32. MAHEEM

Fantasy Completed 227394

Di sebuah kawasan yang kering dan panas terik. Kelihatan burung hering sedang terbang berputar-putar di atas langit yang tidak berawan sana. Di bawah kumpulan burung hering itu di tanah tandus sana, terdapat beberapa ekor dubuk sedang merebut bangkai haiwan yang ditinggalkan di tanah kering kontang itu. Rata-rata  terdapat rekahan di tanahnya yang dahagakan titisan air hujan dari langit yang telah lama tak turun di kawasan itu. Bagaikan hujan juga tidak mahu memberi peluang buat hidupan di kawasan itu mendapat nikmat darinya.

Berjalan seorang pemuda yang mengenakan jubah panjang untuk menutup tubuhnya dari terkena bahang panas, melintasi kawasan yang panas terik itu. Langkah diatur menuju ke satu-satunya bangunan yang ada di tanah gersang itu. Satu istana yang telah lama ditinggalkan. Kini istana terbiar itu, tak ada siapa pun berani mendekatinya kerana dikatakan itulah tempat tinggal seorang penyihir wanita yang digelar Ratu Malam.

Gelang besi yang tergantung di pintu gerbang istana itu ditarik dan diketuk ke dada pintu kayu padu itu beberapa kali.

Srrrtttt… 

Terbuka satu ruang kecil yang hanya menampakkan mata orang yang ada di dalamnya. 

“Nak apa kau kemari?” Tanya suara garau itu kepada si pemuda yang ada di luar pintu istana itu.

“Aku datang membawa barangan yang di minta oleh Ratu malam” jelas pemuda itu.

“Apa yang kau bawakan? Tunjukkan pada aku!” kasar suara pengawal pintu istana itu kepada pemuda itu.

“Aku sekadar membawa. Aku tak berani nak membukanya. Kalau kau nak tahu apa isinya. Kau bukalah sendiri.” pemuda itu mengangkat tinggi uncang yang ada di tangannya dan di tayangkan uncang itu di hadapan mata penjaga pintu itu.

“Huhh!” Penjaga itu merenggus kasar dan menutup kembali lubang yang menghubungkan mereka tadi.

Pemuda itu berundur ke belakang. Melihat ke kanan dan kirinya dinding istana itu bagaikan satu tembok yang tinggi dan tidak mempunyai banyak tingkap pada bagunannya. Istana yang bagaikan penjara bagi sesetengah mata yang memandang dari luar.

“Masuk lah! Kau tahu ke mana arah tujuan kau! Tak perlulah aku nak tunjukkan arahnya. Ini bukannya pertama kalinya kau datang ke sini” penjaga pintu itu memberi arahan.

“Aku tahu!” 

Pemuda itu berjalan masuk ke dalam, berjalan terus ke ruang utama istana itu. sampailah dia melihat ke singgahsana yang kosong tak diduduki oleh ratunya. Bibirnya tersuing satu senyuman senget melihat singgah sana itu.

‘Andailah tempat itu milik aku! Aku akak memiliki semuanya dan kalahkan mereka semua. Aku akan jadi pemerintah! Akan aku tawan empat keturunan itu. Sehingga mereka melutut di bawah tapak kaki aku’

“Jiwari!” 

Bergema seseorang memanggil nama pemuda itu dengan nada yang keras. Bagaikan seseorang yang sedang dalam kemarahan yang teramat sangat.

“Kemari Jiwari!” 

Suara itu kedengaran memanggil lagi. Apa lagi pilihan yang dia ada. Melainkan mencari dari mana datangnya suara itu. Dia yakin, itulah suara ratunya.

“Ratu malam, aku datang membawa barang yang dipesankan ratu” Jiwari mengangkat uncang itu kehadapan saat dia melihat ada satu bayang di dalam satu sudut yang tak diterangi cahaya.

“Buka dan tunjukkan kepada beta..” Maheem bersuara lagi.

“Baik lah yang mulia..” Jiwari turun melutut di tempatnya berdiri dan membuka uncangnya yang ada di tangannya.

Saat Jiwari menunjukkan isi yang ada di dalam uncang itu, darah jatuh menitik ke lantai istana itu. Membuatkan Maheem menarik nahasnya panjang, menghidu aroma darah yang masih segar itu.

“Kau pasti! Itu adalah jantung dari seorang gadis yang masih dara?” Tanya Maheem dia yang berada dia dalam ruang gelap kini mula bangun dan berjalan menghampiri Jiwari.

“Ya yang mulia ratu, ini adalah jantung dari seorang gadis yang masih perawan..” Jiwari mengangkan isi uncang itu tinggi dari paras kepalanya. Menunjukkan kepada Maheem yang sedang menghampirinya.

Maheem mencuit-ciut jantung yang sudah terkulai di tangan seorang suruhannya itu. Darah yang tercalit pada jari telunjuknya dibawa kemulut. Lidah dijelirkan, menjilat hujung jari yang mempunyai sisah darah merah pekat itu. Matanya  terpejam rapat, perlahan-lahan wajahnya mendongak naik ke atas merasa nikmat darah itu.

‘Walaupun darah ini tak semanis darah yang aku idamkan. Tapi ia masih segar! Cukup untuk merubat rasa kecanduan aku! Macam mana pun aku perlukannya! Sangat perlukannya.’

Uncang di tangan Jiwari di ambil oleh Maheem. Kemudian dia berjalan kembali ke ruangan yang gelap dan tak mendapat cahaya tadi. Jiwari kekal melutut di tempatnya dengan wajah yang menunduk melihat ke lantai istana tinggalan itu. sayup-sayup dia mendegar bunyi seseorang sedang rakus melahap dan mengunyah sesuatu dari sudut yang gelap itu.

‘Bunyi apa tu? Siapa yang makan?’ 

Jiwari mula penasaran. Semakin lama semakin kuat bunyinya dan membuatkan dirinya tak tertahan untuk mendongak melihat apa yang ada di hadapannya. Tanpa dia sedar dia sudah pun bangun dan berjalan kearah bunyi itu. Tirai yang menghalang pandangannya di selak sedikit sekadar untuk mengintai apa yang berlaku di sebalik sana. Terkaku dirinya seperti si tanggang yang disumpah oleh ibunya, membeku disitu. Sehinggakan nak bernafas pun dia tak berani melihat makhluk yang ada di hadapan Maheem. Makhluk yang muncul di sebalik dinding yang tak mempunyai bentuk yang tetap. Bagaikan air yang mampu mengubah bentuk semahunya.

“Aku berikan apa yang kau minta. Berikan wajah ku yang cantik itu semula.” Maheem menayangkan sembahannya yang sudah dibersihkan darahnya dengan mulutnya sendiri. Kini jantung itu tak mempunyai setitis darah pun, bersih disedut oleh Maheem.

“Hmmm” makhluk itu bernguman panjang seperti dirinya baru saja bangun dari tidur. Mengerakkan kepalanya ke kiri dan kanan.

“pagi-pagi sudah menganggu tidurku!” tangan-tangan yang meruncing panjang itu keluar dari dinding dan bermain-main di pipi Maheem. Tangan itu masuk lagi kedalam kain yang menutup kepala Maheem itu.

“Aku bawakan ini.” Maheem mengangkat tinggi jantung itu.

“Aku tahu.” Tangan tadi mengangkat wajah Maheem mendongak ke atas. Sehingga jatuh kain yang menutup kepala Maheen. Menampakkan wajah Maheem yang musnah terbakar. Hodoh! Sehingga biji matanya tersembul keluar, pipinya pula berkerut-kerut disana sini. Hitam dan terbakar.

Makhluk itu mendekat dan mendekatkan wajahnya kepada Maheem. Membuka mulutnya dan mengeluarkan lidahnya yang merah, terbelah di hujungnya. Lidah itu menjelir menjilat wajah Maheem. Perlahan-lahan wajah Maheem berubah kembali cantik semula. Tanpa ada sebarang parut pada wajahnya yang tadinya terbakar teruk dan busuk dengan nanah yang tak mengering. Selesai menjilat wajah Maheem makhluk itu mengambil jantung yang ada di tangan Maheem. Jantung itu nampak kecil bila berada di tapak tangannya. Mulutnya dibuka memasukkan jatung manusia itu terus ke dalam mulutnya.

‘Kau makan bekas mulut aku! Kelak kau akan menuruti aku!’ bibir Maheem tersuing naik keatas. Tangannya meraba wajahnya yang kini lincin gebu seperti sebelum ini.

“Kenapa wajah aku tak boleh pulih seperti dulu?” Tanya Maheem.

“Tawaran apa yang kau akan berikan kepada aku.?” tanya Makhluk yang melekat pada dinding istana itu.

“Aku akan berikan apa saja yang kau mahu, asalkan aku kembali jelita seperti dahulu. Aku tak mahu sekadar sementara begini..”

“Kau sudah menjual roh kau kepada aku. Tapi itu belum mampu menguatkan aku. aku masih berada pada tahap yang sama. Aku berlukan roh dan jasad yang hebat untuk hidup bebas dan merungkai sumpahan aku” Makhluk yang tak berupa itu bersuara.

“Jangan risau. Aku akan aturkan untuk kau, satu jasad yang cukup hebat dan memiliki roh yang agung. Dia harus membayarnya kerana merosakkan wajah aku ni..” Maheem senyum melihat kepada satu makhluk itu.

“Aku tunggu waktu itu tiba. Sangat menantikannya..” kemudian kedengaran suara makhluk itu ketawa kuat.

Mendengar saja suara makhluk tak berwajah itu ketawa. Jiwari yang kaku tadi berlari ke pintu untuk keluar dari istana itu. Termegah-mengah dirinya bernafas. Pandangannya hanya bertumpu kepada pintu istana. Sikit sahaja lagi tangannya nak mencapai pintu besar itu. Asap hitam berkumpul pada pintu itu. Asap itu kemudiannya bertukar menjadi Maheem setelah semuanya penuh terkumpul.

“Kau nak kemana?” Tanya Maheem.

“Yang mulia ratu!” tersentak Jiwari. Mengundurkan langkahnya ke belakang. Kemudian dia turun melutut di hadapan Maheem.

“Tidak yang mulia, tidak.. Aku hanya..”

“Tak mahukah kau upah, setelah kau selesaikan kerja kau Jiwari?” Tanya Maheem. Jiwari yang sedang menunduk itu menganggukkan wajahnya.

Maheem melemparkan uncang yang asalnya milik Jiwari tadi ke lantai, kini isi uncang itu sudah bertukar menjadi beberapa syiling emas didalamnya.

“Beta ada tugasan baru untuk kau Jiwari..” Kata Maheem. Jiwari yang baru hendak mengambil uncang tadi kembali menarik tangannya.

“Ya, yang mulia ratu..” Balas Jiwari sedia untuk menerima arahan dari ratunya.

“Cari kan mahkluk yang selalu ada di istana ini, melayani beta.. entah kemana dia tiba-tiba menghilangkan diri. Bawa dia kembali ke Istana ini” Maheem memberi arahannya.

Jiwari yang menunduk itu memalingkan kepalanya ke kiri dan kanan. Mencari kepada sesuatu yang dia tak ketemu.

‘Makhluk apa? Siapa yang dia aku carikan ni? Yang selalu melayan dia?’ Jiwari menelan air liurnya.

“Adakah kau masih teruna?” Tanya Maheem.

Sekali lagi Jiwari menelan air liurnya. Soalan itu sudah acap kali ditanya oleh Maheem kepadanya.

“Yang mulia..” gugup kedengaran suara Jiwari.

“Aku akan mencari makhluk yang selalu melayan yang mulia segera..” Jiwari menunduk lagi kepalanya ke bawah.

“Pergilah!” Kasar suara Maheem membalas. Gagal mendapatkan apa yang dia mahukan untuk menambahkan lagi kuasa sihirnya. 

Jiwari cepat-cepat bangun dan berjalan ke pintu utama bila Maheem sudah beranjak merubah posisinya.

‘Gila! Kalau aku lama-lamaa lagi mungkin dia akan memaksa aku! Bukankah selalu ramai lelaki yang ada di istana ni untuk melayan dia? Kenapa hari ini tak tak sesiapa pun? Mungkin sebab sebelum ni wajah di hodoh? Dan sekarang dia baru pulih dari wajah hodoh dia? Dia mencari kembali pelayan dia semua? Sekarang ni, aku kena cari siapa sebenarnya ni?’

“Kemana perginya semua pelayan istana ini?” Tanya Jiwari kepada pengawal pintu gerbang untuk masuk ke istana itu.

“Ratu telah menghalau semua pelayan yang ada di dalam istana. Kerana tak mahu sesiapa pun melihat wajahnya itu” pengawal pintu itu memegang wajahnya sendiri di hadapan jiwari.

“Makhluk apa yang selalu melayannya? Aku diberi tugas untuk mencarinya dan membawanya pulang ke sini..” Jiwari bertanya. Pengawal gerbang istana itu bagaikan sedang berfikir sejenak.

“Kau maksudkan Quhb? Ahh.. Mungkin di sedang bermain di pinggiran gaung lagi. Atau mungkin dia telah jatuh dari sana..” Pengawal gerbang itu ketawa dengan perutnya yang bergoyang-goyang sama seperti bahunya.

“Quhb?”

“Ya Quhb, yang seperti anak kecil yang selalu bermain-main di sini..” pengawal pintu itu menunjuk kepada kawasan yang berbatu sebelum masuk kedalam Istana.

“Ya aku pernah melihat dia. Bukalah pintu. Aku akan pergi mencari makhluk itu dan membawanya kembali ke sini..” Jiwari menunjuk ke arah pintu.

“Kau mengarahkan aku?” pengawal pintu ketawa.

“Aku tahu apa yang kau mahukan.” Jiwari membuka uncangnya dan mengeluarkan sekeping syiling emas dan di lemparkan ke tanah. Penjaga pintu gerbang itu terus menunduk mengutip syiling emas yang ada pada tanah.

‘Kerja mudah! Demi mengutip syiling emas itu kau menunduk di hadapan aku!.’ tersuing satu senyuman sinis di wajah Jiwari.

Sebaik mengambil syiling emas itu penjaga pintu gerbang itu bangun semula dan membuka gerbang buat Jiwari. Keluarlah Jiwari dari istana itu. Kini dia dapat bernafas lega. Walaupun udara yang disedutnya itu membahang panas. Dia puas dari terus berada di dalam istana itu. Tapi apakan daya, itulah caranya untuk mencari hasil menanggung dirinya di lembah yang serba kekurangan ini.

“Sekarang. Kemana arah tujuan aku?”

“Angin tanah gersang. Tunjukkan aku arahnya. Tunjukkan aku kemana arahnya keberadaan Quhb” Jiwari mencengkam tanah dan menjatuhkannya semula. Arah angin di perhatikannya.

“Kesana ya? Jadi kesanalah kita. Mungkin ada petunjuk selanjutnya di sana” wajah Jiwari bertukar tompok-tompok seperti harimau bintang. Pantas berlari melintasi tanah gersang itu, tanah yang kering sehinggakan lalang pun tidak sanggup tumbuh di kawasan itu.

Di rumah Fadhlan.

Di bahagian dapur kedengaran suara Juani sedang memarahi anak majikannya Falisha yang sedang membantunya membasuh pinggan kotor selepas mereka selesai makan sebentar tadi.

“Sudah lah tu, tinggal saja. Bagi Mak Ani saja yang buatkan. Cik muda pergilah duduk di hadapan dengan Tuan dan Tuan muda..” Juani yang sekadar berdiri di belakang Falisha mula gelisah. Sudah seperti majikan yang sedang melihat bawahannya berkerja saja.

“Mak Ani ni. cuci pinggan saja. Bukan susah pun.” Balas Falisha.

“Memanglah. Tapi kan tadi cik muda dah masak. Mak Ani ni tak ada kerja nanti macam mana? Kalau Tuan berhentikan Mak Ani macam mana? Mana Mak Ani nak pergi dengan Pak Adi? Nak balik kampung pun tak ada kampung.. Lepas ni tunggu ke rumah terakhir sajalah jawapnya..” 

“Rumah terakhir? Mak Ani ada beli rumah ke? Isha tak tahu pun. Mak Ani beli rumah di mana? Papa tahu tak ni?” Tanya Falish yang sudah selesai membasuh. Tangannya dilapkan ke kain yang di gantung dekat dengan kabinet dapur.

“Rumah yang Mak Ani kata tu.. Kubur lah cik muda. Mak Ani ni kan semakin tua. Bila masanya nak beli rumah lagi..” Juani menampar lembut lengan Falisha dengan ketawa kecil.

“Mak Ani, Kubur pula? Isha ingat betullah Mak Ani dah bei rumah lain tadi” Falisha menarik muncungnya.

“Mak Ani melawak. Mak ani rindu cik muda..” Juani memegang tangan Falisha dan mengengamnya erat. Anak yang dijaganya dari kecil sejak ada Yaseera kini sudah bergelar isteri orang. Terasa masa berlalu terlalu pantas melihat Falisha membesar  di hadapan sepasang matanya itu.

“Isha pun rindu Mak Ani!” Falisha memeluk Juani erat.

“Sungguh ni? Betul ke rindu mak ani ni?” tanya Juani. Terasa sebak mengundang di dadanya. Pelukan itu terasa hangat. Hanya wanita yang tak dikurniakan dengan zuriat anak saja yang memahami bagaimana rasa itu. Damai bagaikan memeluk darah daging sendiri.

“Sungguh lah Mak Ani! Isha dah anggap Mak Ani dan Pak Adi dah macam ahli keluarga tau..” Falisha meleraikan pelukannya. Juani yang sedang menahan rasa di hati menganggukkan kepalanya.

“Mak Aniiii…” Tangan Juani di goyang manja oleh Falisha.

“Ya” jawap Juani.

“Boleh tak? Hmmm..”

“Boleh apa tu cik muda?” Tanya Juani.

“Boleh tak ajarkan ajarkan Isha masak?” Tanya Falisha malu-malu dengan mukanya yang merah.

“Masak? Tadikan cik muda dah masak. Mak Ani tengok cik muda dah pandai masak sekarang ni. Pegang pisau pun dah tak kekok. Pandai dah potong bawang semua.” Puji Juani. Berbangga saat membantu Falisha masak tadi.

“Alaaa.. Mak Ani ni, tu masak spaghetti .. Yang Isha nak belajar ni. Masakan melayu. Wazien tu perut dia melayu, makan lauk kampung macam papa. Boleh la Mak Ani?” rayu Falisha.

“Boleh. Nanti Mak Ani berikan semua resepi masakan yang Mak Ani tahu.” Juani menarik bibirnya tersenyum. Falisha yang sedang berdiri di hadapannya kini sudah berubah. Bukannya Falisha yang dulu yang tak pernah memikirkan orang lain, selain kemahuan dirinya.

“Bagus jugak tu Mak Ani! Balik Lantera nanti boleh lah Isha cuba resepi Mak Ani disana. Kejap Isha pergi cari pen nak tulis.” Kata Falisha. 

“Yealah. Mak Ani tunggu disini” Balas Juani tersenyum melihat kepada Falisha yang sedang berjalan pergi. 

‘Kali ni cik muda pulang dengan jiwa yang lebih tenang dan tak bergolak seperti dulu. Moga jodoh cik muda kuat bersama dengan suaminya. Siapalah tak tertawan dengan hati budi penduduk Lantera. Lemah-lembut dan sopan saja. Sama macam puan dan tuan muda.’ bibir Juani tersenyum melebar. Dia menunduk melihat kepada tangannya yang masih terasa hangatnya pelukan dari Falisha tadi.

Sorry lewat.. Selamat membaca.. (^-^)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience