2. DIVA

Fantasy Completed 227388

Berlari-lari Falisha sebaik saja turun dari keretanya. Mengelakkan hujan yang sedang turun dari langit di atas sana, hujan yang turun membasahkan tanah bumi yang sudah beberapa hari panas berpanjangan.

“Isha! Kenapa berlari ni? Kenapa tak guna payung?” Tanya seorang lelaki yang ada di sampingnya dan menegurnya. Kebetulan mereka sama-sama sampai di bawah bagunan itu untuk berteduh sebelum masuk ke dalam klinik.

“Ohh doktor..” Falisha menayang segihnya.

‘Perlu ke aku cakap yang aku lebih rela redah hujan dari nak ambil payung. Yang akan membasahkan aku, sama saja macam aku tak berpayung sekarang ni. Sebab payung aku ada di bonet belakang. Semuanya kerana gara-gara Natrah yang pandai-pandai mengemas tempat duduk belakang semalam, sebab nak letak hadia-hadiah untuk Aimi’

“Kan dah basah. Masuk lah. Ni nanti kalau kena hujan lagi. Demam pulak, awak tu antibodi lemah.” Kata Asfar mengajak masuk pembantunya ke dalam malah siap membuka pintu Kliniknya buat gadis itu.

“Terima kasih doktor..” Balas Falisha menundukkan sedikit kepalanya kepada Asfar dan melintas masuk ke dalam Klinik tempat kerjanya.

Falisha berjalan masuk ke dalam Klinik terus menuju ke kotak hitam yang ada disebalik pintu masuk ke Klinik itu. Jari telunjuknya disentuhkan kepada sesentuh kaca yang mengeluarkan lampu yang berwarna kebiruan, mengimbas cap jari Falisha.Sesaat saja bunyi ‘bip’ kedengaran. Menandakan yang mesin tersebut sudah merekod kedatangan Falisha untuk hari itu. Asfar berhenti di kaunter pendaftaran di mana sudah ada pekerjanya yang lain sudah menanti disitu.

‘Ahh! Lewat pula hari ni. Sudah lah lewat. Sekali datang terserempak dengan doktor pula. Berapa kali nasib tak baik lah pagi ni’ Falisha merungut didalam hati. Dia sekadar menghadiahkan sebaris senyuman kepada rakan kerjanya yang berada di kaunter. Kaki dihayun masuk kedalam bilik persalinan yang disediakan untuk para pekerja Klinik itu.

‘Untung masih ada baju ganti. Tak rugi kalau kita sentiasa beringat.’  Kini tubuhnya sudah digantikan pakaian yang baru.

“Isha!” kedengaran namanya diseru dari luar bilik persalinan.

“Ya.. Sekejap ya” Falisha melihat penampilannya di dalam cermin. Tangannya meraba dirinya sendiri dari bahu turun sampai ke peha.

‘Perfect! Sekarang baru ada semangat nak kerja’ pujian untuk dirinya sendiri. Seperti hari-hari yang sebelum ini dia lakukan. Agar dia bersemangat sepanjang hari melayan pesakit-pesakitnya yang terdiri dari bebulus comel-comel.

“Ya kak, cari Isha?” tanya Falish sebaik keluar dari bilik persalinan. Tangannya menarik tombol pintu menutup kembali pintu bilik itu rapat.

“Iya.. Harini, pukul sepuluh ada appointment dengan Diva. Isha yang akan handle Diva yea.” Terang Halwa selaku atasan yang menguruskan pekerja-pekerja Klinik tersebut. Tangannya membelek beberapa helaian kertas yang ada di kepilkan pada pelapik tebal yang sedang dipegangnya.

“Ya. Isha dah semak jadual yang akak bagi kemarin. Tak apa. Diva bagi Isha yang handle..” Akui Falisha dengan senyuman yang manis di wajahnya.

“Okay. Akak nak pergi tengok yang dibelakang.. Isha can get ready now. It's almost time for a Diva appointment” Halwa memberi arahan. Falisha menganggukkan kepalanya.

“Kak Halwa, sorry Isha masuk lambat hari ni..” Falisha menyatakan dengan kedua tangannya memohon kepada wanita itu.

“Hmm, jangan selalu Isha. Jangan ambik kesempatan kerana doktor baik dengan kita. Nanti lama-lama orang tak suka Isha..” Halwa memberi nasihat. Sebenarnya dia pun terlambat harini kerana terkandas dalam kesesakkan jalan raya, disebabkan hujan. Jalan menjadi penuh dengan kenderaan. Untungnya dia tiba awal sedikit dari yang lain.

“Baik kak! Terima kasih kak Halwa.. Isha pergi depan dulu ya..” Falisha mengatur langkahnya ke ruang hadapan. Menanti pesakit pertamanya untuk hari itu.

“Isha dengan Diva pagi ni?” Tanya Dhianura. Rakan sekerja Falisha.

“Ya Dhia.. Diva ada appointment pagi ni.” Falisha menganggukkan kepalanya. tangannya mencari-cari rekod kesihatan milik Diva. Satu buku rekod yag besaiz A5 ditarik keluar dari barisan-barisan susunan buku rekod yang lain.

“Teringin nak pegang Diva. Tapi dia tu.. Memang Diva sesuai dengan namanya.. Siap memilih lagi dengan siapa yang dia nak..” balas Dhianura kepada Falisha.

“Diva tu manja. Kalau Dhia nak pegang Diva, kita tukar lah..” Rekod kesihatan yang ada di tangan Falisha disuakan kepada Dhianura.

“Eh taknak lah!” Dhianura menolak  kembali rekod kesihatan milik Diva kepad Falisha.

“Diva tu pernah cakar Dhia. Lepas tu dia terlepas sampaikan doktor Asfar marahkan Dhia. Kalau Dhia yang handle lagi Diva. Nanti pasti doktor tanya kenapa tak bagi Isha. Biar Isha saja yang handle Diva. Sebab Dhia ada favorite patient lepas ni. Noni!” kata Dhia dengan senang hati dan menayangkan rekod kesihatan Noni.

“Noni lagi? Kenapa?” Tanya Falisha menunjuk kepada rekod kesihatan yang ada ditangan Dhianura.

“Huumm.. Katanya Noni tak selera makan selepas ambik vaksin baru ni. Itu yang tuan dia bawa balik datang hari ni. Kemarin baru dia buat appointment dengan doktor..” terang Dhianura.

“Ohh” Falisha mengangguk faham.

Kedengaran pintu kaca Klinik diketuk dari luar. Pintu kaca Klinik yang dipasang dengan filem reflektif yang tak membenarkan orang luar melihat ke dalam klinik itu membuatkan jejaka itu mengintai-ngintai kedalam.

“Agaknya itu, Diva dah sampai.” Kata Dhianura mereka berdua tergelak kecil melihat bayang-bayang lelaki itu, lagaknya seperti pencuri.

“Mungkin.. Dan itu mungkin juga driver Diva..” Lebar senyuman Falisha membalas kepada Dhianura. Tangannya mencapai suis untuk membolehkan pintu utama itu dibuka.

KTAK!

Kedengaran pintu kaca utama Klinik itu merenggang secara Automatik. Pemuda yang ada diluar beranjak selangkah kebelakang sambil mendongakkan wajahnya keatas.

“Selamat datang ke Asfar Cat Medical Centre. Apa yang boleh saya bantu?” Kata Falisha mesra menyambut pelanggan yang masuk kedalam klinik itu.

“Ya. Saya ada temujanji untuk Diva.” Balas lelaki itu, sebelah tangannya memegang tali beg yang di sangkut di bahunya. Falisha menjenguk melihat beg yang digalas oleh lelaki itu. Corak beg itu sama persis pemiliknya, Diva. Seekor kucing baka American wirehair yang berbulu hitam dan putih.

“Saya akan uruskan Diva untuk encik..” kata Falisha.

“No! saya dipesan oleh Puan Sri Shiraz, hanya serahkan Diva kepada pembantu veterinal yang bernama… hmmmm..” jari lelaki itu mengetuk-ngetuk kaunter pendaftaran.

“Falisha betul?” sampuk Dhianura.

“Ya betul!.. Cik Dhi..aa.nura..” Lelaki itu menunjukkan jari telunjuknya kepada Dhianura. Matanya mengecil membaca tanda nama yang bersulam di baju seragam Dhianura.

“Ya.. Saya dhianura. Encik ni?” Tanya Dhianura.

“Saya Irsyad Aryan.. Panggil Aryan saja. Saya cari siapa tadi tu cik Dhia..nura?” Tanya Aryan kembali kepada Dhianura.

“Cik Falisha.. Kalau Encik Aryan nak tahu. Inilah cik Falisha.. Nak mesra lagi panggil Isha saja. Dia akan uruskan Diva untuk encik.” Terang Dhianura dengan pangjang lebar. Manakala Falisha diam, hanya senyuman sebaris yang dibalas bila lelaki yang bernama Irsyad Aryan itu berpaling melihat kepadanya semasa Dhianura memperkenalkan dirinya kepada lelaki itu.

“Jadi cik ni.. Cik Falisha. Maaf saya Irsyad Aryan. Anak kepada Puan Sri Syiraz.. Ini pertama kalinya saya bawa Diva kesini. Mama saya tak dapat datang kerana ada urusan jadi saya yang akan mengantikan mama saya.” Kata Aryan menerangkan tujuan kedatangannya.

“Tak mengapa encik…” Falisha menunduk kearah lelaki yang berdiri di hadapannya.

“Aryan” sambut Aryan.

“Ya.. Encik Aryan.. Boleh saya…”

“Panggil saya Aryan saja.. tak perlulah nak berencik-encik” potong Aryan dengan senyuman manis di wajahnya.

“Okay, Aryan..”

“Boleh bagi Diva dengan saya..?” Tanya Falisha sekaligus meminta pesakitnya untuk pemeriksaan pada hari itu.

“Yes, sure! Sorry..” Aryan menunduk  mengangkat beg galas yang lutsinar itu naik ke atas kaunter pendaftaran.

“Eh! Tak apa” Falisha menyambut beg tersebut. Jelas kelihatan Diva sedang duduk didalamnya sedang memandang kepadanya.

“Hai Diva sayang.. We meet Again.” Kata Falisha mesra, tangannya membuka beg tersebut. Diva diambilnya keluar dari beg itu dan dibelainya.

“How are you today sayang? Sihat? Datang nak ambik vaksin yea..” kepala Diva dielus lembut oleh Falisha. Aryan pula sekadar menarik senyumnya melihat Falisha melayan kucing milik mamanya.

‘mesra bukan main Diva dengan dia. Yang aku tahu Diva ni cerewet sama je dengan mama. Ni bila dengan perempuan yang ni mahu pulak dia’ bisik hati Aryan.

“Aryan tunggu dulu.. Saya bawa Diva masuk untuk ambil vaksin ya. Ke Aryan nak masuk sekali?” Tanya Falisha.

“Tak apa saya tunggu di sini saja.. Hemm.. Boleh saya tinggal Diva sekejap. Nanti saya datang ambil balik dia?” Tanya Aryan. Sekilas melihat kepada jam tangannya.

“Ya boleh..” jawap Falisha menganggukkan kepalanya.

“Kalau macam tu saya keluar dulu, nanti saya datang jemput dia ya..” Kata Aryan, menunjuk kearah pintu. Sekali lagi Falisha menganggukkan kepalanya, mengiakannya.

Aryan berjalan ke pintu menolak pintu kaca itu untuk keluar tapi gagal. Kemudian dia cuba untuk menarik pula kali ini tapi masih tetap gagal membuka pintu kaca tersebut. Terus dia menoleh melihat ke kaunter semula. Falisha menunjuk kearah dinding. Pandangan Aryan berubah melihat kepada arah yang ditunjukkan oleh Falisha.

‘Press to open the door’ tulisan besar yang tertampal di dinding itu sekadar dibaca di dalam hati. Kepala Aryan mengangguk sambil bibirnya tersenyum.

“Baru tahu” pendek saja kata yang dikeluarkan oleh Aryan bagi menutup rasa malunya dihadapan dua wanita yang dari tadi asyik melihat gerak gerinya.

“Tak apa.. Baru pertama kali datang kan. Kami faham” Dhianura membalas dengan senyuman yang melebar di wajahnya. Manakala Falisha masih terus mengelus lembut kepala Diva yang sudah menyerah dari tadi. Melentok di lengan Falisha dengan manja.

Aryan sekadar menarik bibirnya senget sebelah keatas. Menayangkan senyumannya kepada mereka sebaik berpaling. Tangannya menekan suis itu dan menolak pintu untuk keluar dari Klinik itu.

“Anak Puan Sri? Kacak kan?” Tanya Dhianura kepada Falisha.

“Ya. Isha bawa Diva masuk dulu ya” Balas Falisha mengendong Diva masuk kedalam bilik rawatan bersama dengan rekod kesihatannya. Diva kemudiannya dijemput pulang oleh pemandu peribadi Shiraz. Bukannya Aryan yang menghantarnya awal tadi.

Selesai saja urusan kerja, Falisha pulang ke rumahnya. Buka saja pintu utama rumah. Hidungnya dapat menghidu satu aroma yang sangat menyengat. Bau itu menusuk-nusuk pancainderanya yang satu itu sehingga terasa sesak ruang penafasannya.

“Ya Allah! Ni mesti papa punya kerja.” Rungut Falisha. Sebelah tangan sudah memicit hidung mancungnya dari terus menghidu bau itu. Kaki diatur ke ruang makan.

“Pa!” panggil Falisha bila dia melihat Fadhlan elok saja sedang duduk di meja makan.

“Kenapa?” Fadhlan yang sedang makan tersentak.

Falisha menghampiri meja makan. Semangkuk cencaluk yang ada diatas meja cukup untuk membuatkannya meloya. Terus matanya berair menahan rasa itu.

“Papa.. Kenapa papa suka makan makanan yang fermented macam ni? Makanan yang diperam macam ni tak elok untuk kesihatan papa, tahu tak?” tegur Falisha.

“Sedap ni sayang, come and join me” ajak Fadhlan. Berpaling melihat kepada Falisha yang sedang bercekak pinggang dan sebelah lagi tangannya meyepit hidungnya.

“Join papa.. Makan makanan busuk tu. Oh no!” Falisha mengelengkan kepalanya.

“Mak Ani!” Falisha berjalan masuk ke ruang dapur.

“Ya, cik muda kenapa?” Juani yang sedang mengelap kabinet dapur berpaling kebelakang bila dipangil.

“Kenapa mak ani buatkan makanan macam tu? Papa kan ada darah tinggi, Mak Ani ni..” rungut Falisha. Masih kekal menutup hidungnya dari tadi. Belum sempat Juani membuka mulutnya, kedengaran suara Fadhlan yang meyampuk.

“Sayang! Jangan mengutuk makanan papa. Papa okay makan semua ni. Nanti papa makan lah ubat..” Balas Fadhlan.

“Bukan masalah makan ubat pa. tapi papa still kena jaga makan” tegur Falisha.

“Yea-yea sayang, baik” Fadhlan mengaku sekadar mahu menamatkan perbalahannya dengan Falisha.

“Sekarang ni papa bau, anak papa yang bau busuk ni.. Bukan cencaluk papa” usik Fadhlan. Falisha yang ada di gerbang masuk ke dapur mengeluh. Terus dia berlari keluar dari ruang itu, memanjat naik keatas.

Tak lama selepas itu Falisha turun semula kebawah. Terus menghayunkan langkahnya masuk ke dapur.

“Cik muda nak makan apa? Mak Ani buatkan?” Tanya Juani.

“Tak apa Mak Ani..” Falisha sekadar menarik senyumannya sebaris kepada Juani. Satu mangkuk diambil keluar dari rak penyimpanan diletakkan diatas kabinet dapur. Kemudian Falisha membuka kabinet atas pula, menarik keluar satu kotak yang mengandungi bijirin didalamnya.

“Cik muda nak makan tu saja? Mak Ani buatkan pasta nak tak?” Tanya Juani. Serba salah melihat Falisha hanya sekadar makan itu.

“Hmm.. Bau makanan papa tu dah buat Isha tak berselera” Falisha memuncungkan mulutnya ke ruang makan. Dimana Fadhlan sudah hampir selesai makan.

“Jangan sayang menghina makanan papa. Kita ni orang Malaysia. Makanan macam ni lah yang membuatkan Malaysia unik tau. Pelancong dari luar semua datang, nak mencuba makanan yang macam ni. Rugilah kalau tak cuba.. Cencaluk, budu, pekasam, durian semua tu.. Tu belum lagi masuk bab ikan kering. Gelama masam..” Fadhlan menyebut nama-nama makanan yang membuatkan Falisha merinding. Berbeza dengan Juani. Kecur liur di buatnya.

“Tak apa papa.. Banyak lagi makanan lain yan boleh Isha cuba.” Balas Falisha mengambil susu segar dari peti sejuk lalu dicurahkan ke dalam mangkuk yang sudah terisi bijirin didalamnya.

“Isha tu kena cuba. Makan semua makanan. Manalah tahu nanti dapat bakal suami yang makan ikan darat saja ke. Macam mana?” Tanya Fadhlan.

“Ikan darat? Apa tu ikan darat Mak Ani? Ada ke ikan hidup di darat?” Tanya Falisha dengan nada yang perlahan kepada Juani. Tak mahu ayahnya mendengar perbualan mereka. Takut diperli lagi nanti.

“Ikan darat tu.. Sebenarnya ikan yang hidup di dalam air tawar.. Macam sungai, sawah..” terang Juani menghampiri Falisha yang sedang menarik kerusi untuk duduk di bar yang ada di ruang dapur itu.

“ Kak Ani.. Tak payah terang dekat Isha. Bukannya dia tahu beza pun ikan darat dengan ikan laut. Nama ikan pun belum tentu dia tahu” Fadhlan berjalan masuk ke dapur, sengaja dia membasuh tangannya di ruangan dapur itu untuk menegur anak gadisnya itu.

“Pa.. sedangkan jenis baka kucing pun, Isha boleh hafal dengan sekali pandang. Inikan pula ikan. ” Falisha menyuap bijirin ke dalam mulutnya.

“Hmm. Okay lah kalau macam tu hujung minggu ni ikut kak Ani ke pasar. Tengok kenal ke tak Ikan laut dengan Ikan darat..”  Balas Fadhlan. Tangan yang masih basah itu digosokkan ke atas kepala anak gadisnya.

“Papa! Busuk.” Falisha menarik helaian rambutnya yang basah. Lalu dicium baunya. Lekat bau cencaluk di rambutnya kini.

“Mana ada! Papa dah basuh tangan kan. Dah sabun pun tadi..” Fadhlan mencium tangan kanannya. Memang ternyata masih bersisa bau cencaluk lekat pada tangannya. Sengaja dia mengusik anak gadisnya itu.

“Isha kena mandi lagi nanti ni..” rungut Falisha tak puas hati.

“Mandilah. Mandi dengan cencaluk tu. Baru Isha teringin nak makan nanti. Hujung minggu ni jangan lupa.. Pasar.” Fadhlan mengingati anaknya.

“Tak boleh la papa.. Majlis Aimi kan hujung minggu ni pa.. Isha jadi bridesmaid dia..” Balas Falisha.

“Papa tak tahu pun, yang Isha jadi bridesmaid Aimi . Kenapa tak bagi tahu papa?” Tanya Fadhlan.

“Papa tak tanya? Macam mana Isha nak bagitahu papa..” Balas Falisha.

“Hmm.. Anak muda zaman sekarang lebihkan kawan-kawan dari keluarga sendiri..” Keluh Fadhlan. Dia berjalan keluar dari ruang dapur. Melintasi ruang makan dimana ada Juani sedang mengemas meja makan. Fadhlan berjalan ke ruang tamu dan duduk di sofa seorang diri.

Bingkai gambar besar yang tergantung di dinding ruang tamu rumah mereka di perhatikan oleh Fadhlan. Matanya langsung tak berkelip melihat wajah Yaseera yang ada didalam gambar itu.

‘dia semakin dewasa Yaseera sayang.. Satu hari, bila sampai masanya.. Abang akan beritahu dia. Takdir yang perlu dia selesaikan.. Takdir yang perlu dia hadapi..’

Alhamdulillah selesai dah untuk hari ini.. Terima kasih kepada anda semua yang sudi singgah baca PERJANJIAN TAKDIR harini.. Tq.tq.tq. Muaahhh muahh muaahhh..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience