26

Romance Completed 28229

Pagi-pagi lagi, Sara sudah bangun. Niatnya mahu melihat matahari terbit di pantai. Sudah lama dia tidak melihat pemandangan seperti itu kerana asyik menghadap kerja sahaja. Sampaikan dia tidak berpeluang mahu menikmati keindahan alam.

Nampaknya dia pergi menyaksikan matahari terbit keseorangan sahaja lah. Awal-awal lagi Syazana beritahu yang dia mahu bangun lewat kerana aktiviti pada malam tersebut berakhir lewat. Macam mana nak balik awal, kalau mak buyung tu request macam-macam? Nak makan itulah, nak pergi sinilah. Izham yang memang sayang bini ikut saja lah. Yang lain pun ikut je sebab Alyssa sudah tarik muncung panjang kalau semua orang tidak mahu join.

Sara pandang wajahnya tanpa solekan di cermin. Rambut panjanganya pula diikat tinggi. Melihat gambar Hello Kitty pada T-shirtnya membuatkan Sara ketawa kecil. Dia memang sukakan kartun pun. Sweater ungunya pula diikat pada pinggangnya. Kemudian kasut sukan jenama Adidas disarungnya. Pintu bilik dibukanya secara perlahan agar tidur Syazana tidak terganggu.

Sara menarik nafas yang panjang dan menghembus kuat setibanya dia di pesisiran pantai. Tidak ramai orang yang berada di situ. Yalah, sekarang baru pukul 7 pagi! Barangkali semua masih dalam lena yang panjang. Sara bukannya selalu dapat peluang bercuti seperti ini. Hidupnya hanya penuh dengan kerja. Dia sudah berazam mahu memanfaatkan percutian ini dengan baik.

"Sara!” tiba-tiba namanya dipanggil. Sara menoleh ke belakang. Kelibat Firash yang segak dengan sepasang jogging suit berwarna putih menyapa pandangannya. Topi berwarna putih yang dipakai Firash menyerlahkan lagi ketampanannya.

"Sorang je ke? Mana Ana?” soal Firash setibanya dia di hadapan Sara. Matanya mengerling ke sekitar mahu mencari kelibat adiknya.

"Haah, aku sorang je. Ana still tidur lagi. Penat sangat agaknya" jawab Sara sambil memuji ketampanan Firash di dalam hatinya.

Firash mengerutkan keningnya. "Aikk, tidur lagi? Semalam bukan main lagi mesej aku, suruh teman dia jogging tepi pantai waktu pagi. Katanya tak ada orang nak teman. Hishh, budak tu pandai cakap je. Buatnya tak" bebelnya tanpa sedar. Sara pula ketawa kecil.

"Kenapa?" soal Firash pelik melihat Sara ketawa. Sara hanya menggelengkan kepalanya. Terhibur dia dengan cara Firash meluahkan ketidakpuasan hati terhadap adiknya.

"Tak adalah. Ni, kau still nak jogging ke?"

"Tak kut. Kalau bukan Ana yang ajak, tak adanya aku pagi-pagi lagi dah terpacak dekat sini. Baik aku tidur je"

Sara senyum senget. "So, kau nak balik bilik and sambung tidur lagi la ni?" tanyanya. Entah kenapa nadanya sedikit berbaur kekecewaan.

"Plan asal memang lah macam tu. Tapi alang-alang aku kat sini and kau pun sorang, aku teman kau ambil angin pagi je la" ujar Firash sambil memandang Sara lama.

Sebenarnya dia masih tidak percaya yang sudah hampir dua bulan, hanya wajah gadis itu yang mengisi hari-harinya. Dia pergi hospital jumpa Doktor Arif pun, Sara akan turut juga. Kalau Sara lapang, mereka akan keluar makan bersama-sama. Kalau bukan dia yang ajak, pasti Sara yang mengajak.

Sara tarik senyum mendengar bicara Firash. Entah kenapa rasa keterujaan menguasai dirinya sekarang ini. Tidak sabar mahu menghabiskan masa berdua dengan lelaki itu sambil ditemani dengan pemandangan indah ini.

“Jom, jalan-jalan tepi pantai?” ajak Firash. Sara pantas bersetuju.

Mereka berjalan bergandingan sepanjang pesisir pantai itu. Sekali sekala, gelak tawa mengisi perbualan mereka. Tanpa disangka, plan Sara untuk menikmati matahari terbit keseorangan kini menjadi saat yang paling berharga kerana dirinya telah ditemani orang yang telah lama bertakhta di hatinya.

Dari jauh, segala telatah Sara dan Firash disaksikan oleh sepasang mata dengan hati yang gembira. 'Well Ana, plan kau keletong abang ajak pergi jogging nampaknya menjadi' desis Syazana dengan bangga.

Sewaktu Sara mengajak dia untuk menyaksikan matahari terbit, dia terus bagi alasan mahu tidur. Padahal, dalam mindanya sudah merancang mahu memberi waktu dan ruang buat abangnya dan Sara untuk lebih mengenali dan rapat antara satu sama lain. Selama ini, persahabatan yang terbina hanyalah disebabkan oleh Alyssa. Kini, dia mahu cerita di antara mereka hanyalah berkisarkan seorang Firash dan seorang Sara sahaja.

******************

Alyssa tersenyum senget sambil melihat gambar yang dihantar oleh Syazana di skrin telefonnya. Izham yang sedang mengesat rambutnya yang basah berasa geram kerana Alyssa tidak menyahut panggilannya. Izham terus merapati isterinya yang sudah siap dengan persalinan gaun mengandung berwarna biru muda dan shawl berwarna putih.

"Sayang tengok apa sampaikan abang panggil sayang pun tak dengar?” soal Izham tidak berpuas hati lalu terus duduk di sebelah Alyssa.

Alyssa lantas menunjukkan gambar yang dihantar Syazana kepada suaminya.

"Tengok ni, bahagia betul Sara dan Firash dalam gambar ni. Ana yang hantar ni, dia pergi stalk dua orang tu tengok sunrise pagi tadi" ujar Alyssa teruja. Izham mengerling gambar yang ditunjukkan oleh Alyssa.

"Abang tengok padan je dua orang ni. Sama cantik sama padan. Eh Sara tu cantik orangnya, takkan selama ni dia tak ada siapa-siapa?” soal Izham ingin tahu.

"Sara tu banyak je peminat dia. Tapi seorang pun tak dilayannya. Mula-mula Lyssa pelik la juga, Sara kan cantik, pandai dan bekerjaya. Pendek kata, Sara tu perfect! Peminat dia pun bukan calang-calang orang. Semuanya sama taraf dengan dia tapi semua dia tolak. Sampai la suatu hari tu, Lyssa terjumpa diari Sara. Lyssa tak sengaja terbaca diari dia. Saat tu juga, Lyssa dapat tahu yang selama ni hati Sara sudah dimiliki. Tapi Sara lebih pentingkan persahabatan daripada kebahagiaan dia. Sara sukakan Firash dan dia tak pernah cakap pun. Bertahun-tahun Sara pendam perasaan tu sebab dia tahu yang Firash sukakan Lyssa and at the same time, dia tak nak buat Lyssa rasa bersalah. She prefers to keep her own feelings rather than pursue her happiness " cerita Alyssa mengenangkan rasa sesalnya terhadap Sara.

Izham memandang isterinya sejenak. Dapat dirasakan yang isterinya sedikit bersalah dan sedih. Pasti isterinya menyalahkan diri sendiri kerana menyebabkan Sara tidak dapat bersama dengan Firash sejak dari awal lagi. Izham terus memalingkan wajah Alyssa supaya menghadapnya.

"Abang takkan halang Lyssa untuk rasa bersalah. Tapi abang nak Lyssa tahu, segala urusan jodoh dan pertemuan, semuanya ketentuan Dia. Cinta tu misteri and magical. Mungkin sekarang ni tak nampak yang Sara dan Firash boleh bersatu, tapi kalau dah jodoh lambat-laun mereka akan bersatu jugak. If you believe they can be happy with each other, Lyssa doa la banyak-banyak agar jodoh mereka panjang dan dapat bersatu dengan segera. We know, they both were hurt. Bukan Lyssa je yang berharap tau, abang pun berharap juga they can heal each other" ucap Izham ikhlas.

Terharu Alyssa dengan bicara suaminya. Terus sejuk hatinya bila Izham faham akan isi hatinya. Matanya memandang Izham dengan penuh kasih dan sarat dengan rasa cinta.

"Abang” panggil Alyssa.

"Yes?”

"Cepatlah bersiap. Lyssa and baby dah lapar sangat ni” rengek Alyssa sambil memegang perutnya minta diisi.

Izham menepuk dahinya.

"Opss sorry sayang. Sayang la ni buka story, kan dah terbantut abang nak bersiap-siap" kata Izham dan membuatkan Alyssa tergelak kecil.

"Sorry baby. Mummy la ni ajak daddy berbual. Kesian baby, dah lapar eh?" usik Izham sambil memegang perut Alyssa.

"Abang, cepatlah. Lyssa tak sabar nak makan ni" rengek Alyssa sambil mulutnya dimuncungkan.

Izham pula ketawa melihat tingkah Alyssa. Sensitif terus isterinya kalau melibatkan soal makan. "Iyalah sayang. Tunggu jap" kata Izham lalu terus bangun untuk pergi bersiap. Sempat dia menghadiahkan sebuah kucupan di dahi Alyssa.

Hello, finally released juga chapter ni. Kalau korang pengikut setia novel HHS ni sejak tahun 2017, pasti tahu kan yang novel ni tergantung sampai bab 25 je? So, kiranya chapter 26 onwards ni semuanya chapter baru yang saya tak pernah released lagi. Hopefully, cerita ni mampu menggembirakan hati anda semua time waktu kritikal macam ni. Sengaja tak nak buat cerita stress sebab real life kita pun dah stress kan? HUHU Stay safe semua, take care. Thank you for reading. Semoga Malaysia cepat pulih seperti sedia kala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience