7

Romance Completed 28229

Izham dan Alyssa bergandingan masuk ke dalam Mid Valley. Tadi selepas selesai sahaja makan malam, Izham terus meminta izin ibu dan mama untuk membawa Alyssa menemaninya membeli-belah. Alyssa perasan banyak mata memandang Izham.

'Hish, abang Chad memang handsome pun! Tapi tak payah lah pandang sampai nak terkam' desisnya .

"Lysa, aku nak cari baju kat situ" tunjuk Izham ke arah butik yang tidak jauh dari mereka. Alyssa hanya mengikuti langkah Izham tanpa sebarang kata.

"Tolong pilihkan aku kemeja. Aku tak retilah" kata Izham. Lysa pandangnya pelik.

"Biar betul kaki shopping macam abang tak reti pilih kemeja?" sindirnya.

"Baju nak bergaya lain. Baju nak pergi kerja lain" jawab Izham.

Malas mahu memanjangkan perbualan, Alyssa terus membelek kemeja-kemeja yang bergantungan. Tidak berkenan, dia berganjak ke bahagian lain pula.

Baju kemeja berwarna hitam menarik perhatiannya. ‘Nampak macam design baru’ desisnya.

"Lysa berkenan yang ni" kata Alyssa sambil menunjukkan baju tadi .

"Hitam? Tak nak lah. Panas nanti" bantah Izham.

"Yang ini?" usul Alyssa lagi sambli mencapai baju berwarna koko gelap. Izham menggeleng.

Alyssa tunjukkan pula kemeja bewarna grey. Dia tertarik sangat dengan material dan warna kemeja ini, nampak elegant .

"Taste Lysa memang buruk eh? Asyik pilih warna gelap je. Aku tak berkenan la, nampak ketinggalan je style ni!" bentak Izham. Alyssa tahan sabar dengan kemarahan Izham.

"Kalau tak berkenan , abang Chad pilih lah sendiri. Kenapa Lysa pula yang kena pilih? " jawab Alyssa. Izham pandangnya tajam .

“Menjawab eh? Nak minta tolong sikit pun susah. Esok kan first day aku kerja, imej aku kena menarik sebab ianya first impression workers on me. Ni pilih yang kolot-kolot" bebel Izham.

"Encik, may I help you?” tiba-tiba muncul pekerja butik itu yang sedari tadi memerhati gelagat pasangan itu.

"Ha, baguslah awak datang. Tolong carikan saya kemeja yang trendy dan tak kolot untuk saya" ditekankan perkataan kolot itu bagi menyakitkan hati Lysa.

"Oh, kemeja kelabu yang girl tu pegang adalah keluaran terbaru butik kami. Baru je restock hari ni sebab banyak dapat tempahan" bicara pekerja yang memakai tag nama 'Wanda' itu buat Izham terdiam.

"See? Abang Chad tu yang kolot. Kalau nak suruh tolong pilih pun, hormatlah sikit pilihan orang tu. Tak payahlah marah-marah" kata Alyssa dan berlalu pergi dengan sebal.

"Err, saya ambil yang ini" kata Izham kepada pekerja itu. Kemudian dia membuat bayaran di kaunter.

***

Alyssa keluar dari butik itu dengan sebal. Dia sebal dengan Izham yang marah tak tentu pasal. Dia dah tolong pun kira bernasib baik tau! Menyesal pula dia mengikut Izham keluar kalau yang Izham tahu, hanya marah-marah sahaja.

Alyssa duduk di kerusi kosong yang terletak tidak jauh dari butik tersebut. Dia memeluk tubuh sambil menunggu Izham. Mukanya memang cemberut habis.

"Eh Dina, buat apa kat sini?” tiba-tiba Firash muncul lalu duduk di sebelah Lysa.

'Ahh, muncul lagi satu makhluk yang aku malas layan’ gumam Alyssa. Dia menarik senyuman kepura-puraan terhadap Firash.

"Saja. Saya bakar lemang kat sini" jawab Alyssa dingin. Dia berpeluk tubuh. Firash pula ketawa kecil .

"Awak ni, malas layan saya pun sempat juga loyar buruk" kata Firash geli hati .

"Ni yang awak tiba-tiba muncul sini kenapa?"

"Saya teman adik saya shopping. Perempuan biasalah. Kalau dah shopping memang tak ingat dunia. Daripada saya hadap aksesori perempuan, baik saya jalan-jalan cuci mata. Alih-alih jumpa awak pula. Jodoh kut"

Alyssa hanya mencebik.

"Haih awak memang tak berubah ya? Dah besar pun tak reti ikat tali sneakers" kata Firash sebaik sahaja ternampak tali kasut Lysa tertanggal. Kemudian dia menundukkan badannya dan mengikat tali kasut Alyssa.

"Haa ikat macam ni, nanti dia tak mudah tercabut lagi" kata Firash mesra. Matanya menangkap wajah terkedu Alyssa. Dia tersenyum .

Tindakan Firash pula membuatkan Alyssa teringat akan peristiwa 4 tahun lepas. Peristiwa yang menyebabkan dia terperangkap dalam cinta monyet!

***

4 tahun lepas , ..........

"Weh Lysa, kau perasan tak Firash selalu curi-curi pandang kau?" usik Sara sewaktu kami sedang training volleyball.

"Dia bukan pandang aku lah. Dia kan kapten pasukan maktab, so dia lah yang kena pantau training kita kalau Cikgu Kamal tak datang" sangkal Alyssa.

"Aku tak rasa macam tu. Tengok tu, dia pandang kau lagi la!" kata Sara membuatkan Alyssa berpaling ke arah court pasukan lelaki. Matanya bertembung dengan mata Firash. Lelaki itu melemparkan senyuman kepadanya.

"Kau tak boleh nafi lagi Lysa. Dia memang pandang kau and dia siap senyum lagi. Aku rasa dia memang suka kau lah" ujar Sara.

"Ish kau ni! Kebetulan je tu dia senyum dekat aku. Kan aku pandang dia tadi. Dahla, fokus untuk training. Pemilihan untuk team volley bagi form 4 kan tak lama dah” Dia tidak mahu Sara membincangkan isu itu lagi .

Alyssa pun malas hendak melayan kerana ingin menghalang hatinya daripada terusik lagi . Sebenarnya hatinya pun terjatuh suka dengan lelaki tersebut sejak pertama kali bersua. Ya, dia suka lihat wajah tampan Firash. Suka dengan aura Firash lebih-lebih lagi ketika dia spike bola. Kencang gila! Sekencang hatinya yang berdetak laju jika memandangnya.

Tapi tak mungkin Firash tertarik dengannya. Sudah la low profile memang tidak layak untuk Firash yang amat terkenal di maktab tersebut. Dan kini, dia tidak boleh fokus untuk training kerana kata-kata Sara tadi!

'Ottokhae?!’ jeritnya .

.........

"Okey, hari ni team perempuan akan training sekali dengan lelaki. Saya nak perkemaskan teknik spike kamu semua. Saya nak spike perempuan sama hebat dengan lelaki” arah Cikgu Kamal .

"wei Sara, aku tak reti la nak spike. Aku last main volley masa aku sekolah rendah” ujar Alyssa mula terasa risau.

"Alaa Lysa, rilek je . Slow-slow kau belajar. Kau tak payah la spike yang kena lompat bagai tu, just lakukan yang basic je" Sara menenangkan Alyssa.

"Tapi aku tak selesa la training satu court dengan lelaki "

"And aku jamin kau mesti tak selesa langsung nanti sebab Firash yang akan jadi setter untuk train kita spike!” Sara ketawa.

Alyssa pasrah dan redha. Tahap redha Alyssa semakin meningkat sewaktu Firash menjerit supaya beratur dalam satu line yang panjang.

Alyssa memilih untuk beratur di belakang sekali . Dia memerhatikan rakan sepasukannya melakukan spike.

‘Kencang! Laju! Lompatan dorang memang baik' ujar Lysa dalam hati. Dia risaukan dirinya nanti. Dia memang tidak reti untuk melakukan lompatan jika hendak spike.

"Lysa, your turn!" jerit Sara.

Alyssa menelan air liur. Dia menapak ke hadapan. Firash membaling bola ke arahnya, dia berjaya digging kembali ke Firash. Firash mengangkat bola untuknya pula. Matanya memandang bola yang bergerak laju ke arahnya.

'First choice, lompat and spike? Second choice, spike je? Mana satu eh?' Alyssa tertanya-tanya tindakan yang terbaik untuk spike bola.

Bola semakin menghampiri.

'Okay, lets do the second choice!' tekadnya.

Alyssa spike bola tersebut tanpa melakukan lompatan. Bola tersebut bergerak mendatar ke arah jaring dan yeayy! Akibat spikenya yang kencang, bola tersebut berjaya melepasi net walaupun pada mulanya terkena net.

"Good job Lysa. Spike awak memang kencang. And I think its better if you spike with some jumping. Awak ada potensi" puji Cikgu Kamal . Alyssa menarik nafas kelegaan.

"Now Lysa, do it again. Tapi saya nak awak lompat" sambung Cikgu Kamal. Kali ini Alyssa terasa sesak dada. Lompat?

"Lompat cikgu? Tapi saya tak pandailah" tolak Alyssa.

"Awak buat je dulu. Saya nak tengok macam mana awak lompat"

Alyssa memang tidak boleh membantah lagi. Dia memandang Firash. Firash anggukkan kepala. Memang tak boleh elak!

Alyssa menarik nafas dalam-dalam. Macam tadi, dia tidak pernah gagal untuk digging bola yang cantik kepada Firash agar lelaki itu boleh mengangkat bola untuknya.

'Now Lyssa!’ Alyssa melompat untuk spike. Tapi…

Bbukk !

"Aduhh!" Lyssa memegang lututnya yang sakit. Malu memang malu! Teammates dia terkedu melihatnya jatuh. Gelak atau kasihan? Last-last masing-masing ketawa kemudian barulah menerpa ke arahnya.

"Kau okey tak?"
"Sakit tak?”
"Boleh main tak nanti?”
"You're clumsy" kali ini Alyssa mendongak ke arah pemilik suara itu. Dia melihat Firash tersengih dan mendekatinya. Kemudian dia melutut.

"Memanglah jatuh. Terpijak tali kasut" ujar Firash. Dia mengikat tali kasut untuk Lyssa tanpa menghiraukan pandangan orang lain .

"Err, saya boleh ikatkan sendiri lah" kata Alyssa yang sudah tidak selesa. Dia memandang Cikgu Kamil tapi Cikgu Kamil hanya mengangkat bahunya.

"Ikat macam ni barulah tali tu tak mudah cabut" tunjuk Firash ke arah kasutnya. Alyssa hanya mengangguk .

"Dah dah! Kamu semua pergi sambung training. Lyssa rehat dulu dekat tepi" arah Cikgu Kamil tiba-tiba. Sara memapah Lyssa ke tepi court dan meninggalkannya seorang diri di atas kerusi batu.

Alyssa memegang mukanya yang terasa panas . Ya dia malu dengan Firash.

‘Damn, you make my heart flutter! What should I do now?' teriak hatinya.

Dan sejak kejadian tu, mata Alyssa sering tercari-cari bayangan Firash. Usha dia di dewan selera, usha dia di surau dan sesungguhnya dia lebih teruja untuk training volleyball.

Walaupun mereka jarang bercakap tapi dalam group whatsapp, mereka sering mengusik sesama sendiri. Masing-masing tidak memberi komen apabila teman-temannya mengusik. Iyakan pun tidak, menafikan jauh sekali.

Gossip tentang dia bercinta dengan Firash memang tersebar luas. Tak pasal-pasal nama dia menjadi sebutan sejak skandalnya dengan Firash.

Entahlah mereka tak pernah declare sebagai pasangan kekasih pun tapi hubungan mereka memang ke arah itu. Mesej memang tak pernah putus .

Tapi semua tu tak lama. Bila tiba semester 3 atau lebih tepat lagi setahun setengah dia berada di MRSM, hubungannya dengan Firash berantakan. Kebetulan waktu tu muka dia dipenuhi dengan acnes dan kusam akibat kulitnya yang sensitif, cemuhan dan kutukan sentiasa mengekorinya.

"Eii, senior ni ke yang Abang Firash nak? Aku seribu kali lebih cantiklah"

"Aku tak fahamlah dengan Firash, muka perempuan tu dah buruk pun masih nak lagi. Buta agaknya dia tu!”

"Budak kampung! Masuk aje sekolah pandai tapi otak MashaAllah tak boleh fikir betul-betul. Kalau dah hodoh tu carilah yang hodoh. Nak juga dirembat yang handsome. Ingat Handsome and The Beast ke?”

Alyssa memang lali. Dia dah boleh hafal dah ayat cemuhan dari setiap orang. Selagi Firash masih text bahawa dia tak kisah akan penampilan Alyssa, selagi tu dia tak perlu risau apa-apa.

Benar langit tak selalunya cerah. 2 minggu sebelum exam final semester, bermulalah episod dukanya. Selama ini Firash yang tak pernah apa-apa tentang dirinya, menghamburkan sumpah seranah kepadanya sewaktu mereka bertemu di tepi padang.

"Kenapa nak jumpa aku? Tak sedar diri ke kau tu tak layak untuk aku. Selama ni aku diam ingatkan bolehlah muhasabah sendiri tapi nampaknya aku yang kena beritahu sendiri" beritahunya dingin.

"Kenapa kasar sangat ni? Tak pernah pun awak macam ni" soal Alyssa.

"Hei kodok! Tak sedar diri ke kau tu kodok? Ada hati nak dekat aku yang Mr. Perfect ni. Eii aku pun ada tastelah! Tak hingin aku nak dekat perempuan yang muka macam tar jalan!”hamburnya.

Orang yang lalu lalang mula berpaling ke arah mereka. Pelajar lelaki yang sedang bermain bola sepak turut menumpukan perhatian ke arah mereka.

"Please lah Lyssa. Tolong terima kenyataan yang awak tak layak untuk saya. Beauty for the Beauty and The Beast for The Beast . This whole life tak akan sama dengan cerita dongeng semua tu. Rasanya tak perlulah saya cakapkan awak ni terdiri dari golongan yang mana. Awak terlalu bijak untuk menilai diri awak" katanya sebelum berlalu pergi .

Alyssa terduduk. Malu dengan semua orang. Saat itu, dia nampak seperti orang yang sedang menagih cinta dan cintanya ditolak mentah-mentah. Sara hadir dalam saat genting itu. Dibawanya Alyssa ke bilik dan memujuknya.

"Sara, aku rasa bersalah dengan Mama dan Abang Chad. Mereka benarkan aku ke sini sebab untuk aku belajar. Capai keputusan yang cemerlang, kejar biasiswa and now I'm end up with this suck! This puppy love! Aku tak tahulah macam mana aku nak berhadapan dengan semua orang nanti? Cemuhan dan kutukan dia terlalu kejam! Dia kejam sangat" Alyssa mengongoi dalam pelukan Sara .

"Kalau begitu kau tunjukkan pada yang lain yang kau bukan sebarang The Beast. Kau, The Beast that will change to The Beauty. And bukan setakat beauty tu tapi Beauty with brain. Kau cipta sendiri kisah dongeng kau. Kisah dongeng yang betul-betul terjadi dalam whole life ni" kata Sara.

Kata-kata Sara dijadikan pedoman dan semangat untuk Alyssa.Tidak dihiraukan kutukan dan cacian yang mendatang, dia berjaya melalui fasa yang penuh memeritkan itu. Kejayaannya meraih 4 flat terus menutup mulut para pemaki. Dan semester 4 dia melaluinya dengan tenang tanpa sebarang kelibat insan yang bernama Firash lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience