16

Romance Completed 28229

Di dalam kereta pula, suasana sunyi menemani perjalanan pulang Izham dan Alyssa. Masing-masing melayan perasaan sendiri.

Izham mengeluh. Mula rasa lemas dengan situasi sekarang.

“Lyssa.." panggil Izham lembut.

"Lyssa” panggilnya lagi bila tiada sahutan. Alyssa masih lagi ralit memerhati ke luar tingkap.

"Alyssa Irdina!" kali ini suaranya dikeraskan sedikit. Alyssa memalingkan mukanya dengan terpaksa.

"Apa?" Matanya tidak dihalakan ke wajah Izham. Sungguh Alyssa kekok dengan Izham sekarang ini.

"Marah aku?" tanya Izham. Dia takut gadis itu masih berang dengan tindakannya sewaktu berhadapan dengan Arif tadi.

Alyssa mengangguk pun tidak, menggeleng pun jauh sekali. Izham mendengus geram. Dia terus memberhentikan kereta di bahu jalan. Kalau macam ni lah keadaan mereka, macam mana dia nak fokus drive?

Alyssa pandang Izham tidak puas hati. "Kenapa berhenti pula?” Mata bundarnya itu membuntang sedikit menyerlahkan lagi anak mata hitam pekatnya.

Izham tersengih. "Lama Lyssa tak buat macam tu kalau marah" ujar Izham. Alyssa alihkan matanya ke tempat lain. Tak kuasa dia nak melayan usikan Izham sekarang.

"Okay okay. Aku tahu kau marah aku. Yalah, tiba-tiba mengaku kau ni bakal isteri aku padahal kita tak ada apa-apa” Izham terjeda. Dilihatnya Alyssa sedang bermain-main dengan jari jemarinya.

"Alyssa, focus on me now!" arah Izham tiba-tiba. Tapi hampa, tiada reaksi dari Alyssa. Tangannya pantas memusingkan badan Alyssa supaya menghadapnya.

"Look, I really don’t like when other men try to approach you. I hate it when seeing you with other men. Hati aku jadi panas. I said you’re going to be my wife because I want them to stay away from you. But believe me, I really meant it when I say I’m going to marry you and make you as my wife”

Alyssa memang sudah menjadi patung cendana. Cuba mencerna kata Izham walhal hati sudah pun berdetak kencang.

Melihat Alyssa yang membisu, Izham sambung lagi percakapan. "Abang memang tak pandai nak menyusun ayat cinta berbunga-bunga. Lyssa, I love you. Abang cintakan Lyssa. I don’t know when this feeling grows in me, but sejak Lyssa selalu ada depan mata abang, hati abang selalu tak tentu arah. When we are living apart, ingatkan perasaan tu akan hilang. But abang silap, hati abang makin tak tenteram asyik fikirkan Lyssa. Bila abang dekat Ireland, abang dah mula sedar maksud perasaan tu. Abang selalu call ibu tanyakan Lyssa and abang tak sabar nak balik Malaysia” Izham meluahkan segala perasaannya selama ini.

"Abang nak jumpa Lyssa. Abang nak pikat hati Lyssa dengan usaha abang. But abang selalu lose control bila melibatkan Lyssa. Abang jadi cepat melenting and more worst, bila abang cemburu. I’m trying to pull you close but my stupid jealousy pushing you harder from me" Izham cuba mencari anak mata Alyssa lalu ditatapnya.

“Marry me please? I want you to be mine and I’m yours. Abang sangat cintakan Lyssa”

Alyssa tergamam. Pengakuan Izham yang tiba-tiba buatkan dia lemas. Lamaran Izham pula membuatkan dia rasa semakin sukar untuk bernafas. Dia melarikan matanya dari direnung Izham.

“Lyssa nak balik" mendatar sahaja suara Alyssa.

"Tapi..”

"Beri Lyssa masa. Sekarang Lyssa hanya fikir nak balik" tegas Alyssa.

Izham hampa dengan reaksi daripada Alyssa. 'Tak apa Izz, kalau betul dia jodoh kau, cepat atau lambat akan bersatu jua' dia cuba menyedapkan hati.

***

Selesai sahaja membersihkan diri, Alyssa terus duduk termenung di beranda biliknya. Apa lagi yang nak dimenungkan kalau bukan pasal tadi.

Dia akui dia memang sayangkan Izham lebih dari seorang abang. Dia pun rasa tenang apabila Izham di sisinya. Tapi adakah itu cinta ke? Tipulah kalau dia tidak penasaran dengan keadaan Izham selama mereka berpisah beribu batu dahulu. Hari-hari hatinya terdetik nama lelaki itu. Tapi itu pun cinta juga ke?

Alyssa mengeluh. Sungguh dia tidak tahu dengan perasaannya sekarang. Dan yup, dia takut! Dia takut untuk mencintai seseorang bernama lelaki. Dia takut dia akan dikecewakan kelak. Dia takut merana nanti. Peristiwa dia dengan Firash dahulu sudah cukup memberi kesan yang mendalam walaupun Firash kini sudah berjaya diusir dari mengetuk pintu hatinya.

Tapi Izham? Ya dia memang tak mampu nak menolak Izham dari hidupnya. Walau banyak kali lelaki itu menggores hatinya, dia tidak mampu untuk membenci Izham. Malah, dia semakin rindu pula. Lebih-lebih lagi sewaktu mereka terpisah jauh dahulu. Is it love?

"Lyssa" Alyssa berpaling. Tidak sedar Mama sudah memasuki biliknya.

"Iya ma" Alyssa cuba tersenyum.

"Tak boleh tidur?" tanya Mama.

Alyssa mengangguk kecil. Terus tubuh kecilnya berlari ke dalam pelukan Mama. Terasa ingin menangis dan meluahkan segalanya.

"Lyssa nak tahu tak, the best solution is crying. So you can cry sweetheart kalau ada masalah. Mama always be there for you" Mama mengusap belakang Alyssa. Dan selepas itu, Alyssa terus mengongoi dalam pelukan Mama.

"Lyssa ada masalah dengan Izz ya?" tanya Mama setelah Alyssa kembali tenang.

"Macam mana mama tahu?" Alyssa mengangkat mukanya yang sudah kemerah-kemerahan akibat menangis.

"Lyssa nak tahu tak, you only cry sebab three things je. When you miss me, when you are hurt and because of Izham. Sejak dulu lagi mama boleh teka kenapa Lyssa menangis sebab Lyssa bukan lah seorang yang suka menangis”ujar Mama. Alyssa pandang muka mama tidak percaya .

'Seriously I'm crying because Abang Chad?'

"Lysaa tak tahu kenapa Lyssa menangis sebab Abang Chad” keluh Alyssa. Wajahnya sudah bertukar cemberut.

Mama tergelak kecil. "Dah besar rupanya anak mama. Dah lama jatuh cinta pun tak tahu" usik Mama. Jarinya mencuit hidung Alyssa.

"Mana ada! Lyssa tak cinta siapa-siapa pun" sangkal Alyssa pantas.

“So, why did you leave for Kelantan dulu? Setahu Mama, Lyssa tak suka duduk asrama lagi-lagi jauh pula. You're not that independent girl, dear "

"Apa lagi Ma kalau bukan sebab belajar" jawabnya.

"Are you sure?” Alyssa mengangguk.

"Bukan sebab bergaduh besar dengan Izz, lepas tu kecewa and then, both of you masing-masing bawa diri ke?" tebak Mama. Kali ini Alyssa diam.

"Macam mana mama tahu kami gaduh? Ibu pun tak tahu” Alyssa sangsi. Izham ada cerita ke?

Mama ketawa kecil. “Mama dan Ibu orang tua, Lyssa. Terlebih makan garam dah pun. Sungguh pun Lyssa dan Izz tak pernah beritahu, tapi semuanya dijelaskan oleh your emotion and your tingkah laku. Bila Izham pergi Ireland, hari-hari dia call ibu tanyakan Lyssa. And ia mengukuhkan lagi bahawa antara Lyssa dan Izz memang ada something" terang mama.

"Entahlah Mama. Lyssa blank sekarang ni" Alyssa merebahkan kepalanya ke atas riba Mama.

"Mama, macam mana perasaan jatuh cinta?" tanya Lyssa penasaran.

Mama tersenyum simpul. "Ask yourself sebab Lyssa dah lama merasainya”

"Mama, tadi ada orang confess dekat Lyssa” jujurnya. Entah kenapa ringan sahaja mulutnya mahu bercerita soal hati dan perasaan pada malam itu.

"Mesti Iz kan orang tu?" Mama menjongketkan keningnya. Alyssa pula terus mendongak memandang Mama. Keningnya pula dikerutkan.

Mama tersenyum. "Mama dan ibu dah lama tahu Izz simpan perasaan dekat Lyssa tapi dia ego tak mahu confess. Lagipun, masing-masing asyik termenung je sejak balik dari Johor tadi”

"He's a good man to you. Jangan sia-siakan lelaki macam Izz. Izz boleh jaga dan bahagiakan Lyssa, believe me. He loves you so much” kata Mama sebelum dia turut merebahkan badannya di sisi Alyssa.

Alyssa pula sudah termangu dengan kata-kata mama. ‘Should I give him a chance?’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience