40. DIPUKAU

Fantasy Completed 227354

Angin yang bergulung-gulung itu membawa Wazien dan Jiwari ke satu tanah luas yang biasanya di diami oleh puak bintang yang tinggal di kawasan hutan berhampiran dengan sungai yang luas dan lebar. Hutan yang terdiri daripada tanah yang subur, dilitupi oleh tumbuhan hijau yang kelihatan sudah tua usianya. Banyak serangga berbisa yang tinggal didalam hutan itu, saiznya juga besar berkali ganda dari hutan yang ada di Lantera.

“Hati-hati!” 

Bayu membisikkan suaranya kepada Wazien. Kaki Wazien mula memijak tanah bumi yang subur itu.

“Aku datang hendak berjumpa dengan Raja Sarwan! Aku adalah Wazien dari Lantera. Ada urusan yang penting untuk berjumpa dengan raja kalian. Izinkan aku masuk ke dalam” Lantang suara Wazien menyatakan hasratnya dengan jelas di hadapan tumbuhan yang terdiri daripada pokok-pokok tua di hadapannya.

Andaikata orang lain melihat. Sama seperti melihat orang kurang waras yang sedang menjerit kepada sesuatu yang tak wujud di hadapannya. Tapi berbeza bagi Wazien yang sudah beberapa kali mengunjungi puak bintang. Pokok-pokok tua yang lebat itu adalah gerbang untuk masuk ke perkampungan mereka di sebelah sana. Di atas pokok-pokok tua itu. Ada berpuluh-puluh pasang mata yang sedang memerhatikannya, yang sedang berdiri dan mengampu tubuh Jiwari.

“Assalamualaikum Wazien..” sapa satu suara yang datangnya dari celahan daun di hadapannya. Keluarlah seorang lelaki yang diiringi oleh beberapa orang pemuda gagah di belakangnya.

“Waalaikum salam, Raja Sarwan..”  Wazien menjawap salam yang diberikan.

“Tuanku, saya datang membawa satu rakyat tuanku..” Wazien berpaling melihat kepada Jiwari yang masih tak sedarkan diri.

“Jiwari!”  Sarwan memberi arahan kepada lelaki yang ada disampingnya agar segera menyambut Jiwari dari Wazien.

“Biadap sungguh rakyat beta, telah menyusahkan putera Lantera. Sudahlah dia membelot puaknya sendiri! Sekarang pulang, dalam keadaan yang memalukan begini.” keras bunyi Sarwan melihat kepada rakyatnya yang pulang dengan keadaan lemah itu.

“Humban dia ke dalam kurungan!” marah Sarwan. Menunjuk kepada Jiwari. Lelaki yang berbadan besar itu segera membawa Jiwari pergi.

“Tuanku. Dia terluka dan berlaku pergelutan…”

“Tak perlu risau..” Sarwan mengangkat tangannya tinggi memberi isyarat agar Wazien tidak menjelaskan apa yang berlaku kepadanya.

“Dia layak menerima habuan sebegitu. Marilah masuk ke dalam. Bukankah tak manis kalau mata-mata rakyat beta melihat cara beta menyambut tetamunya tanpa mempelawa masuk ke dalam terlebih dahulu..” Sarwan menyengetkan sedikit tubuhnya dan mendepakan sebelah tangannya keatas untuk mempelawa Wazien masuk kedalam kawasan jajahan miliknya.

“Terima kasih tuanku. Ada beberapa pekara yang penting perlu saya bincangkan bersama dengan tuanku..” jelas Wazien sambil mengatur langkahnya masuk kedalam hutan yang di liputi oleh pokok-pokok besar dan tinggi itu.

“Ya, beta pasti itu sangatlah penting, sehingga kamu sendiri datang kesini.” Sarwan ikut melangkah mengetuai rombongan itu.

Wazien melangkah masuk kedalam, terasa dirinya baru saja melepasi satu lapisan benteng yang di buat oleh puak itu. Di sebalik benteng itu ada banyak rumah-rumah kecil yang didirikan didalamnya. Wazien dibawa masuk ke dalam rumah yang didirikan di tengah-tengah kawasan hutan itu.

“Jemputlah naik ke teratak beta yang tak serupa istana megah yang lainnya.” Pelawa Sarwan kepada Wazien.

“Jangan terlalu merendah diri tuanku. Istana tuanku cukup indah dan selesa.” Puji Wazien. 

Kerana itulah kenyataannya. Lebih besar dari rumah utama yang ada di Lantera. Malah isi rumahnya juga cukup lengkap semuanya. Berdiri pengawal-pengawal di sepanjang sudut menjaga keamanan raja mereka.

“Tuanku..” datang seorang wanita menyapa mereka berdua.

“Ratuku.. Kenalkan ini putera dari Lantera.” Sarwan memperkenalkan Wazien kepada pasangannya yang datang menyapa. Wazien menunduk sedikit kepalanya kepada wanita yang mengenakan niqab berdiri di hadapannya.

“Putera? Ku sangka putera Lantera sudah bernikah dan kini menjadi raja di Lantera?” tanya ratu bintang.  

“Apa itu betul? Wazien?” Berpaling Sarwan melihat kepada Wazien yang sedang tersenyum melebar.

“Burung-burung yang berterbangan juga gembira menyebarkan perihal itu. Kenapa perlu dinafikan lagi wahai putera Lantera. Kelak, dia bakal menjadi sahabat Raidah juga. Kami kan sama-sama ratu.” Kata Raidah melihat kepada Wazien yang sedang mengangguk.

“Jadi betul lah khabar angin itu? Patutlah dia sudah ke sana. Beta mendengar berita itu. Tapi tetap berhati-hati selagi tidak mendapat kesahihan dari Lantera sendiri. Puak beta yang tinggal di Belantara sentiasa menyokong Lantera sepenuhnya. Beta berharap ratu Lantera berada di dalam keadaan baik ” Sarwan berpaling melihat kepada Raidah yang sedang mengangguk setuju.

“Terima kasih atas doanya. Ya, memang benar yang saya sudah bernikah. Bernikah dengan waris terakhir dari puak harimau putih.” Tersentak Sarwan dan isterinya mendengarkan apa yang dikatakan oleh Wazien sebentar tadi.

“Sungguh kah masih wujud harimau putih? Adakah dia waris Ratu Yaseera?” tanya Sarwan. Wazien kemudiannya mengangguk.

“Nampaknya Lantera sedang menyiapkan satu lapisan keturunan yang hebat sekali lagi selepas Wahyudi..” puji Sarwan. Dalam masa yang sama dia berjaga-jaga takut kata-katanya tadi akan membuatkan Wazien terasa.

“Jangan salah faham dengan itu, tuanku. Itu adalah perjanjian kami sejak dulu. Menyatukan dua puak agar terus menjadi kuat di masa ke hadapannya. Bukan niat kuat untuk melawan puak yang lain, jauh sekali nak menganggu lingkaran kedamaian yang selama ini di jaga rapi. Itu hanya untuk mempertahankan Lantera daripada hati yang iri dengan kami. Saya rasa tuanku lebih arif tentang itu..” jelas Wazien.

“Beta faham. Musuh kita sama. Musuh Lantera sama dengan musuh Belantara, Ratu malam!” Sarwan mengepalkan tangannya dan menghentakkannya di kepala kerusi yang dia sedang duduk.

“Itu sebabnya saya kesini. Berkenaan dengan Jiwari, dia…”

“Jangan risaukan tentang Jiwari. Kali ini dia tidak akan terlepas lagi dari kami dan akan pergi mencari ratu malam lagi. Dia telah membunuh banyak anak gadis kami kerana terlalu termakan umpan dengan ratu malam. Bukan itu saja. Dialah juga yang memberi ruang saat ratu malam datang untuk menyerang ratu Raidah tempoh hari. Beta sangat kecewa dengan rakyat beta yang bernama Jiwari itu.” keluh Sarwan. 

“Sudahlah rajaku.. Perkara itu sudah berlalu. Untung semuanya tak apa-apa.” Pujuk Raidah.

“Berhati-hatilah wazien selepas ini, dia pasti kan mencari bakal ratu Lantera dan mencederakannya. Dia takkan puas selagi dia tak dapat menawan semuanya.” Sarwan menasihati Wazien. Tak mahu isteri Wazien menerima nasib yang sama dengan isterinya. Sekadar untuk peringatan agar Wazien lebih berjaga-jaga.

“Baiklah tuanku. Selesai sudah urusan kita. Saya ingin mengundur diri…” Wazien bangun dari duduknya.

“Tunggulah sebentar rehatkan tubuhmu wahai putera Lantera. Sudahlah datang dari jauh semata-mata untuk menghantarkan rakyat beta yang derhaka itu.” Sarwan turut ikut bangun sama. Bahu Wazien dipegang menahan Wazien dari terus pergi.

“Kalau boleh. Izinkan saya untuk tumpang solat dan segarkan badan semula.” Pinta Wazien. Dia tidak mahu berlama-lama di Belantara. Kerana tugasnya sudah selesai. Sudahlah perjalanan ke Belantara memakan masa selama tiga hari baru dia tiba. Kalau dia melenggah-lengkan lagi. Dia risau meninggalkan Falish yang ada di bandar.

“Sudah tentu.” Sarwan ketawa besar, sudah lama dia tidak bertemu dengan sahabat lamanya itu. Sangat lama setelah dia bergelar Raja puak bintang. Wazien hanya diam di Lantera. Kalau boleh dia mahu Wazien tinggal lebih lama dengannya. Tapi dia sendiri tahu, itu mustahil untuk berjauhan dengan apa yang sedang kita lindungi. Sarwan menghormati keputusan Wazien. Sudahlah Wazien membawa kembali Jiwari kepadanya. Itu sudah memudahkannya dari terus menghantar mata-matanya mencari si pembelot itu. Sebelum bertolak balik Wazien tak putus-putus mengingatkan Sarwan mengenai Jiwari. Andai terlepas, maka Falisha akan berada di dalam bahaya.

Di Bandar di rumah Fadhlan.

“Nak ikut papa ke pejabat tak ni?” Tanya Fadhlan melihat Falisha sedang terbaring di atas sofa panjang ruang tamu rumahnya.

“Hmmm… Isha bosan lah papa.” Keluh Falisha.

“Apakata…” Fadhlan mematikan bicaranya. Tangannya naik mengaru kepalanya sendiri.

“Mana Wazien pergi lama sangat ni pa. Isha geram sebab tak tahu dia macam mana. Kalau dia ada phone senang lah boleh call, mesej, video call semua tu.. Papaaa” Falisha mula merengek tak puas hati.

“Nasib aku tak terlepas cakap tadi.” Fadhlan berkata didalam hatinya. Baru saja dia nak mencadangkan hal itu kepada Falisha.

“Papa.. Isha nak pergi shopping lah.” Falisha yang terbaring itu bangun duduk bersila di atas sofa.

“Isha ni.. Nak shopping lah pula. Tak apalah kalau macam tu papa ikut Isha pergi shopping.” Fadhlan mengambil telefon bimbitnya untuk membuat panggilan kepada setiausahanya.

“Pa.. papa pergilah pejabat. Isha nak jalan-jalan sambil shopping perlahan-lahan, bukannya pergi beli dan balik macam papa. Nanti kalau papa ikut Isha, papa pula yang bosan.” Falisha menjatuhkan kakinya ke bawah. Kemudian bangun berdiri.

“Kalau macam tu papa panggilkan Zayyad. Biar dia temankan Isha.” Fadhlan mula mencari nombor telefon Zayyad untuk membuat panggilan kepada Zayyad.

“Okaylah papa.. Isha naik ke atas bersiap dulu..” Falisha berlalu pergi selepas mencium pipi Fadhlan. Naik ke atas untuk bersiap. 

Selepas selesai bersiap Falisha turun ke bawah semula. Dia mencari kelibat Fadhlan, namun tak juga dia ketemu. Falisha membuka pintu utama rumahnya. Terdapat tiga lelaki yang berdiri di taman rumahnya. 

“Abang Rehan?” 

Berpalinglah Rehan bila namanya dipanggil.

“Cik muda.. Eh! Bukan. Saya nak panggil apa ya?” tanya Rehan.

“Abang ni, panggil Isha lah. Kan senang..” usik Falisha.

“Mana boleh macam tu..” Rehan malu-malu sambil tergaru-garu kepalanya melihat penampilan baru Falisha yang kini sopan dan berhijab.

“Panggil saja puan.. Puan muda..” Sampuk Fadhlan.

“Puan muda.” teranguk-angguk kepala Rehan kepada Falisha.

“Papa ni. Papa buat abang Rehan segan la papa. Abang dah sihat betul ke ni? Boleh memandu?” tanya Falisha.

“Aiih! Boleh dah ni. Alhadulillah. Cuti lama dah abang ni.. Sekarang ni, abang dah sihat elok dah puan muda..” balas Rehan.

“Abang jangan kerja balik sebab abang cuti lama. Pastikan abang betul-betul sihat barulah abang kerja.” Nasihat Falisha bercekak pingang di hadapan mereka semua.

“Taklah, abang sungguh dah sihat ni..” balas Rehan.

“Baguslah kalau macam tu.” Falisha menurunkan tangannya yang berada di pingang.

“Papa..”  tangan Falisha di hulur kepada Fadhlan untuk bersalaman.

“Ingat. Jangan sesekali cuai. Papa nak anak papa balik dengan selamat tau, nanti apa pula papa nak jawap dengan Wazien.” Fadhlan menyuakan tangannya dan Falisha menunduk mencium belakang tangannya.

“Baik pa..” Falisha melambai kepada Fadhlan dan ikut Zayyad berjalan keluar dari halaman rumahnya.

“Zayyad! Hati-hati!” Laung Fadhlan. Zayyad berpaling dan mengangguk. Falisha pula melambai sekali lagi sebelum dia masuk kedalam kereta.

“Rehan. Ada anak perempuan ni kan. Rasa dugaan betul. Asyik lihat dia pergi-pergi saja. Dulu dengan perangai dia yang macam tu. Sekarang ni nak halang-halang pun.. hmmm..” Fadhlan mengeluh berat.

“Dato’ biasalah tu. Itukan lumrah kehidupan.” Balas Rehan.

“Lumrah kehidupan? Rasa tak puas saya menjaga Isha. Atau selama ni saya terlalu sibuk menguruskan hal dunia.”

“Hal dunia yang dato’ kata kan tu untuk kesenangan cik.. ehh.. Puan muda juga..” Rehan menampar mulutnya sendiri. Sungguh dia tak boleh membiasakan diri memanggil gelaran baru buat Falisha.

“Sudahlah. Mari kita ke pejabat, dah nak tengah hari ni.” Fadhlan melihat ke arah jam tangannya. Dari pagi dia asyik memujuk Falisha yang tak habis-habis bertanyakan tentang suaminya itu. Sampaikan dia sendiri pening nak menjawapnya.

Zayyad mengikut saja langkah Falisha sejak masuk kedalam pusat beli belah itu. wajah yang tak berseri dengan senyuman itu, mula menarik bibirnya tersenyum sedikit demi sedikit.

Selepas masuk ke satu butik kemudian masuk ke butik lain pula. Masih kosong pada tangan Falisha dan Zayyad. Kini sudah masuk ke butik yang kelima yang dipilih oleh Falisha. Seperti tadi, selepas Falisha memilih dengan bersunguh-sunguh sampai saat nak membayarnya Falisha akan mengelengkan kepalanya.

“Abang rasakan Isha ni sakit rindu..” Zayyad menunjuk jarinya tepat ke wajah Falisha. 

“Pandailah abang ni? Abang pernah bercinta ke nak rindu-rindu pula?” tanya Falisha.

“Allah ! Kejamnya soalan tu, terguris hati ni” Zayyad menepuk-nepuk dada bidangnya. Sesak nafas seketika. Kita nak hiburkan dia, alih-alih kita juga yang terkena. Pedas pula tu.

Berpusing-pusing mereka berjalan di dalam pusat beli belah itu. sampailah Falisha memilih untuk berdiri santai di satu koridor panjang melihat orang ramai mula masuk ke pusat beli belah itu bersama dengan pasangan mereka. Kemudian dia mengeluh lagi.

“Abang!” 

“Hah! Ya-ya..”  jawap Zayyad.

“Tolong belikan tu untuk Isha. Isha malaslah nak beratur..” Zayyad berpaling melihat ka arah satu barisan manusia yang sedang menanti giliran mereka untuk membuat pesanan di hadapan kaunter yang berwarna unggu itu.

“Itu? Abang tak pandailah nak order..”  Zayyad menggaru belakang kepalanya. bukannya dia tak tahu. Menu sudah terpampang di hadapan mata. Tapi tetap jugak kekok nak memesan minuman yang beraneka jenis itu.

“Alahan abang ni.. Kalau yang itu?” Falisha menunjuk pula kios aiskrim yang ada agak jauh sedikit dari mereka.

“Aiskrim? Boleh lah kot” sengih Zayyad dan kepala dianggukkan.

“Isha nak. Isha tunggu di sini.” Falisha mula duduk di kerusi besi yang ada disitu.

“Okay. Nak  perisa apa?” tanya Zayyad.

“Hmmm.. apa-apa aja” balas Falisha.

“Apa-apa aja? Kejap abang pergi tanya perisa apa-apa aja tu ada ke tidak..” Zayyad melangkah ke hadapan..

“Eh! Abang..” panggil Falisha.

“Strawberry mix vanilla..” cepat-cepat Falisha memberi tahu perisa yang dia mahu.

“Ha! Kan senang macam tu. Isha ni macam sengaja je nak kenakan abang sejak dari tadi..” kini Zayyad pula yang merungut kepada Falisha. Sekarang barulah ketawa Falisha pecah, melihat kepada muka Zayyad yang berubah kelat.

“Abang pergilah sementara tak ada orang tu..” Falisha menunjuk kepada kios aiskrim yang masih kosong tak ada pelanggan pada waktu itu.

“Ya! Abang nak pergilah ni. Isha duduk di situ diam-diam. Jangan kemana-mana tau. Kalau tak abang makan aiskrim Isha tu..” Ugut Zayyan.

“Tak-tak Isha duduk disini.. Isha tunggu abang di sini.” Falisha menepuk kerusi besi yang dia duduk itu.

Zayyad cepat menghayun langkahnya ke arah kios aiskrim untuk membeli aiskrim itu buat Falisha. Sebaik sampai dia cepat-cepat membuat pesanan sambil tertoleh-toleh melihat kepada Falisha yang sedang duduk seorang diri di kerusi besi awam itu.

“Abang ni. Tak lari gf abang tu” usik gadis yang sedang menyediakan aiskrim pesanan Zayyad.

“Bukan lah! Dia tu adik.. Bukan apa tu gf?” balas Zayyad pantas.

“Ohh! Ingat gf tadi..” gadis itu ketawa kecil.

Falisha yang sedang duduk di kerusinya berpaling melihat ke kiri dan kanan melihat orang-orang yang sedang lalu lalang. Sehingga dia terlihat satu susuk tubuh yang mempunyai wajah sama persis Yaseera.

“Mama..?” Falisha bangun berdiri.

“Mama..”

“Mama..”

Falisha berpaling melihat kepada Zayyad yang sedang sibuk berbual dengan gadis yang berada di sebalik kaunter askrim itu.

“Mama.. tunggu Isha..”

Falisha terus mengejar wanita yang mengenakan busana hitam pada tubuh nya itu. yang sedang berjalan tanpa menghiraukan dirinya yang asyik memanggil dari tadi. dia turut ikut melangkah melintasi celah-celah orang ramai.

Zayyad yang baru berpaling terkejut melihat kerusi besi itu kini kosong. Terus terjatuh aiskrim di dalam pegangan tangannya. Sama seperti luruh jantungnya kini.

“ALLAH!”

Langkah mula di atur berlari-lari mencari kelibat Falisha. Dari jauh dia melihat seorang wanita yang bertudung bagaikan sedang mengejar sesuatu.

“Falisha!” laungnya. Falisha tidak berpaling. Bagaikan suaranya itu tak sampai kepada Falisha. Langkah diatur dengan lebih laju mengejar Falisha.

“Mama tunggu..”

Falisha membelok ke satu selekoh. Mencari-cari wanita tadi.

“Isha..” kedengaran suara Yaseera memanggilnya.

“Mama..” Falisha berjalan mencari arah suara itu.

“Anak mama dah besar sekarang ni.. Sayang mama..” lembut bunyi suara itu memancing Falisha. 

Falisha akhirnya ketemu juga dengan seorang wanita yang mengenakan pakaian serba hitam. Kepalanya yang menunduk itu mula terangkat perlahan-lahan. Terserlah wajahnya persis seperti Yaseera di saat mudanya.

“Mama…” air mata Falisha mula menitis melihat wanita yang ada di hadapannya. Tangannya dihulur untuk meraih wanita berbusana hitam itu.

“Marilah sayang. Anak mama yang paling mama rindukan..” cepat Falisha mengatur langkahnya memeluk wanita itu.

“JANGAN!”  Kedengaran suara Zayyad memenuhi ruangan  itu. 

Falisha berpaling mencari-cari Zayyad. Tetapi ruang di hadapannya itu kosong.

“Ikut mama sayang?” tanya wanita berjubah hitam itu.

“Isha ikut mama” Falisha mengangguk setuju bagaikan seseorang yang sudah dipukau.

Zayyan melihat Falisha yang ada di hadapannya yang sedang semakin menghilang di dalam satu lingkaran hitam. Dia cuba untuk merempuh masuk kedalam kawasan itu. Terasa seperti ada dinding lutsinar yang menghalangnya untuk masuk ke kawasan itu.

“Isha! Sedar Isha!” jerit Zayyad. Tapi semua itu sudah terlambat. Falisha kini tenggelam di dalam lingkaran hitam itu dan terus ghaib. Sebaik Falisha hilang barulah Zayyad terlepas masuk kedalam kawasan itu. Zayyad meraba-raba dinding konkrit di hadapannya. Namun itu tidak merubah apa-apa. Itu tidak mengembalikan Falisha kepadanya semula. Semua yang berlaku tadi bagaikan sudah tidak wujud. Zayyad meraup rambutnya kasar. Nama Wazien diseru berkali-kali. Namun masih belum dapat balasan dari orang yang jauh di Belantara sana.

Isha ghaib.. Kemana isha pergi? Terima kasih kepada pembaca semua.. Muaahhh muahh muaahhh.. Esok kita sambung lagi ya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience