25. GEKKA

Fantasy Completed 227394

Ruangan bilik pengantin baru itu menjadi suram. Di atas katil terbaringnya bakal pemimpin mereka yang masih belum sedarkan diri. Di dada lelaki itu, terdapat sang isteri yang sedia menanti suaminya sedar semula.

“Kanda..” nama panggilan itu sedah diseru berkali-kali. Tapi pemilik nama itu masih jugak tak menyahut panggilan itu.

‘Kenapa kanda masuk ke dalam mata air biru? Kenapa kanda buat semua tu? Sekarang ni kanda dah jadi macam ini. Tengok kanda terbaring macam ni. Terasa sakit hati ini.’ Air mata Falisha mengalir lagi. Dibiarkan saja air mata itu jatuh mengenai Wazien yang sedang terbaring itu.

“Falisha..”

“Abah!” Falisha bangun dan melutut memegang kaki Ali Muaz.

“Abah! Cakaplah macam mana Isha nak bangunkan Wazien abah, cakaplah abah.” Rayu Falisha.

“Falisha jangan macam ni nak..” Wadaah menunduk ke arah suara Falisha.

“Ini semua salah Isha mak, abah. Kalau tak kerana Isha. Wazien tak kan jadi macam ni..” rintih Falisha memeluk Wadaah.

“Hanya Falisha saja yang boleh sembuhkan Wazien. Falisha kan harimau putih..”

“Bagitahu bagaimana caranya abah. Falisha akan buat.” Falisha mendongak melihat kepada Ali Muaz yang sedang berdiri di hadapannya. 

“Abang.. Jangan..” Wadaah mengelengkan kepalanya.

“Kenapa jangan mak? Abah tolong lah abah. Bagitahu Isha caranya.”

“Caranya terlalu bahaya untuk..”

“Isha akan buat, tak kiralah apa caranya..” potong Falisha bersungguh.

Ali Muaz melihat anak mata Falisha yang berwarna biru. Anak mata itu sudah tercampur dengan warna emas mengelilingi anak mata asalnya biru itu, ditambah pula dengan air mata yang masih basah pada pipinya menambahkan lagi bersinar keemasan pada wajah Falisha.

‘Sepanjang hayat hidup aku. Belum pernah aku melihat sesuatu yang seperti ini. Falisha menyerap kuasa dari yang lainnya. Mungkin sebab itu Yaseera mengunci semangat Falisha selama ini. Dengan aura yang kuat ini. Maheem bukanlah tandingannya. Silap-silap.. Aku juga.’

“Apa kata kita tunggu saja lagi esok Falisha, mana tahu esok Wazien sedar.” Pujuk Ali Muaz. Tersenyum memujuk Falisha. Tapi bibirnya membeku saat melihat Falisha mengelengkan kepala Falisha melihat kearahnya.

“Isha tak nak tunggu lagi, Abah. Isha nak tahu caranya sekarang juga. Bagitahulah Isha. Sudah tiga hari Wazien masih belum sedar. Isha kena buat sesuatu.. Cakaplah abah.” Falisha tak mampu mengawal emosinya sehingga tubuhnya menjadi panas tiba-tiba. Wajahnya semakin memancarkan warna keemasan.

“Sabar Falisha. Abah tahu ini semuanya terlalu mendadak buat Falisha. Tak mudah untuk mengawal kuasa Harimau emas, kalau Falisha tak sabar.  Kuasa itu akan menguasai Falisha.” kata Ali Muaz.

“Betul tu Falisha. Apa yang abah kata kan tu benar. Mak tahu macam mana rasa yang sedang membuak-buak bergelora di dalam tubuh Falisha sekarang ini. Falisha harus bijak mengawalnya nak.. Jangan risaukan Wazien. Dia dilahirkan dengan satu kuasa yang besar. Dia takkan apa-apa.. Sayang..” Wadaah memeluk tubuh Falisha erat untuk menenagkannya.

‘Aku tak boleh kawal kuasa di dalam tubuh aku ni. Ianya terlalu kuat! Aku rasakan seluruh tubuh aku bagaikan sedang terbakar’

“Abah.. Kenapa tak benarkan kakak naik ke gunung beradat…” sampuk Awanis.

“Awanis!” tinggi suara Ali Muaz menegur Awanis yang ada di muka pintu bilik tidur Falisha dan Wazien.

“Gunung beradat? Gunung tunggal yang ada di tengah pulau ni? Ada apa di atas sana?” Tanya Falisha.

“Ada bunga embun pagi gunung di atas sana kak.” Kata Awanis.

“Tutup mulut kamu Awanis!” kali ini Wadaah pula bersuara.

“Bunga embun pagi gunung? Untuk apa bunga apa itu abah.. Mak?” Tanya Falisha melihat kepada Ali Muaz dan Wadaah.

Ali Muaz tidak menjawap melainkan sedang merenung tajam kepada Awanis. Wadaah pula mengelengkan kepalanya beberapa kali dan mengunci bibirnya rapat sama seperti Ali Muaz.

“Abah, kakak berhak tahu. Dia kan Harimau Putih Lantera, abah. Sampai bila abah nak sembunyikan semua ni dari kakak. Memang takdir mereka begini abah. Orang pertama yang kakak akan rawat adalah abang. Kakak perlu naik ke atas gunung beradat dan ambil sendiri bunga empun pagi gunung itu. Hanya itu saja jalannya untuk pulihkan abang. ” kata Awanis membuatkan Falisha tertarik. Dari dia yang sedang duduk di lantai bangun  berjalan kearah Awanis.

“Sungguh boleh pulihkan abang? Dengan bunga itu? Bunga Embun Pagi Gunung saja caranya, betul?” Tanya Falisha memegang tangan Awanis. 

“Betul kak” Awanis menganggukkan kepalanya.

“Kenapa abah nak rahsiakan semua ni?” Falisha berpaling semula melihat kepada Ali Muaz.

“Kerana kamu belum sedia Falisha. Mengambil sekuntum bunga embun pagi gunung bukannya mudah. Mungkin nyawa jadi taruhannya nanti.” Jelas Ali Muaz dengan nada yang berat.

“Isha sanggup. Walaupun nyawa Isha gantinya. Ini harga yang perlu Isha bayar. Isha akan naik ke Gunung Beradat.” Falisha menyatakannya dengan tegas.

“Kalau sekadar naik ke atas sana ianya terlalu mudah, tapi nak mengambil bunga itu taklah semudah itu Falisha. Bunga itu tak boleh terkena cahaya lain selain dari waktu embun keluar. Andai tidak. Bunga itu akan layu dan tak ada gunanya nanti. Bila dibawa turun ke dini.. Itu baru satu perkara..” Ali Muaz berat hati ingin meneruskan katanya.

“Abang.. Cukuplah itu. Tak perlulah Falisha untuk pergi naik keatas sana mencari bunga embun pagi itu, kalau Wazien tahu. Tentu dia tak izinkan untuk Falisha naik keatas sana..” Wadaah menolak untuk membenarkan menantunya pergi.

“Tapi kalau kita tunggu lagi esok sudah lima hari Wazein masih belum sedar. Isha takut terjadi apa-apa kepada Wazien. Atau kita bawakan dia ke bandar dan berubat disana.” Melihat Ali Muaz mengeleng menambah geram di hati Falisha.

‘Kenapa mereka semua ni. Tak mahukah mereka tengok anak mereka sedar macam sebelum ini, kalau di biarkan.. Terjadi sesuatu kepada Wazien macam mana? Aku! Kena juga cari bunga embun pagi tu. Ya! Pasti!’ Falisha berpaling melihat kepada Wazien yang terbaring di atas katil.

‘Aku akan bersama kamu’ sapa satu suara membuatkan rambut Falisha yang putih kebiruan itu terbang bagai ditiup angin.

“Kita sabar saja menanti sehingga Wazien bangun.” Ali Muaz memberi kata putus. Dia tak boleh membahayakan lagi satu nyawa demi menyelamatkan nyawa anaknya. Dia pasti Wazien akan sembuh sendiri dan akan bangun, kembali seperti sedia kala.

Keesokkan paginya Ali Muaz datang bersama dengan isterinya ke rumah utama untuk menjenguk keadaan anak menantunya. Rumah yang dulunya berpenjaga di kaki tangga kini sudah tidak dijaga lagi.

“Assalamualaikum..” Salam diberikan oleh Ali Muaz. Dia berpaling melihat kepada Wadaah yang sedang mencengkam erat lengan bajunya.

“Kenapa salam tak disahut?” Tanya Wadaah. Dia mula risau. Semalaman dia tak tidur lena. Takut bakal menantunya itu berdegil untuk naik ke gunung beradat juga. Sudahlah subuh tadi dia tak bertemu dengan Falisha di tempat solat. Bergegas dia mengajak Ali Muaz untuk ke rumah utama.

“Kita masuk lah abang, risau saya ni” Wadaah meraba mencari kepala tangga untuk memanjat naik keatas. Tanpa menunggu Ali Muaz dia dah memanjat naik keatas. Ali Muaz berjalan mengikut di belakang isterinya yang tak henti-henti memberi salam.

Sebaik masuk kedalam rumah itu Ali Muaz membawa Wadaah menuju ke bilik pasangan itu yang tidak ditutup pintunya. Didalam bilik itu hanya ada Wazien seorang diri terbaring di atas katil. Di sampingnya ada tuala kecil yang direndam di dalam besen, yang selalu Falisha gunakan untuk mengelap tubuh Wazien.

“Falisha..” panggil Wadaah

“Tak perlu panggil lagi, hanya ada Wazien seorang diri disini. Falisha tak ada didalam bilik ini” Ali Muaz memberitahu isterinya yang masih mencari menantu mereka.

“Kemana Falisha pergi? Dia ke gunung beradat ke? Abang macam mana ni?” tanya Wadaah risau dan pucat wajahnya.

“Macam yang dikatakan Awanis, mungkin ini sudah takdirnya untuk kesana. Kita berdoa saja agar Falisha selamat kembali.” Ali Muaz membalas dengan nada suara yang lemah. Dia duduk di sisi katil menyentuh tangan Wazien yang masih terbaring di atas katil.

Gunung beradat yang tidak menerima pengunjungnya sedang didaki oleh seseorang yang kuat memancarkan auranya. Sehingga sekecil-kecil makluk yang hidup menjenguk melihat kepada insan yang bercahaya putih kebiruan itu.

“Kau siapa berani mengoda setiap penghuniku dengan auramu itu” suara halus bagaikan sedang membisik menusuk ke gegendang telinga Falisha.

“Aku? Kau pula siapa. Yang bersuara tanpa menunjukkan dirinya?” Tanya Falisha. matanya meliar melihat sekeliling. Namun tak melihat siapa-siapa melainkan tumbuhan hijau yang ada di hadapannya.

“Aku ada di hadapan kau! Kau yang buta tak melihat aku” tegas suara itu. Falisha mencari arah bunyi suara itu datang. 

‘Dia ada berdiri di pokok tu’ 

‘Pokok?’ Falisha melihat sebatang pokok yang besar di hadapannya. Namun matanya tak dapat melihat apa pun selain dari pokok yang diselaputi oleh lumut yang kehijauan pada batangnya.

“Huh! Nampaknya kau terlalu malu untuk menunjukkan diri kau ya” perli Falisha. Dia malas nak melayan siapa yang menegurnya padaa saat itu. Tujuannya hanya satu, untuk cepat sampai ke gunung dan memetik bunga embun pagi dan turun kembali sebelum matahari naik keesokkannya.

“Manusia sombong!” bergema suara itu. Keluarlah seorang yang rupanya indah pada batang pokok itu.

Falisha baru tersedar rupanya itulah gerangan yang menegurnya. Wanita yang diselubungi oleh lumut pada tubuhnya dan kepalanya bagaikan dihias cantik dengan bunga-bunga dan daun kering. Cantik rupa parasnya.

“Tolong jangan halang laluan aku. Ada perkara yang aku harus lakukan..” jelas Falisha.

“Urusan apa? Masuk ke kawasan aku tanpa kebenaran aku. Kau pikir kau berkuasa?” Tanya wanita tinggi lampai itu.

“Aku perlukan bunga embun pagi gunung untuk merawat sesorang. Ini penting untuk aku dapatkannya.” Jawapan Falisha di balas dengan hilaian tawa dari wanita itu.

“Aku penjaga kepada alam Lantera, Gekka. Kau manusia yang tak beruntung untuk merebut bunga yang selama ini aku jaga. Kau jugalah yang menyakitkan duri belitan kesayangannku!” marah wanita itu.

“Aku?” waktu itu duri belitan yang membelit aku dahulu. Aku terpaksa sakitkan dia kerana dia sakitkan Sang Belang, salahkah apa yang aku buat itu? Tumbuhan kesayangan kau yang mulakan dahulu.” Falisha membalas dengan keras kepada Gekka.

“Anak nakal tu! Huh! Tapi aku tetap tak izinkan kau mengambil embun pagi. Tidak sama sekali” jelas Gekka.

“Aku akan berikan apa saja sebagai tukarannya. Walaupun nyawa aku, yang terpaksa aku sandarkan ..” Balas Falisha bersungguh.

Anak mata Gekka yang kehijauan itu melihat kedalam anak mata Falisha yang kebiruan keemasan itu.

“Walaupun nyawa sebagai ganti? Sanggup..”

“Ya! Aku sanggup. Ambil saja apa yang ada pada aku. Aku akan berikan asalkan kau berikan aku bunga itu. Aku perlukannya untuk menyembuhkan seseorang..”

“Siapa? Adakah dia lebih berharga dari nyawa kau sendiri? Berbaloikah penukaran ini? Menukarkan nyawa untuk menyelamatkan seseorang yang lainnya.”sinis saja suara Gekka membalas kepada Falisha.

“Dia suami aku, orang yang menyelamatkan aku untuk membangunkan semangat aku ini..” Falisha menadah tangannya yang sedang bersinar keemasan.

“Itu bukannya milik kau? Aku kenal pemilik aura itu? Kau dah membunuh dia dan merampas kuasa dia?” Tanya Gekka menunjuk kearah tangan Falisha.

“Dia suami aku. Wazien. Kalau kau kenal auranya, tentu kau kenal siapa dia.”

“Jadi. Sang Ratu Lantera datang mengadap aku ya?” perli Gekka. Kemudian dia ketawa. Sehingga rama-rama yang terbang disampingnya turut terkejut dan terbang pergi.

“Kau puteri Yaseera?” Tanya Gekka. Falisha menganggukkan kepalanya.

“Aku menukar taruhan aku. Bukan nyawa yang aku mahukan sekarang ini..” melebar senyuman Gekka saat itu. Anak matanyanya yang tadi berwarna hijau bertukar hitam dan membesar memenuhi ruangan mata putihnya.

‘Menjauh dari dia!’ seraya itu Falisha melompat menjauhi Gekka seperti yang diberitahu.

“Apa yang kamu mahukan Gekka?” Tanya Falisha.

“Apa aku mahukan. Sesuatu yang sangat langka.. Boleh kau berikan? Sebagai tukarannya aku berikan sekuntum bunga embun pagi gunung kepada kau..” Gekka menunduk melihat kepada Falisha yang nampak kecil pada pandangan matanya itu.

“Baik! Aku setuju”

‘Jangan! Kenapa kau setuju semudah itu! Macam mana kalau dia mempunyai niat lain! Kau!’ marah suara itu didalam kepala Falisha.

“Bagus! Bagus! Bagus! Aku sukakan kau.. Bakal Ratu Lantera yang berani. Pergilah naik dan masuk kedalam gua itu. Didalam sana ada beberapa kuntum bunga embun pagi yang sedang mengembang. Petiklah hanya sekuntum seperti yang kita janjikan..” Gekka berundur dan menghulurkan tangannya menunjuk kearah pintu masuk gua.

“Pergilah aku nantikan kedatangan kau semula disini.” Sambung Gekka lagi. 

“Baiklah.” Faisha berjalan melintasi Gekka yang seperti pokok yang condong menunjuk kearah gua. Dia berpaling melihat ke belakang di mana Gekka masih tersenyum manis kepadanya.

‘Kau rasa dia ada muslihat apa?’ Tanya Falisha sambil berjalan ke pintu gua.

‘Aku tak gemarkan dia. Dia licik!’ balas suara itu.

‘Kita terpaksa. Demi bunga embun pagi.’ Falisha berpaling melihat matahari sudahpun tergelincir di ufuk sana. Sekarang dia haruslah segera turun dari gunung itu secepatnya sebelum matahari muncul keesokkannya. Kalau tidak semuanya akan menjadi sia-sia.

Kaki melangkah masuk kedalam gua yang terdengar bunyi titisan air yang bergema didalamnya. Beberapa kuntum bunga yang ada didalam gua itu mengeluarkan cahaya hijau. Memudahkan urusan Falisha memilih bunga tersebut.

‘Pilih yang sedang kembang sepenuhnya’

Falisha melihat bunga-bunga yang ada di hadapannya. Memang ada banyak kuntuman bunga, tapi tak semuanya sedang mengembang. Kaki melangkah masuk terlebih dalam lagi. Akhirnya dapat juga yang sedang mengembang penuh pada malam itu. Falisha memetik tangkai bunga itu lalu menyimpannya.

“Aku dapat rasakan kau sudah memetiknya wahai bakal ratu Lantera.” Suara Gekka bergema masuk kedalam gua.

“Ya aku sudah selesai memetiknya. Sekarang nyatakan apa yang kau mahukan sekarang. Aku harus segera turun dan sampai sebelum matahari naik” jelas Falisha.

“Baiklah. Aku akan nyatakan kemahuanku. Aku mahukan ini sejak dulu lagi. Tapi tak berkesempatan untuk itu. Apa yang aku mahukan adalah darah yang mengalir pada tubuhmu. Wahai harimau putih Lantera. Tunaikanlah permintaan aku ini..” Gekka memohon seperti makhluk yang dalam kerasukkan. Menginginkan dengan amat sangat sehingga dia merentap tangan kecil Falisha dengan kuat, takut andai Falisha melarikan dirinya selepas memetik bunga suci miliknya.

“Darah! Darah yang kau mahukan? Jadi ambillah!” Falish merelakan tangannya yang sedang diangkat tinggi.

‘Aku tak tahu kau bodoh atau apa! Dia akan menghisap setiap titisan darah yang mengalir pada tubuh kau!!’ marah suara itu.

“Kau izinkan aku?” Tanya Gekka.

“Ya!” Falisha menjatuhkan kepalanya sekali kebawah dengan yakin. Tak memperdulikan amarah suara yang sedang memberontak di dalam jiwanya kini.

“Sungguh aku beruntung sekali hari ini, sepanjang kurun kehidupannku pertama kali aku dapat merasa darah harimau putih.” Mata Gekka bersinar-sinar melihat tangan Falisha yang putih dan halus itu.

“Kau mudahkan urusan aku, dan aku berikan apa yang kau mahukan sebagai bayarannya. Sekarang silakan. Aku harus pergi segera, selepas kau selesai.” Falisha megangkat tangannya tinggi.

‘Bodoh!!’

Gekka menunduk mendekatkan dirinya dengan Falisha. Bibirnya yang bertaut kini direnggangkan membuka mulutnya meluas.  Falisha melihat gigi Gekka seperti kulit pokok yang tajam mencengkam pegelangan tangannya.

‘Sakit!’ Falisha menahan satu rasa sakit saat Gekka menyedut darahnya. Sampai pucat wajah Falisha saat itu barulah Gekka melepaskan gigitannya pada tangan Falisha. Jatuh terduduk Falisha di tanah saat itu. Mengatur nafasnya yang semakin melemah.

“Aku.. Aku tak berhutang kepada engkau lagi Gekka.” Ucap Falisha yang masih menunduk.

“Donggakkan wajahmu dan lihatkan padaku wajahmu..” kata Gekka. Hujung-hujung tangannya bagaikan ranting kayu itu menyentuh dagu Falisha dan mengangkat wajah Falisha mendongak melihat kepadanya.

“Lihatlah aku. Darah yang aku sedut tadi. Telah membuatkan aku yang selama ini kelihatan uzur berubah menjadi sihat dan subur semula..” Falisha melihat kepada bunga-bunga dan daun-daun kering yang kembali berseri pada tubuh Gekka yang persis pokok itu.

“Syukurlah. Sekarang aku kena pergi.” Falisha meminta diri.

“Kau takkan sampai tepat pada masanya. Sebaliknya bunga itu tiada gunanya lagi saat kau tiba di bawah sana..” jelas Gekka.

“Jadi kau sengaja lewatkan aku?!” marah Falisha.

“Kerana kau izinkan aku mengambil darahmu. Aku akan membantumu turun..” Falisha melihat dirinya dililit lembut dengan rotan.

“Rotan ni akan membawa kau turun kebawah dengan pantas. Terima kasih Ratu Lantera. Aku penjaga alam Lantera akan menyokongmu. Kelak hanya kamu yang diizinkan datang ke gunung beradat untuk memetik bunga embun pagi, pewaris harimau putih.. Ratu Lantera. ” Gekka menundukkan membongkok kepada Falisha.

Sepantas lalu, rotan yang membelit Falisha tadi membawanya turun ke bawah gunung berganti-gamti dengan dahan-dahan rotan yang lain. Kini sampai juga Falisha ke rumah utama sebelum matahari terbit. Didalam rumah utama Ali muaz dam Wadaah menyambut Falisha pulang dengan rasa yang syukur. Namun dalam hati mereka tetap risau melihat wajah Falisha yang awalnya bersinar kini pucat.

Alhamdulillah selesai dah bab hari ni.. Terima kasih kepada semua pembaca yang sudi singgah baca PERJANJIAN TAKDIR untuk hari ini.. Tq.tq.tq.. Muaahhh muahh muaahhh..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience