28. SEKUTU

Fantasy Completed 227354

“Lulus!” 

Perkataan itu membuatkan Falisha tersenyum-senyum sendiri seharian. Sungguh terngiang-ngiang suara Wazien di telinganya saat memuji masakkannya. Walaupun dia sendiri masih tak puas hati dengan rasa masakan pertamanya itu.

‘Untung dia tak cerewet. Hihihii’ suara Deena menyapa. Bagaikan menghapuskan angan-angan Falisha yang sedang melayan perasaan sambil mengulung hujung rambutnya.

‘Kau tu dengki!’ balas Falisha.

‘Hemmm’ Deena bergumam panjang. Malas melayan Falisha yang sedang menayangkan sengihnya sendirian dari tadi.

‘Kemana dia pergi, agaknya setiap malam?’ Tanya Falisha.

‘Kau nak tahu dia kemana? Dia pergi bersilat dengan mereka yang lain.’

‘Aku nak pergi, sana!’

‘Kau jangan cari masalah! Di sana cuma ada kaum adam, sebelum ni kan dia pernah melarang kau pergi.’

‘Tapi dia kata dia nak ajarkan aku silat, apa salahnya kalau aku tengok-tengok dari jauh!’

‘Tunggu saja, dia dah nak balik.’ Sindir Deena.

Falisha yang ada di dalam bilik berlari keluar menuju ke ruang hadapan dan membuka tingkap kayu untuk mengintai ke luar. Di dalam kelam malam, langsung tak nampak kelibat Wazien yang jauh di hujung sana. Dia melihat cahaya dari unggun api di pantai. Tempat mereka sedang bersilat.

‘Kau tipu aku!’ kedengaran suara Deena ketawa dengan kuat memenuhi ruang fikiran Falisha.

‘Mudahnya aku tipu kau. Kau perlu cari penawar Isha! Kau mabukkan Wazien rupanya.’ Perli Deena di dalam sana.

‘Aku?.. Cintakan dia.’ Pelahan saja Falisha menyatakan itu. Tangan diangkat menongkat dagunya dengan sikunya diletakkan di muka jendela.

‘Beritahulah dia. Kenapa bagitahu aku.. Manusia..Manusia! Menyusahkan perkara yang mudah!’ rungut Deena.

‘Aku malu..’ balas Falisha. Kemudian dia tak mendengar lagi suara Deena membalas kepadanya.

‘Deena!’

‘Deena!’

‘Kau kemana! Berani kau tak sahut bila aku panggil! Kau ni…’ Dalam Falisha sedang marahkan si Deena. Telinganya menangkap bunyi derapan kaki yang menghampiri rumahnya.

Wajah di palingkan melihat ke bawah sana kembali. Menanti si pemilik derapan kaki itu muncul di sebalik kelam malam yang hitam pekat itu. Saat wajah yang sempurna inderanya itu muncul, apabila terkena simbahan cahaya pelita yang didirikan di hadapan rumah. Falisha menarik bibirnya tersenyum.

“Assalamualaikum.. Kasih.”

“Kanda.. Waalaikumsalam Kanda..” sahut Falisha bagaikan hatinya sedang kembang mekar sama seperti senyuman pada wajahnya.

“Buat apa berdiri di tingkap tu? Kenapa tunggu Kanda balik, kan Kanda dah pesan Kasih tidur saja..” Wazien membasuh kakinya mengunakan air tempayan yang ada di tangga sebelum melangkah naik ke atas.

“Nak tunggu Kanda balik juga. Kenapa Kanda tak ajak Kasih bersilat bersama. Bukan Kanda kata nak ajarkan Kasih bersilat?” Falisha beralih dari Jendela rumah ke pintu utama membuka pintu buat Wazien.

“Memang sebetulnya begitu. Tapi Kanda ni. Kalau boleh. Tak nak ajarkan Kasih bersilat.. Silat itu terlalu kasar, dan.. Memerlukan tenaga batin yang banyak.. Abah yang nakkan Kasih siap sedia. Sedia untuk menjadi ratu Lantera.” Wazien yang baru melangkah masuk ke dalam rumahnya mendapat satu pelukan erat dari Falisha.

“Jadi ajarkan saja silat tu. Seperti yang abah minta tu. Kasih boleh.. Kanda tak percayakan Kasih?” Tanya Falisha.

“Bukannya Kanda tak percaya tapi Kanda kalau boleh. Taknak Kasih dalam bahaya sedikit pun. Walaupun sehelai rambut Kasih terluka” Wazien mengambil rambut Falisha dan membelainya lembut.

“Kanda.. Ni pentingkan diri sendiri.”

“Ya betul. Kanda tamak kalau bab Kasih? Boleh kan?” rambut Falisha dilepaskan dan pipi putih Falisha pula dicubitnya lembut. Falisha diam tak membalas. Hanya matanya saja yang terkebil-kebil melihat kepada Wazien.

“Dah lewat ni Kasih. Esok kanda akan turun ke laut selepas solat subuh. Kasih duduk di rumah saja ya. Kalau Kasih nak kemana-mana. Kasih pergi dengan Firuz ya.” Falisha mengangkat kepalanya dan melepaskan pelukan mereka berdua. Wazien berpaling dan menutup pintu utama rumah itu.

‘Again! Ah! Falisha! takkan kau nak simpan suami kau dalam almari. Aduh! Kenapa cinta ni membuatkan kita buta dan lupa perkara lahiriah yang lain.’

“Ah. Ya.. Esok Kasih akan pergi membasuh dengan ibu-ibu yang lain.” Jelas Falisha.

‘Membasuh?? Ah hentam sajalah.’

“Kasih boleh ke? Maksud Kanda..”

“Ini ratu lantera.. Apa saja, yang tak boleh dibuatnya?” bidas Falisha bangga. Walaupun esok dia belum tahu apa yang menantinya. Sama ada dia mampu atau tidak untuk melakukan kerja-kerja rumah yang lain. Yang pasti, dia akan cuba.

“Kanda dah kata sebelum ini..”

“Tak apa Kasih boleh buat semua itu, lagipun Kasih tak ada benda nak buat. Sementara tunggu Kanda balik dari laut esok..” Wazien menganggukkan kepalanya. Bila Falisha berkeras mahu melakukan juga pekerjaan itu.

“Marilah kita berehat. Esok ada yang nak pergi membasuh..” Wazien menarik bibirnya tersenyum.

“Kanda perli Kasih?” Tanya Falisha tak puas hati.

“Bila pula yang Kanda perli Kasih. Tak berani Kanda nak menduga hati Ratu Lantera..” usik Wazien.

“Kanda!” Falisha kembali memeluk Wazien dan menampar lembut dada bidang Wazien.

Keesokkannya, selesai subuh Wazien turun ke laut seperti sebelum ini. Sahabatnya Faqih dan Bazli sudah menunggu kedatangannya. Falisha pula membawa pakaian untuk menyertai ibu-ibu yang sedang membasuh di gigi sungai. Satu pelantar kayu di bina dekat dengan gigi air memudahkan kerja-kerja membasuh di lakukan bersama-sama. Saat Falisha tiba. Para ibu-ibu bangun memberikan ruang buat Falisha.

“Tak perlulah begini, Isha cuba datang nak membasuh bersama. Tak perlulah nak menunduk hormat. Isha nak minta tolong ajarkan Isha membasuh..” Jelas Falisha. Ibu-ibu yang ada di hadapannya mengangguk dengan senyuman.

“Marilah kita membasuh bersama-sama..” ajak mereka mesra. Sekelip mata Falisha menjadi rapat bersama-sama mereka semua. Banyak perkara yang di dapat dari para ibu-ibu itu. Diantaranya adalah resepi masakan dari mereka dan beberapa perkara lain yang berkaitan dengan hal pengurusan rumah tangga. Tak sia-sia Falisha memilih untuk membasuh pagi-pagi itu.

Wazien kembali ke rumah selepas singgah ke rumah orang tuanya memberikan hasil laut kepada mereka. Tersenyum dia melihat kain jemuran yang sedang terbang ditiup angin. Melihat hasil kerja Falisha sudah membuatkannya lapang dada. Hilang lelahnya yang baru pulang itu.

Salam diberikan bila dia berada di tangga untuk membasuh kakinya, namun salamnya tak disahut oleh Falisha. Bergegas Wazien naik ke atas rumah membawa ikan di tangannya.

“Kasih” Wazien mengintai ke dalam bilik yang kosong isinya, tak berpenghuni.

“Kasih” 

“Kanda? Kasih di dapur ni” Falisha menyahut dari dalam dapur. 

“Di dapur?” Wazien bernafas lega, mendengar suara Falisha. Langkah diatur ke dapur melihat Falisha sedang memasak di dapur bawah sana. Peluh renik memenuhi dahi suri hatinya itu diperhatikannya.

“Buat apa sampai berpeluh-peluh macam ni?” Tanya Wazien. Seraya mengelap peluh itu dari wajah Falisha.

“Kelas tarian” balas Falisha menyindir Wazien. Bagaikan sengaja bertanya, sedangkan terang-terang dia sedang memasak di dapur ni.

“Mana ikannya?” sambung Falisha bertanya lagi.

“Wah garangnya bila ratu Lantera berbicara, bisanya terasa sampai ke hati” usik Wazien.

“Sungguh ke?” Falisha ketawa.

“Kasih dah penat ya. Biar Kanda yang siang ikan ni.” Wazien melihat beberapa pucuk daun yang ada tak jauh dari mereka berdua.

“Ini..”

“Kasih petik tadi masa balik membasuh dengan ibu-ibu, katanya sedap dibuat ulam.”

“Kan Kasih tak pandai makan ulam.?”

“Tapi Kanda makan kan..” Falisha tersenyum lagi.. Bila melihat Wazien yang sedang merenungnya.

“Kenapa? Salah? Tak betul ke?”

“Betul lah tu..” Balas Wazien.

“Malam ni. Kanda pergi bersilat lagi?” Wazien berpaling melihat kepada Falisha. terbantut langkahnya saat itu.

“Ya, kenapa? Kasih tak suka?” Tanya Wazien risau. Manakan tidak,sejak dari sembuh hampir setiap malam dia melatih dirinya dengan bersilat untuk menguatkan kembali tenaganya agar kembali kepada tahap yang asal.

“Eemmm, bila Kasih kata yang Kasih tak sukakan itu. Tak kan? Kasih Cuma bertanya” terang Falisha.

“Kenapa ya. Kanda rasa seperti ada yang helah sebaliknya dari apa yang sedang Kasih katakan?” cepat-cepat Falisha mengelengkan kepalanya.

“Mana ada! Ikan tu.. Kasih nak masak ikan tu.” muncung Falisha menunjuk kepada ikan yang ada di tangan Wazien.

“Kanda siangkan. Kalau Kasih yang siangkan. Hancur ikan ni nanti.” Kemudian Wazien ketawa. Falisha melepas senduk yang ada di tangannya lalu menolak Wazien. Terlepas ikan di tangan Wazien jatuh ke lantai.

“Kasih.. Tak pasal ikan ni hidup balik tau. Sampai terlepas dari tangan Kanda, takut dia dengan ratu Lantera..” Usik Wazien sambung ketawa. Kemudian dia menunduk mengutip kembali ikan yang jatuh tadi.

“Salah Kanda kalau ikan tu hidup balik. Kanda yang mengusik Kasih” Wazien bangun dan memeluk Falisha dengan ikan yang masih ada di tangannya.

“Kanda.. Ikan tu..”

“Biar-biar.. Tadi cakap salah Kanda kan. Biar sungguh-sungguh salah Kanda kali ni” Wazien tetap memeluk Falisha.

“Nanti kalau ada orang tu terlewat untuk solat jemaah jangan salahkan Kasih, ternanti-nanti pula, Imamnya tak muncul-muncul..” Wazien melepaskan pelukannya pada pingang Falisha.

“Allah! Kasih lah ni. Goda Kanda..” Wazien tersengih tersenyum kepada Falisha. Dia berpaling untuk menyiangkan ikan yang baru dibawa balik tadi, sebelum dia betul-betul terlambat seperti yang di nyatakan oleh Falisha tadi.

Malam itu Falishah menungu Wazien keluar untuk pergi bersilat bersama dengan yang lain. Sebaik saja Wazien menghilang Falisha masuk kedalam biliknya semula.

‘Kau dah pikir, pasti nak buat semua ni?’

‘Aku.. Perlu tunaikan janji aku.’

‘Hemmm baiklah.’

Falisha menyarungkan ‘hoodie sweater’ merah jambu yang telah lama tersimpan di dalam bagasi miliknya ke tubuh. Langkah diatur keluar dari rumah utama. Keadaan persekitaran kawasan itu diperhatikan dengan teliti. Tak mahu ada seorang pun yang melihat dirinya saat itu. Falisha berlari laju menuju ke kaki gunung.

‘Jangan terlalu mengunakan aura kau. Itu kan menarik perhatian Bayu dan Wazien..’ suara Deena menasihati Falisha.

‘Baik!’sampai saja Falisha di kaki Gunung Beradat. Nafas dihela panjang agar kembali tenang semula.

“GEKKA!” jerit Falisha di kaki bukit.

Didalam kegelapan malam Falisha mendengar bunyi ranting kayu patah dan beberapa bunyi serangga hutan itu datang menghampirinya.

“Bakal ratu menyeru aku? Apa yang boleh aku bantu wahai sang ratu Lantera.” Gekka berdiri di dalam kelam malam di dalam hutan itu. Menjarakkan dirinya dari Falisha agar tak keluar dari kawasan jajahan miliknya.  Kunang-kunang bertebangan mengelilingi wajahnya cantiknya yang berhias dengan kuntuman bunga yang nampak segar bugar dan berseri.

“Aku datang untuk memetik sekuntum lagi bunga embun pagi gunung.” jawap Falisha berterus terang.

“Huh! Sudah kuduga. Kamu pasti datang lagi untuk tujuan yang sama, manusia memang tamak dan selalunya mahukan lebih-lebihan. Itulah sifat manusia yang paling terkutuk, aku benci sekali!” marah Gekka.

“Aku perlukan untuk orang lain. Bukannya untuk diri aku. Sebagai tukarannya seperti biasa, aku tukarkan dengan darah milik aku..” Falisha mengangkat tangannya tinggi.

“Jadi kau panggil aku turun ke sini untuk menjemput kau naik keatas?” Falisha menganggukkan kepalanya.

“Aku tak mempunyai cukup waktu untuk nak keatas. Jadi aku ingat kau boleh naik dan turunkan aku seperti sebelum ini..” jelas Falisha. Dia perlu pulang sebelum Wazien tamat latihan silatnya bersama dengan yang lain di pantai.

“Tak ada makluk seperti aku akan menolak tawaran yang bernilai sebegini. Aku setuju. Tapi kali ini aku akan ambil hanya setitis darah darimu. Cukup untuk diriku dan kaum kerabatku..” Gekka mengangkat tangannya ke atas, terlihat rotan-rotan mula menjalar turun menghampiri Falisha.

“Terima kasih untuk tawaran itu.. Aku amat hargainya.” Balas Falisha.

“Tawaran ini hanya untuk kamu pewaris terakhir harimau putih. Aku senang berurusan dengan dirimu. Selagi kamu tak salah gunakan bunga embun pagi gunung. Aku akan berikan kepada kamu. Darah yang mengalirkan dari kamu yang menyuburkan lagi bunga embun pagi gunung. Jadi maafkan andai penampilan aku sebelum ini menakutkan kamu. Aku cuma marah dan benci dengan manusi yang tamak. Aku berikan izin kamu memetik sekuntum bunga embun pagi yang mekar penuh malam ini. Pastikan yang benar-benar mekar.” Gekka berpaling melihat ke atas gunung dan menghayunkan tangannya lembut seperti daun yang ditiup angin.

Naiklah Falisha ke atas dengan bantuan rotan itu. Sungguh memudahkan perjalanannya kali ini. Tanpa sedar dia sudah berada di pintu gua dimana terdapat bunga embun pagi gunung didalamnya.

“Untuk siapakah kali ini?” Tanya Gekka yang sedia menunggu di pintu gua, menantikan habuannya.

“Seseorang yang telah aku janjikan.”

“Bunga empun pagi andai digabungkan dengan cahaya api biru. Ia akan menjadi satu penawar yang tiada tandingannya. Adakah kau tahu itu?” Tanya Gekka.

“Sungguh mujarab? Tak perduli apa pun jenis penyakitnya?” Tanya Falisha.

“Ya, semua penyakit kecuali. Mati! Aku tak kan membohongimu sang ratu. Tapi gabungan itu sangat langka, dan sangat buruk andai disalah guna. Jadi aku rahsiakan saja perkara itu.” terang Gekka.

“Ilmu yang sungguh berguna. Kau boleh selamatkan banyak nyawa dengan itu. kenapa kau rahsiakan.?” Tanya Falisha lagi.

“Ilmu yang berguna andai digunakan dengan baik. Aku taknak ilmu itu jatuh ke tangan orang yang salah. Penyebabnya tentunya aku juga bukan. Aku sudah berkurun disini. Banyak yang telah aku lihat. Dan berkali-kali juga aku dilahirkan semula selepas di jahili. Adakah salah kalau aku berhati-hati?” Gekka mendepakan tangannya. Kelihatan beberapa tumbuhan lain datang bagaikan berdiri di belakangnya memberi sokongan kepada kata-katanya tadi.

‘Hati-hati!’ Deena memberi amaran.

“Baiklah, aku setuju. Tentu sesuatu yang terjadi, membuatkan ia menjadi lebih hati-hati bukan. Aku beruntung kau mempercayai aku Gekka. Aku berjanji. Aku takkan salah gunakan bunga embun pagi gunung selain dari mengubati puak aku kelak dan aku akan terus menjaga puak kamu Gekka agar terus aman tinggal di Lantera.” Falisha menyuakan tangannya kepada Gekka.

“Aku terima dan ikat janji denganmu bakal ratu Lantera. ” Gekka menyambut huluran tangan halus dari Falisha.

“Sebagai janjinya. Setitis darahku sebagai tukarannya.” Tangan yang sedang bersalaman dengan Gekka itu di pusingkan oleh Falisha, sedia untuk Gekka. Tangan Gekka yang penuh dengan tumbuhan lumut kehijauan itu melepaskan tangan Falisha.

“Hanya setitis..” Gekka menunduk dan mengigit jari Falisha. Kemudian tangan Falisha dilepaskan semula. 

Gekka menjilat darah yang masih keluar dari jari Falisha. Matanya berubah hitam saat dia merasakan darah itu mengalir masuk kedalam tubunya. Kemanisan dari darah itu membuatkanya mabuk dan inginkan lagi dan lagi. Tapi dia tahu dia harus segera hentikan ketagihan itu dan tak mencederakan ratu lantera yang terakhir itu. Kerana dia bukanlah makhluk yang tamak.

“Adakah itu mencukupi?” Tanya Falisha.

“Cukup. Sungguh sangat cukup.. Andai terlebih itu akan menjahili diriku sendiri.” Balas Gekka bagai masih berkhayal menikmati darah milik Falisha.

“Bagus! Sekarang bawakan aku turun.” Putus Falisha.

“Aku menantikan kedatanganmu lagi sang ratu..” pada ketika itu rotan sudah membelit Falisha untuk di bawa turun ke bawah semula.

Falisha menjejakkan kakinya semula dengan selamat di kaki Gunung Beradat. Rotan yang membelitnya merungkai dan melepaskan semula Falisha.

“Terima kasih rotan.” Falisha mengusap lembut rotan yang membantunya turun dari Gunung Beradat. Seakan faham, rotan itu menyentuh lembut pipi Falisha dan mengelus lembut beberapa kali sebelum menjalar masuk semula didalam kelam cahaya hutan semula.

Tanpa melengkahkan masa Falisha melangkah laju ke arah rumah mentuanya. Salam diberikan sebaik saja dia sampai di hadapan rumah itu. Awanis yang membuka pintu terkejut melihat seseorang yang menutup wajahnya berdiri di hadapan pintu rumahnya. Tapi sebelum dia bertindak gopoh. Dia sudah boleh mengagak siapa gerangan tetamunya malam itu. Melihat kepada pakaian pada tubuhnya.

“Kak”

“Boleh kak masuk?” Tanya Falisha yang berada di buka pintu. Dia berpaling ke belakang melihat unggun api besar yang ada di pantai sana.

“Masuklah kak.” Pelawa Awanis. Dia turut melihat kepada arah yang Falisha lihat.

“Mak dimana? Kakak datang nak berjumpa dengan mak” jelas Falisha sebaik saja masuk kedalam. Awanis menutup pintu rumahnya rapat dan berpaling kepada Falisha.

“Mak ada didalam bilik, marilah. Abah tak ada, abah ke pantai.” Awanis menarik tangan Falisha untuk ke bilik Wadaah.

“Mak, kakak datang ni..” Awanis bersuara saat menolak pintu bilik Wadaah.

“Falisha datang? Sini nak, marilah duduk disini..” Wadaah yang terbaring bangun dan menyisir rambutnya dengan tangan, lalu rambut panjang itu disanggulkan.

“Assalamualaikum mak, maaf Isha datang lewat macam ni menjenguk mak.” Falisha duduk seperti yang dipinta oleh Wadaah.

“Waalaikumsalam, Falisha. Tak Falisha. Mak belum tidur, mak baring-baring.. Apa lah yang boleh dibuat oleh keadaan mak yang sebegini..” Wadaah menarik bibirnya tersenyum kepada Falisha.

“Mak, ini Isha bawa kan penawarnya untuk ubatkan mata mak..” Falisha mengeluarkan bunga embun pagi gunung dan mengabungkan dengan cahaya api biru miliknya. Sehingga bunga itu bertukar menjadi pati seperti minyak di tapak tangan Falisha. Falisha sendiri terkejut melihat akan perkara itu. Bukan hanya dia, Awanis juga terkejut sama.

“Izinkan Isha mak” Falisha menyatukan kedua-dua belah tangannya. Wadaah mengangguk setuju. Falisha menyapu minyak itu di kedua-dua belah kelopak mata Wadaah yang tertutup rapat. Falisha menurunkan tangannya setelah selesai mengoles minyak itu di kelopak mata Wadaah. Pada urat-urat mata di kelopak mata Wadaah, menjalar terang cahaya kebiruan milik Falisha dan gabungan bunga embun pagi.

“Falisha harap ubat ni mujarap, mak” Falisha merasa gugup. Takut juga kalau Gekka menipunya. Lalu memudaratkan lagi Wadaah dari keadaan asalnya.

Wadah membuka matanya perlahan lahan. Saat kelopak mata itu terbuka dia melihat cahaya terang membuatkan matanya ditutup rapat kembali.

“Mak! Kenapa mak? Ada yang salah dengan mata mak?” Tanya Falisha cemas.

“Tak-tak. Bukan begitu” Wadaah cepat-cepat mengelengkan kepalanya. Sekali lagi dia membuka matanya.

Dia melihat dua gadis yang ada di hadapannya. Dua gadis itu kelihatan risau merenung kepadanya.

“Alhamdulillah. Mak sudah dapat melihat. Mata mak dah pulih..” Wadaah turun ke lantai rumahnya dan bersujud di situ.

Falisha memegang dadanya lega. Awanis pula datang memeluk bahu Falisha dari belakang. Gelak tawa memenuhi ruang bilik itu. Wadaah bangun dan memeluk menantunya. 

“Cantik menantu mak. Sama seperti Yaseera. Terima kasih ubatkan mak. Terima kasih ..” Pipi Falisha dicium mesra kiri dan kanan. Pelukkan itu di eratkan lagi dengan pelukan balas oleh Falisha.

‘Pulang! Dia akan pulang..’ Deena bersuara. Membuatkan Falisha menelan air liurnya.

Falisha meleraikan pelukannya dan segera meminta diri untuk pulang ke rumah utama. Malangnya saat pintu utama rumah dibuka untuk keluar. Wazien sudah terpacak berdiri di hadapan pintu, merenung kepada isterinya yang sedang seyum bersahaja kepadanya.

‘Ahh.. Kasih! Tak ada apa yang boleh menghalang dia!’ Wazien mengelengkan kepalanya perlahan. Yang lain menyembunyikan senyuman mereka dari pasangan suami isteri itu.

Gekka.. Dipetik dari nama Gekka Bijin (jepun) membawa maksud "beauty below the moon" kalau kita panggil nama bunga ni bunga bakawali, wijaya kusuma.. Dan india panggil gul-e-bakavali.. ~sumber dari google.. Bunga bakawali.. Terima kasih kepada pembaca semua sudi luangkan masa singgah baca PERJANJIAN TAKDIR untuk hari ini.. Tq.tq.tq.. Muaahhh muahh muaahhh.. Luv you all.. InshaAllah kita sambung esok ya.. (^-^)

Share this novel

Zahrin Zahra
2021-03-04 15:50:02 

tq update


NovelPlus Premium

The best ads free experience