang berada didalam mata air biru.

“Kuasa aku ditarik kedalam.?” Jalur-jalur emas yang keluar dari hujung jari Wazien menuju ke dalam mata air biru. Kuasanya bagaikan diserap oleh Falisha yang berada di dalam sana.

“Adakah ini caranya?  Maksud lelaki yang ditakdirkan sanggup membangunkannya.” Wazien terjun kedalam mata air biru. Berenang masuk kedalam mendapatkan Falisha. 

Mata air biru yang asalnya mengeluarkan cahaya biru kini disulam dengan jalur keemasan yang sedang membalut tubuh Falisha.

Wazien melihat Falisha yang sedang terpejam matanya dengan garisan yang mulanya putih kini bercampur kebiruan sehingga megeluarkan cahayanya.

Disebalik mata yang terpejam itu Falisha melihat seekor harimau yang mempunyai belang biru yang mengelurkan cahaya pada tubuhnya datang menghampirinya. Satu lantera bercahaya biru dibawa dengan mulutnya.

‘Akhirnya kita bertemu’

‘Kau..?’

‘Akulah semangat yang sudah dibangunkan sepenuhnya oleh seseorang yang sudi membangunkan aku didalam diri kau..’ Harimau itu datang menghampiri Falisha.

‘Kau takut dengan rupa sebenar aku?’

‘Tidak, tidak sama sekali..’ balas Falisha dengan yakinnya. Kaki melangkah maju kehadapan. Tangannya menyentuh kepada sang belang itu.

Wazien merasakan semakin banyak kuasanya diserap oleh Falisha saat itu. 

‘Bangkitlah kasih, bangkitlah wahai ratuku..’ Falisha mendengar suara itu, lalu dia membuka matanya. Kini sekali lagi dia berubah kembali ke bentuk asalnya.

‘Kanda..’ Falisha mengelengkan kepalanya. Melihat dirinya yang sedang menyerap kuasa Wazien dengan pantas.

‘Tak mengapa.. Demi kasih’ Wazien menarik Falisha dan memeluknya erat.

‘Tapi…’ Falisha tak dapat menolak kuasa yang sedang disalurkan kepadanya. 

Mata air biru kini memancarkan sinarnya terang keudara. Aura kuasa itu terasa sampai kepada semua penduduk Lantera. Mereka mendongak melihat sinar biru keemasan yang memancar ke langit menyentuh perisai yang didirikan sebelum ini oleh mereka. Sebaik menyentuh perisai lutsinar itu. Cahaya itu kembali turun ke Lantera dan pecah di serata Lantera. Bangkitlah bakal Ratu Lantera atas bantuan Rajanya yang bakal sama-sama memimpin Puak Lantera.

Assalamualaikum hai sorry lambat sikit.. Selamat membaca yea semua.. Terima kasih muaahhh muahh.. Esok waney off ya.. (^-^)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience