42. TANAH GERSANG.

Fantasy Completed 227394

Pulangnya Wazien ke Lantera semula. Ali Muaz sudah sedia menanti kedatangan anak lelakinya itu. Telinganya bagaikan sudah mahu berdarah asyik mendengar bisikan makhluk halus yang mendiami Lantera. Sehinggakan Gekka yang tak pernah menjelmakan dirinya di kalangan penduduk Lantera muncul dihadapannya, kemarin. Semua mereka menyatakan perkara yang sama, menyampaikan berita mengenai Falisha yang berada di dalam gengaman Maheem.

“Assalamualaikum abah” Wazien menunduk untuk bersalaman dengan Ali Muaz.

“Waalaikumsalam, Wazien.. di mana Falisha?” tanya Ali Muaz.

“Itulah yang Wazien nak sampaikan ni kepada abah dan yang lain. Mengenai Falisha. Wazien rasa sekarang ni Falisha sudah diculik oleh Maheem.” Jelas Wazien.

“Abah dah agak. Pasti ada sesuatu yang dah berlaku di bandar sana. Dalam kita berjaga-jaga Maheem berjaya juga dapatkan Falisha.” Ali Muaz menyatakannya dengan rasa kesal.

“Sekarang apa yang perlu Wazien buat abah. Kali ini Wazien akan ikut cakap abah dan tidak akan bertindak gegabah lagi seperti sebelum ini.” Ucap Wazien.

“Ya abah tahu, kalau tidak sudah pasti kamu akan terus kesana membawa perasaan marah dan dendam yang penuh didada. Itu tidak akan menguntungkan mana-mana pihak, Wazien. Tapi ini lah yang dimahukan oleh Maheem! Dia mahu kita membuat kesepakatan damai dengannya. Yang dia minta sejak dulu lagi.” Ali muaz mengeluh di hujung bicaranya.

“Perlukah Wazien ke sana segera abah? Atau perlukah Wazien meminta tolong dengan puak bintang untuk masalah kita kali ini abah?” tanya Wazien dan menyuarakan cadangannya.

“Bawalah beberapa orang sahabat pergi bersama denganmu. Untuk ke tanah gersang. Sementara biar abah saja yang memaklumkan kepada puak bintang yang berada di belantara sana. Kalau kita pergi beramai-ramai bersama dengan puak bintang. Abah takut. Perang akan benar-benar berlaku  diantara kita semua. Abah yakin Maheem takkan mengapa-apakan Falisha..”  Ali Muaz mula memberi arahan dan nasihat buat anaknya itu. Dia faham dengan darah muda yang sedang bergolak di dalam tubuh Wazien. Dia sendiri telah melalui fasa itu dahulu. Dan hampir membunuh Fadhlan hampir tiga puluh tahun yang lalu. Sehingga berlakunya perjanjian takdir yang mengikat Falisha dan Wazien.

“Baik lah abah. Wazien pergi panggilkan Faqih dan Bazli untuk temankan Wazien ke tanah gersang.” Kata Wazien.

“Ya! Abah dan beberapa orang yang lain akan ke Belantara. Kita akan berjumpa di tanah gersang nanti.. Hati-hatilah.” balas Ali Muaz.

Wazien berangkat bersama dengan dua orang sahabatnya ke tanah gersang manakala Ali muaz membawa beberapa orang ke Belantara untuk meminta bantuan dari puak bintang andai benar mereka akan perperang demi menyelamatkan ratu Lantera.

Di Istana ratu Malam.

Falisha yang sedang tidur itu terasa seperti matanya sedang dicucuk-cucuk oleh sesuatu. Kening berkerut-kerut menahan rasa yang terkena pada wajahnya itu. perlahan-lahan kelopak mata dibuka. Melihat kepada sepasang mata yang bulat di hadapannya.

“Quuhhb?” suara Falisha bergetar. Terasa lemah seluruh tubuhnya. 

“Minum ni ratu..” Quhb mengeluarkan satu cawan kecil yang disembunyikan di sebalik tubuhnya lalu dia menyuakannya kepada Falisha.

“Air apa ini Quhb? Saya di mana?” Falisha tak terus mengambil cawan itu tapi dia menoleh melihat ruangan kamar usang yang menelantarkan dirinya itu.

“Minumlah! Minumlah air ni” ulang Quhb bersungguh-sungguh. Cawan kecil yang diperbuat daripada besi itu disuakan dekat dengan Falisha. Tangan Falisha menyambut cawan besi itu dari Quhb.

“Minum! Minumlah!” Ulang Quhb lagi dengan nada yang perlahan dan bersungguh. Jari-jari halusnya yang kosong beralun-alun seakan bersorak agar Falisha segera meminum air itu.

“Air apa ni Quhb?” tanya Falisha.Quhb mula berubah riak. Kemudian dia melompat-lompat seperti anak kecil kerana Falisha tak mahu minum air yang diberi olehnya tadi.

“Minum lah air tu. Cepat minumlah sebelum dia sampai ke sini. minum!minum!minum!” bentak Quhb.

Falisha berpaling melihat kepada Deena yang masih terbaring di sisinya.

“Ini racun ke Quhb?” tanya Falisha.

“Bukan! Ini penawar. Percayalah kepada Quhb..” Quhb berpaling melihat ke sisi kiri dan kanannya. Takut ada yang mendengar perbualan mereka.

Falisha melihat kedalam cawan kecil yang ada di tangannya. Tanpa merasa was-was lagi dia mengangkat cawan itu tinggi dan meneguknya minum sehingga habis. Cawan besi itu diturunkan semula kebawah. Quhb cepat-cepat menyembunyikan cawan itu dari dilihat sesiapa.

“Air ini akan memberikan tenaga buat ratu semula, ratu takkan dipukau lagi. Quhb mengambilnya di kamar rahsia ratu malam. Quhb akan bantu Ratu sedaya upaya Quhb untuk keluarkan ratu dari sini.” terang Quhb menunduk di hadapan Falisha.

Falisha memegang kepalanya yang terasa pusing. Bukan hanya itu yang dia rasakan. Didalam hatinya ada satu perasaan marah yang dia sendiri tak mengerti. Amarahnya itu dipusatkan penuh kepada Wazien dan puak Lantera. Pikirannya mula kacau bilau. Segala memorinya mula bercampuk aduk. Menghasilkan satu rasa sakit yang tak kelihatan oleh mata kasar.

“Sedarlah Isha..” suara Deena mula menegur. Falisha berpaling melihat kepada Deena yang mula mengerakkan kakinya.

“Sedar dari ada?” tanya Falisha.

“Dia mencipta illusi di fikiran kamu..”

“Betul! Itu betul!” Quhb yang ada di lantai bersorak bersetuju.

“Aku!” Falisha memegang kepalanya yang terasa berdenyut.

“Jangan percaya dengan apa yang ada di fikiran kamu Isha, itu semuanya hanya tipu belaka. Percayakan yang disini..” Deena bangun dan menekan Falisha sehingga terbaring. Kaki hadapannya menekan dada Falisha.

“Dan.. disini..” Deena mengangkat kakinya dan meletakkan lembut di perut Falisha.

“Ini terlalu sakit Deena” Falisha memegang kepalanya. Dia cuba melawan apa yang sedang bermain di fikirannya. Itu membuatkan dirinya bertambah sakit.

“Jangan terlalu mendesak Isha.” Deena berpesan.

“Ratu kita tak boleh lama-lama di istana ini. Kita harus keluar dari sini..” Quhb memanjat naik keatas katil dan membisikkan hal itu kepada Falisha dan Deena.

“Keluar? Macam mana?” tanya Falisha.

“Kalau kita tak boleh keluar dari pintu gerbang istana ini. Kira curi-curi keluar dari jalan bawah istana ini.. tappii..” Quhb melihat Falisha. Kemudian dia melihat dirinya.

“Tak boleh!” pantas dia mengeleng.

“Kita kena ikut pintu gerbang juga untuk keluar..” Jelas Quhb. Kerana tubuhnya dan tubuh Falisha jauh beza saiznya.

“Macam mana? Kau boleh?” Deena mula risau melihat kepada tuannya yang masih bingung. Bukan hanya Falisha, sedangkan dia juga masih bingung bagaikan baru terjaga dari satu lena yang panjang dan memenatkan.

“Boleh-boleh!” Falisha mengangguk.

“Maafkan aku kerana terleka..” lirih suara Deena memninta maaf kepada Falisha.

“Aku tak salahkan kau. aku juga tak sedar..”

“Jangan melihat kedalam matanya dan mendengar bisikannya. Sekalipun dia memanggil jangan menyahut akan seruan itu..” Quhb berpesan kepada Deena dan juga Falisha.

“Dia..”

“Kau harus kuat Isha! Seorang ratu seharusnya kuat. Jangan sesekali mengalah dihadapan ratu malam. Dia tahu kelemahan kau Isha. Jadi dia gunakan itu untuk mengawal kau Isha. Itu bukannya Yaseera. Itu adalah Maheem!” Tekan Deena.

“Ya! Dia pernah mengambil darah Yaseera sebelum ini. Dan darah itu yang dia gunakan untuk menyerupai Yaseera. Titisan darah terakhir milik Yaseera semasa hidupnya..” teranguk-angguk Quhb bercerita itu kepada Falisha.

“Kau pernah berjumpa dengan mama?” tanya Falisha.

“Ya.. sungguh Quhb tak boleh melupakan ratu Yaseera yang mempunyai aroma harimau putih yang kuat itu, bagaikan hidung ini masih terbau sehingga kini aromanya.. aroma yang sama membawa Quhb sehingga terjumpa dengan ratu” Quhb menunjuk kepada Falisha.

“Untuk apa mama berjumpa dengan Maheem?” tanya Falisha.

“Tentunya untuk buat kesepakatan agar Maheem tidak menganggu keturunannya. Waktu itu ratu Yaseera sedang hamil..” ucap Quhb perlahan dan turun dari katil dan terus berjalan ke pintu.

“Marilah Deena.” Falisha menyuakan tangannya.

“Aku akan menjaga kamu kali ini Falisha.” Deena meletakkan kaki hadapannya ke atas tapak tangan Falisha. Deena terus ghaib masuk kedalam tubuh Falisha.

Falisha menurunkan kakinya ke bawah dan bagun dari katil. Tudungnya yang ada di lantai diambil lalu dikibaskan sebelum tudung itu naik membalut kepalanya. keluarlah Falisha dari bilik itu mengikut langkah Quhb. Berjalan dengan senyap melintasi ruang istana yang luas itu. Mereka berhenti di satu pintu bilik yang terbuka luas. Ada banyak lelaki muda keluar masuk ke dalam bilik itu. 

“Itu bilik siapa? Kenapa banyak lelaki keluar masuk kedalam sana?” Falisha menarik pakaian Quhb dan berbisik kepada makhluk kecil itu.

“Sshhhhh! Itulah bilik ratu. Dia mengumpul semua lelaki itu untuk melayannya.” Quhb meletakkan tangannya di bibir. Falisha yang ternganga menutup mulutnya dengan tangan. 

Terbongkok-bongkok Falisha berjalan sambil bersembunyi di dinding istana itu sebelum berjaya melepasi bilik itu. kemudian Falisha ikut masuk ke dalam kumpulan lelaki-lelaki muda yang ingin keluar dari istana. Quhb sempat mencuri baju yang mempunyai penutup kepala milik salah seorang pemuda yang tergantung di dinding Istana.

“Tunggu!” lelaki yang berbadan besar di gerbang istana mula bersuara lantang. Berhenti semua pemuda itu di hadapan pintu gerbang yang masih tertutup.

“Aku perlukan upah untuk membuka pintu itu untuk kalian semua..” kata pengawal itu. Pemuda-pemuda itu mula berbisi-bisik sesame sendiri.

“Jika tidak tinggal saja disini selamanya. Untuk menjadi hamba di istana ini..” pegawal gerbang itu menunjuk mengunakan kayu yang mempunyai duri-duri tajam pada hujungnya.

Quhb yang berada di kaki Falisha menarik seluar Falisha. Tertunduk Falisha melihat ketanah. Dimana ada Quhb sedang mendongak dan menghulurkan sekeping syiling emas kepada Falisha.

“Terima Kasih Quhb.” Syiling emas itu diambil oleh Falisha.

Seorang demi seorang mara kehadapan memberikan syiling emas milik mereka kepada penjaga pintu gerbang yang tamak itu. Sampailah giliran Falisha. Perkara yang sama dilakukan olehnya. Kepingan syiling emas diletakkan di atas tapak tangan lelaki bertubuh besar itu.

“Errmm!” lelaki itu bergumam. Menunduk dan menarik nafasnya dalam, untuk menghidu Falisha. Untung baju yang dikenakan oleh Falisha masih mempunyai aroma lelaki.

“Pergilah! Kau aneh!” balas lelaki bertubuh besar itu. Menolak belakang tubuh Falisha dengan sebelah tangannya. Tanpa berlenggah Falisha berjalan keluar. Kini dia selamat keluar dari pintu gerbang istana ratu malam.

“Pergilah ratu..” Quhb yang sedang mengintai di sebalik pintu gerbang berkata.

“Kerana kau tak pergi dengan kami?” tanya Falisha.

“Kalau aku pergi, aku akan membahayakan ratu. Aku..aku tak mahu menyusahkan ratu. Ratu terlalu baik..” sayu bunyi nada bicara Quhb.

“Tapi kau..”

“Isha! Ingat tujuan asal kita. Quhb dah bawa kita sampai kesini.. jangan sia-siakan usahanya..” kata Deena keras.

“Baiklah kalau macam tu Quhb. Terima Kasih..” Quhb menganggukkan kepalanya. berkaca-kaca matanya melihat Falisha sedang melangkah pergi. Nak sekali dia mengikut mereka pergi. Tapi di tak mahu susahkan lagi Falisha.

Quhb berpatah balik masuk kedalam istana ratu malam. Bersahaja dia berjalan melintasi pengawal yang menjaga pintu gerbang itu. Sempat dia bermain dan mencuri beberapa keeping syiling emas milik pengawal itu. Dia yang terlalu kecil buat pengawal itu, bagaikan tak terlihat dengan jelas bila Quhb melintasinya.

“Keluar!!!!” 

Maheem menjerit lantang di dalam istananya. Berlari pemuda-pemuda itu semua keluar dari kamar tidurnya. Quhb yang baru melangkah masuk kedalam istana itu bersembunyi di sebalik tirai labuh yang ada di sinding istana itu. Terintai-intai dia melihat Maheem yang baru keluar dari bilik Falisha kemudian masuk ke dalam biliknya. Pakaiannya yang tidak rapi itu langsung tak dihiraukannya. Langsung tiada ada rasa malu sedikit pun berjalan di hadapan semua pemuda yang ada itu.

“Quhbbb!” 

Maheem menyeru Quhb. keluarlah Quhb yang sedang bersembunyi di sebalik tirai labuh itu.

“Ratuku..” perlahan Quhb menyahut.

“Kau! kau pembelot! kau lepaskan mereka bukan!” Mahemm menghampiri Quhb lalu mencekam rambut-rambut Quhb yang tumbuh jarang-jarang itu. 

“Ampun ratu.. Sakitttt” tubuh Quhb diangkat tinggi di hadapan wajah Maheem yang sedang membeliakkan matanya.

“Kau ingat dengan lepaskan dia. Dia akan selamat dia luar sana? Rakyat aku akan menahan dia dari pergi meninggalkan tanah gersang. Adakah aku, terlalu berlembut dengan kamu semua. Aku biarkan dia tertidur agar aku boleh mengambil darahnya untuk rakyat aku. Aku gunakan darah itu untuk penduduk tanah gersang. Kau pula lepaskan dia pergi macam tu saja! Kau..” Maheem mencakar Quhb sehingga tersiat kulit Quhb yang nipis itu. Quhb diam tidak melawan malah tidak menjerit sakit seperti tadi. Kini dia hanya mampu menahan rasa perih itu sendiri. 

Maheem mencampakkan Quhb di lantai. Dia tahu Quhb yang ada dihadapannya itu hanya nak melenggahkan masanya sahaja. Dia harus segera pergi mencari Falisha. Terus dia ghaib ditelan lingkaran hitam. Hilang di hadapan mereka semua.

Seorang demi seorang pemuda mula meninggalkan kumpulan keluar dan kembali ke rumah keluarga mereka semula. Falisha melihat sekelilingnya. Hanya tinggal beberapa biji rumah lagi di hadapannya.

“Selepas ni.. di hujung sana akan ada satu gaung yang tinggi. Hati-hati” Deena bersuara.

“Ya..” balas Falisha. Masih tetap berjalan.

“Hati-hati!” jerit Deena. Kedengaran satu bunyi yang kuat menghentak ke bumi.

“Lari Isha. Lari!” Suara Deena kedengaran jelas menjerit kepada Falisha. Tanpa menoleh lagi Falisha terus berlari. Di belakang sana Maheem menjelmakan dirinya, sedang mencari-cari dimana Falisha.

“Falisha anak mama.. kembalilah!” panggil maheem.

“Jangan terpedaya Falisha. Itu bukanlah Yaseera tapi itu adalah Maheem.” Deena memperingati Falisha. Kaki Falisha masih kuat berlari sampailah ke hujung tebing sana.

“Itupun anak mama.. kemari lah sayang.” Pujuk Maheem yang melihat ada satu susuk tubuh yang berdiri di hujung tebing sana.

“Kau bukan mama aku! kau bukannya Yaseera! Kau maheem!” perlahan-lahan Falisha berpaling melihat ke belakangnya di mana ada Maheem yang menyerupai Yaseera sedang mendepakan tangannya kepada Falisha.

“Jangan macam tu sayang. Marilah ke sini. Bahaya tu..” pujuk Maheem. Kalaulah Falisha jatuh dari sana dan meninggal. Rosaklah segala perancangannya.

“Jangan mendekat. Isha akan terjun dari sini.. Jauh!” Falisha mengugut Maheem. Langkahnya mula mengundur perlahan lahan kebelakang.

“Jangan!” Maheem mengatakan dengan keras. Tak mahu Falisha benar-benar terjun ke bawah sana.

“Jadi menjauhlah! Biar aku pergi dari sini.”jerit Falisha. Tak semena-mena berlaku keretakan di hadapan Falisha. Garis retak itu melintasi diantara Falisha dan Maheem.  Hanya mata saja yang mampu melihat perkara itu.

Grrakkkk..

Jatuhlah Falisha yang asalnya berdiri di hadapan Maheem kini hilang jatuh ke dalam jurang sana. Berdiri terpacak Maheem melihat ke tanah dimana retaknya itu hampir dengan kakinya.

Penduduk tanah gersang mula keluar dari rumahnya dan berhimpun jauh di belakang Maheem.

“Mati! Dia telah mati!” Maheem ketawa kuat. Walaupun aku perlukan dia. Tapi dia sudah mati. Maheem mengatur langkahnya menjauhi retak runtuhan tadi.

Ngaum.!! Bunyi suara ngauman harimau kedengaran bergema di segenap ruang.

Maheem melihat rata-rata rakyatnya yang sedang berbisik-bisik dan menunjuk ke arah belakangnya. Perlahan-lahan Maheem berpaling melihat ke belakang. Membulat besar di melihat ada seekor harimau putih yang besar tegak berdiri dengan empat kakinya. Memberikan satu renungan tajam kepadanya.

“Kau hidup! Ku sangka kau sudah mati tadi!” Maheem ketawa mengekek.

Hai.. Last utk minggu ni.. InshaAllah.. Kita sambung isnin nanti ya.. Esok waney off tau.. Selamat berhujung minggu semua.. Muaahhh muahh muaahhh

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience