11. TUNANG.

Fantasy Completed 227350

Wadaah bagun meraba-raba lengan Wazien, dengan cemas. Awanis yang ada di belakang Wadaah memegang emaknya untuk membantu Wadaah bagun berdiri.

“Mana Falisha?” Wadaah meraba-raba ruang kosong di hadapannya.

“Falisha dia..” Wazien melihat kepada adiknya, Awanis.

“Mak, kakak tu..”

“Mana dia Wazien? Kenapa mak dah tak dengar suara dia?”

“Falisha!”

“Falisha!”

Wadaah memanggil nama bakal menantunya tapi tidak mendapat balasan kembali dari Falisha.

“Wazien. Pergi.. pergi cari Falisha. Mak takut terjadi apa-apa kepada dia nanti..” Wadaah mengatakan dengan rasa cemas. Kaki sudah melangkah sehigga ke muka pintu rumah.

“Mak, Wazien pergi cari dia. Mak jangan risau takkan apa-apa menantu mak tu. Awanis, kamu duduk di rumah jaga mak. Abang keluar cari Falisha.” Wazien berjalan turun ke anak tangga kayu rumahnya menyarungkan kasut di kakinya.

“Abang kamu dah pergi ke?” Tanya Wadaah meraba dada pintu kayu rumahnya.

“Ya, mak. Mak janganlah risau. Kakak tu mungkin terkejut. Mak pegang ni.” Awanis membawa tangan Wadaah menyentuh bagasi yang ditinggalkan di ruang tamu rumah itu.

“Apa ni?”Tanya Wadaah.

“Ni beg pakaian kakak, masih ada dekat sini. Nanti abang mesti bawa balik kakak semula. Mak jangan risau.” Awanis memujuk maknya. 

Wadaah menganggukkan kepalanya. Namun, di dalam hati masih tetap risau dengan bakal menantunya itu. Bebola mata yang tak dapat melihat itu, tetap bergerak-gerak ke kiri kanan tak tentu arah sama risau dengan hatinya yang di dalam sana.

Wazien berjalan menyusuri pantai yang putih dan panjang itu. Tak juga dia ketemu Falisha. Langkah di atur menuju ke jeti. Namun dari jauh dia melihat jeti itu kosong tak berpenghuni di bawah terik matahari yang sedang membahang pada waktu itu. Kaki yang pada mulanya berjalan kini berlari menuju ke pondok di mana terdapatnya sahabat-sahabatnya sedang mengait jala.

“Assalamualaikum.. Faqih! Ada nampak..”

“ Waalaikumsalam.. Dia? Aku nampak dia berjalan sampai ke hujung pantai sana. Lepas tu masuk ke dalam hutan bakau sebelah sana..” terang Faqih. Menunjuk ke arah Falisha menghilangkan diri tadi.

“Terima kasih!” Pantas Wazien berlari ke arah yang ditunjukkan oleh sahabatnya, Faqih.

“Falisha!”

“Falisha..!”

“Falisha Irdina!” Wazien memanggil-manggil nama Falisha sambil melangkah masuk ke dalam hutan bakau mencari Falisha.

Falisha mendengar sayup-sayup suara Wazien memanggil namanya dari kejauhan.

‘Ah! Aku tak perduli! Aku nak balik’ Falisha mengangkat tangan yang memegang telefon bimbitnya tinggi. Mencari-cari liputan untuk membuat panggilan kepada Fadhlan. Semakin lama, semakin dalam kakinya melangkah masuk kedalam hutan itu sambil di merungut-rungut sendirian. Langsung dia tak perduli dengan keadaan hutan yang di sekelilingnya.

“Arghhh!” Falish menjerit. Dia yang tadinya berjalan seperti tak mempunyai arah kini menunduk ke bawah melihat kakinya yang tertusuk duri dari sebatang pokok yang mempunyai duri yang bersilang pada setiap dahan-dahannya. Kain pelikat yang terlilit dipinggangnya kini terangkat dan melekat pada dahan pokok itu. Semakin kuat dia menarik kain pelikat itu. Semakin banyak pula duri yang melekat pada pakaiannya.

“Wazienn!” mahu tak mahu dia memanggil juga nama lelaki yang sedang memangil nama sayup-sayup dari satu arah jauh di sana.

Bunyi dahan patah membuatkan Falisha menoleh kepada arah datangnya bunyi itu. semakin lama bunyi itu semakin menghampirinya. Kemudian sunyi seketika.

“Wazien? Jangan main-main..” Falisha menunduk mencari ranting kayu untuk melindungi dirinya. Matanya menangkap pegerakkan daun-daun hijau di dalam semak itu mula bergoyang-goyang. Matanya membulat besar melihat apa yang keluar dari celah- celah daun semak itu. Rupanya, Sang belang yang keluar dari situ. Falisha yang berdiri tadi kini terus terjatuh terduduk di tanah yang berselut. Kali ini dia benar beku bagaikan batu. Hanya matanya saja yang bergerak-gerak mengikut pegerakkan sang belang itu.

‘Wazien!’ Falisha hanya mampu menjerit di dalam hati, peti suaranya bagaikan terkunci. Bisu.

Sang belang menghampiri Falisha. Kali ini dia duduk di tanah dengan dua kaki depannya masih tegak berdiri merenung kepada Falisha. 

‘Tenang Isha! Anggap saja dia macam patient kau! Dia comel! Dia Cuma kucing besar’ Falisha cuba menghilangkan rasa takut yang sedang di alaminya. Dalam sekelip mata sang belang itu mengangkat kaki depannya dan melibas kakinya tinggi. Mengejutkan Falisha, spontan tangannya di angkat naik memeluk kepalanya sendiri. Takut!

Hening.. Hanya suara ngauman Sang belang yang kedengaran. Falisha menjatuhkan perlahan-lahan tangannya yang menutup kepalanya tadi. Melihat tangannya yang tak ada sedikit calar pun. Malah dia bebas dari duri-duri tajam yang menyucuknya tadi. Mata mula mengintai mencari Sang belang tadi. Tak sangka Sang belang tadi pula yang tersangkut diantara duri-duri mengantikan dirinya.

“Kamu.. Ermm.. Tolong saya?” Tanya Falisha dengan gugup. Sang belang itu mengaum perlahan, mengaum mengisyaratkan yang dia dalam kesakitan. Semakin dia meronta untuk keluar, semakin banyak duri yang melekat pada kaki hadapannya. 

“Tunggu..” Falisha berpaling melihat sekeliling. Mencari kayu yang lebih besar untuk melepaskan sang belang itu. Kayu yang ada di tanah diambilnya dan dipukul ke arah pokok berduri itu. Tapi itu semuanya tak berhasil. Falisha melemparkan semula kayu yang ada ditangannya ke tanah semula.

‘Macam mana ni?’ Falisha mengeluh. Serba salah dia melihat sang belang yang semakin terjerat dibelit duri-duri pokok itu. Tanpa berfikir panjang Falisha sudah tak mempedulikan dirinya lagi. Hilang sudah ketakutannya pada sang belang itu. Duri-duri yang ada pada ranting pokok itu di patahkan semuanya oleh Falisha sehingga sang belang itu bebas dan jatuh ke tanah.

‘Bijak! Tak sangka dia akan tolong harimau tu. Ingatkan dia akan lari selepas dia terlepas dari cengkaman pokok berduri tu’

Wazien yang ada di sebalik pokok besar tak jauh dari situ, sekadar melihat saja apa yang Falisha lakukan dari tadi. Bibirnya tersenyum melengkung naik keatas. Melihat Falisha mengoyakkan kain pelikat miliknya untuk membalut kaki sang belang yang cedera. Sang belang itu menjilat wajah Falisha sebagai tanda terima kasih kepada Falisha.

Falisha memeluk leher Sang belang yang sedang menjilat wajahnya. Tingkah mereka berdua terhenti bila kedengaran derapan tapak kaki dan munculnya Wazien dihadapannya. Sang belang tadi seakan-akan menunduk hormat kepada Wazien dan berpaling sekali lagi melihat Falisha menjilatnya lagi. Kemudian dia belalu pergi masuk kedalam semak sehingga hilang dari pandangan mata wazien dan Falisha.

‘Memang dialah pewarisnya. Tak disangkal lagi.’ Wazien menghampiri ranting yang kini bogel tanpa duri-duri seperti kejadian asalnya. Kemudian dia berpaling kepada Falisha yang masih terduduk di tanah. Tangan dihulurkan kepada Falisha.

Pakk. 

Falisha menempis tangan Wazien yang ada di hadapannya. Malah dia menjeling kepada Wazien yang sedang tersenyum kepadanya itu. Falisha berusaha bangun sendiri. Hujung kaki pakaiannya kini semuanya sudah tercarik. Sehingga menampakkan luka-luka dia kakinya.

“Kaki Falisha.” Wazien menunjuk kepada kali Falisha.

“Tak perlu perdulikan saya!” bicara sopan dari Wazien dibalas dengan kasar oleh Falisha.

“Bagi saya tengok luka Falisha.” Wazien segera menunduk dan melihat kaki Falisha. Dalam masa yang sama Falisha turut ikut sama melihat kepada kakinya.

‘Kenapa kaki dia tak sembuh sendiri? Sedangkan aura dia pun aku tak dapat rasa. Seolah-olah tiada’ Wazien mendongak melihat kepada Falisha.

“Sakit?” Tanya Wazien. Falisha ketawa menyindir Wazien.

“Tak!” Falisha berjalan terhuncut-hincut menahan rasa sakit saat kakinya memijak untuk melangkah.

“Apa punya soalan lah. Boleh tanya sakit ke tak? Kenapa tak tanya lepas aku selamat aku duduk dalam perut harimau tu”. Falisha mengomel sepanjang dia berjalan.

“Mari sini saya pimpin Falisha..” kata Wazien yang mengikut Falisha dari belakang.

“Tak perlu. Terima kasih ya. Kaki saya masih kuat nak berjalan. Saya belum caa..” belum sempat Falisha menghabiskan ayatnya. Wazien sudah mengangkatnya naik Falisha sekelip mata.

“Maaf. Ini darurat. Bukan saya nak ambil kesempatan. Kita kena keluar dari hutan ni sekarang.. Tak elok kita berlama-lama disini berdua-duaan.” Lancar saja Wazien mengatur bicaranya yang bernada lembut tapi tegas. Wazien berpaling ke kiri dan kanan seperti sedang berwaspada tentang keadaan hutan itu. Falisha turut melihat sekeliling, namun dia tak dapat melihat apa-apa.

“Pejam mata” Bisik Wazien. Membuatkan Falisha terkebil-kebil.

“Sekarang” 

“Ah!?”

“Pejam matamu.” Hembusan nafas yang lembut keluar dari bicara Wazien, sampai ke telinga Falisha membuatkan Falisha bagai terbuai dan dipukau. Falisha menutup matanya seperti yang dipinta oleh Wazien. Sepanjang Falisha menutup matanya. Apa yang dia dengar hanyalah nafas Wazien bagaikan sedang berlari.

“Assalamualaikum..”

Kreeekk.. 

“Waalaikumsalam..” Pintu kayu rumah dibuka oleh Awanis. Falisha terasa punggungnya dilabuhkan di atas sesuatu yang lembut.

“Kenapa ni abang?” Tanya Awanis. Melihat abangnya beriak cemas.

“Boleh Isha buka mata? Kita ada di mana? dah sampai di rumah? Atau kita di mana?” Tanya Falisha masih memejamkan matanya.

“Abang nak masuk dalam. Awanis tunggu sini. Tunggu dengan kakak..” Wazien memberi arahan. Dia terus berjalan dan menutup pintu utama rumahnya.

“Wazien!” 

“Akak.. Akak dah boleh buka mata” Awanis duduk di samping Falisha dan memegang tangan Falisha.

“Kamu Awanis? Mana Wazien?” cemas Falisha ketika itu. Baru tadi beberapa saat mereka berdua berada di dalam hutan kini di dalam beberapa saat dia sudah berada di dalam rumah keluarga Wazien.

‘Apa yang sedang berlaku ni?’

“Cari saya?” Wazien datang semula ke ruang tamu. 

“Tadi bukan kita dalam hutan. Kenapa? Mulanya harimau.. Sekarang ni? Saya tak faham!” Falisha cemas. Awanis yang cuba menyentuh tangan Falisha, pantas tangan Awanis ditempisnya. Wajah-wajah yang ada di hadapannya diperhatikan.

Wazien berpaling melihat kepada Awanis. Dua beradik itu saling berpandangan.

“Kaki kamu terluka Falisha. Mari kita rawat dulu luka tu..” pujuk Wazien, tak mahu keadaan menjadi semakin kusut.

“Papa! Apa semua ni! Jenaka apakah semua ni pa!” marah Falisha menjerit sehingga merah mukanya.

“Kamu berdua terangkan! Kenapa tengok Isha macam tu. Suka? Suka dapat permainkan orang? Macam tu?” Falisha menunjuk kepada Wazien. Selangkah Wazein ke hadapan. Dua langkah Falisha mengundur ke belakang.

“Pa! Isha nak balik” Falisha mula menangis. 

“Falisha.” Wadaah yang baru keluar dari biliknya memanggil-manggil Falisha.

“Makcik.. Isha mohon makcik..” baru beberapa langkah Falisha menapak kakinya bagaikan tidak terasa memijak di atas lantai kayu rumah itu. Terus Falisha jatuh tak sedarkan diri. Mujur sempat Wazien dan Awanis menangkap tubuh Falisha sebelum benar-benar jatuh tersungkur ke atas lantai kayu rumah mereka.

“kenapa, apa sudah terjadi?”  Tanya Wadaah.

Wazien menghampiri Falisha yang terbaring di lantai tak sedarkan diri.

“Abang?”

“Dia kena duri belitan,mak.. Tapi wazien tak tahu pula yang dia tak boleh pulihkan diri dia sendiri, mak” Tubuh Falisha kini sudah diangkat dan diletakkan pada kerusi panjang.

“Mustahil?” Awanis membawa Wadaah menghampiri kerusi panjang dimana Falisha dibaringkan oleh Wazien.

“Kaki dia membengkak ni. Wazien, pergi.. Pergi cari abah kamu. Minta dia pulang secepat mungkin. Sekali bawakan penawarnya.” Wadah menolak Wazien agar segera pergi mencari Ali Muaz di dalam hutan.

“Baik mak. Wazien pergi sekarang..” 

“Pastikan balik dengan penawarnya.. Faham.” Wadaah berpesan lagi.

“Abang dah pergi mak..” Awanis yang berdiri di pintu utama rumah mereka memaklumkan itu kepada Wadaah.

“Mak. Duri belitan bukannya tak bahaya? Kenapa mak risau?” Tanya Awanis kini duduk dekat dengan Wadaah.

“Bagi kita tak apa-apa. Tapi dia, mana kita tahu. Kita dah lama kehilangan dia. Jika berlaku sesuatu macam mana? Tapi.. Ada sesuatu didalam diri Falisha. Mak tak tahu apa, dia seperti orang biasa. Tunggu saja Abah kamu balik. Kita akan tahu semuanya nanti.” Wadaah meraba-raba kaki Falisha yang sudah membengkak.

Lama dua beranak itu menunggu kepulangan Wazien dan Ali Muaz. Sehingga mereka sempat mengelap tubuh Falisha dan menyalin pakaiannya. Wazien tak pulang-pulang juga.

“Awanis. Pergi ke rumah Faqih. Minta tolong Fatih ke hutan untuk cari abang kamu. Kenapa lama sangat abang kamu ni.” Keluh Wadaah. Tangan Wadaah naik menyentuh dahi Falisha yang sudah membahang panas.

“Baiklah mak, mak tunggu sekejap ya..” Awanis melangkah ke pintu utama rumahnya untuk ke rumah Faqih seperti yang di arahkan oleh Wadaah.

Baru saja pintu dibuka. Dia melihat Wazien dan Ali Muaz ada di hadapan rumah sedang membasuh kaki untuk naik ke atas tangga rumah.

“Abah!”

“Abang!”

“Lama Awanis dengan mak tunggu” Kata Awanis memiringkan tubuhnya memberi laluan kepada dua lelaki itu masuk ke dalam rumah.

Kedengaran suara kedua-dua lelaki itu masuk ke dalam rumah bersamaan dengan salam yang diberikan. Salam disambut oleh Awanis dan juga Wadaah yang ada di ruang tamu.

Wazien melihat Falisha terbaring di atas kusyen panjang rumahnya. Falisha yang tadinya megenakan pakaian moden kini sudah bertukar memakai pakaian milik Awanis.

‘Dia bertambah cantik tertutup macam ni.’

“Wazien” Awanis memanggil abangnya.

“Kenapa?” Wazien berpaling melihat kepada Awanis.

“Abah panggil tu, Abang kenapa? Ada yang tak kena dengan abang ke?” Tanya Awanis. Risau pula dengan Wazien yang tiba-tiba berdiri kaku tak mendengar panggilan dari Ali Muaz. Wazien segera mengeleng.

“Abah..” Wazien mendekat.

“Ambil daun yang abah bawa balik tadi, tinggal suku untuk merebus nanti. Selebihnya kamu hancurkan untuk dilumur pada kaki..”

“Falisha..” Wadaah menyampuk arahan yang Ali Muaz belikan kepada Wazien.

“Hah! Ya Falisha.. Lumatkan, Nanti bagi kepada Awanis” Ali Muaz menunjuk pada anak gadisnya, Awanis.

“Abah, kenapa Awanis?”

“Kamulah, takkan abang kamu pula.” Tegas suara Ali Muaz menjawap.

“Pergi Wazien, bagi kepada mak saja semua tu bila siap nanti..”

“kalau macam tu.. Hmm Awanis rebuskan ubat untuk kakak” kata Awanis.

Wazien dan Awanis keluar dari ruang tamu yang tak sebesar mana itu. Tinggallah pasangan suami itu bersama dengan Falisha yang masih terbaring tak sedarkan diri.

“Abang.. Abang rasa kenapa?” Tanya Wadaah kepada suaminya.

“Jangan risau.. Falisha tak apa-apa. Yaseera yang buat semua ni. Yaseera yang mengunci semuanya. Lagipun semangat Falisha seperti lilin yang tidak dinyalakan apinya. Sebab itulah kita tak boleh merasakan auranya.” Ali Muaz mengusap belakang Wadaah yang kelihatan cemas duduk di hadapan Falisha.

“Abang betul-betul pasti tentang tu? Yakin?” Tanya Wadaah.

“Ya. Sudah tunggu sampai dia pulih semula..”

“lepas tu? Apa abang nak buat?”

“Pulihkan semangat dia. Dia perlu tahu dia siapa. Tanggungjawap dia..”

“Abang.. Dia tak tahu dia siapa. Sedangkan dia tak tahu yang Wazien dan dia bertunang abang..” sayu nada Wadaah menuturkan bicaranya kepada suaminya.

“Hemm, tak mengapalah. Kita rawat dia dahulu. Nanti dia sedar, baru kita bincangkan semula..” Putus Ali Muaz. Dia sudah menyangkakan semua ni dari awal. Kalau tidak kenapa perlu sampai Falisha melarikan diri sampai terluka begini.

Wazien datang semula ke ruang tamu dengan tangannya membawa satu mangkuk yang terisi daun yang sudah dilumatkan seperti yang diarahkan oleh Ali Muaz. 

“Angkat dia masuk kedalam bilik adik kamu Wazien. Tak elok terus biar dia terbaring dia di ruang hadapan macam ni. Nanti kalau ada yang datang. Lihat dia macam itu. Buatkan yang lain tertanya-tanya. Risau pula mereka nanti” Arah Ali Muaz kepada Anak lelakinya. Wazien masih berdiri kaku di tempatnya.

“Tak perlu teragak-agak. Ramai yang ada di sini” Ali Muaz tahu apa yang di risaukan oleh Wazien pada tika ini.

“Abah..”

“Takkan abah yang nak angkat dia pula. Nak minta adik kamu dengan mak kamu takutnya mereka tak berkudrat. Anggap saja meringankan beban ibu dan adik kamu. ” Kata Ali Muaz menepuk bahu Wazien.

“Baiklah Abah..” Wazien memberikan mangkuk yang dipengang tadi pada Wadaah. Kemudian dia menunduk mengangkat Falisha naik dan di bawa menuju ke bilik tidur Awanis. Wadaah dan Ali Muaz mengikut langkah Wazien masuk ke dalam bilik Awanis bersama.

“Biar mak saja yang rawat dia..” kata Wadaah yang berdiri di birai katil besi anak gadisnya.

Ali Muaz mengangguk kepada Wazien dan mengisyaratkan agar Wazien mengikutnya keluar dari bilik itu bersamanya. Langkah diatur sehingga ke serambi rumah.

“Kamu kena bawa dia ke mata air biru..” Ali Muaz terus bicara kepada Wazien.

“Mata air biru? Tapi..”

“Tak ada tapi-tapi Wazien.. Pulihkan dia, adalah tanggungjawab kamu. Dia takdir yang diaturkan buat kamu. Adakah kamu menolak?” Ali muaz berpaling melihat kepada Wazien yang berdiri di belakangnya.

“Tidak Abah. Wazien terima.” Padat kata Wazien dengan yakinnya membalas kepada Ali Muaz. Kepala Ali Muaz mula terangguk kecil dengan senyuman yang melebar.

Alhamdulillah selesai dah bab hari ini.. Ada yang bercuti panjang cny. Selamat bercuti dan juga kepada yang menyambut cny.. Selamat tahun baru.. Moga dipermudahkan urusan kita semua.. Dan sihat hendaknya. Terima kasih sudi singgah baca PERJANJIAN TAKDIR untuk hari ini.. InshaAllah kita sambung esok ya... (^-^)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience