3. PENGAPIT

Fantasy Completed 227388

Awal-awal pagi minggu lagi Falisha sudah bangun. Hari ini hari bersejarah buat sahabatnya Aimi yang akan melangkah masuk ke alam perkahwinan, sama seperti sahabatnya Tahira yang sudah pun mempunyai seorang puteri yang sangat comel hasil perkahwinan dengan Nazif.

“Nak kemana ni Isha?” tegur Fadhlan menahan  laluan Falisha.

“Papa, Isha dah lambat ni. Isha akan jadi pengapit Aimi harini. Hari ni kan majlis resepsi Aimi..” Jelas Falisha kepada Fadhlan.

“Hmm.. Iyalah tu, majlis itu hari ini. Papa hampir terlupa..” santai saja balas Fadhlan kepada Falisha.

“Pa.. Tan Sri tu kan sahabat papa, takkan papa tak pergi majlis tu?” Tanya Falisha.

“Tengok lah nanti macam mana, perut papa tak sedap pulak hari ini..” kata Fadhlan. Memegang perutnya.

“Hah! Sakit perut..” Falisha cemas lalu memegang tangan papanya. Falisha membawa papanya ke ruang tamu dan duduk di sofa.

“Papa okay lah Isha. Sikit saja ni.” Balas Fadhlan sebaik punggungnya selamat di dudukkan di sofa.

“Ni mesti sebab papa makan cencaluk tu hari-hari kebelakangan ni. Itu yang jadi macam ni. Papa ni, Isha dah pesan tau. Jangan makan banyak benda-benda yang diperam ni. Tengok perut papa dah sakit..” bebel Falisha dengan panjang lebar. 

‘Tak habis-habis nak salahkan cencaluk tu. Haish..’

“Papa teringatkan mama. Sebab tu papa makan makanan serupa itu. Dulu mama suka makan semua macam tu. Air tangan mama sangat sempurna sayang. Tiada gantinya.. Lagipun bukan salah cencaluk tu sayang. Papa..”

“Salah papa yang makan terlampau banyak kan?” potong Falisha. Duduk disamping Fadhlan.

“Pa.. Isha tau papa cuba nak kenang semula kenangan bersama mama.. Tapi papa kena jaga kesihatan papa. Papa semakin berusia..Tapi tetap hensem dimata Isha” Pipi Fadhlan yang sudah menampakkan garis-garis usia di sentuh oleh Falisha, dengan kedua-dua tangannya.

“Isha sayangkan papa, sangat sayangkan papa. Sebab tu lah Isha nak papa jaga kesihatan papa. Papa jangan buat Isha bertindak kejam, jangan sampai Isha tak benarkan papa sentuh all your favorites food papa..” Ugut Falisha.

“Wah!Wah! anak siapa ni. Takutlah!” kata Fadhlan mengundurkan tubuhnya jauh dari Falisha, sehingga tangan Falisha yang memegang muka Fadhlan terlerai.

“Anak Dato’ Fadhlan yang manja tu lah. Papa kenal ke Dato’ Fadhlan tu?” sindir Falisha. Juani yang berada di belakang dua beranak itu mengelengkan kepalanya.

‘Dua beranak ni. Padanlah anak dengan ayah, sama je dua-dua’ 

“Tuan, saya nak ke pasar dulu ya..” Juani meminta izin dari Fadhlan.

“Ah yea kak Ani.. Jangan lupa beli apa yang saya minta tu yea. Kak Ani boleh pergi dengan Rehan ya.” Pesan Fadhlan tanpa berpaling melihat ke arah Juani yang ada di belakangnya.

“Baik Tuan, saya pergi dengan Rehan.” Balas Juani dan berlalu pergi. Falisha melihat saja kearah Juani yang telah melangkah pergi.

“Kalau Mak cik Ani pergi pasar dengan abang Rehan.. Papa memang tak pergi ke majlis Aimi ke?” Tanya Falisha.

“Papa tak pasti lagi nak pergi ke tak.” Balas Fadhlan.

“Pergilah papa. Papa tak nak tengok ke anak papa ni jadi pengapit hari ini?” Falisha memuncungkan bibirnya.

“Papa yakin anak papa yang cantik ni akan kelihatan seperti bidadari di majlis tu nanti. Takutnya nanti orang keliru mana satu pengantin dengan pengapit saja nanti.” Fadhlan mencubit pipi Falisha.

‘Overshadow Aimi? Tak mungkin dia tu model mana mungkin aku ni boleh overshadow dia..  Aku selalu tenggelam bila adanya dia.’ Falisha menarik nafasnya dalam. Bibir ditarik melebar.

“Tak lah papa.. Perut papa macam mana? Kalau papa tak okay, Isha teman papa dirumah sajalah”  Balas Falisha.

“Sungguh ke ni?” tanya Fadhlan tak percaya, pertama kali rasanya Falisha menolak untuk keluar dengan kawan-kawannya. Tambah pula pada hari bersejarah sahabat baiknya itu.

“Yea papa, kesihatan papa lebih penting. Penting dari segala-galanya.” Falisha menyatakan dengan seikhlas hatinya.

“Pergilah, papa okay. Nanti pun papa nak pergi dengan Rehan. Isha pergilah, nanti nak bersolek lagi kan..” kata Fadhlan.

“Kejap lagi lah papa” Falisha bersandar malas tubuhnya di sofa.

“Kenapa tak nak pergi? Kalau papa tahu Isha nak pergi lambat tadi. Papa minta Mak cik Ani tunggu. Ajarkan nama-nama ikan kepada Isha..” usik Fadhlan.

“Papa ni. Kejap lagilah. Isha tak mahu tinggal papa sorang-sorang di rumah.” Balas Falisha. Dia lebih rela lewat ke majlis sahabatnya itu demi papanya yang tiada gantinya dunia dan akhirat.

“Nak pergi dengan papa ke majlis tu?” cadang Fadhlan. Falisha berpaling melihat kepada papanya.

“Tak nak lah. Nanti hmm” Falisha bergumam panjang.

“Baiklah Falisha Irdina. Puteri Yaseera..” Kata Fadhlan. Bukannya dia tak tahu yang anaknya yang seorang tu tak suka hadir di sebalik bayang-bayangnya yang mempunyai pangkat yang disandangnya. Kerana dia Falisha lebih suka hidup bebas seperti orang biasa yang lain.

Di majlis Aimi dan pasanganya Rafiqi, para pengapit yang ada sibuk menghubungi Falisha yang masih belum munculkan dirinya untuk disolek oleh jurusolek. Aimi berjalan ke hulu ke hilir di dalam bilik hotel persiapan.

“Aimi cuba kau duduk aku dah tak larat nak ikut kau ni..” rungut Natrah yang memegang vel labuh milik Aimi.

“Mana Isha ni? Kenapa dia tak datang lagi?” Aimi menyatakan rasa tak puas hatinya.

“Sabarlah, kejap lagi sampailah dia tu..” Tahira memicit kepalanya pening, melihat Aimi berjalan dengan gaun kembangnya. Mujur Nadhirah sudah diberikan kepada papanya yang duduk di dewan makan.

“Macam mana nak sabar. Call tak angkat. Sekarang apa lagi?” Tanya Aimi. Berhenti berjalan. Bercekak pingangnya yang ramping melihat kepada Tahira yang duduk di atas katil.

“Hmm..”Tahira bergumam panjang kedua-dua bahunya diangakat keatas.

“Chill okay, bukannya majlis ni tak jadi kalau dia tak datang okay. Mungkin dia ada hak yang mendesak, emergency..” kata Natrah.

“Tak perduli kalau dia tak datang. Aku tak nak turun ke dewan, biar Rafiqi sanding saja sorang-sorang atas pelamin tu..” tangan yang bercekak pinggang kini naik memeluk tubuhnya sendiri.

Natrah membeliakkan matanya.. Melihat kepada Tahira yang sedah menepuk dahinya.

TING! TONG! TING! TONG!

Loceng bilik itu berbunyi nyaring dan berkali-kali. Membuatkan tiga sahabat itu sama-sama terkejut termasuklah dengan jururias yang ada bersama mereka.

“HAH! Tu! Mesti Isha” sorak mereka bersama-sama. Tahira cepat-cepat bangun dari duduk di katil berjalan ke pintu bilik. 

Sebaik saja pintu bilik penginapan itu di buka. Terpampang wajah Falisha yang sedang menayangkan sergihannya kepada Tahira.

“ISHA!” terus Tahira memeluk sahabatnya itu.

“Kau nak kena tau! Kenapa lambat?” Tanya Tahira sebaik pelukan dileraikan. Belum sempat Falisha menjawap. Tangannya sudah direntap masuk kedalam bilik itu oleh Tahira.

“ISHA!”jerit Aimi dan juga Natrah bersama-sama.

“WOW! you look so gorgeous my dear..” Falisha memegang tangan Aimi. Kemudian di berpelukkan dengan pengantin baru itu.

“Kenapa lambat Isha!” Marah Aimi yang tadinya memeluk sahabatnya, kini  Aimi meleraikan pelukan mereka.

“Isha, ada hal tadi.” Balas Falisha.

“Hal apa? Hal apa yang lebih penting dari wedding best friend sendiri Isha?” Tanya Aimi dengan penuh beremosi sekali. Sehingga bahunya dipegang oleh Natrah yang ada dibelakangnya.

“Papa.. Papa tadi pagi. Sakit perut, memang Isha dah nak datang kesini awal. Lepas tu rumah pula tak ada siapa. Takkan Isha nak tinggalkan papa sendiri.” Jawap Falisha. Bukannya dia sengaja nak datang lewat ke majlis sahabat baiknya itu.

“Okay fine, sebab alasan uncle, I accept.. Now Isha pergi tukar baju. You still my bridesmaid after all” Aimi kembali memeluk Falisha semula.

“Ladies! Hello.. Ada majlis yang sedang menanti kita dibawah yea.. so! Move!” Tahira memberi arahan. Kedengaran mereka sama-sama ketawa kecil.

“Sorry” bisik Falisha di telingan Aimi sebelum pelukan terlerai.

“It okay. Thanks, sebab masih juga datang.. Harap uncle dah okay.” Ucap Aimi. Dengan senyuman manis di wajahnya. 

“Ya, papa akan datang nanti” balas Falisha.

“Tahira, bawa dia dan bogelkan dia. Siapkan dia cepat.” Kata Aimi dengan nada bergurau menolak Falisha sedikit ke belakang sehingga Falisha terjerit kecil.

“Of couse! Dengan senang hati..”  balas Tahira.

 “Janganlah!” rayu Falisha dengan gelakkan kecil. Sambung bergurau dengan mereka semua. Kedengaran Falisha merungut-rungut kecil kepada Tahira sewaktu mereka berdua berjalan pergi.

“Ketibaan pasangan pengantin yang di raikan..” suara itu bergema di dalam dewan yang gah itu..

Masuklah Aimi dengan pasangannya kedalam dewan yang dihias cantik serba mewah dengan hiasan bunga segar disegenap ruangan ruang dewan itu. Selepas itu masuk pula para pengapit kedua-dua belah pengantin.

“Opps! Maaf.” Kata lelaki itu. Hampir saya Falisha tersungkur di laluan kapet merah itu kerana kainnya dipijak oleh pengapit pengiring lawannya. Falisha tak membalas. Sebelah tangannya menarik kainnya yang meleret menyapu sepanjang laluan masuk kedalam dewan itu tanpa memandang siapa yang memijak kainnya. Bermulalah majlis resepsi Aimi dan pasangannya. 

‘dia ni, bukankah? Kita berjumpa lagi.. Adakah kita berjodoh? Dia nampak cantik selepas berdandan macam ni. Cukup sempurna, seperti tiada cacat celanya..’ Aryan menarik bibirnya tersenyum melebar baru saja dia, kembali nak menegur Falisha. Lengannya ditarik oleh sahabatnya yang merupakan pengapit juga sama dengannya.

“Sini Aryan. Laluan kita sini” Tegur Saeed bila melihat Aryan seperti mahu mengikut langkah pengapit perempuan.

Fadhlan berjalan masuk kedalam dewan bersama dengan pemandu peribadinya. Dari jauh dia sudah melihat Falisha di atas pelamin bersama-sama dengan pengapit-pengapit yang lain.

“Dato’! datang juga akhirnya..” tegur Daris selaku tuan rumah. Bapa kepada pengantin perempuan.

“Tan Sri.. Mestiah datang. Kita kan sudah bersahabat lama. Mana boleh saya tak datang.” Balas Fadhlan bersalaman dengan sahabatnya itu.

“Jemputlah masuk makan.”Daris mempelawa sahabatnya masuk dah duduk di meja. Datang beberapa orang lain datang menghidangkan makanan buat Fadhlan. 

“Cik muda” tergur Rehan menunjuk ke atas pentas. Fadhlan berpaling melihat keaarah yang ditunjukkan oleh pemandu peribadinya. Dimana ada Falisha sedang berbual dengan seorang pemuda yang mengenakan pakaian yang berona sedondon dengan anak gadisnya.

“Siapa lelaki tu kamu kenal?” Tanya Fadhlan.

“Tak pasti pulak Dato’..” Rehan mengelengkan kepalanya.

“Hmm.” Fadhan menunduk kembali kebawah melihat hidangan makanan yang terhidang buatnya.

“Isha jom kita turun makan.. Lapar lah. Biar Tahira gantikan kita dulu..” Ajak Natrah.

“Eh! Papa” Falisha baru melihat kelibat Fadhlan yang sedang makan bersama dengan Rehan di meja bulat di barisan hadapan.

“Uncle dah sampai ke? Jom kita turun makan sekali lah..” kata Natrah. Menarik tangan Falisha.

“Pergilah dulu sementara Nadhirah ada dengan papa dia. Aku cover dulu korang berdua pergilah makan..” kata Tahira.

Aryan melihat dua gadis itu turun menuju ke bawah, matanya tak lepas dari memandang gadis yang bernama Falisha itu. Membulat matanya melihat Falisha terus menghampiri meja bulat vvip yang disediakan oleh tuan rumah. Tanpa segan silu Falisha mencium pipi seorang lelaki yang layak digelar ayah kepada wanita itu.

‘Ayah dia ke? Takkan sugar daddy pula? Terang-terang di majlis orang ni.. Kalau anak. Takkan kerja biasa-biasa saja.?’ Soalan itu mula bermain-main di fikiran Aryan.

“Aryan! Kau mengelamun apa.?” Saeed menyiku sahabatnya.

“Kau rasa perempuan tu macam mana?” Aryan menunjuk kearah Falish yang sudah duduk disamping Fadhlan.

“Mana? Ohh, Kawan Aimi ke? Aimi kan sepupu kau.. Kenapa kau tak tanya saja dia. Kan senang.” Balas Saeed.

“Macam mana aku nak tanya. Tiba-tiba je nak tanya, tak ke pelik nanti?” Tanya Aryan.

“Kalau kau tak tanya. Biar aku tanya. Mana tahu dia jodoh aku?” usik Saeed.

“Kau ni! Kawan sendiri pun nak potong jalan.” Balas Aryan tak puas hati.

“Sekarang ni kena cepat semuanya. Kalau lambat melepas.” Saeed menepuk belakang bahu Aryan. Sergihan terselah di wajahnya menyakat sahabatnya yang seorang itu.

“Cepat-cepat, nanti orang ingat kita ni gelojoh pula.. Relax la, bukan orang kata, tak lari gunung dikejar..” balas Aryan.

“Ya! Gunung memang tak lari. Tapi yang kau kejar sekarang ni bukan gunung. Yang ni berkaki.. gadis pula tu..” Saeed mengejitkan matanya sehinggakan Rafiqi yang berada diatas pelamin menunjuk kepada Saeed tanda setuju dengan apa yang baru Saeed kata kan tadi.

“Habis tu aku nak buat apa?” Tanya Aryan. Saeed mengelengkan kepalanya memandang kepada Rafiqi. Aimi yang ada disebelahnya sudah menjeling kepada sepupunya itu, sekaligus menghantar isyarat amaran kepada mereka bertiga. Agar tak melibatkan sahabat baiknya Falisha.

Sesi disambung pula dengan pengambilan gambar di lokasi luar dari dewan. Mereka yang terlibat menuju ke tempat yang sudah dijanjikan. Tak menjadi satu masalah buat Aimi yang sudah biasa dengan kemera. Berbeza dengan yang lain-lainnya yang masih malu-malu dan kekok menayangkan ekpresi wajah yang kelihatan agak janggal.

“Cik Isha” Panggil Aryan menyuakan satu botol air mineral buat Falisha.

“Mesti letih kan.” Sambung Aryan, memaniskan wajahnya melihat kepada Falisha yang masih kaku dengannya.

“Terima kasih..” balas Falisha mengambil botol air mineral yang disuakan kepadanya. Kemudian Falisha mengelengkan kepalanya.

“Ingat saya lagi tak, saya pernah hantar Diva untuk ambil vaksin di klinik veterinal tempat cik Isha berkerja.” Kata Aryan dengan panjang lebar.

“Oh itu, saya tahu..” santai saja balas Falisha. Membuatkan Aryan bertambah gugup.

“Boleh saya.. Hmm berkawan dengan cik Isha?” Tanya Aryan.

“Berkawan dengan saya?” Tanya Falisha menunjuk kepada dirinya. Sekarang Falisha pula yang menjadi kekok dengan Aryan.

“Ya, berkawan.. Boleh?” Tanya Aryan.

“Hmm..” Falisha berpaling mencari sahabatnya. 

“Aryan.. Kenapa? Kau kacau Isha ke? Kau jangan main-main dia bff aku tu Aryan.” Aimi memberi amaran dari kejauhan. Aryan mengaru belakang lehernya.

‘Main-main? Nak berkawan saja pun susahnya!’ rungut hati Aryan.

“Awak dengan Aimi..?” Falisha menunjuk kepada Aimi yang sedang berpelukkan mengambil gambar bersama dengan Rafiqi.

“Saya sepupu Aimi.. Sahabat baik dengan Rafiqi.” Terang Aryan.

“Macam tu, sepupu Aimi rupanya..” balas Falisha.

“Yes! Papa Aryan dan daddy Aimi adik beradik.. So it make me and Aimi cousin..” Aryan menjelaskan lagi salasilah keluarganya kepada Falisha.

“Can I have your number?” Sambung Aryan.

“Sebenarnya.. Saya tak ingat nombor saya.” Balas Falisha memberi alasan buat Aryan. 

‘Kenapa pula nak nombor? Hmm..’

“Isha sengaja kan, tak nak bagi number Isha.. Mana ada orang tak ingat nombor sendiri. Tu dah ibarat macam orang yang tak tahu, dimana letaknya rumahnya sendiri tau.” Balas Aryan dengan ketawa kecil kepada Falisha. sengaja dia nak melihat akal gadis yang ada didepannya.

“Memang tak ada orang macam tu. Tapi itulah saya.” Balas Falisha.

“Iyalah tu. Kalau macam tu bagi hand phone Isha, saya save nombor saya..” Aryan menyuakan tangannya. Bibirnya tersenyum melebar kepada Falisha. Dapat dia lihat anak mata Falisha tak berhenti-henti bergerak.

“Saya tak bawa telefon bimbit saya. Seperti yang Aryan tengok sekarang. Saya tak bawa apa-apa pun bersama dengan saya.. Maaf lah yea. Saya pergi kepada kawan-kawan saya. Terima kasih untuk air ni..” Falisha menarik senyumannya melebar sebagai ucapan terima kasih kepada Aryan.

“Ciikkk…” belum sempat Aryan menyambung ayatnya. Falisha sudah mengangkat kakinya pergi dari situ.

‘melepas lagi!’ katanya didalam hati dengan rasa kecewa.

“Kau cakap apa? Sampai dia blah macam tu?” Tanya Saeed menampar lengan Aryan. Pertama kali dia melihat sahabatnya itu nak mengayat perempuan. Sudahlah pertama kali. Awal-awal lagi sudah ditolak.

“Ada salah dengan muka aku ke? Tak cukup kacak ke?” Tanya Aryan.

“Muka? Aku tengok kau elok dah..” balas Saeed meneliti muka sahabatnya itu.

“Aku tak buat apa pun. Minta number phone je.. Sekali dia blah..” Balas Aryan sambil melihat  Falisha dari tempatnya yang sedang berdiri.

“Dah tu dapat?” Tanya Saeed.

“Kau tengok muka aku ni” Aryan menunjuk ke wajahnya.

“Kau rasa dapat ke tak?” Tanya Aryan kepada Saeed.

“Hmm.. Muka macam ayam berak kapur macam ni, sah lah tak dapat kan” perli Saeed.

“Minta je dengan Aimi, dia mesti ada number bff dia kan” kata Saeed.

“Betul! Geliga sekali otak kau ni Saeed” kata Aryan lalu memeluk Saeed.

“Hah-hah! Sudah, aku ni lelaki tulen bukannya lelaki bengkok..” Saeed menolak Aryan menjauh.

“Hah aku tahu.. Sahabat aku ni memang minat dengan perempuan. Sebab tu aku berani peluk. Kalau kau minat lelaki aku lari dulu..” balas Aryan dengan senyuman diwajahnya.

“Kau rasa lambat lagi ke kita nak balik ni? Bosan dah aku ni..” rungut Saeed. Aryan mengangkat kedua-dua bahunya keatas. Dia sendiri tak tahu bila sesi outdoor itu akan berakhir. 

Manakala pengapit yang berlawanan jantina dengan mereka sedang sibuk mengambil gambar dengan pasangan pengantin dengan pelbagai-bagai posisi dan gaya.

Terima kasih.. Kepada anda semua sudi singgah baca PERJANJIAN TAKDIR hari ini.. Tq.tq.tq.. InshaAllah kita sambung esok ya sayang2 semua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience