“Sara!” Alyssa sudah berlari menghampiri Sara yang baru tiba di kampungnya.
“Sayang, jangan larilah. Ish, mak buyung ni” Izham menggelengkan kepalanya lagi dengan kedegilan Alyssa.
“Rindunya aku dekat kau” Alyssa peluk Sara erat. Pandangan tajam Izham tidak dihiraukan.
“Aku pun rindu kau juga! Tu, laki kau tu. Aku tengok berang semacam je? Kau buat hal ke Lyssa?” Sara menunjukkan ke arah Izham.
“Huh, aku tak faham kenapa dia nak marah-marah aku. Sejak semalam lagi dia tak puas hati dengan aku” adu Alyssa. Tangan Sara dipimpin masuk ke dalam rumah.
“Iz tu bukan jenis yang suka marah kau kalau kau tak buat benda yang bukan-bukan. Cuba jujur dengan aku, kau buat apa sampaikan dia berang?” Sara pandang Alyssa.
“Err..” Alyssa menggarukan kepalanya.
“Dia panjat pokok mangga semalam. Macam mana lah aku tak naik angin. Dia tu mengandung!” sampuk Izham bila Alyssa masih lagi diam.
“MashaAllah Alyssa Irdina! Memang patutlah Iz marah kau. Kau bukan sahaja membahayakan keselamatan kau, tapi tu! Dalam perut kau tu, ada nyawa!” Sara turut membebel. Satu pandangan diminta suruh bersabar dihantar kepada Izham. Izham mengangguk lemah.
“Huh, kau pun nak bebel macam laki aku jugak. Yalah, aku salah! Aku dah minta maaf pun, tapi dia still berkeras nak denda aku” muncung Alyssa tidak berpuas hati.
“Ha memang patut pun Iz denda kau. Biar sedar diri sikit” Sara sokong tindakan Izham.
“Ish kau ni, bukannya nak sokong kawan! Dahlah, tak nak bahas pasal tu lagi. Kau tunggu jap eh, aku nak panggil Nek Wan. Dari tadi lagi dia tunggu kau bila nak sampainya” Alyssa meninggalkan Sara di ruang tamu. Sempat lagi dia menghadiahkan satu cebikan kepada Izham.
“Lysa tu sejak mengandung, perangai macam budak-budak. Nasib baik aku ni suami yang baik” komen Izham selamba bila kelibat Alyssa sudah menghilang.
Sara hanya tergelak. Alyssa berperangai macam tu bila melibatkan Izham sahaja.
“Macam mana perjalanan datang sini? Okey je kan, tak ada masalah?” tanya Izham prihatin.
“Alhamdulillah, semua okay. Jalan nak masuk sini pun tak ada lopak-lopak. Smooth je bawa kereta”
Izham mengangguk. “Aku harap kau selesa lah cari ketenangan kat sini. Suasana kampung kan? Lagi nyaman dan selesa”
“Thanks Iz sebab izinkan aku duduk sini. Ganggu kau nak honeymoon dengan Lyssa je” ujar Sara sedikit bersalah.
“Tak adalah. Baguslah sikit kau datang, ada juga teman untuk Lyssa. Boleh tolong tengok-tengokkan Lyssa sekali, degil bukan main lagi sejak akhir-akhir ni. Pening kepala aku nak melayan”
Sara tergelak. Kesian melihat wajah pasrah Izham.
“Sara dah sampai ke?” muncul Nek Wan dengan senyuman melebar. Di belakang Nek Wan, ada Alyssa dan seorang remaja perempuan.
“Nek Wan..” Sara bangun dan menyalami tangan tua itu.
“Maaflah kalau kehadiran Sara ni susahkan Nek Wan sekeluarga. Sara niat nak tumpang duduk sini untuk beberapa hari” Sara tersengih senget.
“Tak adalah, mana ada menyusahkan. Nek Wan lagi suka kalau ramai orang. Tak sunyi lah hidup Nek Wan ni” Nek Wan menepuk perlahan tangan Sara.
‘Ini ke bakal cucu menantu Nek Wan?’ satu pandangan dihalakan ke arah Alyssa.
Seakan faham, Alyssa mengangguk dan tersengih.
“Cantik Sara ni. Sopan orangnya. Nek Wan suka” puji Nek Wan tiba-tiba. Alyssa dan Izham pula tahan senyum melihat wajah malu Sara.
“Hai Kak Sara! Saya Mia, sepupu abang Iz. Nanti bolehlah Kak Sara pun join Mia jaga Kak Lyssa” tegur Mia mesra.
“Hai Mia, okay! Nanti kita kawal Kak Lyssa ketat-ketat ya? Kalau dia degil, kita piat je telinga dia” Sara melagakan buku limanya dengan milik Mia. Mereka ketawa kecil.
“Huh,ada geng lah pula. Tak bebas lah hidup Lyssa lepas ni” ujar Alyssa kononnya tidak berapa senang.
“Dah dah lah tu. Mia, tolong tunjukkan bilik untuk Kak Sara. Lepas tu bawa Kak Sara ke dapur. Nek Wan dah siapkan makanan” arah Nek Wan.
“Baik Nek Wan. Jom Kak Sara” ajak Mia dan menarik tangan Sara supaya mengikutinya.
“Sayang, wait!” Izham menahan Alyssa bila isterinya itu mahu mengikut Nek Wan ke dapur.
“Apa? Lyssa nak tolong Nek Wan lah” rungut Alyssa.
Izham tidak membalas sebaliknya dia berjalan merapati Alyssa. Alyssa pula telan air liur melihat wajah Izham yang sukar ditafsirkan itu. Kakinya melangkah ke belakang apabila Izham semakin mendekat.
“A..abang nak buat apa ni?” bergetar suara Alyssa bila badannya sudah terhalang dengan dinding. Dia tak boleh lari lagi!
Izham tersenyum sinis. “Abang nak denda sayang lah. Kalau tangguh lama lagi, abang juga yang rugi”
“Denda?” Izham mengangguk. Dia mengunci pergelangan tangan Alyssa. Alyssa sudah terketar lutut. Denda apa yang hendak dilakukan Izham?
“Sayang…” Izham merapatkan mukanya ke arah Alyssa. Alyssa pula memejamkan matanya. Dia tak sanggup nak tengok Izham mendendanya!
Chupp!
Terbuka mata Alyssa bila Izham mencium kelopak matanya. “Abang!!”
Izham ketawa mengekek. Suka melihat wajah kemerahan Alyssa.
“Denda apa macam ni?” dengus Alyssa geram.
“Siapa kata tu denda?”
“Habis tu? Tadi kan abang kata nak denda Lyssa” Alyssa pandang wajah Izham.
“Tu teaser je sayang. Yang ni baru denda betul-betul”
Izham pantas merapatkan bibirnya ke bibir Alyssa. Terbuntang mata Alyssa bila bibirnya dipagut Izham. Dia meronta-ronta minta dilepaskan, tapi Izham mengeraskan tubuhnya. Lama-lama Alyssa juga turut menikmati rasa itu. Dia terbuai dan rasa dihargai.
Lama, barulah Izham melepaskan bibir Alyssa. Dia tersenyum memandang Alyssa yang sudah pun tertunduk malu.
“Thanks sayang!”
Share this novel