43

Romance Completed 28229

Mia dan Syazana sudah berlari menuju ke arah wakaf yang kosong itu.

“Amboi, budak berdua ni! Bukannya nak tolong kita angkat barang” Datin Salmah sudah menggelengkan kepalanya melihat keterujaan dua gadis remaja itu.

“Biarlah Sal, bukannya berat sangat pun bekal ni. Teruja nak masuk ke dalam air lah tu” sampuk Nek Wan yang sedang membawa tikar mengkuang.

Pagi itu, Tok Wan dan Nek Wan tiba-tiba mengajak mereka untuk berkelah di tepi air terjun. Seawal pukul 5 pagi lagi, seluruh isi rumah itu sudah bangun untuk menyiapkan juadah makanan sebagai bekalan mereka.

“Iz, pimpin Lyssa tu elok-elok. Jalan licin ni, banyak batu” tegur Tok Wan sewaktu Alyssa dan Izham menuruni bukit untuk ke wakaf. Percikan air terjun yang mengalir deras itulah yang membuatkan jalan sedikit licin.

“Yalah, Tok Wan!” balas Izham. Lengan Alyssa dipimpinnya erat supaya isterinya itu selamat sampai.

“Ayah awak tu, sayang sangat dengan bini Izham. Berbakul pesanan dia bagi kat Izham, nasib baik anak awak tu penyabar” bisik Datin Huda kepada Dato’ Ilham.

Dato’ Ilham tergelak. “Mestilah, Alyssa kan tengah mengandungkan cicit dia. Dia tak sabar nak menimang cicit lah tu. Maklumlah, cicit sulung dia tinggal jauh”

“Cemburu saya dengan awak dan Salmah. Tak lama lagi, dapatlah menimang cucu. Saya ni, entah bila lah nak menimang cucu sendiri” ujar Datin Huda sambil memandang Datin Salmah yang sibuk melayani Alyssa.

“Ala, anak Izham pun cucu awak juga nanti. Lagipun, abang rasa Huda dah boleh kut bersiap-siap nak menyambut menantu nanti”

Datin Huda pandang wajah Dato’ Ilham. “Menantu? Maksud abang?”

Dato’ Ilham tersengih. “Tu, tengoklah anak teruna awak tu” bibirnya dimuncungkan ke arah Firash.

“Eh, sejak bila Sara dan Firash berbaik? Cepat pula Firash buat kerja, kita pun tak sempat lagi nak buat misi menyatukan mereka” Datin Huda menggelengkan kepalanya melihat tingkah Sara dan Firash yang asyik bergelak ketawa di hujung sana.

“Katanya semalam kena hambat dengan Tok Wan, sibuk duduk dating dekat bangku depan taman tu”
Datin Huda tersengih, macam-macam ragamlah anak muda sekarang. Pandangannya dilemparkan sekali lagi ke arah Firash dan Sara. Tak sabar rasanya mahu membuat persiapan perkahwinan!

“Sayang…” Izham merapati Alyssa yang sedang mencelup kaki di tepi air terjun. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Alyssa dan bahu isterinya dipeluk erat.

“Tak nak join dia orang mandi manda ke?” tanya Izham sambil memuncungkan bibirnya ke arah Sara, Firash, Syazana dan Mia bermain air. Umar dan rakan-rakannya ikut turut serta setelah diajak Tok Wan.

Alyssa menggeleng. “Tak naklah, sejuk! Lagipun, nanti tak pasal-pasal Lyssa buat free show dengan perut Lyssa yang seksi ni”

Izham tergelak. “Perut sayang seksi sebab ada anak kita.” Dia mengusap perut Alyssa perlahan lalu mendekatkan telinganya ke perut isterinya.

“Assalamualaikum and good morning anak daddy! Daddy harap anak daddy membesar dengan baik dekat sana. Hari ni jangan minta makanan yang bukan-bukan tau, jenuh daddy nak cari” pesan Izham.

Alyssa menyimpulkan senyum teringatkan semalam dia kejutkan Izham pukul tiga pagi dan memberitahu suaminya yang dia mengidam kari kepala ikan Uncle Muthu dekat KL sana. Takkanlah Izham mahu ke KL semata-mata untuk itu. Nasib baik Alyssa boleh masih fikir dengan waras, jadi dia mengajak Izham ke sana bila mereka pulang ke KL.

“Abang tak teringin nak mandi air terjun ke?” Alyssa melentokkan kepalanya ke bahu Izham.

“Tak naklah, isteri abang keseorangan kat sini. Baik abang teman sayang, boleh dating berdua” Izham meraih tangan Alyssa lalu digenggamnya.

“Lyssa tak sangka yang kebanyakan resort and air terjun kat sini milik Tok Wan. Patutlah orang kampung selalu pandang tinggi dekat Tok Wan” ujar Alyssa sambil memperhatikan keindahan air terjun itu. Suasana sekitarnya masih lagi penuh dengan kehijauan menandakan tempat ini betul-betul terpelihara. Air pun jernih dan bersih sahaja.

“Haah, kebanyakan resort dekat sini Tok Wan yang punya. Tarikan utama dan sumber pendapatan dekat kampung ini adalah dari sektor pelancongan, sebab tu orang kampung hormatkan Tok Wan”

Alyssa mengangguk bersetuju. Patutlah orang kampung selalu bereaksi lebih sekiranya mereka terserempak dengan kaum kerabat Tok Wan.

“Jom, ikut abang” tiba-tiba Izham berdiri dan menghulurkan tangannya ke arah Alyssa.
“Pergi mana?”

“Adalah, ikut je”

Nak tak nak, Alyssa menyambut huluran Izham dan mengikuti langkah suaminya. Sempat Izham menyambar beg pakaian mereka di wakaf sebelum mereka bergerak pergi meninggalkan keluarga mereka.

“Sayang tak gayat kan?” tanya Izham sewaktu mereka tiba di hadapan jambatan gantung.

“Tak gayat tapi selamat ke nak lalu ni?” Alyssa beriak risau. Yalah, tinggi sahaja jambatan gantung ini dan di bawahnya air terjun mengalir deras.

“Selamat je, jangan risau. Abang pimpin sayang” Izham memegang tangan Alyssa untuk menyeberangi jambatan gantung untuk ke hutan sebelah.

“Kak Lyssa! Abang Iz” laung Mia dan Syazana yang sedang mandi di air terjun bawah sana. Alyssa hanya melambaikan tangannya, tak sanggup nak mengeluarkan suaranya kerana dia gementar akan jambatan gantung yang asyik bergoyang-goyang ini.

“Selamat ke hutan ni, bang? Macam tak pernah ada orang datang pun” ujar Alyssa sambil matanya meliar ke arah kawasan hutan ini. Bimbang kalau tiba-tiba ada makhluk hutan yang muncul di hadapan mereka.

“Jangan risau, ini tempat persendirian. Sebab tu nampak macam tak pernah ada orang datang” balas Izham. Dia masih setia memimpin tangan Alyssa supaya mengikuti langkahnya.

Alyssa pula sudah terpukau apabila Izham membawanya melalui jalan-jalan yang berbatu. Di sekelilingnya pula, dipenuhi dengan batang-batang pokok yang besar dan bunyi burung yang berkicauan. Dari jauh, Alyssa sudah dapat melihat pemandangan sedang terbentang luas di hujung jalan sana.

“Cantiknya” puji Alyssa bila mereka sudah tiba di hujung lereng bukit itu. Kaki langit dan hujung hutan sana bagaikan bersatu mewujudkan satu pemandangan yang hanya boleh dilihat melalui lukisan.

“Cantik kan? Dulu waktu abang kecil, Tok Wan selalu bawa datang sini. Udara kat sini lagi nyaman dan suasananya lagi tenang sebab orang luar tak dibenarkan masuk ke sini. Kalau waktu matahari terbenam, lagi cantik. Dapat tengok kaki langit warna jingga”

Izham membiarkan Alyssa menikmati pemandangan dan udara di situ sebelum dia menarik isterinya menuju ke destinasi terakhir. Masih ada satu tempat lagi yang dia mahu tunjukkan kepada Alyssa.

Sampai sahaja di tempat tersebut, mulut Alyssa terus ternganga luas. Biar betul apa yang dia lihatnya ini! Alyssa pandang Izham tidak percaya, lelaki itu pula hanya menganggukkan kepala sambil tersenyum.

“Wah, cantiknya! Lyssa boleh rendamkan satu badan kan?” tanya Alyssa lagi.

“Iya sayang, nak buat macam kolam renang pun boleh” Izham tergelak melihat wajah keterujaan isterinya.

Alyssa terus memasukkan badannya ke dalam kolam air panas. Ya guys! Kolam air panas di tepi lereng bukit. Kau rasa? Sudahlah pemandangan yang terbentang luas itu sungguh cantik, dah macam dekat Bali pula rasanya. Cuma yang membezakan, lautan yang terbentang luas di Bali manakala di sini, pemandangan hutan menyapa pandangannya.

“Sayang suka tak? Selesa?” tanya Izham.

Alyssa menganggukkan kepalanya. “Suka! Selesa sangat, air kolam ni suam je. Tak terlalu panas”

Izham tersenyum lebar. Baguslah kalau isterinya suka. Maklumlah, Alyssa tak boleh mandi dengan bebas di air terjun sana disebabkan kandungannya. Lagipun air terjun pada waktu pagi terlalu sejuk. Alyssa kan mana boleh tahan sejuk.

“Abang tak nak join?” Alyssa mendekati Izham yang masih lagi terpacak di hujung kolam.

“Sayang nak mandi dengan abang ke?” Izham menjongketkan keningnya.

Alyssa mengangguk malu. “Bukan selalu dapat mandi kolam dekat tempat private macam ni”

Izham tergelak. Yalah! Dia menanggalkan seliparnya dan mendepakan tangan ke arah isterinya. Alyssa pantas menarik kuat tangan Izham dan lelaki itu terus jatuh ke dalam kolam. Alyssa ketawa kecil melihat wajah cemberut Izham.

“Ish, nasib baik muka abang tak tersembam ke dalam kolam. Sayang ni, makin nakal eh?” Izham memercikkan air kolam ke muka Alyssa.

“Abang, janganlah! Masuk mata Lyssa ni” Alyssa memejamkan matanya apabila Izham berkali-kali memercikkan air.

“Okay okay, tak buat dah” Izham menghentikan perbuatannya.

“Pedih ke?” tanyanya apabila Alyssa asyik menggosok matanya.

Alyssa mengangguk, bibirnya dicebikkan. “Pedih, abanglah yang over sangat”

Izham ketawa kecil. Dia mendekatkan dirinya ke arah Alyssa. “Biar abang tiup mata sayang”

Alyssa mencelikkan matanya luas-luas dan membiarkan Izham meniup untuk seketika.

“Pedih lagi?” Izham pandang isterinya.

Alyssa menggeleng. “Dah okay sikit”

Izham tersenyum. Dia merenung wajah Alyssa yang disinari cahaya matahari. Rambut basah Alyssa yang menutupi sebahagian pipi isterinya diselak ke belakang telinga. Dari kening, jatuh ke anak mata Alyssa yang berwarna coklat cair. Kemudian dia beralih ke hidung mancung Alyssa pula. Pandangannya terhenti di bibir merah Alyssa yang sudah kebasahan. Lama dia merenung di situ.

Ppap! Alyssa menampar bahu Izham.

“Apa renung-renung Lyssa macam tu? Korek biji mata kan?” ugut Alyssa. Seram pula dia dengan pandangan Izham. Sudahlah hanya mereka berdua di kawasan air kolam itu.

Izham tidak menjawab. Sebaliknya dia merapatkan tubuhnya ke arah isterinya. Alyssa pula sudah berundur ke belakang. Semakin Alyssa berundur, semakin laju Izham maju. Alyssa menggigit bibirnya bila belakang badannya sudah terhalang dengan dinding kolam. Oh mak, dia tak boleh lari lagi lagi!

Izham tersenyum senget. “Sayang tak boleh lari dari abanglah!” Izham mengepung Alyssa dengan kedua-dua tangannya ditahan ke dinding kolam.

“A..a.abang nak buat apa ni?” bergetar suara Alyssa apabila Izham semakin merapatkan wajahnya ke muka Alyssa. Alyssa memejamkan matanya rapat-rapat.

Izham menggelengkan kepalanya perlahan. Selalu sangat isterinya itu memejamkan mata kalau mereka duduk serapat ini. Izham merangkul pinggang Alyssa dan dengan pantas dia membawa Alyssa dekat dengannya.

“Abang!” Alyssa terjerit kecil.

“Sayang tu, abang tak buat apa-apa pun. Nak takut apanya?” Izham sudah tergelak melihat wajah pucat Alyssa.

“Ish, abang ni! Sekarang boleh tak lepaskan pinggang Lyssa?” Alyssa pandang suaminya. Izham menggeleng malah dia mengangkat Alyssa pula mahu mendukung isterinya.

“Abang!” sekali lagi Alyssa terjerit kecil apabila tubuhnya tiba-tiba diangkat. Nasib baik dia sempat berpaut pada leher Izham, kalau tak memang tubuhnya sudah jatuh melayang ke dalam kolam.

“Nasib baik dekat dalam kolam. Bolehlah abang dukung macam ni. Sayang ni sejak berbadan dua, makin berat tau” usik Izham. Alyssa mencebik.

“Huh, kalau Lyssa berat, abang turunkan je lah Lyssa. Tak payah dukung macam ni”

“Sayang merajuk ke?” Alyssa melarikan anak matanya ke arah lain.

“Sayang?” Izham mendongak memandang wajah isterinya. Alahai, isterinya memang sedang merajuk!

“Sayang, pandang abang jap” arah Izham tetapi Alyssa tidak menghiraukannya.

“Kalau sayang tak nak pandang abang, abang tak nak bawa sayang pergi kedai Uncle Muthu” Izham mula mengugut. Dia tahu Alyssa tidak berani pergi ke sana seorang diri kerana kawasan itu dipenuhi dengan pekerja asing.

“Ish yalah, selalu ugut Lyssa” Alyssa mula mengalah. Dia menundukkan mukanya memandang Izham yang sedang mendongak. Pautan di leher Izham semakin dikemaskan apabila Izham mula berjalan ke tengah kolam.

“I don’t care if you are getting heavier, chubbier or old throughout our life. Selagi wanita bernama Alyssa Irdina binti Azman yang hidup bersama di sisi abang, selagi tu abang akan bahagia. I love you the way you are. Yesterday, today too, the day after too, a year later too, I love you! You’re very precious to me” Izham merenung anak mata Alyssa.

“Tak ada satu saat pun abang tak cintakan sayang. Selagi jantung abang berdegup, nama sayang akan selalu ada dalam hati abang. Hari-hari abang sayangkan Lyssa. Hari-hari abang berdoa yang semoga Alyssa Irdina akan selalu menjadi bidadari hati abang. Bukan dekat dunia je tau, tapi di akhirat sana” Izham tersenyum.

Alyssa tergamam dengan bicara hati Izham. “Huk huk, abang ni! Abang buat Lyssa rasa nak nangis je”

Izham tergelak. Dia meletakkan Alyssa ke bawah dan dengan pantas isterinya itu menyembunyikan wajah merah padamnya di dada bidang Izham.

“Sayang malu ke?” usik Izham.

“Abang tiba-tiba sangat jadi romantik, mestilah Lyssa malu” perlahan-lahan Alyssa melepaskan pelukan dan memandang Izham dengan penuh rasa cinta yang sarat di dada.

“Lyssa pun sayang abang sangat-sangat. Lyssa tak pandai nak buat ayat bersemut macam abang, tapi Lyssa nak abang tahu yang Alyssa Irdina pun hari-hari sayangkan Izham Arshad. Lyssa harap jodoh kita berkekalan sampai ke syurga sana”

Izham tersenyum dan mengangguk kecil. Dia menarik Alyssa dan satu ciuman ke ubun-ubun Alyssa diberikan.

“I love you!”

“Lyssa pun, love you abang!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience