Alyssa memandang wajahnya yang telah siap disolek oleh Mak Andam. Okay, not bad. Tak heavy sangat dan nampak neutral sahaja. Dia memang tidak suka bersolek tebal.
"Waa cantik gila kau make up! First time tau aku tengok kau make up macam ni. Terbaik lah Mak Andam, makin jelita kawan saya ni" puji Nisa teruja. Alyssa kelihatan cantik dan sangat anggun dengan busana pengantinnya yang serba putih.
"Dia memang dah cantik pun, aku touch up sikit je. Bukan main lagi pesan, jangan heavy sangat tau Mak Andam. Eii, panas telinga aku!" cebik Mak Andam menyindir Alyssa. Alyssa hanya ketawa.
Tiba-tiba terjegul wajah sahabat yang dirinduinya di pintu bilik. Apalagi bergegar ruang itu dengan jeritan mereka berdua.
"Sara! Lama gila tak jumpa kau. Aku rindu" Alyssa terus menerkam sahabat baiknya dan memeluknya erat.
"Aku pun rindu kau. Sejak kita kerja, tak pernah jumpa pun kan? Ya Allah, cantiklah kau touch up macam ni” puji Sara pula. Alyssa tersenyum bangga dan mengucapkan terima kasih.
"Eh lupa pula. Nisa, ni lah Sara yang selalu ada dengan aku sejak aku pindah dulu. Dan Sara, nilah Nisa kawan aku sejak kecil lagi. Aku harap korang masuk air lah ya, lagipun perangai korang sama dah" Alyssa mempertemukan kedua-dua sahabat karibnya.
"Aku tak percaya lah kau kahwin dengan Abang Chad kau. Dulu bukan main anti lagi dia dengan kau” Nisa pandang Alyssa.
"Haah. Tapi aku tak pelik pun sebab masa dekat sekolah dulu, setiap hari tau Lyssa nangis sebab rindu abang dia. Tapi tak nak mengaku yang dia rindukan abang Chad dia tu. Nampak sangat kau tak sedar yang sebenarnya cinta kau untuk dia dah berputik sejak sekian lama” Sara ketawa.
Alyssa membulatkan matanya. “Mana ada. Aku kahwin dengan dia pun sebab err .... sebab"
"Ala, mengaku je lah! Kau memang suka dia sejak dulu pun lagi. Tapi kau ego nak mengaku" sampuk Nisa.
"Betul tu. Pasal kau dengan Firash, aku faham yang sebenarnya kau keliru masa tu. Kau terima cinta Firash sebab kau kesian dekat dia bersungguh-sungguh pikat kau. Aku perasan la. Aku sokong sebab aku nak kau lupa abang kau. Yalah, waktu tu macam tak ada harapan je kau nak berbaik dengan abang kau. Firash tu pula lelaki yang baik" Sara mengusap tangan Alyssa.
"Aku tak tahulah. Sampai sekarang Firash tagih cinta dekat aku. Aku kesian dekat dia, tapi hati aku tak boleh dipaksa untuk terima dia semula. Lagipun salah aku juga, tak bertegas dengan Firash. But, aku dah bina jarak hubungan aku dengan dia kut. He still don't want to understand. Macam biasa, ikut kepala dia” luah Alyssa.
"Dah, tak payah fikir pasal dia. Aku percaya jodoh kau bukan dengan dia. Sekarang, fokus untuk akad nikah kau yang akan berlangsung beberapa minit je lagi. Ingat tau Lyssa, kau kena layan suami kau baik-baik. Dengar cakap dia sebab sekejap lagi syurga kau ada dengan Izham” nasihat Nisa.
"Aku tahu kau pun tak bersedia lagi nak jadi isteri Iz. Tapi ini ketentuanNya. Aku ingat lagi impian tak masuk akal kau. Kau nak anak tapi tak nak nikah. Semua orang gelakkan kau. Then you came up with another dream, kau nak bercinta lepas nikah. So, you are into it now. Your dream becomes reality. Good luck Alyssa, jadi isteri yang solehah ya?" kata-kata Sara buat Alyssa sebak. Sekali lagi mereka berpelukan sebelum Mama memanggil mereka untuk acara akad nikah.
**********
"Aku terima nikahnya Alyssa Irdina binti Azman dengan mas kahwin sebanyak sepuluh ribu ringgit tunai"
"Sah?”
"Sah!”
Alhamdulillah! Menitis juga air mata Alyssa saat dia sudah sah bergelar isteri kepada Izham Arshad Dato' Ilham. Tubuhnya dipeluk erat oleh mama dan Datin Salmah. Syukur juga dia diwalikan oleh ayahnya sendiri. Terbukti Encik Azman masih menyayangi Alyssa walaupun dia sudah berkahwin lain.
Izham memandang Alyssa yang kini sudah menjadi miliknya. Subhanallah, isterinya memang jelita. Seketika terbit rasa cemburu kerana lelaki lain masih lagi dapat melihat wajah isterinya tetapi cepat-cepat diusir pergi. Alyssa sudah menjadi milik mutlaknya.
Alyssa didekati Izham untuk upacara pembatalan air sembahyang. Lama bibir Izham mencium dahi Alyssa sehingga wajah Alyssa sudah merona merah. Syahdu sekali saat Alyssa mencium tangan suaminya. Usikan daripada keluarga dan teman-teman buat pengantin baru itu berasa malu.
Pinggang Alyssa, Izham rangkul dengan erat. Perasaan tak selesa isterinya tidak dihiraukan. Berbakul-bakul ucapan tahniah dan pujian diterima mereka.
"Kak Lyssa, tahniah. Semoga berbahagia selamanya” ucap seorang gadis muda yang ditemani dengan seorang lelaki yang wajahnya sudah dimamah usia.
"Tahniah Izz dan Lyssa. Izz ingat tau, sekarang Izz dah jadi suami orang. Jaga isteri Izz dan layan dia baik-baik. Jangan jadi macam papa, yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran" pesan Dato' Ilham yang masih lagi kecewa dengan perkahwinan pertamanya yang gagal. Perkahwinan keduanya dengan Datin Huda selalu sahaja berantakan. Ini pun, isterinya berdegil tidak mahu datang ke majlis anak tirinya.
"Thank you papa dan Ana. InsyaAllah, Izz setia dengan Lyssa. Lagipun takkan Izz nak persiakan Alyssa yang selama ni Izz terpaksa berhempas pulas untuk memilikinya? Alyssa bidadari Izz, insyaAllah bidadari Izz sehingga ke syurga kelak. Alyssa cinta hati Izz, selamanya” Izham mengeratkan rangkulannya di pinggang Alyssa.
"Ana nak sampaikan ucapan tahniah daripada abang Firash. Dia minta maaf tak dapat hadir sebab tiba-tiba kena outstation" kata-kata Syazana mengundang senyuman kelat di wajah Alyssa mahupun Izham. Sedar itu hanya alasan yang terpaksa dicipta Firash.
"It's okay. Kak Lyssa tak kisah. Ana dan papa dah makan? Nak Lyssa ambilkan ke?" soal Alyssa ramah.
"Eh tak payah susah-susah. Pengantin baru pergi senyum-senyum dekat tetamu je. Nanti Ana ambilkan untuk papa. Jom papa, kita pergi makan dulu”
Alyssa mengeluh kelegaan bila Syazana dan Dato’ Ilham sudah beredar. Dia mendongak memandang Izham di sebelah. Alyssa menelan air. Dah kenapa Izham merenungnya macam nak telan?
"Apa? Jomlah pergi sana, Nisa dan Sara nak bergambar tu” kata Alyssa cuba menutup debaran di hati. Dia merungkaikan rangkulan Izham dan bergegas pergi ke sahabatnya.
Izham menarik senyum dan menggelengkan kepalanya. Nampak sangat Alyssa itu masih malu dengannya. Tak apa, slow-slow dia akan pikat Alyssa.
***
Masuk sahaja ke dalam bilik, Alyssa terus merebahkan dirinya ke atas tilam. Tudung yang tersarung sudah dicampak entah ke mana.
'Aduhh, penatnya'
Tiba-tiba wajah Izham terjegul di hadapannya. Terus sahaja Alyssa berdiri tegak sambil membuntangkan matanya.
"Abang Chad ni, terkejut Lyssa" omelnya geram.Tak perasan pula bila Izham masuk ke dalam bilik. Izham hanya menatap Alyssa tanpa sebarang kata.
Aduh, awkward pula rasanya! Dari satu rumah tiba-tiba duduk satu bilik. Alyssa terpandangkan imej pantulannya di cermin. Baru perasan yang dia sudah menunjukkan rambutnya kepada Izham. Last sekali Izham pandang dia tanpa tudung adalah ketika dia ditegur Izham di dapur sewaktu Izham baru pulang dari Ireland. Waa, malu lah pula!
"Ehemm ehemm" Izham berdehem. Cuba menstabilkan irama hati yang sudah berlagu kencang. Rambut panjang Alyssa yang mengurai itu ingin sekali dibelainya. Tapi, dia cuba bertahan dahulu. Tidak mahu terburu-buru dengan Alyssa.
"Err, abang Chad nak mandi dulu ke? Nak Lyssa siapkan pakaian?” soal Alyssa bagi mengurangkan suasana asing itu.
"Lyssa mandi dulu. Abang masuk ni sebab nak ambil kain pelikat untuk papa. Tapi jangan solat dulu tau, kita jemaah sama-sama” pesan Izham lembut lantas membawa kakinya ke almari pakaian.
Terbuai seketika Alyssa dengan suara lembut suaminya. Tak pernah lagi Izham bercakap selembut itu dengannya. ‘Alahai, hati! Janganlah berdetak laju sangat!’
Bila Izham sudah keluar dari bilik, cepat-cepat Alyssa masuk ke dalam bilik air. Mahu disental habis badannya yang sudah terasa melekit.
Yeay Alyssa dah Izham dah kahwin! Suka tak? Hahaha Anyway as I said before, this is the last chapter sebelum saya cuti untuk fokus exam. Tak lama pun, just three weeks je. And saya ada satu soalan ni nak tanya, . . . . Kalau saya update new story nak tak? Sbb story tu saya dah tulis almost half, and tak perlu edit macam story HHS ni. Kalau nak, komen nak ya! Hehe Kalau tak ada, i will stick with my plan which is upload story tu bulan 8. . . . . WAIT! Another suprise! . . . . Terimalah satu chapter yang tak seberapa lagi utk HHS ni. Hadiah, sebelum saya nak hiatus hikhikhik HAPPY READING <3
Share this novel