3

Romance Completed 28229

Sedar tak sedar, sudah sebulan Alyssa menamatkan ujian PT3 nya. Selama sebulan itu juga lah dia tidak datang ke sekolah kerana memang tidak ada lagi sesi pembelajaran. Pelajar tingkatan tiga yang datang pun kebanyakannya hanya melepak di dalam kelas sahaja.

Cuma semalam Alyssa mendapat panggilan dari Cikgu Dania yang meminta tolongnya untuk bertugas di perpustakaan sekolah. Kebanyakan pelajar sedang sibuk mengulang kaji pelajaran untuk peperiksaan akhir tahun. Hanya pelajar tingkatan tiga sahaja yang sudah bebas. Lagipun Cikgu Dania itu amat rapat dengan Alyssa. Serba salah pula Alyssa mahu menolak.

Jadi hari ini, awal pagi lagi Alyssa sudah bangun dari tidur. Mahu bersiap-siap ke sekolah. Selesai mengemaskan tudung sekolahnya, Alyssa terus turun ke bawah.

“Good morning ibu!” sapa Alyssa kepada Datin Salmah.

“Morning Lyssa. Ibu ada masakkan nasi goreng. Makanlah dulu sebelum pergi sekolah”

“ Wah! Lama tak makan nasi goreng ibu” pantas sahaja Alyssa mengambil tempat di meja makan itu. Sudah tidak sabar mahu menjamu selera.

“Eh, Abang Chad tak siap lagi ke?” Alyssa mengerutkan keningnya. Pelik bila tidak nampak kelibat lelaki itu. Biasanya dia yang akan muncul dahulu di meja makan.

“ Abang Chad kamu dah pergi sekolah lah. Dia dah start open book test setiap pagi. Trial SPM kan dua minggu lagi” balas Datin Salmah. Alyssa menangguk kecil. Lupa pula akan hal itu.

“Okeylah ibu. Lyssa nak tunggu bas dekat depan rumah. Takut terlewat pula” ujar Alyssa lantas berdiri menyalami tangan Datin Salmah.

“Yalah. Hati-hati dalam perjalanan tu” pesan Datin Salmah. Bukannya dia tidak tahu, Alyssa sangatlah cuai orangnya.

Sampai sahaja di sekolah, Alyssa terus menuju ke perpustakaan sekolah yang terletak di tingkat tiga. Sepatutnya, dia dan Nisa yang akan bertugas pada hari ini. Tapi Nisa demam pula. Nak tak nak, dia bertugas seorang diri saja lah.

“Bersepahnya! Dengan buku-buku pun berselerak dekat atas meja. Ni pasti tak simpan dekat rak terus bila dah selesai guna” bebel Alyssa sambil menggelengkan kepalanya.

“Okay Lyssa. You can do this. Fighting!” Alyssa menyingsing lengan bajunya dan mencapai penyapu. Kerja pertamanya adalah menyapu lantai hingga bersih. Kemudian Alyssa berulang-alik dari meja ke rak-rak buku untuk menyusun semula buku yang bersepah. Dan selepas itu, Alyssa sudah berada dalam dunianya sendiri. Dunia yang penuh dengan kerja pembersihan dan penyusunan.

“Penatnya” Alyssa sudah tersandar keletihan. Melihat keadaan yang bertukar ceria dan rapi, Alyssa tersenyum puas.

“Now, baru boleh baca novel dengan senang hati” novel yang sudah menarik perhatian Alyssa semasa mengemas tadi, dicapai. Bersedia untuk menikmati novel itu!

Sedang Alyssa menikmati jalan cerita, tiba-tiba novelnya ditarik.

“Budak-budak tak elok baca novel cinta” muncul wajah beku Izham dengan suara yang sedikit keras.

“Lyssa bukan budak-budak lagi lah. Bak balik novel tu? Tak boleh tengok orang senang langsung” cebik Alyssa geram. Tangannya dihulurkan ke arah Izham.

Ppap! Izham tepuk tapak tangan Alyssa.

“Tak boleh”

Alyssa mengetap bibirnya geram. Wajahnya yang jelas tidak berpuas hati dipamerkan.

“Kenapa Abang Chad datang sini? Nak ganggu Lysa ke?” Alyssa berpeluk tubuh memandang Izham.

“Ingat aku ada banyak masa ke nak ganggu kau? Banyak benda lainlah boleh buat selain dari hadap muka kau” Izham tergelak sinis.

“Mana lah tahu kan? Abang Chad kan tak suka mencemar duli dekat perpustakaan ni” sindir Alyssa. Berubah terus riak muka Izham bila dirinya pula diperli.

“Huh! Aku datang sini sebab nak booking perpustakaan ni under nama Cikgu Laila” terang Izham tentang tujuannya ke situ.

“ Sila nyatakan pukul berapa dan untuk kelas mana ya? Nanti tertindan pula dengan kelas lain” balas Alyssa. Memang apabila peperiksaan SPM semakin hampir, kebanyakan guru suka mengadakan sesi ulangkaji pelajaran di dalam perpustakaan.

“Pukul 12 tengah hari and of course lah untuk kelas aku, kelas 5 Elit”

“Pukul 12? Kejap Lysa check ada kosong tak. Sebab rasanya dah ada kelas yang booked tadi”

Izham mengangguk. Dipandangnya Alyssa yang tekun meneliti jadual penggunaan perpustakaan sekolah.

“Okay, nasib baik 1 kelas je yang booking waktu tu. So bolehlah kelas Abang Chad datang sini juga” Alyssa mengangkat muka memandang Izham.

Pantas Izham mengalihkan pandangannya. “Okay, nice. Under Cikgu Laila tau” pesan Izham lagi.

“Ya! Lyssa tahu lah”

Izham mengangkat bahunya. “Nah, baca elok-elok novel ni. Control sikit muka tu. Dah macam kerang busuk je asyik tersengih-sengih time baca tadi”
Izham menyerahkan kembali novel itu kepada Alyssa sebelum meninggalkan gadis itu yang sudah tertunduk malu.

Izham nampakkah mukanya yang asyik tersengih semasa baca novel? Alamak!

****

“Boleh study dekat sini tak?”

Terangkat muka Alyssa yang khusyuk membaca novel di kaunter perpustakaan apabila dirinya ditegur seseorang.

“Eh, abang Arif! Err, kenapa tak study dekat meja sana tu? Meja Lyssa ni kecil je” Alyssa tersengih. Padahal dalam hatinya, tidak mahu Arif itu duduk satu meja dengannya. Nanti apa pula orang kata.

“Tak apa. Meja sini lagi okay berbanding dekat sana. Sempit, ramai orang. Rimas nak menulis. Kat sini, Lyssa just baca buku je kan” Arif memandang Alyssa cuba menagih simpati.

Alyssa menoleh ke arah meja-meja yang sudah pun dipenuhi dengan pelajar dari kelas 5 Elit dan 5 Biruni. Memang terpaksa berhimpit-himpit sebab perpustakaan ini masih dalam proses renovasi. Hanya sebahagian ruang sahaja yang boleh digunakan.

“Okay, boleh duduk sini. Tapi jangan ganggu Lyssa baca buku. Kita buat kerja masing-masing”

“Baik Cik Alyssa. Jangan risau, abang takkan ganggu Lyssa” Arif sudah tersenyum lebar. Dia terus menarik kerusi di sebelah Alyssa dan melabuhkan punggungnya.

Alyssa kembali memfokuskan matanya untuk membaca novel. Walaupun matanya tajam menikam setiap tulisan pada halaman novel itu, fikirannya tetap menerawang ke tempat lain.

Alyssa tahu bahawa sekarang dia sudah menjadi perhatian kakak-kakak senior. Yalah, Arif di sebelahnya itu adalah antara jejaka terhangat di sekolah ini. Ramai sangat pelajar di sekolah ini memuja Arif.

Sementara itu, Izham yang tekun mengulang kaji pelajaran di meja paling belakang disiku oleh kawannya.

“Apa ni Man? Aku nak study lah! Jangan ganggu” marah Izham. Matanya masih difokuskan ke arah latihan matematik.

“Tu adik kau! Berdua je dengan Arif dekat kaunter depan” ujar Aiman sambil menunjukkan ke arah Alyssa dan Arif.

“Habis tu? Biarlah mereka. Asalkan tak mengganggu sudah” Izham malas melayan.

“Pelik lah kau ni. Bukan kau tak suka ke kalau ada lelaki cuba rapat dengan adik kau?” Aiman sudah pelik. Izham yang dia kenal selalu naik angin jika melihat Alyssa didekati pelajar lelaki lebih-lebih lagi Si Arif itu.

“Aku nak fokus study la. Biarlah, tak penting pun mereka untuk waktu ni” Izham masih berkeras tidak mahu masuk campur.

“Tapi Arif pegang tangan Lyssa tau! Takkan kau rileks je?”

Serentak itu, Izham terus mengangkat muka memandang ke depan. Berubah mukanya melihat Arif dan Alyssa dalam kedudukan yang rapat. Izham menghempaskan pen di tangannya lalu terus menuju ke sana.

“Kenapa ni?” keras suara Izham menegur mereka.

Alyssa pantas melarikan tangannya dari pegangan Arif. Tersentak dia dengan kemunculan Izham dengan pandangan yang amat menakutkan itu.

“Jari Lyssa ni. Luka terkena paku meja tu” terang Arif tidak mahu Izham terus menyembur Alyssa. Dia kenal sangat baran lelaki itu apabila melibatkan Alyssa.

Izham terus menarik tangan Alyssa menjauhi Arif dan membawa gadis itu ke sofa yang terletak di sudut perpustakaan.

“Kenapa boleh kena paku tu? Selalu sangat cuai” bebel Izham geram. Dia meneliti luka di tapak tangan gadis itu. Peti kecemasan yang selalu tersimpan di bawah meja kopi di tengah ruang antara sofa itu diambil.

“Sorry. Tadi Lyssa tak perasan ada paku yang macam dah terkeluar sikit dekat tepi meja tu”

Dahi Alyssa berkerut menahan sakit apabila Izham menyapu ubat luka di lukanya. Tercalar kulitnya dan berdarah sikit akibat paku yang sudah berkarat itu.

“Memang lah tak perasan. Sibuk sangat berkasih dengan lelaki” gumam Izham.

“Mana ada. Lyssa dengan dia tak buat apa-apa lah. Kami buat kerja masing-masing kut” nafi Alyssa.

“Alasan. Kenapa perlu duduk berdua dekat meja tu kalau tak ada apa-apa?” sinis sahaja Izham menyoal.

“Tak nak percaya sudah. Dia yang datang minta nak duduk situ, takkan Lyssa nak halau pula” suara Alyssa sudah berubah geram.

“ Aku dah tampal plaster dekat luka ni. Kalau masih sakit, cakap. Paku tu dah berkarat, takut ada infection” Izham menyimpan peti kecemasan dan mula bangun dari sofa. Dia memandang mata Alyssa.

“Jangan baca novel dekat kaunter tu. Pindah sini. Baca dekat sofa ni je. And pukul 3 tunggu aku dekat wakaf. Kita balik rumah sama-sama” pesan Izham tegas dan berlalu pergi.

Alyssa hanya memandang kepergian Izham dengan hati yang sebal.

******

Izham menghempas pintu keretanya dengan kuat. Tersentak Alyssa yang sudah berada di dalam kereta dengan tindakan lelaki itu. Dia tahu lzham sedang menahan marah.

Izham mencampak beg sekolahnya ke belakang. Hatinya masih sakit dengan pemandangan yang disaksikan matanya tadi.

Dia terlewat sepuluh minit sahaja dari waktu yang dijanjikan dengan Alyssa. Datang sahaja ke wakaf, dia melihat Arif dan Alyssa sekali lagi duduk berdua. Siap bergelak ketawa lagi!

Dan bila Izham menyuruh Alyssa masuk ke dalam kereta, Arif menghalang gadis itu pergi pula.

“Lyssa, boleh tak abang Arif nak nombor phone Lyssa?”

Permintaan Arif dengan wajah yang tersengih itu lantas membuatkan hati Izham menggelegak.

“Lyssa! Masuk cepat! Kalau tak aku tinggal kau dekat sini”

Izham yang mencerlung tajam memandang Alyssa itu menyebabkan gadis itu terus meloloskan diri ke dalam kereta.

Dan sekarang, Alyssa sudah terketar lutut melihat wajah kemerahan Izham di sebelahnya.

“Abang Chad jangan salah faham. Lyssa dengan abang A…”

“Diam!”

Terhenjut bahu Alyssa bila diherdik Izham. Tak pernah lagi lelaki itu marah sebegini rupa.

“Aku tak tahulah apa nak jadi dengan kau. Sekarang bukan masa nak bercinta bagai. Kau masih mentah lagi lah Lyssa” marah Izham.

“Tapi Lyssa dengan dia memang tak ada apa-apalah!” terangnya lagi.

“Kau ingat aku nak percaya dengan kata-kata dari mulut kau? Hei, mata aku tak tipulah. Bukan sekali dua je tau aku nampak kau berdua je dengan Arif. Tapi dah banyak kali! Kau nak cuba nafikan lagi?”

“Kalau berdua pun tak semestinya Lyssa bercinta dengan dia lah, Abang Chad! Boleh jadi time tu dia tegur Lyssa je atau nak tanya sesuatu. Lyssa pun mestilah kena tegur dia bila dah terjumpa. Dia kan senior Lyssa” Alyssa memberanikan diri untuk menjawab dan memandang Izham.

Izham tersenyum sinis. “Oh senior? Kau jangan nak tipu aku lah Lyssa. Ibu hantar kau ke sekolah untuk belajar bukan untuk bercinta bagai! Kau dah lupa diri ke?”

Berubah terus muka Alyssa dengan bicara Izham.

“Lyssa tahu lah, Abang Chad! Lyssa masih sedar diri lagi. Lyssa dah bagi tahu perkara yang sebenar. Kalau abang Chad terus nak anggap macam tu, then go on. Lyssa penat lah nak bertengkar sebab ni” Alyssa sudah berpeluk tubuh dan membuang pandang ke luar tingkap.

Tapi tindakan Alyssa itu lagi membuatkan Izham naik angin. Dia memusingkan badan Alyssa supaya menghadapnya.

“Huh? Jadi betul lah kan kau dengan Arif tu bercinta? Lyssa, Lyssa. Jangan jadi bodohlah! Kau tu masih budak mentah. And kau dah lupa apa yang Ibu cakap? Jangan sesekali untuk bercinta sepanjang kau masih bergelar pelajar sekolah. Kau dah lupa?”

“ Oh lupa. Kau bukannya anak kandung ibu pun kan. Kau hanya menumpang je kat sini. Kau pandang rendah je apa yang ibu pesan. Sebab tu lah sibuk sangat bercinta and berkasih bagai dekat sekolah! Mak bapak kau pun tak pernah ajar ke? Eh lupa, mak bapak duduk jauh! Dasar anak tumpang tak kenang budi dan tak sedar diri”

Alyssa sudah tergamam. Kali ini air matanya laju membasahi pipi. Tuduhan Izham memang berat dan melampau!

“Sampai hati Abang Chad! Lyssa tahu Lyssa hanya menumpang je. Walaupun mama papa Lyssa duduk jauh, tapi mereka selalu bagi pesanan dekat Lyssa supaya hormat and dengar cakap ibu. Lyssa tak pernah terfikir lah nak derhaka dekat ibu!” Alyssa mengesat air matanya.

“ Lyssa tak tahu macam mana nak explain dekat Abang Chad lagi. Sumpah, Lyssa tak ada apa-apa dengan abang Arif tu! Macam yang abang Chad cakap, Lyssa masih budak mentah. Lyssa sedar hakikat itu” Alyssa menatap mata Izham dalam-dalam.

“Abang Chad cakap Lyssa anak tumpang dan tak kenang budi kan? Baik! Lyssa akan pergi dari sini! Jauh dari abang Chad dan ibu! Biar Lyssa berdiri atas kaki Lyssa sendiri dan buktikan yang Lyssa boleh berjaya. Abang Chad jangan risau, Lyssa bukan seorang yang tidak mengenang budi. Bila Lyssa sudah berjaya, Lyssa akan balas balik segala budi dan jasa baik abang dan Ibu!” hambur Alyssa melepaskan segalanya.

Dia sudah teresak-esak menahan kepedihan segala tuduhan Izham. Izham pula sudah terkaku di tempat duduknya. Bukan! Dia tak memaksudkan pun segala kata-katanya tadi. Alyssa sudah salah faham!

Tapi kerana ego yang menggunung, Izham membatalkan hasratnya untuk memujuk Alyssa.

‘Ah! Biarlah dulu. Biar masa sahaja yang memujuk hati Lyssa’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience