Sedar tak sedar, Alyssa sudah pun menamatkan pelajarannya. Dia kini memegang title penganggur terhormat. Sudahlah kerja dia bangun, makan dan tidur sahaja. Malah dia turut dimanjai oleh Mama dan Ibu. Semua yang dia nak mereka tunaikan. Alyssa ketawa jahat. Ya, dia memang berasa jahat dengan sikap tidak semenggah dia tu. So hari ni dia nak berubah. Berubah menjadi anak yang lebih baik. Ngee~
Pakaiannya dikemaskan dan lilitan pashminanya dirapikan. Dia mencapai sling bag dan melangkah keluar dari biliknya dengan penuh yakin. Aura dia memang kuat pada pagi itu sehinggakan Mama, Ibu dan Izham tidak berkalih memandangnya memasuki dapur untuk bersarapan.
"Lysa sihat tak?" tanya Mama pelik dengan tingkah anaknya itu.
"Haah. Tak pernah nampak muka Lysa pagi-pagi macam ni" sampuk Ibu.
"Aku ingatkan kau dah lupa erti sarapan” sindir Izham.
Semua komen yang tidak membina itu tidak dilayan Alyssa sebaliknya dia mencapai roti dan menyapu Nutella padanya. Tingkahnya itu menambah rasa aneh pada orang yang melihatnya.
"Hari ni dengan bangganya Lysa nak lepaskan title penganggur terhormat. Lysa nak cari kerja!”' umum Alyssa dengan bangga.
"Alhamdulillah, suka Mama dengar. Ingatkan Lysa terus nak tanam anggur dan lemak dekat rumah” usik Mama. Alyssa menjeling manja kepada mamanya.
"Lysa bukannya teruk sangat sampai nak menganggur seumur hidup” rajuknya.
"Lysa nak cari kerja kat mana ni?" tanya Datin Salmah tidak menghiraukan rajuk yang sengaja dibuat-buat Alyssa.
"Everywhere. Kalau dekat tempat Lysa pergi tu ada jawatan kosong, Lysa mintaklah. Tak apalah setakat cleaner pun asalkan Lysa tak menganggur sementara tunggu keputusan temuduga tu"
Mama dan Ibu ketawa dengan gurauan Alyssa tadi. Cleaner? Alyssa jadi cleaner? Confirm Alyssa akan jadi cleaner meletop nanti kalau dia betul-betul maksudkannya. Yalah, jarang jumpa cleaner yang muda dan mempunyai pesona persis model!
"Haa jadi cleaner pun bagus. Sesuai sikit dengan kau! Aku boleh tawarkan kau jawatan cleaner dekat syarikat aku. Kebetulan Mak Mah, ketua cleaner tu perlukan seorang lagi anak buah" kata Izham dengan niat hendak mengusik. Tapi lain pula reaksi Alyssa.
"Seriously? Lysa okey aje. Asalkan Lysa tak jadi penganggur. So bila Lysa boleh masuk?" tanyanya penuh keterujaan.
Izham yang melihatnya terasa bagaikan rahangnya jatuh. Minah ni, aku main-main aje tapi dia ambil serius!
"Izz main-main je lah Lysa. Ada ke patut anak mama nak jadi cleaner?"
"Lah, jadi cleaner pun salah ke? Pada Lysa, cleaner tu watak penting dalam melambangkan kemegahan sesebuah syarikat. Nanti tak ada cleaner, tak ada lah orang nak tolong kutipkan sampah, bersihkan kotoran dan of course kekotoran tu akan menjatuhkan imej syarikat. Nak harapkan orang yang berpangkat besar tolong jagakan kebersihan syarikat? Huh, memang taklah!”
Memang begitu hinakah pekerjaan itu? Padahal pekerjaan itu begitu mulia di mata Tuhan. Bukankah menjaga kebersihan itu sebahagian daripada iman dan amat dituntut dalam Islam?
"Mama bukannya menghina pekerjaan cleaner. Tapi Lysa kan diberi peluang untuk membina kehidupan yang lebih baik dan sempurna dengan ijazah Lysa tu. So Lysa manfaatkanlah baik-baik anugerah yang Allah beri tu. Kat luar sana, masih ramai lagi yang nak menggenggam ijazah tapi keadaan mereka tak mengizinkan” kata-kata Mama menusuk ke dalam jantung Lysa .
'Memang benar apa yang dikata Mama. Sepatutnya aku bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan'
"Sudahlah berbual tu. Selesaikan makanan kamu tu, nanti lambat pula nak berangkat pergi” sampuk Datin Salmah.
"Ibu, Mama, Izz pergi dulu ya? Izz ada meeting pukul 10 kejap lagi" Izham meminta diri. Dia bersalam dengan Datin Salmah dan Mama. Kemudian dia memandang Lyssa .
"Pukul 12 datang dekat pejabat aku. No excuse!” katanya kepada Alyssa dan terus berlalu pergi.
Alyssa mengangkat kening kepada Mama dan Datin Salmah.
'Kenapa tiba-tiba suruh pergi pejabat dia?’ Mama dan Ibu hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu apa-apa .
***
Selesai sahaja memarkirkan keretanya, Alyssa terus masuk ke dalam bangunan Ilham Empire. Cuak juga dia, first time kut masuk dalam syarikat yang terkenal di Malaysia dan Asia Tenggara ini. Tak percaya rasanya CEO syarikat ini merupakan papa Izham dan lelaki itu akan ambil alih tak lama lagi!
First destination Lysa sudah semestinya receptionist! Gila apa nak cari Izham sendiri dekat bangunan yang mempunyai tujuh tingkat ini? Mahu sesat boleh lah.
"Assalamualaikum Cik, may I help you?" suara dari pekerja yang memakai tag nama Fina itu terlebih dahulu menyapa Alyssa.
Alyssa tersenyum memandangnya. 'Eh takkan nak cakap nak jumpa Izham si pemangku syarikat ni! Mahu tak percaya adalah budak ni' desisnya.
"Err, boleh saya tahu tingkat berapa tempat kebanyakan pengarah syarikat ni duduk?" tanyanya tanpa menghiraukan reaksi pelik Fina.
"Boleh saya tahu cik ni siapa? Sebab orang luar biasanya tak dibenarkan jejak dekat aras tu" tanyanya sopan.
'Haih mampus aku! Nak jawab apa ni? Kalau kata ni adik Izham alamatnya teruklah dia dimarahi Izham nanti. Pantang benar kalau aku mengaku adik dia. Kalau dia mengaku dia tu abang aku tak apa pula huh!’ Alyssa sendiri. Mukanya dimaniskan memandang Fina di hadapannya..
"Err, saya nak jumpa Encik Iz....”
"Eh Dina! What are you doing here?” tegur pula satu suara garau. Alyssa memalingkan mukanya.
"Eh Firash! Rasanya saya yang perlu tanya awak buat apa kat sini?" pelik pula bila terserempak Firash di sini.
"Lah, saya kan kerja kat sini. Awak lupa ke?"
Jawapan Firash itu buat Alysa tepuk dahinya. 'Bodoh soalan kau! Dah sah-sahlah Firash kerja kat sini. Ni kan syarikat bapak dia punya’
Matanya memerhati Firash yang segak mengenakan kemeja. Nampak aura seorang ketua engineer di syarikat ni! Firash tersenyum kecil melihat tingkah Alyssa. Muka terkejut, muka pelik semuanya ditunjukkan oleh gadis itu.
"Come with me! Nak tak nak pun kena ikut saya juga " arah Firash tiba-tiba. Dia menarik tangan Alyssa menuju ke dalam lif.
'Nasib baik lengan baju aku labuh! Kalau tak nahas Firash! Suka-suka je tarik tangan orang' dengus Alyssa menahan geram.
Butang tingkat lima ditekan oleh Firash. Alyssa perasan banyak mata pekerja di situ memandang mereka. Tiba-tiba matanya membulat!
Genggaman tangan Firash terus dilepaskan.
‘Macam mana orang tak pandang pelik kalau berpegangan tangan macam tu! Firash ni pula berpengaruh' desisnya.
Sebaik sahaja pintu lif terbuka, pandangan matanya disapa dengan sebuah set sofa dan sebuah meja kayu di tengah-tengah ruang. Nampak biasa tapi dekorasinya mempunyai tahap elegen yang tersendiri.
"Awak jangan pelik tau tiba-tiba je nampak sofa dekat situ. Situ bahagian untuk berkumpul, kalau nak buat meeting secara kecil-kecilan dekat situ pun boleh. Sesuai dengan konsep syarikat ni, bekerja secara santai! " kata-kata Firash hanya dianggukan oleh Alyssa.
"Tingkat ni ada tiga bahagian tau! Tiga bahagian tu dikenali dengan nama North Wing, West Wing and East Wing. Kira sekarang ni kita dekat center lah" terang Firash.
"Kenapa tingkat ni dia pecahkan banyak bahagian?” tanya Alyssa. Kagum sebenarnya dengan susun atur dan selok belok syarikat ini.
"Sebenarnya, tingkat lima ni macam jantung syarikat. Semua pengarah syarikat ni dekat West Wing. East Wing pula for bilik meeting dan North Wing, bahagian pentadbiran” tidak jemu Firash menjawab soalan Lysa.
"Awak nampak tak tangga antara North Wing dan West Wing tu?" tanya Firash lagi.
Alyssa melihat ke arah tempat yang ditunjukkan Firash tu. Memang ada tangga! Tapi bila diteliti lagi tangga tu tak adalah bertingkat-tingkat, seolah-olah hanya tiga hingga ke empat anak tangga sahaja. Dan sekali lagi dia nampak receptionist di aras itu! Alyssa pandang Firash.
"Ni yang spesialnya tingkat lima. Nampak macam satu tingkat tapi sebenarnya dia ada dua tingkat! Awak tak perasan ke dalam lif tadi hanya tertulis sampai tingkat enam and ada dua butang nombor lima, yang membezakan hanya huruf U dan L dekat tepinya which is Upper and Lower. Sekarang ni kita dekat Lower. Upper tu bila kita naik anak tangga tu. Jom !”
Sekali lagi tangan Alyssa ditarik oleh Firash. Sebab Alyssa kagum sangat dengan syarikat ni, dia tidak perasan yang Firash telah memegang tangannya.
"Kalau yang Lower tu macam jantung, yang Upper ni pula macam darah. Aras nilah tempat yang membolehkan oksigen dan nutrien diangkut ke jantung untuk jantung mengepamnya. Kalau aras ni tak ada, tak bernyawalah syarikat ni” kata Firash. Rasanya dia dapat menangkap maksud Firash tadi apabila terpandangkan papan tanda di tepi receptionist tu.
Macam bahagian Lower juga, aras ni mempunyai tiga wings. Tapi dia tak dipanggil North Wing, East Wing semua tu. Terus direct merujuk ke arah skop pekerjaan mereka.
Bahagian kanan merupakan tempat engineer, bahagian kiri tempat arkitek dan bahagian yang terletak di antara bahagian kanan dan kiri itu ialah bahagian kewangan. Semuanya memainkan peranan yang penting untuk syarikat ni. Tak hairanlah kalau ianya bersambung dengan aras tempat pengarah syarikat. Senang nak pantau barangkali!
"Eh Firash! Sebenarnya saya nak jumpa Izham ni. Janji pukul 12, ni dah lewat 15 minit" kata Alyssa dengan muka risaunya.
Yalah risau sebab Izham pantang benar kalau lewat. Tulah, asyik menjelajah tempat ni sehingga lupa akan janjinya dengan Izham. Bukannya dia akan bekerja di sini pun nanti.
"Laa, kenapa tak cakap awal-awal? Saya ingatkan awak hanya datang nak melawat syarikat ni je" ujar Firash. Alyssa hanya tersengih, tahu silapnya sebab tidak cakap awal-awal.
"Jomlah, saya hantarkan awak ke bilik dia"
Bila dengar sahaja perkataan 'jom' tu, Alyssa cepat-cepat melarikan tangannya. Tidak betah kalau sekali lagi tangannya ditarik Firash.
"Hai Sue! Encik Izham ada tak?” tegur Firash seusai sahaja sampai di hadapan bilik Izham. Sue atau nama penuhnya Suzana merupakan secretary Izham. Manis dan kecil molek sahaja tuannya.
"Hai Encik Firash! Wah cantik teman encik. Teman special ke?" mesra sahaja Sue menegur Firash.
Firash hanya ketawa kecil kemudian dia mengangguk-angguk. Alyssa pula hanya tersengih. Takkan nak memarahi Firash pula sebab mengaku macam tu di hadapan pekerjanya?
"Patutlah tak layan Cik Melissa tu. Rupa-rupanya dah berpunya ya? Cantik pula tu! Pandai Encik Firash pilih” puji Suzana.
Wanita di samping Firash tu memang sepadan dengannya. Sudahlah cantik malah tak sombong, asyik senyum memanjang. Jauh sekali dengan Melissa yang tergedik-gedik untuk mendekati Firash tu!
"Masuklah Encik Firash. Encik Izham dah tunggu tu" kata Sue yang sedar dia secara tidak sengaja sudah bermesra dan mengusik Firash serta wanita itu.
Firash mengetuk pintu bilik Izham. "Masuk!”. Dengar sahaja suara garau Izham buat Alyssa kecut perut tiba-tiba. Marahkah dia sebab aku lewat?
"Maaf Abang Chad sebab Lysa datang lewat” kata Alyssa sebaik sahaja menapak masuk ke dalam bilik Izham.
" Nasib baik aku banyak kerja. Bolehlah aku buat dahulu sementara tunggu muka kau terjegul dekat pintu tu" balasnya dingin.
Risaulah juga tadi kenapa Alyssa tidak sampai-sampai, sedangkan wanita itu selalu sahaja menepati masanya. Tapi nampak sahaja muka Firash di sisi Alyssa, habis terbang segala rasa risau dan rindunya itu !
"Lysa tak sengaja pun Izz. Aku yang heret dia tinjau syarikat ni” sampuk Firash apabila melihata Izham tidak lepas-lepas memandang tajam ke arah Alyssa.
"Okey, aku terima alasan tu. So, can you get out of my room? Aku nak cakap dengan Lyssa je” halaunya. Firash hanya mengangguk, sudah terbiasa dengan sikap kasar Izham terhadapnya.
"Aku minta diri dulu lah" katanya sebelum berlalu pergi.
"Nak jadi tiang bendera ke cik adik oi?" tegur Izham kepada Alyssa yang masih tegak berdiri di hadapannya. Alyssa tersengih, cepat-cepat dia duduk di atas kerusi bertentangan dengan Izham.
"So, title penganggur terhormat tu dah officially gugur ke?” sindir Izham.
"Hehe, dengan beratnya Lysa terpaksa usung title tu sampai saat ni. Semua tempat yang Lyssa pergi, semuanya tak ada jawatan kosong. Ingat nak sambung cari kerja esok pula" ujar Alyssa.
Izham hanya mengangguk. Sudah dapat diagak Alyssa tidak akan berjaya mencari kerja. Ini zaman sudah berubah lah, susah kalau nak dapat kerja sekarang ni. Semuanya nak ada yang pengalaman bekerja. Sebab itulah dia suruh Alyssa datang ke pejabatnya. Dia ada tawaran kerja untuk Alyssa dan Alyssa benar-benar layak! Dia tersenyum senget.
"Sebab tu aku suruh kau datang sini. Dah agak kau takkan dapat kerja” kata-kata Izham buat Alyssa mencebik. Chill la bro, baru setengah hari dia mencari kerja. Gagal itu perkara biasa lah bagi orang yang nak cari kerja!
"Kenapa suruh Lysa datang?" tanya Alyssa tidak mahu berlengah-lengah lagi. Izham berhenti seketika menyemak dokumen sebaliknya dia menongkat dagu memandang Alyssa.
"Cepatlah cakap! Lysa nak balik tidur ni, letih” Alyssa sudah tidak keruan dengan renungan Izham.
"Okey okey. Kau nak kerja kat sini tak?” Izham kembali fokus dengan tujuan asalnya menyuruh Alyssa ke situ.
'Gila ke tak nak kerja dekat tempat gah ni? Mestilah nak’ desis Alyssa.
"Kenapa? Abang nak tawarkan Lyssa kerja ke?"
"Yup, dan aku yakin kerja tu betul-betul sesuai dengan kau. Kau memang layak pun! Aku dah cakap dekat papa”
"Kerja apa?" tanya Alyssa mula berminat.
"Tea-lady syarikat ni" Izham tersenyum.
"Whattt ?!!"
_____________________
Writer’s section 1:
Amacam geng? Alright tak alright setakat ni? Hehe
Share this novel