12. MATA AIR BIRU

Fantasy Completed 227388

Tap!

Tap!

Tap!

Bunyi air menitik itu mengganggu tidur Falisha. Falisha membuka matanya. Pemandangan asing itu membuatkan dia tersentak untuk segera bagun. Kaki yang masih bersisa rasa sengal-sengal itu mula terasa. Ulas bibir bawah digigit menahan rasa sakit.

‘Apa ni’ Falisha menyelak kain batik yang menutup kakinya. Membulat matanya melihat kakinya ditempek dengan daun-daun yang menghijau yang sudah mengering. Falisha berpaling melihat sekeliling, ada Awanis yang sedang terbaring diatas katil yang sama dengannya. Suasana sunyi, adakala bunyi unggas kedengaran di luar rumah. Kaki dijatuhkan ke bawah, memijak lantai kayu rumah itu.

‘Apa malangnya nasib aku ni!’ keluh Falisha.

Kaki mula menapak untuk berjalan, jatuh semuanya daun yang melekat pada kaki Falisha tadi. Pintu bilik itu dibukanya dengan perlahan-lahan. Pandangannya meliar melihat keadaan di luar bilik. Bila terasa selamat untuk keluar Falisha melangkah perlahan-lahan ke pintu utama yang ada tak jauh dari pintu bilik yang dia keluar tadi. Pintu kayu rumah itu dibuka dengan berhati-hati tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Anak tangga kayu dipijak satu persatu turun kebawah. Falisha mencari kasutnya, namun tiada. Dengan kaki yang tak beralas Falisha berjalan di dalam kelam malam.

“Mana semua orang kampung ni? Dengan siapa aku nak minta tolong?” Falisha mengatur langkah sesuka hatinya bagaikan menuju ke jalan yang tak berarah. Samar-samar Falisha melihat ada unggun api tak jauh dari pantai. Kaki yang sakit tak diperdulikan lagi. Falisha mula berlari-lari anak ke arah cahaya itu.

Beberapa anak muda lelaki sedang berlatih silat di kawasa pantai itu diperhatikan oleh Falisha. Takut-takut dia nak menegur mereka.

“Falisha..” datang seorang lelaki menyapanya. Falisha mengundur.

‘Itu suara Wazien’

“Falisha buat apa di sini?” Tanya Wazien melangkah lebih dekat. Kini wajah Wazien kelihatan samar-samar dengan cahaya bulan. Falisha buntu untuk menjawap. Dia melihat ke belakang Wazien. Anak muda yang tadinya sedang berlatih silat kini tidak lagi meneruskan latihan mereka.

“Falisha.. Ikut dengan saya balik ke rumah semula. Tak elok perempuan keluar lewat malam macam ni.” Kata Wazien. Dia menunduk ke bawah melihat kepada kaki Falisha yang tak beralas.

“kenapa kamu tak pakai kasut? Guna dulu kasut saya..” Wazien  berundur dan membuka kasut yang tersarung di kakinya. 

“Kaki Falisha dah sembuh?” Tanya Wazien badannya membongkok untuk meletakkan kasutnya di hadapan Falisha. 

“Saya nak balik” bentak Falisha. Wazien yang sedang menunduk itu bagun berdiri tegak semula. Satu jelingan dileparkan oleh Falisha kepadanya.

“Sekarang dah lewat. Lagipun kita..”

“Kita?! Tak ada urusan KITA disini, ya!” kerasa bicara Falisha. Menolak sekeras-kerasnya hubungan di antara mereka berdua. Wazien berpaling melihat anak buah dan sahabat-sabatnya yang ada tak jauh di belakangnya. Semua mata-mata mereka sedang memandang kepada mereka berdua.

‘Sabarlah Wazien. Dia hidup di bandar. Mungkin cara dia dibesarkan tak sama dengan yang di sini. Lagipun dia baru tahu semuanya. Itupun tak semuanya.’

“Baliklah semula ke rumah. Kalau mak tahu yang Falisha keluar ni dia mesti risau. Pakai kasut saya dulu ya.” Lembut saja bicara Wazien menuturkan bait katannya kepada Falisha. Falisha menunduk melihat kasut yang ada di atas pasir pantai. Kaki diangkat menyarungkan kasut yang ditunjukkan oleh Wazien. Kemudian Falisha berpaling.

“EH! Tunggu.. Kenapa perlu saya dengar cakap kamu?” Falisha berpaling semula. 

Wazien menjatuhkan wajahnya, dibawah sana dia menyembunyikan bibirnya yang sedang menguntumkan senyuman melebar. Seketika barulah dia mengangkat semula wajahnya.

“Sebab dah malam. Malam-malam macam ni.. Banyak yang mencari mangsanya, Falisha. Kalau macam saya. Dah terbiasa, macam Falisha. Orang yang baru datang ke kampung ni. Pasti ramai yang tertarik nak tahu siapa Falisha” sengaja Wazien menakut-nakutkan Falisha agar gadis itu tak lagi merayau-rayau.

“Hah! Awak ingat saya ni budak kecil. Nak ugut saya macam tu. Saya tak tahut lah” Falisha memeluk tubuhnya.

“Ya, saya tak kata yang Falisha takut. Cumanya tak manis kalau Falisha berjalan-jalan waktu malam ni. Disini semuanya lelaki tidak ada wanita di kalangan kami. Kalau Falisha nak berjalan-jalan. Esok saja Wazien bawakan Falisha” kata Wazien. Falisha menjenguk melihat kepada kelompok yang dikatakan oleh Wazien kemudian dia berpaling melihat semula kepada Wazien.

“Saya tak ingin nak ikut awak, berjalan kemana-mana pun.” Balas Falisha memalingkan tubuhnya kebelakang dan berjalan untuk pulang ke rumah keluarga Wazien semula.

“Sekurang-kurangnya lawatlah ke rumah peninggalan keluarga ibu Falisha, sebelum balik..” kata-kata dari wazien membuatkan Falisha berhenti melangkah. Namun dia tidak menoleh. 

‘Rumah keluarga mama? Kenapa aku tak terus dibawa ke sana? Kenapa aku kena bermalam dengan keuarga dia!’ bekerut dahi Falisha menahan rasa marahnya. Langkah di atur terus menuju ke rumah yang masih terbuka pintunya. Falisha mengeluh berat. Mahu tak mahu dia melangkah naik juga ke atas rumah itu. 

Keesokkannya..

“Akak dah bagun?” lembut suara Awanis menyapanya. Falisha diam tak membalas kepada Awanis.

“Akak boleh berjalan? Kalau tak, Awanis boleh papah akak sampai ke bilik air” Awanis duduk di sisi katil.

“Boleh” balas Falisha sepatah. Awanis menarik bibirnya tersenyum.

Falisha berjalan di belakang Awanis menuju ke bilik air. Bila sampai saja pada tangga untuk turun ke dapur mereka bertembung dengan Wazien yang sedang menaiki tangga yang sama.

“Nak kemana ni?” Tanya Wazien. Menunjuk kepada Awanis dan juga Falisha.

“Nak tunjukkan kak Falisha ni bilik air.. Abang dari mana?” Awanis menunjuk kepada Falisha yang ada di belakangnya.

“Dalam bilik air ada air panas. Awanis tolong tengok nanti..” kata Wazien lalu memanjat anak tangga ke atas meninggalkan mereka berdua.

‘Air panas? Untuk siapa? Aku ke?’

“Marilah kak” Awanis mengajak Falisha.

Sebaik masuk ke dalam bilik air terlihat ada baldi yang siap terisi air panas yang sedang mengeluarkan wapnya ke udara.

“Biarkan Awanis campurkan air ni dulu. Nasib abang dah masakkan air untuk kakak mandi. Kalau tak, akak kena mandi air perigi. Abang takut akak tak biasa agaknya.” Awanis melangkah masuk ke dalam bilik air mencampurkan air seperti yang dipesan oleh Wazien.

Selesai mandi, Falisha naik ke bilik Awanis mengenakan pakaiannya. Kemudian dia keluar semula dari bilik. Bunyi suara orang berbual dari dapur membuatkan Falisha menjenguk melihat ke ruangan bawah.

“Kakak! Dah siap.. Marilah turun makan sama. Kakak tentu lapar kan. Dari kemarin kakak tak makan..” Awanis yang sedang menyenduk nasi bagun dan berjalan ke tangga.

Falisha melihat ke lantai yang berlapik tikar mengkuang. Ada seorang lelaki separuh baya sedang mengalihkan pandangan melihat kepadanya.  Di sebelah lelaki itu ada Wazien dan Wadaah duduk bersama denganya.

“Marilah turun, nak. Tak perlu segan dengan kami. Tak lama lagi kita akan jadi satu keluarga juga” suara Ali Muaz yang garau dan besar itu membuatkan Falisha diam tak membalas. Dia turun menghampiri tempat makan bersama dengan Awanis.

Duduk di lantai saja sudah menjadi dugaan buat Falisha. Dia melihat Awanis dan Wadaah yang duduk sopan bertimpuh di atas tikar mengkuang.  Sedangkan dia, masih terkial-kial nak melipat kakinya dan duduk seperti dua wanita itu. 

‘Semacam apa diaorang duduk ni?’ rungut Falisha.

Sebaik saja Falisha duduk bersama dengan mereka di lantai. Dia melihat lauk pauk yang ada di hadapannya. Mata diangkat menatap Wazien yang duduk bersila  dihadapannya.

‘Macam mana aku nak makan ni. Sudahlah duduk macam ni. Makanan pula. Sambal belacan dengan ulam-ulam dengan sup apa ni? Ikan masak apa ni?..’ Keluh Falisha. Nasi putih yang ada di dalam pinggannya disuap ke mulut.

“Ambil lauknya Falisha..” Tegur suara garau Ali Muaz. Falisha sekadar mengangguk. Tapi tak juga dia mengambil lauk yang ada di hadapannya. Terkebil- kebil matanya melihat kepada mereka yang ada.

‘Ambil sajalah Isha. Kau lapar! Kisah apa dengan makanan yang ada. Perut kau perlu makan’ Falisha mengangkat tangannya. Mencapai sudu yang ada di dalam mangkuk lauk. Tangan Falisha menguis-nguis ikan yang ada di dalam kuah jernih yang kekuningan itu. Niatnya untuk mengambil separuh saja ikan yang sebesar tapak tangan itu. Tapi sampai terkocak-kocak kuah yang ada di dalam mangkuk itu.

“Bagi saya buat..” Wazien mempelawa dirinya. Cepat-cepat Falisha melepaskan sudu yang dipegangnya. Seekor ikan selamat diletakkan di atas nasi Falisha.

“Kenapa?” Tanya Wadaah.

“Tak ada apa-apa. Makanlah” Ali Muaz menjawap. 

Falisha menunduk dengan muka yang merah padam. Makan dengan diam di tempat duduknya.

Selesai makan. Awanis  bangun dan datang semula membawa semangkuk kecil air rebusan untuk Falisha.

“Apa ni?” Falisha menunjuk kepada mangkuk kecil yang dipegang oleh Awanis.

“Air ubat rebusan untuk buang bisa. Untuk luka di kaki kakak. Takut ada bisa-bisa yang boleh buat kaki kakak bengkak kembali..” Awanis menerangkan kepada Falisha.

‘Air ubat, perlu kah aku minum? Kalau di letakknya racun ke dalam tu macam mana?’ Falisha masih was-was nak menerima mangkuk kecil yang disuakan oleh Awanis. Dia berpaling melihat Ali Muaz, Wazien dan Wadaah yang masih duduk di atas tikar mengkuang. Kemudian dia berpaling melihat kepada Awanis semula. Mangkuk yang dihulurkan tadi dicapai juga.

“Minum dengan senafas. Baru tak rasa pahitnya.” Kata Ali Muaz. Sebelah tangan lelaki separuh baya itu naik menunjukkan cara minumnya.

Falisha melihat air yang ada di dalam mangkuk itu. Terpejam-pejam matanya menelan air yang sungguh pahit rasanya. Sehinggakan lekat rasa pahit itu di langit-langit mulutnya. Tangan naik menutup mulut mengelak apa yang diminumnya tadi termuntah keluar semula. Berair matanya menahan rasa pahit yang dirasakan sekarang ini.

“Buah ni manis, boleh hilangkan rasa pahit tu” Wazien menyuakan piring yang terisi buah yang siap dipotong dekat kepada Falisha. Tangan yang menutup mulut tadi mengambil buah tadi dan terus mengunyahnya. Lama-kelamaan rasa pahit tadi mula hilang. Dia melihat Wazien bangun mengikut Ali Muaz keluar dari ruangan itu.

Falisha sekadar membontoti Awanis. Kerana dia buntu untuk bergerak dan membiasakan diri di dalam rumah yang terasa asing buatnya itu.

“Falisha..” Wadaah menghampiri Falisha yang ada disamping Awanis.

“Baik-baik mak jalan tu” tengur Awanis. Falisha cepat menyambut tangan Wadaah.

“Marilah naik ke atas. Ada perkara yang nak dibincangkan dengan Falisha..” Ajak Wadaah. 

Sampai saja di atas rumah Falisha melihat Wazien dan Ali Muaz sedang duduk santai di serambi rumah.

“Duduklah Falisha.. Kamu pasti ada banyak perkara yang nak ditanyakan kepada pakcik. Tentu Fadhlan tak beritahu semuanya.”

“Semuanya? Apa yang patut Isha tahu? Dan apa yang papa tak beritahu?” Tanya Falisha masih berdiri. Kalini dia menolak pelawaan Ali Muaz untuk duduk bersama dengan mereka.

“Berapa umur kamu nak?” Tanya Ali Muaz.

“Dua puluh tiga tahun..”

“Cukup dua puluh tiga..Atau”

“Cukup..” potong Falisha.

‘Lewat mereka mempunyai anak. Sedangkan Wazien tahun ini dah dua puluh enam tahun. Mungkin rezeki Wazien juga agaknya.’

“Dua puluh lapan tahun dahulu, Yaseera mengikat janji dengan pakcik.. Untuk memberikan keturunannya sebagai ganti, tukaran kepada nyawa Fadhlan.” Ali Muaz melihat Falisha yang sedang mengelengkan kepalanya.

“Kamu ada adik beradik yang lain?” Falisha sambung mengeleng lagi.

“Gelang yang ada di tangan kamu adalah tandanya yang kamu sudah diikat bertunang dengan anak pakcik, Wazien.” Ali Muaz mengalihkan pandangannya melihat kepada Wazien.

“Tunggu.. Saya tak boleh terima semua ni! Bertunang dengan anak pakcik. Tak-tak”

“Kamu tiada pilihan. Sekali pernah di lepaskan dulu. Mungkin kali ini takkan boleh lagi..” Ali Muaz bagun dari duduknya.

“Wazien. Abah serahkan dia kepada kamu sepenuhnya. Bawa dia ke mata air biru. Pulihkan dia sepenuhnya..” kata Ali muaz berjalan turun ke tanah, kemudian dia terus berjalan pergi keluar begitu saja.

‘Apa? Mata air biru? Apa yang dia nak buat dengan aku?’

“Marilah. Saya bawakan Falisha ke air mata biru” kata Wazien.

Mulanya Falisha membatukan dirinya tak berganjak dari tempat yang dia berdiri. Bila saja Wadaah menyentuh tangan dan mendorongnya ke depan secara lembut. Falisha akhirnya turun juga ke tanah.

“Luka kaki Falisha betul-betul sembuh kan?” tanya Wazien. Falisha membalikkan matanya ke atas menjeling kepada Wazien sebagai jawapan darinya.

“hi.hihi..” kedengaran suara Awanis ketawa kecil melihat pasangan itu melalui jendela rumah. Mendongak Wazien dan Falisha melihat ke arah jendela.

“Awanis.” Wadaah yang ada di serambi memanggil anak gadisnya.

“Ya mak.. Ya” sahut Awanis. Berjalan ke serambi di mana ada Wadaah sedang duduk seorang diri di sana. Kedengaran Wadaah bertanya kepada Awanis. Adakah mereka berdua sudah berangkat pergi ataupun belum. Awanis  menjenguk melihat ke bawah. Ternyata halaman rumahnya sudah kosong.

Falisha mengatur langkahnya mengikut berjalan di belakang Wazien. Belakang tubuh Wazien diperhatikannya.

‘Jodoh aku kah dia? Tapi macam mana dengan Aryan?’

“Awak!” Falisha memanggil Wazien.

“Ya? Falisha panggil saya? Kaki Falisha sakit ke?” Wazien berhenti melangkah dan berpaling mengadap kepada Falisha.

‘Kenapa dia ni? Kau memang baik atau berpura-pura baik? Sebab nak ambik hati aku?’ lemas Falisha dengan Wazien yang sedang mengambil berat akan dirinya sejak dia sampai di pulau itu.

“Saya menolak pertunangan ni..” kata Falisha berterus terang secara terbuka kepada Wazien.

“Kenapa? Berikan sebab kenapa Falisha menolak pertunangan ni. Ini janji yang di buat oleh ibu Falisha sendiri. Falisha nak mungkiri janji?” Tanya Wazien.

“Janji.” Falisha mengeluh tak puas hati.

“Saya tak suka janji yang ditakdirkan macam ni, saya ada hak nak tentukan dengan siapa yang saya nak kahwin. Hak saya nak memilih jalan hidup saya sendiri. Untuk hidup dengan siapa di masa hadapan saya..” tegas Falisha mengengam erat tangannya menunjukkan rasa marahnya. Sapaikan wajahnya yang putih tadi bertukar merah seperti udang bakar.

Wazien menarik bibirnya tersenyum, sedikit pun tak terikut dengan emosi seperti Falisha.

‘Eh dia ni kenapa? Senyum-senyum pula. Aku salah cakap ke?’

“Macam ni lah Falisha. Saya pun tak suka memaksa. Untuk buat Falisha terus terikat dengan semua ni, tapi saya terima Falisha sebagai jodoh yang ditakdirkan buat saya dengan hati yang lapang. Saya lebih suka kalau kita tak meletakkan diri kita kepada takdir yang terikat diantara kita. Saya nak bakal isteri saya menerima diri saya. Seikhlasnya seperti saya menerima Falisha dengan seikhlas hati.” Lancar saja bicara Wazien meluahkan segalanya.

‘What! Ikhlas apa pula dia ni!?’ jiwa Falisha memberontak.

Wazien kembali meneruskan perjalanan.

“Tunggu! Kalau lah saya ni. Di lahirkan lelaki? Nak terima juga?” Tanya Falisha.

“Awanis ada untuk itu. Kalau makcik Yaseera mempunyai anak lelaki.” Balas Wazien.

“Cis, dia ni. Pandai pula dia menjawap” Falisha bergumam. Falisha melihat tangannya sambil ikut berjalan di belakang Wazien.

“Kalau hati saya sudah terisi dengan orang lain. Macam mana? Adakah alasan tu cukup?!” Wazien berhenti melangkah.

“Benarkah apa yang Falisha katakan ni?” tanya Wazien tanpa berpaling.

“Ya! Hati saya sudah ada penghuninya. Dan orang itu bukannya awak, Wazien. Saya tak tahu tentang semua ni. Dengan perjanjian takdir yang diaturkan oleh mama dan abah awak, Wazien. ”

“Adakah lelaki itu benar-benar mencintai Falisha? Seikhlas hatinya? Sejujurnya?” Tanya Wazien. Jauh di sudut hatinya terasa sakit yang amat perit. Insan yang selama ini dia nanti-nantikan kepulangannya akhirnya menyatakan hatinya kini sudah terisi dengan nama lain di dalamnya.

“Tentulah! Dia dah melamar saya. Tentulah dia ikhlas dan jujur mencintai saya. Kami akan berkahwin tak lama lagi. Kenapa? Tak percaya? Ini buktinya. Cincin ni sebagai tanda” Falisha mengangkat tangannya tinggi menunjuk kepada Wazien yang sedang membelakangkannya.

Angin bertiup menyapa mereka berdua. Bagaikan alam turun merasa sedih, sesedih hati Wazien kini. Suasana menjadi sunyi sepi. Lambat-lambat Wazien berpaling kebelakang. Bukan cincin yang ada di jari Falisha yang menjadi pusat perhatiannya melainkan memandang diri Falisha yang ada di hadapannya kini.

“Saya tak akan memaksa Falisha. Tapi janji..”

“Janji! Bukan saya yang mengikat janji! Mesti ada caranya untuk menunda janji tu atau cara untuk membatalkan janji yang dah di buat.” Falisha ligat berfikir.

‘Harap dia setuju untuk menunda janji merepek dan karut ni. Takkan aku dengan dia! Aku tak nak! Tak nak dia! Tak nak tinggal di pulau ni! Semuanya aku tak nak!’ kali ini Falisha ingin bersepakat dengan Wazien. 

“Tak boleh ditundakan lagi kerana sebelum ni makcik Yaseera pernah menunda janji dan janji tu jatuh kepada kita berdua. Tak boleh dibatalkan lagi” Kata Wazien seraya kepalanya mengeleng.

“Mana mungkin macam tu! Mustahil! Kenapa tidak boleh! Tak ada perkara yang tak boleh di batalkan” bentak Falisha marah.

‘Ianya tak semudah yang disangka, sekali membatalkan dulu sudah cukup melemahkan Falisha. Andai kata ditangguh lagi. Apa harapan yang tinggal’

“Nak kah ikatan ini turun kepada anak-anak kita? Hasilnya tetap sama. Kalau ada lagi penolakkan di masa hadapan, bila lagi keluarga kita akan disatukan.” Bicara yang kedengaran santaiv tapi berbunyi tegas sampai ke telinga Falisha. 

“Kenapa perlu keluarga kita disatukan? Adakah itu penting? Atas alasan apa..”

“Penting, sangat penting. Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada sebabnya. Tak ada perkara yang dilakukan tanpa sebabnya, tak semuanya berlaku secara kebetulan. cukup campur tangan orang luar merosakkan segalanya..” Balas Wazien. 

‘Orang luar? Siapa orang luar ni? kadang-kadang aku tak faham dengan dia ni. Macam anti sangat dengan orang luar. Tapi siapa yang dia maksudkan dengan orang luar.’ Falisha mengangkat wajahnya merenung Wazien. 

“Kita teruskan perjalanan ke mata air biru. Cukup perbincangan kita sampai di sini. Masih ada banyak perkara yang perlu kita lakukan selepas ini..” Wazien berpaling. Dia tak berminat lagi nak berbincang hal yang akan mengganggu emosinya. Langkah dipercepatkan menuju ke titi kayu untuk melintasi sebatang anak sungai menuju ke dalam kawasan hutan.

Mereka berdua berjalan masuk kedalam hutan yang menghijau. Mendaki ke atas bukit dan berjalan di tebing sungai sampai ke atas sana. Falisha mengatur nafasnya yang semakin lama semakin pendek. Dia yang tak pernah memaksa dirinya dengan aktiviti luar kini terpaksa mendaki di pagi hari. Di atas satu batu besar dia melihat Wazien sedang berdiri di hadapan air terjun yang tinggi di hadapannya. Sekelip mata Wazien hilang disebalik air terjun itu.

“Ke mana dia pergi? Tiba-tiba hilang?” Falisha memanjat naik ke atas batu besar, ditempat Wazien berdiri tadi.

“Wazien!” Nama Wazien dilaung oleh Falisha.

“Sini..” Wazien keluar dari celahan air terjun yang mengalir.

“Hah!” terkejut Falisha melihat Wazien tiba-tiba muncul.

“Ikut ke sini..” Wazien memanggil Falisha. Falisha ikut berjalan melintasi air terjun rupanya dia belakang air terjun itu terdapat satu gua.

Sebaik saja masuk kedalam gua itu Falisha melihat lantai gua dan langit gua yang tak mempunyai stalagmit dan stalaktit seperti gua yang sepatutnnya. Malah lantai gua itu mempunyai batu-batu yang tersusun semulajadi kemas. Langit guanya juga rata. Senada warnanya dengan lantainya dan langit-langit gua. Di tengah ruangan itu terdapat cahaya yang masuk dari atas sana menerangi gua itu. Cahaya itu memantul terus ke air yang kebiruan airnya. Jernih sampaikan Falisha boleh melihat terus batu-batu yang ada didalamnya. Kagum Falisha melihat keindahan itu ciptaan tuhan itu.

“Inilah mata air biru. Falisha masuklah berendam di dalamnya.” Wazien menunjukkan ke arah mata air yang ada di tengah-tengah gua itu.

“Saya?” Falisha menunjuk kepada dirinya.

“Masuk ke dalam tu!” Falisha mengelengkan kepalanya.

“Kenapa perlu saya masuk kedalam tu! Taknak!” Falisha melipat tangannya memeluk tubuhnya sendiri.

“Falisha perlu masuk ke dalam tu untuk pulihkan diri Falisha, pulihkan semangat Falisha. Apa yang bermain di fikiran Falisha nanti akan terjawap semuanya.” Tatapan lembut diberikan buat Falisha. Tapi tatapan itu hanya sepintas lalu bila Wazien terlebih dahulu mematahkan tatapan itu seperti sebelum ini. Entah kenapa Falisha terasa tidak suka saat lelaki itu memutuskan tatapan mata mereka berdua.

‘Dia seperti. Arghh! Apa aku ni! Takkan aku tergoda dengan dia! Aku dah ada Aryan! Aryan sedang menanti aku disana. Selesaikan semuanya disini. Dan aku akan balik semula ke bandar. Semuanya akan kembali seperti biasa semula. Ya! Isha. Jangan lari dari tujuan kau kesini! Jangan tergoda dengan dia. Walaupun dia selembut dan seenak gula-gula kapas..’

Ramai dah boleh agak siapa isha kan.. Hihihihi.. Tapi seperti apakah Isha sebenarnya.. Kita sambung hari isnin ya. Waney off esok.. Terima kasih kepada anda semua.. Muaahhh muahh muaahhh.. Setiap komen dr anda semua membuatkan waney semakin semangat.. Tqtqtq.. Kita jumpa isnin nnt ya...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience