13. WARIS TERAKHIR.

Fantasy Completed 227354

13. WARIS TERAKHIR.

Falisha melihat Wazien berjalan keluar dari gua itu dan menghilang di sebalik air terjun tempat dia masuk tadi. 

“Pulihkan semangat?” Falisha membalikkan matanya ke atas.

“Kenapa aku ni tak bersemangat ke?” kasut yang tersarung di kaki kini ditanggalkan.

“Nampak aku ni lembik sangat ke apa?” Bebel Falisha. Kaki diatur menuju ke gigi mata air yang ada di tengah ruangan itu. Sebaik saja kaki menyentuh air yang dingin dan kebiruan itu, dirinya terasa sangat teruja untuk masuk ke dalam mata air itu. Kini sudah separuh badannya tenggelam di dalam air yang kebiruan jernih itu.

“Sakitt!” Falisha menjerit kecil bila terasa sakit di tempat luka-luka yang ada di kakinya. Tangan meraba-raba kakinya yang ada di dalam air. Tak terasa bekas-bekas luka di kakinya lagi. Kakinya kini pulih sepenuhnya. Falisha terus mengundur dan keluar dari mata air biru itu. Basah sekitar daratan akibat air yang berkocak kerana Falisha keluar dengan keadaan cemas.

“Kaki aku?” Kedua-dua belah kakinya diperhatikan. Lincin seperti asalnya.

“Air ni sembuhkan luka aku? Biar betul ni?” Falisha berdiri di gigi mata air itu. Melihat kedalam air yang kebiruan itu.

“Kalau betul, aku boleh dapat jawapannya. Aku nak tahu! Aku nak tahu semuanya” Falisha terjun semula ke dalam mata air dan terus tenggelam ke dalam air itu.

Semasa berada di dalam air Falisha membuka matanya, kepala mendongak melihat cahaya di atas sana. Kemudian Falisha berpaling melihat pada dinding batu mata air yang mengeluarkan cahaya kebiruan, jari jemari Falisha menyentuh butiran kebiruan itu.

‘Apa ni? Permata! Mungkin sebab permata ni, airnya berwarna biru..’ hampir keseluruhan dinding mata air itu terdapat batu permata yang tertanam di dindingnya.

Falisha memejamkan matanya rapat. Bunyi aliran air bergema di telinganya. Mata yang terpejam itu merasakan ada cahaya dari dalam air. Mata yang tertutup tadi mula terbuka. Terkejut Falisha melihat gelangnya adalah punca cahaya itu. bersinar-sinar terang memancarkan cahaya keemasan di dalam air.

‘Aku menanti kepulanganmu..’ satu suara ghaib menyapa Falisha.

‘Siapa? Siapa itu? Suara siapa?’ Falisha yang berenang-berenang di dalam air dan berpaling. Tapi yang ada disitu, hanyalah dirinya saja. Sendirian!

‘Kenapa?’

‘Aku adalah kau selama ini, aku adalah semangat yang dikunci dan di tidurkan dari lena yang sangat panjang oleh Yaseera.  Kunci untuk kejutkan aku bangun adalah gelang itu. Selama ini aku diikat di dalam gelang ini. Sekarang aku bebas!’ serta merta rambut Falisha yang panjang bertukar warna putih kebiruan. Belang putih mula kelihatan pada wajah dan seluruh tubuh pada setiap urat darahnya.

‘Arghh!’ Falisha memegang dadanya yang terasa sakit berdenyut kuat.

‘Aku? Siapa aku? Kenapa perlu ada semangat di dalam diri aku’

‘Sebab kau bukan manusia biasa.’ Sinis balas suara ghaib itu.

‘Tidak!’

‘Terimalah kewujudan aku. Kau adalah aku. Aku adalah kamu. Kita waris terakhir harimau putih lantera.’

‘Apa! Tidak!’

Cepat- cepat Falisha berenang naik ke permukaan. Tercungap-cungap nafasnya menghirup udara. Mengisi ruang paru-parunya dengan oksigen agar mengembang pada tahap paling maksima.

‘Kenapa? Perlu bantuan aku?’ perli suara ghaib itu di dalam pemikiran Falisha.

“Argghhh!” jeritan Falisha bergema diseluruh gua.

Wazien yang sedang menunggu di luar mendengar jeritan Falisha dari dalam gua. Seraya dengan jeritan itu bergema dia juga mendengar ngauman dari harimau yang ada di dalam hutan. Beberapa ekor harimau mula muncul di tebing sungai. Masing-masing dapat menghidu aura bakal ratu kepada pemimpin mereka. Wazien berpaling untuk masuk ke dalam gua semula.

Falisha yang ada di dalam gua dapat mendengar derapan tapak kaki Wazien. Malah telinganya dapat mendengar dengan lebih jelas setiap bunyi yang ada. Sampaikan ombak yang menghempas pantai dari kejauhan sana juga dapat dia dengar dengan jelas.

“Jangan masuk!” laung Falisha keras. Dia tak mahu Wazien melihat keadaan dirinya sekarang ni. Bukan hanya Wazien, malah sesiapa pun. Falisha melihat tanganya yang mempunyai belang putih dan rambutnya yang sudah berubah warna. Falisha mula cemas. Kakinya berusaha untuk bangun berdiri dan berjalan terhujung-hayang seperti orang mabuk.

Wazien yang tidak berganjak, sekadar mengintai disebalik air terjun. Dia melihat perubahan Falisha yang baru.

‘Falisha akhirnya kau kembali seperti asal, kepada siapa diri kau yang sebenarnya.’

“Jangan takut Falisha.. Kita dari puak yang sama” lembut Wazien menuturkan katanya. Kaki mula melangkah masuk ke dalam gua itu dengan hati-hati. 

“Maksudnya!” Falisha masih menunduk melihat tangannya dan memegang rambutnya yang sudah berubah warna.

“Kami yang lain juga seperti Falisha. Bezanya kami harimau berdarah pahlawan yang akan melindungi harimau putih lantera yang terakhir. Iaitu Falisha. Kamu..” Wazien menunjuk kepada Falisha.

“Apa? Semua ini tak mungkin. Semua ni hanya mimpi. Satu mimpi ngeri!” jerit Falisha.

“Falisha. Tak mengapa kalau rasa takut. Semuanya tak akan apa-apa.” Kata Wazien yang masih tegak berdiri dia dipintu masuk gua. Kali ini dia berhenti melangkah.

“Macam ni! Semua ni awak boleh kata. Tak apa-apa?!” marah Falisha. Wajah yang tadinya menunduk, kini mendongak mencari Wazien. Tajam mata Falisha merenung kepada Wazien.

Wazien melihat ke dalam anak mata Falisha, tiada ada sedikit pun rasa gentar yang ada pada dirinya menerima renungan dari Falisha itu. Anak mata Falisha dilihat dengan jelas. Di dalam anak mata yang asalnya hitam dulu, kini ada satu gelung garisan kebiruan melingkari anak mata Falisha.

“Argggh!” jerit Farisha. Memarahi dirinya sendiri. 

“Sabar, kawal diri Falisha..” tak henti-henti Wazien memujuk Falisha yang penuh dengan amarah dari tadi. Falisha tak memperdulikan nasihat Wazien. Dia tetap menjerit sekuat hatinya sehingga menampakkan urat-urat yang timbul pada lehernya, sampaikan dia terus pengsan tak sedarkan diri.

Mendengar saja jeritan Falisha. Harimau yang ada diluar juga mengaum berselang seli diantara satu sama lain.

Di suatu tempat yang jauh. Yang tak pasti dimana. Seseorang yang sedang terbaring di atas tempat beradunya membuka matanya.

‘Haruman yang lama sudah aku nantikan! Kenapa baru sekarang dia muncul’ terkekeh-kekeh suaranya ketawa. Mengejutkan lena insan yang ada disampingnya.

Di Bandar..

Seperti kebiasaannya Aryan akan menghabiskan malam-malamnya bersama dengan Saeed dan Rafiqi di kelab yang selalu mereka berkumpul. Ditemani oleh Aimi dan juga Natrah. Kini mereka kehilangan seorang rakan mereka Falisha.

“Wehh! Kau dah minum banyak lah” Saeed merampas gelas yang ada di tangan Aryan. Takut Aryan mabuk dan tak dapat mengawal dirinya.

“Biarlah aku minum! Aku buntu ni..” Aryan mencapai-capai gelas miliknya semula.

“Buntu-buntu! Tak habis-habis dengan buntu kau. Kita datang nak enjoy okay. Jangan sebab kau. Rosak malam-malam kita orang semua.” Tegur Saeed, gelas yang ada, dibawa jauh dari Aryan.

“Korang tak tahu lah, masalah aku. Korang tak apa lah. Aku ni.. Seminggu aku cari Isha. Dia hilang macam tu saja okay! Aku call tak dapat. Mesej semua tak sampai. My parent dah nak ke Jepun okay! I need to find her. No matter what happen.” Aryan menyatakan dengan tangannya menepuk pehanya dengan kuat. Marah!

“Kita orang ni pun sebagai kawan dia, tak tahu kemana dia pergi. Dia tak bagitahu pun dia kemana. Tunggu sajalah dia balik.” Aimi menyampuk. Tak senang dengan perangai Aryan yang terlalu mengikut emosi.

“Papa dan mama dah nak ke jepun. You pun tahu kan, so? Dah banyak kali diaorang tanya tetang Isha. Aku dah tak tahu macam mana nak mengelak lagi. Mama dah bising-bising ingat aku tak bersungguh dengan semua ni. Bila aku terangkan kepada mama. Mama tak pecaya. Papa pun tak percaya. Kau rasa apa aku patut apa? Happy ke, sekarang ni! Hah?” bidas Aryan dengan panjang lebar. Kedua-dua tangannya naik mencekam rambutnya.

“Macam mana?” Tanya Natrah yang duduk di samping Aimi. Aimi sekadar mengelengkan kepalanya.

“Kau dah jumpa dengan papa Isha ke?” Tanya Saeed.

“Dah! Papa dia cakap. Tunggu saja dia balik.. That all. Bila aku tanya bila. Di mana kampung mama dia semua tu. Dia tak jawap, bagi aku macam-macam alasan.. Metting lah. Itulah.. ini lah” Rungut Aryan.

“Sabarlah, semua ni dugaan. Orang bercinta..Chill okay!” Rafiqi mengoyangkan perlahan bahu Aryan.

“Aku bukannya apa. Aku Cuma takut. Kalau macam ni. nanti dia balik saja. Aku nak nikah terus dengan dia. Sakit lah!” Aryan menepuk dada bidangnya beberapa kali.

Sahabat-sahabatya yang lain mula ketawakan Aryan, yang sedang menanggung rasa sakit menahan rindu berjauhan dengan buah hatinya. Baru dia tahu bagaimana menanti orang yang kita sayang yang tiba-tiba hilang dan berada jauh dimata.

“Dah. Malam ni Natrah teman Aryan. Jangan pikirkan tentang Isha, nanti dia balik lah tu.” Natrah menyampuk. Aimi menyiku pinggang Natrah. Bukannya dia tak tahu dengan perangai Natrah yang mudah mesra itu.

“What! I know my limit..” balas Natrah yang sedang berpaling melihat Aimi yang sedang merenungnya.

‘Tak habis-habis. Aryan dengan Isha belum ada hubungan apa-apa. Baru lamaran diantara mereka. Apa yang nak dikisahkan sangat. Apa salahnya kalau aku mencuba. Bukannya tertulis pun dia jodoh Isha. Isha yang menghilang tanpa berita.’ Rungut Natrah tak puas hati.

“Aku tahu! Tapi aku tak suka, dia tetap lelaki Natrah.” Bisik Aimi di telinga Natrah. Tiga lelaki yang ada di hadapan mereka langsung tak mengendahkan mereka berdua. Masing-masing sedang berbual dengan Aryan.

“Tak salah kan Aimi.”

“Aku kata jangan. Jangan.” Aimi menekan setiap bait bicaranya. Bukan hanya bicaranya sahaja. Kini tangannya turun mencekam peha Nadrah, semakin lama semakin kuat.

“Sakit lah Aimi..” Natrah memegang tangan Aimi. Tangan itu digoyang-goyangkan agar Aimi segera melepaskan cengkamannya.

“Aku tak suka Natrah. Kau nak makan kawan sediri ke apa? Aku tahu kau nak ambil kesempatan ni nak rapat dengan Aryan yang sedang kecewa sekarang ni. Kalau lah bukan Isha yang sedang dia risaukan. Aku tak kisah dengan semua tu. Tapi, kita sedang bercakap mengenai Isha. Sahabat baik kita sendiri, Natrah.” Aimi membisik di telinga Natrah. Kalau dipandang dari jauh kelihatan dua sahabat baik itu sedang berbual mesra dengan wajah yang tersenyum dari tadi, mengaburi setiap bicara mereka berdua.

‘Isha!Isha!Isha! Kenapa nak pikirkan orang yang tak ada dekat sini. Sedangkan aku yang ada di depan mata dia. Kau ingat aku takut ke Aimi. Kalau aku nak. Aku boleh buat bermacam caralah.’

“Yea aku faham. Tak perlu ingatkan aku” Balas Natrah menolak kasar tangan Aimi yang ada di pehanya. 

“Hey kenapa ni?” Tanya Rafiqi melihat kepada isterinya, Aimi bila tangan Isterinya ditempis oleh Natrah. Aryan dan Saeed juga melemparkan pandangan mereka kepada Aimi dan Natrah.

“Nothing lah.. Hanya berbual kosong. Sembang hal perempuan.” Balas Aimi memeluk lengan Rafiqi.

“Yea.. Tak sangka sembang hal perempuan pun nak main tangan ya.” Rafiqi ketawa. Ketawanya diikut oleh Saeed tapi tak pula buat Aryan yang tidak turut ikut ketawa. Dia sudah cukup serabut untuk mencari jalan mencari buah hatinya. Jenaka yang ada di hadapannya langsung tak dapat menghiburkan rasa resah di hatinya.

“Aku nak balik lah..”Aryan berdiri. Tangannya membetulkan pakaiannya agar setiasa kelihatan rapi dan kemas.

“Wehh! Kenapa? Awal lagi ni.” Saeed menunjukkan jam tangannya yang ada di pegelangan tangannya.

“Malas lah, tak ada mood” balas Aryan. Dia berjabat tangan dengan Rafiqi kemudian dia berpaling untuk berjabat tangan pula dengan Saeed.

“Kau boleh balik ke tak ni? Boleh drive?” Tanya Rafiqi risau pula dengan emosi Aryan yang tak stabil tu. Takut berlaku perkara yang buruk kepada sahabatnya yang seorang itu.

“Ah! Aku okay, jangan risau lah. Aku balik dulu” Balas Aryan terus berlalu pergi.

Mereka yang masih duduk bersama berpaling melihat Aryan pergi. Bila Aryan hilang disebalik para pengunjung kelab itu. Barulah mereka mengalihkan pandangan mereka semula.

“Teruk dah kawan kita sorang tu angau. Gilakan isha tu” ucap Saeed.

“Orang bercinta memang macam tu. Kau tak tahu. Boleh lah kau cakap. Tunggu kau jatuh cinta nanti. Baru kau tahu macam mana rasanya si Aryan rasa. Entah-entah lebih teruk angau kau dari Aryan tu tak” sindir Rafiqi.

“Kata aku. Kau pun Sama je teruknya dulu. Kalau tak jumpa Aimi dulu. Muka macam ayam berak kapur. Tengok aku, relax aja bro. Chill lah, mungkin takdir aku membujang lebih panjang dari korang berdua. Tak lah aku sakit kepala dengan masalah angau. Dah dapat yang aku suka nanti kahwin terus. Buat apa nak bercinta. Dugaan semua ni. Leceh..” kata Saeed.

“Untung kalau macam tu. Bercinta lepas kahwin. Tapi sebelum tu, cari dulu calon kau. Sebelum kau cakap besar Saaed” Aimi mnyampuk. 

“Betul tu sayang..” Sokong Rafiqi. Pasangan suami isteri itu sama-sama ketawa.

“Excuse me, Natrah nak ke washroom kejap ya” Natrah bangun tergesa-gesa dari tempat duduknya. Terus berjalan pergi tanpa sempat mereka bertiga membalas kembali.

“Kenapa dengan dia?” Tanya Saeed. Menunjuk kepada Natrah yang sudah melangkah pergi. Aimi membisikkan sesuatu kepada Rafiqi.

“Aimi pergi tengok kan Natrah” Aimi bangun dari kerusinya. Baru dia nak melangkah Rafiqi menarik pegelangan tangan Aimi.

“Hati-hati. Jangan lama-lama pergi tu ya” sempat Rafiqi mengenyitkan sebelah matanya kepada Aimi dengan senyuman yang mekar buat isteri tersayangnya.

“Yes bie..” Aimi kembali berpaling semula dan mencium pipi Rafiqi. Perlahan-lahan Rafiqi melonggarkan pegangan tangannya. Matanya tak lepas dari memandang Aimi yang sedang berjalan pergi.

“Parah teruk! Kalau ya pun tak payah la nak tayang depan aku ni” rungut Saeed mengambil gelasnya yang di atas meja dengan kasar.

“Biarlah, tayang sikit. Sebab tadi orang tu cakap besar bila tengok orang angau kan. Aku teringin nak tengok kau angau macam mana pula lepas ni.” Sindir Rafiqi. Saeed tidak membalas. Dia duduk bersandar di kerusinya menyedut air minumannya.

“Bie..! Bie..!” tergesa-gesa Aimi datang semula kepada mereka selepas sepuluh minit dia ke tandas yang ada di dalam kelab itu.

“Sayang kenapa ni?” cemas Rafiqi bagun menyambut kedatangan isterinya.

“Natrah! Dia.. Tak ada.. Di.. dalam toilet” Bicara Aimi dengan nafas yang tercungap-cungap menundingkan jarinya ke arah symbol lampu neon yang menunjukkan arah ke tandas sana.

Lima belas minit yang lalu..

Natrah senyap-senyap menukar laluannya dari ke tandas menuju ke pintu keluar kelab itu. Cepat-cepat dia memanjat anak tangga naik ke atas dan keluar mengejar langkah Aryan.

“Aryan!” panggil Natrah.

Aryan yang baru saja keluar dari kelab itu mematikan langkahnya. Berdiri di bahu jalan, berpaling semula melihat ke arah pintu masuk kelab. Natrah sedang melambai kepadanya dengan senyuman yang melebar di wajahnya.

“Natrah?”

“Aryan..” Natrah berjalan menghampiri Aryan.

“Kenapa awak keluar ni Natrah?” Tanya Aryan menunjuk ke arah Kelab.

“Saya risau kalau awak balik dalam keadaan yang macam ni, bahaya. Jadi saya ingat nak hantarkan awak balik. Lagipun saya bosan di dalam tu..” Balas Natrah menayangkan wajah polosnya.

“Bosan? Seriuslah? Selalunya awak lepak sampai kami kena ajak awak balik baru awak nak balik. Hari ni awal pula awak bosan?” Tanya Aryan, berkerut dahinya menerung Natrah yang ada di hadapannya.

“Kalau Natrah kata. Natrah akan bosan kalau Aryan tak ada.. Aryan pecaya.?” Tanya Natrah.

“Iya lah tu” Aryan ketawa kecil lalu meneruskan langkahnya menuju ke keretanya yang dipakir tak jauh dari situ.

“Aryan. Awak boleh memandu pulang ke? Biar saya yang drive” Natrah berlari anak dan segera merampas kunci kereta yang ada di dalam gengaman tangan Aryan begitu saja.

“Eh! Natrah. Saya boleh balik sendiri. Saya boleh drive lagi ni. Susahkan...”

“Tak apa. Tak ada masalah, tak susahkan saya pun. Marilah!” Natrah beriak seperti dia memperlawa Aryan pula yang menumpangnya.

“kereta awak macam mana?” Tanya Aryan.

“Kereta saya? Driver boleh ambilkan esok.” Balas Natrah pendek dan santai.

‘Kenapa dengan dia ni? Tiba-tiba nak hantar aku balik pula. Aku mabuk ke, dia yang mabuk ni?’

“Natrah, saya betul-betul boleh drive sendiri. Kembalikan semula kunci kereta saya” Aryan menyuaka tangannya meminta kembali kunci keretanya.

“Tapi dengan satu syarat, bawa Natrah pergi dari sini. Natrah bosan.” Natrah menunduk sambil bermain-main dengan kunci kereta milik Aryan yang ada di tangannya.

‘Alasan yang sama lagi..’ keluah Aryan.

“Yea, lah kalau macam tu. Aryan hantar Natrah balik..” Putus Aryan. Natrah menganggukkan kepalanya. Kunci kereta Aryan diletakkan di atas tapak tangan Aryan dengan lembut. Sehingga tangan mereka berdua bersentuhan saat Aryan mengengam kunci keretanya.

Seketika mata mereka saling bertatapan. Natrah menarik senyumannya melebar kali ini. Misinya untuk rapat dengan Aryan sedikit sebanyak menjadi.

‘Maaf Isha. Kau yang lepaskan peluang yang ada. Menghilangkan diri begitu saja. Aku pula mengisi kekosongan yang di dalam hati dia. Jangan salahkan aku’

Masuklah Natrah kedalam kereta Aryan bila Aryan membuka pintu untuknya. Di dalam hati Natrah sudah berbunga-bunga riang dan gembira mendapat layanan sebegitu oleh lelaki sempurna seperti Aryan.

Sewaktu Aryan memandu keretanya pergi Aimi, Rafiqi dan Saeed baru saja keluar, dan berada di muka pintu kelab. Mereka melihat dengan jelas Natrah dan Aryan sama-sama menaiki kereta dengan senyuman yang melebar pada wajah mereka masing-masing dengan tingkap kereta yang terbuka meluas.

“Aku tak salah tengok kan!” Saeed bercekak pinggang  mengadap jalan yang baru saja kereta Aryan melintas pergi.

“Raf.. Aku tak salah tengok kan?” ulang Saeed. Berpaling melihat Rafiqi yang berdiri disampingnya.

“Aku tak tahulah! Aku nak balik.. Tak ada mood aku dengan perangai Aryan tu” balas Rafiqi tak puas hati. Aimi pula sedang membentak marah sambil memukul dada suaminyanya melihat sahabatnya Natrah yang mula membuat perangai.

‘Kenapa Natrah! Isha tu kan.. Sahabat baik kita! Kenapa kau khianati Isha’

Waris terakhir harimau putih lantera.. Terjawab sudah siapa sebenarnya falisha yang sebenarnya.. Insya Allah.. Esok kita sambung lagi ya.. (^-^) Terima kasih kepada semua pembaca yang sudi singgah baca PERJANJIAN TAKDIR untuk hari.. Tq.tq.tq semua.. Muaahhh muahh muaahhh..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience