Izham cepat-cepat menuruni anak tangga apabila hidungnya dapat menghidu bau yang sungguh harum dari dapur. Perutnya sudah kelaparan minta diisi. Tiba sahaja di dapur, telinganya sudah dapat mendengar suara Alyssa yang seakan merayu.
"Ala bolehlah ma, Lyssa pergi bukannya satu malam. Lyssa janji akan balik terus" pujuk Alyssa lagi. Tangan Mama diraih dan dia mengusapnya perlahan.
"No, mama tak benarkan Lyssa drive sorang-sorang ke Johor" Mama berkeras. Dia berpeluk tubuh dan matanya dihalakan ke arah lain.
"Tapi ma, Lyssa dah janji dengan Nisa nak datang ke majlis kahwin abang dia” rengeknya lagi, tidak sedar dengan kehadiran Izham.
"Kenapa ni ma? Dari tadi Izz dengar bising-bising" tanya Izham. Alyssa tersentak dan berpaling ke arah Izham yang segak dengan pakaian santai.
"Ni Lyssa nak pergi Johor sorang-sorang. Tak sedar diri dulu hampir accident sewaktu nak pergi Johor juga. Mama risaulah, sayang" jelas mama. Dikerlingnya Alyssa yang sedang mengetap bibir menahan geram.
"Tapi ma, Lyssa dah janji dengan Nisa. Takkan nak mungkir janji macam tu je?"
"No! Unless Lyssa pergi dengan Izz" putus mama. Izham yang baru hendak menyenduk nasi ke dalam pinggannya terus mengangkat muka apabila namanya diseru.
"Izz tak sibuk kan hari ni?” Mama pandang Izham. Izham pula laju sahaja menggelengkan kepalanya.
"Izz pergi Johor dengan Lyssa boleh?" tanya mama lagi.
"Okay”
Alyssa membulatkan matanya apabila Izham terus sahaja memberikan persetujuan. Sudahlah hal sewaktu bulan puasa dahulu sering bermain-main di fikirannya. Semenjak itu, hubungannya dengan Izham semakin jauh. Boleh kira dengan jari sahaja berapa banyak mereka bercakap.
"Erm, tak apalah. Lyssa nak bersiap-siap dulu” Alyssa meminta diri. Nak tak nak, janjinya dengan Nisa harus diutamakan.
Mama mengerling Datin Salmah yang sedang menyembunyikan diri di sebalik pintu dapur. Ibu jarinya diangkat tanda beres. Nampaknya plan kedua mereka berhasil.
Dahulu sewaktu Alyssa demam, sengaja dia menyuruh Izz menghantar bubur untuk Alyssa. Tapi nampaknya tak ada progress yang memberangsangkan. Dan hari ini kebetulan anaknya meminta izin untuk pergi ke Johor. Bukannya Alyssa tak biasa drive ke Johor seorang diri, tapi ini sebahagian daripada plan untuk merapatkan mereka.
‘Di mana ada Alyssa, di situ ada Izham’ Mama tersengih teringatkan moto misinya dengan Datin Salmah.
********
Alyssa mencium tangan ibu dan mamanya. Izham turut membuat benda yang sama.
"Jaga diri baik-baik tau. Izz pun drive elok-elok” pesan Mama. Sempat memuji merpati dua sejoli di hadapannya. Kebetulan memakai baju dengan warna yang sama. Alyssa dengan kebaya labuh yang berwarna pink lembut begitu juga dengan Izham yang memakai kemeja dengan warna yang sama.
"Sal, aku tak sabar nak berbesan dengan kau" bisiknya.
"Kalau kau tak sabar, aku lagilah! Macam nak sekarang juga aku masuk pinang Alyssa” Datin Salmah turut berbisik. Mereka ketawa kecil.
"Mama, ibu kita orang pergi dulu ya?" pamit Alyssa. Deruman Mazda6 merah milik Izham meninggalkan pekarangan rumah dipandang teruja oleh Mama dan Datin Salmah.
"Aku harap hubungan mereka berubah lah sikit lepas balik ni" ujar Datin Salmah dengan penuh berharap. Geram juga dengan sikap Izham yang tidak pandai untuk merebut hati Alyssa hingga saat kini. Masih ingat lagi sewaktu anaknya berada di Ireland, hampir setiap hari dia bertanyakan khabar Alyssa.
Walaupun isi hati Izham tidak diberitahu secara terang- terangan, tapi dia terlebih dahulu makan garam. Dia tahu Izham memang sudah lama menyukai Alyssa. Dari cara pandangan dan layanan Izham kepada Alyssa pun dia sudah dapat menebak isi hati anaknya. Tapi itulah, anaknya ego. Kalau jujur dengan perasaannya, pasti sudah lama Izham dan Alyssa bersatu.
************
Oh there she goes again
Every morning its the same
You walk on by my house
I wanna call out your name
I want to tell you how beautiful
You are from where I'm standing
You got me thinking what we could because
I keep craving craving
You don't know how it but it's true
Can't get my mouth to say the words
They want to say to you
This is typical of love
Can't wait anymore
I won't wait I need to tell you
How I feel when I see us together forever
In my dreams you're with me
We'll be everything I want us to be
And from there who knows
Maybe this will be the night
That we kiss for the first time
Or is that just me and my imagination
Izham tekan punat 'off' radio. Dia berdehem kecil, sedikit terpukul dengan lagu tadi. Terasa lirik itu bagaikan sedang menyindirnya.
"Ni abang Nisa yang mana nak kahwin?” tanya Izham cuba memecahkan tembok kesunyian yang terbina kukuh sejak tadi.
"Naim. Tak silap Lyssa, dia sebaya dengan abang Chad” jawab Alyssa masih lagi berpeluk tubuh.
Izham mengerutkan keningnya, cuba mengingati Naim yang disebut Alyssa tadi. Seketika muncul wajah Naim yang sedikit gempal, berbeza dengan adiknya Nisa.
"Erm, Naim. Dia kelas akaun dulu kan?" tanya Izham. Alyssa pula mengangguk.
"Nanti mesti abang Chad terkejut tengok Naim. Dia dah semakin segak sekarang"
"Dia kahwin dengan orang mana?" tanya Izham ingin tahu.
"Dengan orang KL je. Tapi dia kahwin dengan kawan Lyssa dan Nisa, Najwa. Abang Izz ingat ke?”
Izham mengiyakan. Tak sangka jodoh Naim dengan orang yang dia kenal. Terasa kecil pula dunia ini.
"Mesti ramai kan kawan-kawan sekolah dulu datang? Tak sabarnya nak jumpa" luah Alyssa teruja. Izham pula sudah berrasa gementar kerana sudah lama dia tidak berjumpa dengan rakan sekolahnya dulu. Last jumpa sewaktu ambil result SPM mungkin?
Cuba teka nanti Alyssa dan Izham jumpa siapa dekat rumah Nisa? xD
Share this novel