12

Romance Completed 28229

Selesai sahaja menunaikan solat Isyak, Alyssa terus merebahkan badannya ke atas katil. Rasa mengantuk yang ditahan dari tadi tiba-tiba sahaja hilang. Matanya dihalakan ke siling. Teringat kisah tadi, jiwanya terusik. Tipulah kalau selama ini hati dia kebal bila berhadapan dengan Firash. Tapi kejadian tadi benar-benar boleh menjatuhkan tembok penghadang yang dibina dalam hubungannya dengan lelaki itu.

*flashback*

"Lyssa tak nak balik lagi ke? Dah pukul 5.30 petang, nanti lewat pula sampai rumah" tegur Julia, rakan sekerja Alyssa. Dia lihat Alyssa masih tekun menyiapkan kerjanya.

"Tak kut, Ju. Aku ada banyak kerja lagi ni. Malas nak angkut ke rumah"

"Ermm, tunang aku dah sampai. Aku balik dulu ya?" kata Julia. Serba salah sebenarnya nak tinggalkan Alyssa bersendirian di waktu petang sebegini. Alyssa hanya mengangguk.

"Tapi, betul ke kau tak nak balik lagi? Tak ada orang ni Lyssa, dah la kau perempuan. Lewat petang pula ni. Kau tak takut ke?" Julia tak keruan nak melangkah pergi. Nak temankan Alyssa tapi dia pulang dijemput orang. Lainlah kalau dia bawa kereta sendiri.

"Ala, kau tak payah risaulah. Aku bukannya penakut. Aku janji sebelum pukul 6.30 aku balik” Alyssa meyakinkan Julia yang masih tidak bergerak.

"Ish dah pergi cepat, buat semak je!" halau Alyssa. Julia menjegilkan matanya.

"Halau pula! Tak apalah kalau macam tu. Aku balik dulu ya?" pamit Julia sebelum melangkah pergi.
Alyssa kembali menyambung kerjanya. Mahu menyiapkan kerjanya dengan segera dan bolehlah dia pulang awal. Sudah Ramadhan ketiga tapi dia tak berkesempatan lagi nak tolong ibu dan mama di dapur. Permintaan Izham hari tu pun dia tak boleh tunaikan lagi. First day kerja, projek dah pun melimpah-ruah. Dia tiada masa dan terlalu sibuk.

Button 'shutdown' komputer ditekannya. Fail-fail yang berselerak disusun dahulu sebelum dia meninggalkan meja kerjanya.

'Baru pukul 6.15 tapi dah gelap semacam' desis Alyssa. Langkahnya diatur menuju ke kereta. Sesekali dia membetulkan selendangnya yang ditiup angin. Takut juga apabila pandangannya dapat menangkap petir yang sabung-menyabung.

Pintu kereta dibuka dan serentak itu juga hujan yang lebat mulai turun. Ni yang Alyssa lemah, memandu dalam hujan yang lebat! Trauma sebenarnya sebab dia hampir terbabas ke jalan yang bertentangan sewaktu hujan lebat dulu. Menyesal pula balik lewat. Tanpa berlengah lagi, Alyssa mula memandu keretanya, mahu segera sampai ke rumah.

Kali ini tiada suara DJ radio yang berceloteh sebaliknya bunyi hujan yang turun dengan lebatnya. Pemanduannya sedikit terjejas dek hujan itu. Kadang-kadang bunyi guruh yang berdentum menakutkannya. Setakat petir tu tak apalah, ni bunyi guruh dan of course Alyssa hate it very much. Dia memang takut guruh.

"Ddumm!! Ddummm" kali ini bunyi guruh yang begitu kuat betul-betul mengejutkan Alyssa. Dia memberhentikan keretanya di tepi jalan. Air mata yang bertakung dari tadi mengalir jua. Dia ketakutan! Biasanya dia akan berada dekat dengan seseorang kalau bunyi guruh. Sekarang tak ada sesiapa yang dapat menenangkannya.

'Mama, Lyssa takut sangat' rintihnya. Telefon yang sudah kehabisan bateri dipandang sepi. Nampaknya dia terpaksa tunggu sehingga hujan ini reda. Kedinginan yang dirasainya membuatkan dia berpeluk tubuh. Satu lagi kelemahannya, dia memang tak tahan sejuk! Dapat dirasakan bibirnya sedikit bergetar. Alyssa mula memejamkan matanya tapi seketika cuma.

Bunyi ketukan pada cermin kereta mengejutkannya. Firash muncul dengan muka yang khuatir dan menunjukkan isyarat supaya menurunkan sedikit cermin.

"Jom saya hantarkan awak pulang. Tinggalkan kereta kat sini" laung Firash cuba melawan bunyi hujan. Alyssa hanya memandang Firash.

"Cepatlah! Saya tahu awak takut guruh. Dengan hujan yang lebat macam ni , mungkin makan masa untuk reda. Silap-silap awak terpaksa tidur kat sini" ajak Firash. Sebenarnya bukan mengajak tapi lebih kepada paksaan dan ugutan.

Mendengar perkataan 'tidur', Alyssa cepat-cepat mematikan enjin keretanya. Dia keluar dari kereta dan bahunya terus dipeluk Firash. Hendak marah tapi terhalang kerana Firash menariknya ke arah keretanya. Dia membuka pintu untuk Alyssa dan menolaknya masuk ke dalam, takut Alyssa terkena tempias hujan.

Alyssa mengerling Firash di sisinya yang sudah kebasahan. Mungkin terkena hujan sewaktu dia memayungi dirinya tadi. Terbit rasa bersalah pula dalam hati Alyssa. Sapu tangan yang selalu dibawanya dihulurkan kepada Firash. Firash berpaling menatapnya.

"Ambillah, buat lap muka dan rambut awak yang basah tu. Jangan risau , sapu tangan tu masih lagi cuci" kata Alyssa. Firash mengambilnya dengan senang hati.

"Terima kasih. Ingatkan dah tak caring pasal saya" kata Firash. Alyssa mencebik, tidak kuasa nak membalas kata Firash. Dia hanya memerhatikan Firash mengesat rambutnya.

"Kenapa?" tanya Firash setelah sedar yang dirinya direnung.

"Tak ada apa-apa" jawab Alyssa dan mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Cuba menutup gugup hati sewaktu pandang Firash tadi. Alyssa mengusap lengan kirinya yang mengalami kedinginan luar biasa dari bahagian badannya yang lain. Sahlah dia juga terkena tempias hujan!

Tiba-tiba sehelai kot hitam diletakkan di atas badannya. Dia berpaling menghadap Firash.

"Pakailah kot saya dulu. Ingatan saya tak pernah lupa yang awak tak tahan sejuk"

"Tapi, say.."

"No excuse. Pakai atau awak kena demam selsema esok!" tegas Firash. Alyssa kematian kata. Akhirnya dia tak membantah arahan Firash. Kot Firash itu mengurangkan kedinginan yang dirasainya. Dan yang peliknya, bau haruman Firash di kot itu begitu mendamaikannya. Akhirnya dia terlena.

Firash memandang wajah yang terlentok di bahunya dengan sarat rasakasih. Dia benar-benar tidak mahu kehilangan gadis ini lagi. Dia akan berusaha untuk membuatkan Alyssa kembali menyayanginya. Bunyi ketukan cermin keretanya mengalihkan pandangannya ke arah Izham yang sudah terpacak di luar kereta. Lupa pula dia bahawa dia dah sampai di rumah Alyssa.

Perlahan-lahan dia kejutkan Alyssa dari lenanya. "Lyssa bangun sayang! Kita dah sampai" kejut Firash. Tersenyum dia bila perkataan sayang itu diungkapkan.

Alyssa terpisat-pisat bangun. Dia membetulkan kedudukannya. Bila ternampak Izham sedang merenungnya di luar kereta, cepat-cepat dia membuka pintu kereta.

"Lenanya tidur. Siap terlentok bagai" sindir Izham.

"Lysa tak perasanlah, bukannya sengaja" bela Alyssa. Tapi Izham tidak menjawab, hanya pandangan tajam diberikan.

"Haa Lyssa dah sampai ya? Risau ibu bila Firash call yang Lyssa ada dengan dia" muncul ibu tiba-tiba diikuti dengan Mama. Dipeluknya Alyssa, risau tadi bila Izham balik awal tapi Alyssa tak muncul-muncul jua. Bila dia call Alyssa, suara dari voice mail pula yang bersambut. Bila hujan dan guruh muncul, lagilah dia bimbang. Mujur anak bekas suaminya itu menelefon yang Alyssa ada dengan dia.

"Maafkan Lysa sebab buat ibu dan mama risau. Phone Lyssa habis bateri"

"Tu la. Nasib baik Firash lalu dekat jalan tu tadi. Bila ternampak kereta Lyssa yang dah tersadai dekat tepi jalan, cepat-cepat Firash berhenti. Sempatlah tengok dia menangis" sampuk Firash diikuti ketawa oleh ibu dan mama.

"Sejak kecil lagi dia nangis kalau tak ada orang di sisi dia semasa guruh. Memang Lyssa ni manja dan penakut" kata Mama mesra. Alyssa menjeling Mama sebab bercerita zaman kanak-kanaknya.

"Dah dah la tu bersembangnya. Mari Firash berbuka sekali. Kami hanya makan kurma je tadi sebab tunggu korang dulu" ajak Datin Salmah. Firash hendak menolak tapi tak sampai hati. Kemudian dia memasuki rumah Datin Salmah setelah dijemput masuk.

"Ibu, Lyssa nak tukar baju sekejap. Sejuk semacam dah ni" pamit Alyssa. Datin Salmah hanya mengangguk.

"Haa Izz, pergi ambilkan baju untuk Firash. Basah kuyup juga budak tu" arah Datin Salmah.

"Yalah!" jawab Izham dan terus berlalu. Dia menyaingi langkah Alyssa.

"Nampak selesa benar kau dalam kot hitam tu" sindir Izham sewaktu melangkah menaiki tangga. Alyssa malas mahu melayan Izham jadi dia membiarkan sahaja. Tingkahnya buat Izham geram.

"Sukalah boleh duduk berdua-duaan dalam kereta macam tu. Siap terlentok lagi dekat bahu dia" perlinya lagi.

"Lysa tak sengaja lah. Ingat Lysa ni tak ada agama ke sampai tak tahu halal haram" bentak Alyssa.

"Mana tahu kan? Ingat kan dah lupa halam haram bila dah duduk berdua macam tu"

"Dahlah, Lyssa letih ni. Lyasa malas nak cari gaduh dengan Abang Chad" katanya dan bergegas memasuki biliknya.

*end of flashback*

Alyssa meletakkan tangan di dadanya. Masih terasa debaran saat Firash ucapkan sayang untuknya. Dia dah lama sedar dari tidurnya tadi tapi malu nak buka mata sebab dia dah terlentok atas bahu Firash. Jadi dia tunggu Firash kejutkan dia kononnya nak buat-buat terkejut saat tu. Tapi lain pula yang terjadi.

Sungguh, Alyssa keliru dengan perasaannya sendiri. Dulu memang dia sayangkan Firash. Tapi dia percaya itu cinta monyet semata-mata.Saat dia bertemu semula dengan Firash di kolej malah sekarang dia pun bekerja di bawah satu bumbung, saat itulah juga Firash berusaha memenanginya semula. Tapi dia butakan mata, pekakkan telinga.

Nasihat mama untuk sentiasa buat solat istikharah tentang jodoh bila dia sudah matang memang tak pernah dilupakan. Sebab bukan Firashlah yang muncul sebagai jawapannya tetapi lelaki lain lah yang membuatkan dia tak sambut huluran cinta Firash sehingga kini. Entah dia tak tahu dan tak kenal lelaki yang muncul dalam mimpinya. Akhirnya Alyssa terlena dalam kedinginan malam itu.

***

Izham sekejap berpusing ke kanan, sekejap ke kiri. Usahanya untuk tidur dari tadi lagi tidak berhasil. Nampaknya ingatan dia memang tak boleh padam dari teringat kemesraan Firash terhadap Alyssa di meja makan tadi! Sudahlah dia rasa nak meletup je bila lihat Alyssa terlena di bahu Firash. Tapi dia sabarkan hati.

"Lysa, awak makan sup ayam saja ya? Sambal terung ni pedas la, takut awak sakit perut nanti" kata Firash sambil menyedokkan sup ayam ke dalam pinggan Alyssa.

"Ala selama ni Lysa makan je sambal terung ibu tak ada la pula sakit perut. Bukannya pedas sangat pun. Ibu memang buat tak pedas supaya Lysa boleh makan" gumam Izham. Dia menjeling Firash dengan panas hati.

"Nah, aku cedokkan kan kau sambal terung ni. Aku tahu ni favourite kau" kata Izham bersahaja.

Alyssa mengerling ibu dan mama pelik, tapi mereka mengangkat bahu tanda tidak mengetahui perbuatan pelik mereka.

Bila Alyssa tersedak nasi, Izham dan Firash masing-masing menghulurkan air untuknya. Dia jadi serba salah. Akhirnya dia meminta air daripada Mama.

Bila Firash mahu pulang, dia menawarkan diri untuk menjemput Alyssa esok. Tapi Izham cepat-cepat menghalang.

"Tak payah susah-susah. Aku ada. Lysa boleh naik dengan aku. Lagipun kita orang duduk sekali" kata Izham tegas .

"Betul tu Firash. Tak payah susah-susah, Lysa boleh naik dengan Izz esok" sampuk Datin Salmah.

"Tak apalah kalau macam tu ibu, Firash balik dulu eh? Terima kasih untuk makanan tadi. Kirim salam untuk Lysa ya?" pamit Firash. Alyssa sudah lama naik ke biliknya selepas makan tadi . Katanya tidak sedap badan.

Peristiwa tadi benar-benar menjengkelkan Izham. Nampaknya dia ada pesaing dalam merebut hati Alyssa. ‘Tak apa, the best man will win in the end. And of course, aku lah the best man tu ’katanya yakin .

Izham tertidur ketika memikirkan misi untuk memikat Alyssa. Dan dia bermimpi tentang masa depannya yang indah bersama gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience