'Terengganu, here we go!’ jerit hati Alyssa. Perasaannya sudah tidak terkawal apabila kereta yang dipandu Izham sudah melalui kawasan pesisiran pantai. Laut biru yang terbentang luas selalu menjadi tatapan kegemarannya.
"Sayang, kalau nak buka tingkap tu bukalah. Tapi jangan keluarkan muka" Izham bersuara.
Alyssa berpaling memandang suaminya.
"Boleh ke?" tanyanya meminta kepastian.
Izham mengangguk yakin. Dia tahu sangat Alyssa suka menghirup bayu dari laut. Alyssa tersenyum riang. Segera dia membuka tingkap kereta. Seketika, bunyi deruan ombak serta angin laut mula menyapanya.
'Nyamannya' desis Alyssa. Kemudian, dia mengalihkan perhatiannya ke cermin pandang belakang. Sekali lagi dia menarik senyuman apabila terpandangkan wajah ibu dan mama yang masih lena di tempat duduk belakang.
Senyumannya bertambah lebar apabila terpandangkan kereta mewah keluaran BMW masih setia mengekori mereka. Tak sangka Firash turut bersetuju dengan percutian ini. Dan lagilah dia tidak menyangka apabila Firash turut mempelawa Sara untuk menaiki keretanya.
Sebenarnya, percutian ke Terengganu ini sudah lama dia rancangkan dengan Sara. Tapi setelah dua bulan, barulah rancangan ini dapat dilaksanakan. Maklumlah, Sara seorang doktor. Susah bagi kawannya itu untuk mendapatkan cuti. Firash pula, hampir setiap minggu berulang-alik ke hospital untuk sesi kaunseling dan rawatannya.
"Sayang, sudahlah tersenyum-senyum tu. Abang tak dapat nak fokus memandu la" tegur Izham yang sedari tadi mencuri pandang ke arah isterinya. Senyuman Alyssa kan salah satu kelemahannya?
Alyssa terngadah. "Senyum pun salah ke? Erm, lambat lagi ke nak sampai bang? Badan Lysa dah lenguh-lenguh lah. Katil asyik terbayang je dekat mata Lyssa ni hah”
"Sabar ya. Dalam setengah jam lagi, kita sampailah. Nanti sampai hotel, abang urut sayang" pujuk Izham. Kesian pula dengan isteri kesayangannya yang sedang berbadan dua itu.
"Lysa nak pakej urutan yang full, dari kepala sampai kaki"
"Iya, boleh sayang. Untuk Lyssa, abang sanggup buat apa saja”
"Lysa gurau je bang. Abang urut pinggang Lyssa je, kemudian Lyssa nak tidur sambil peluk abang" ujar Lyssa sambil tersengih
"Eh, nak tidur? Bukan Lysa plan nak pergi jalan-jalan kat Pantai Batu Burok ke?" tanya Izham. Matanya mengerling isterinya yang sudah memeluk lengannya.
"Tak larat lah bang. Tapi kita biarkan je la yang lain pergi sana. Takkan nak suruh dia orang terperap dalam bilik macam kita kan? Abang je yang temankan Lyssa” Alyssa menayangkan giginya yang putih.
"Hmm, dia yang semangat nak jalan-jalan, alih-alih dia pula yang tak nak tinggal katil” usik Izham. Sempat tangannya mencuit hidung mancung isterinya.
"Alaa, kalau badan Lyssa tak lenguh, memang Lyssa nak sangat pergi jalan-jalan. Lyssa pun dah lama tak datang sini. Tak apalah, kalau abang nak keluar, keluarlah. Lyssa rehat je dalam bilik. Sorang-sorang!" rajuk Alyssa.
Izham tergelak jadinya. "Sensitifnya sayang abang ni! Takkanlah abang nak tinggal isteri abang sorang-sorang? Ke mana perginya sayang, di situ perginya abang tau!" pujuknya.
Alyssa tetap senyap.
"Kalau sayang tak nak cakap dengan abang, nampaknya tak jadi lah nak share plan abang untuk adakan blind date antara Firash dengan Sara” pancing Izham.
Alyssa tersentak. "Maksud abang?" Alyssa mula termakan umpan.
"Lain kali kalau nak buat projek mega, bincanglah dengan abang dulu. Ni nasib baik abang terdengar sayang punya conservation dengan Sara. Kalau tak, tak adanya Firash ke sini kalau abang tak pujuk dia" jelas Izham.
Tapi Alyssa masih blur.
"Haip sayang ni! Sayang sedang buat rancangan nak satukan Firash dengan Sara kan? Bercuti bersama mana cukup. Sebab tu abang top up plan sayang supaya lebih berkesan. Tunggu je kejutan dari abang” terang Izham.
"Ooo... So, abang dah tahulah tujuan Lyssa ajak kita semua bercuti?" tanya Alyssa. Izham menganggukkan kepalanya tanda mengiyakan soalan isterinya.
"And bukan abang seorang je yang tahu. Ana, mama dan ibu pun dah ada plan masing-masing. Masing-masing excited nak jadi love cupid"
Alyssa pula sudah ternganga. Gilalah! Ini kalau Firash tak sangkut dengan Sara tak tahulah. Semua sifu-sifu cinta sudah bergabung nak satukan dia orang.
*********
Setibanya mereka di hotel dan meletakkan barang masing-masing di bilik, Alyssa terus merengek hendak makan ikan bakar cecah air asam.
Izham pandang Alyssa tidak berkelip. Dia baru sahaja merebahkan tubuh penatnya ke atas katil, Alyssa mahu buat tantrum pula?
"Abang letih lah sayang"
"Ala, tak kira! Nak makan juga” degil Alyssa. Mulutnya sudah dimuncungkan ke depan.
"Haih, kata nak berehat atas katil je? Ni tak sampai lima minit checked in, terus ajak keluar" sindir Izham. Alyssa pula buat muka cemberut kuasa tiga.
"Tak apalah, kalau tak nak teman. Lyssa nak ajak Sara dengan Firash la" putus Alyssa. Baru sahaja dia mahu melangkah pergi, Izham menarik pergelangan tangannya. Dengan lembut Izham mendudukkan isterinya di birai katil.
"Ish, kenapa degil sangat ni? Abang bukannya tak mahu bawa Lyssa makan pun, tapi bagilah abang rehat dulu. Penat tau drive dari KL!” sedikit keras suara Izham. Alyssa diam membatu. Tidak menyangka Izham naik hantu.
"Lagipun, sebelum check in kita dah makan kan? Lyssa dah makan dua pinggan nasi tau! Tak kan sekarang dah lapar balik?” tambah Izham lagi. Entah hantu mana yang rasuk isterinya sampai kerjanya asyik makan je. Pipi pun sudah semakin tembam, naik geram dia melihatnya sebab Alyssa nampak comel sangat.
'Ha sudah, marah-marah pun sempat puji bini lagi’ desis Izham.
Alyssa menundukkan muka. Sampai hati Izham marah dia? Ajak teman dia makan pun salah ke? Dia bukannya lapar sangat pun tapi dia terasa nak makan ikan tu sekarang juga. Salah ke? Tidak semena-mena esakan kecil kedengaran dari Alyssa.
Izham pula sudah susah hati. Adoi, tisu pula hati isteri dia sekarang ni!
"Abang tak marah sayang lah. Abang cuma nak rehat je. Bagi abang tidur kejap, kemudian baru kita pergi okay?" pujuk Izham. Tubuh Alyssa pula dibawa ke dalam pelukannya.
"Lyssa boleh je makan nanti-nanti. Lyssa pun nak bagi abang rehat dulu. Tapi…” Alyssa merungkaikan pelukan. Dia mendongakkan kepalanya memandang Izham dengan mata yang berkaca-kaca.
"Tapi baby yang minta. Baby yang nak makan" sambung Alyssa lantas merebahkan badannya ke katil. Bantal pula ditekup ke muka, tidak mahu suaminya melihat dia meraung kesedihan.
Izham ternganga dengan bicara isterinya. Aduhai, isterinya ni memang comel! Lupa pula orang mengandung selalu mengidam. Masaklah dia kalau Alyssa sudah merajuk. Jenuh mahu memujuk!
"Sayang" panggil Izham meleret. Tergeleng-geleng kepalanya melihat Alyssa kembali teresak sambil berbaring mengiring.
"Maaf ya baby. Mummy tak dapat bagi baby makan ikan bakar. Daddy tak kasi dan tak nak bawa kita pergi sana. Daddy dah tak sayang kita kan?" perlahan sahaja suara Alyssa sambil tangannya mengusap perut.
Izham yang sedari tadi memandang mula menarik senyum. Dia turut merebahkan badannya dan tangannya merangkul pinggang isterinya dari belakang.
"Bukan daddy tak sayang lah, tapi daddy mahu rehat kejap. Lagipun mummy tu tak boleh makan banyak sangat. Nanti mengadu sakit perut sebab terlampau kenyang. Kita makan petang nanti ya? Bukan setakat ikan bakar daddy bawa, ikan celup tepung, sotong celup tepung dan segala jenis makanan laut daddy belikan nanti. Kesian mummy, perut dah la kecil lepas tu nak makan banyak. Nanti boleh meletup perut mummy sebab makanan banyak sangat tau" ujar Izham sambil turut mengusap perut isterinya.
Alyssa masih lagi sedih tapi dalam masa yang sama, dia rasa hendak ketawa mendengar tutur Izham. Sehabis mungkin dia menyembunyikan senyum dan menahan diri dari melepaskan tawa.
"Jangan risau, daddy sayang mummy and daddy pun sayang baby. Daddy sayang hari-hari, tak pernah kurang tapi semakin bergunung daddy sayang. Baby cakap kat mummy jangan merajuk ya? Sebab daddy tak nak pujuk. Daddy nak tidur” ujar Izham lagi.
Alyssa mengetap bibir. Sepantas kilat dia berpaling menghadap Izham. Tak pasal-pasal hidung mereka bertemu pula disebabkan kedudukan yang rapat itu. “Abang!” bentaknya geram.
Izham terus menghamburkan tawanya. Alyssa menjeling suaminya tajam.
"Ingat abang takut ke jeling-jeling macam tu? Abang melting adalah. Dahlah pipi pau dia merah-merah sebab menangis. Eii, geram abang!” usik Izham nakal sambil mencubit pipi tembam Alyssa.
"Abang ni, sakitlah!” marah Alyssa.
"Ops sorry"
"Tak nak kawan!”
Izham tersenyum. "Sayang rehatlah. Abang nak mandi kejap. Melekit je rasa badan ni” ujar Izham. Baru sahaja dia bangun dari pembaringan, lengannya terus dipegang Alyssa.
"Tak payahlah mandi lagi. Kita berehat sama-sama" halang Alyssa.
"Tapi badan abang berpeluh lah, sayang. Tak selesa" Izham melepaskan pegangan isterinya.
"Please, temankan Lyssa tidur dulu baru abang mandi okay? Lyssa mengantuk and Lyssa nak peluk abang" pujuk Alyssa lagi. Sengaja dia mengedip-ngedipkan matanya supaya hati suaminya cair.
Izham diam terjenak sambil merenung Alyssa "Bukan tadi Lyssa merajuk dengan abang ke?" sindirnya.
Alyssa menggelengkan kepalanya. "Tak jadi merajuk dan tak boleh merajuk. Lyssa dah start rindukan abang"
Izham ketawa besar. Ada-ada sahaja jawapan isterinya yang menggelikan hati. Haih sejak mengandung ni, Alyssa memang nak bermanja je kerjanya. Tapi tak apa, dia lagi suka!
"Kesiannya isteri abang ni. Penat ya? Okeylah, abang temankan sayang. Dah jangan buat muka monyok lagi. Nanti baby pun akan terikut sama" Izham mengalah jua akhirnya.
Alyssa tersenyum suka. Segera dia menarik Izham agar berbaring di sebelahnya. Tidak sampai tiga saat Izham baring, Alyssa pantas meletakkan ubun-ubunnya di bawah dagu Izham. Tangannya pula sudah memeluk tubuh hangat milik suaminya. Bila dirinya sudah selesa, matanya terus dipejam rapat.
Share this novel