Datin Salmah yang memasuki dapur itu terus terhenti melangkah apabila melihat anaknya sedang mengelamun di meja makan. Dia merapati Izham dan menepuk perlahan belakang badan anaknya.
“Buat apa kat dapur tak masuk tidur lagi ni?” tegurnya.
Tersentak Izham seketika dengan kehadiran ibunya sebelum dia melepaskan keluhan kuat.
“Mengeluh Iz? Kenapa, ada masalah ke?” soal Datin Salmah mula risau. Dia menarik kerusi dan duduk di sebelah anaknya itu.
“Pasal Lyssa bu. Dah hampir dua minggu dia merajuk dengan Iz. Iz buntu, tak tahu nak pujuk macam mana lagi” luah Izham berat.
“La Lyssa merajuk dengan kamu ke? Patutlah nampak semacam je hubungan kamu berdua sejak akhir-akhir ni. Kenapa pula Lyssa merajuk? Pasal yang kamu marah dia dekat Terengganu tu ke? Masih tak settle lagi?” bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Datin Salmah.
Izham mengangguk lemah. “Pasal itu satu. Lagi, dia merajuk sebab Iz tak berhenti beli pisang goreng dan larang dia makan maggi malam tu. Kemudian, apa-apa yang Iz buat, Lyssa cakap Iz hanya buat untuk kesihatan bayi sahaja. Dia kata Iz dah tak sayangkan dia and lebih utamakan kandungan dia. Entahlah Iz, tak faham” adu Izham.
Datin Salmah pula sudah tersenyum senget mendengar aduan Izham. Hal kecil sahaja rupanya. Ingatkan kenapalah Alyssa masih melancarkan perang dingin terhadap Izham. Takut juga jika Izham ada buat salah besar dengan isterinya itu.
“Iz, biasalah tu. Orang mengandung ni dia banyak ragam dan cepat sensitif. Even perkara kecil pun dia boleh cari salah suami. Hormon tak stabil lah katakan. Sebenarnya, Lyssa buat semua tu sebab nak perhatian lebih suaminya sahaja. Dia kan berbadan dua, risau lah tu kalau Iz lebih sayangkan bayi darinya” pujuk Datin Salmah.
“Tapi kenapa Lyssa still layan Iz dingin walaupun Iz ikut je cakap dia? Iz sayangkan Lyssa and Iz pun sayangkan bayi tu. Dua-dua harta yang tak ternilai dalam hidup Iz. Tak mungkinlah Iz nak melebihkan salah satu”
Datin Salmah ketawa kecil melihat wajah cemberut Izham. Memang sejak dari dulu lagi Alyssa sahaja yang boleh menghuru-harakan hidup anaknya. Jika perkara melibatkan Alyssa, Izham akan duduk termenung dan fikirannya menjadi kusut. Tertekan dengan hal kerja pun, Izham masih boleh berfikiran secara rasional.
“Dingin-dingin Lyssa pun tapi dia still ikut je kan cakap Iz? Ibu tengok yang Lyssa tu masih jaga pakai minum kamu. Kalau nak pergi mana-mana atau buat sesuatu pun, dia minta izin Iz dulu kan?”
Izham mengiyakan. Memang Alyssa masih mendengar katanya. Bila disuruh minum susu, dia minum. Bila dia mahu mengurut kaki Alyssa, isterinya membiarkan. Bila Izham menegur supaya tidak lagi melarikan diri untuk lunch bersama-sama, Alyssa tidak membantah hebat. Nak keluar dengan Sara pun, Alyssa masih meminta izinnya.
“Tapi bu, Lyssa tak nak bermanja dengan Iz. Bila Iz mendekat, dia terus melarikan diri. Lyssa hanya mendekat dekat Iz bila dia mengidam makanan je”
“Hurm, kes rindu belaian dari sang isteri rupanya” Datin Salmah sudah menggelengkan kepalanya.
Tiba-tiba Izham berpusing menghadap Datin Salmah.
“Ibu, Iz fikir nak bawa Lyssa bercuti dekat kampung Nek Wan lah. Tak pernah lagi dia jejak kaki dekat sana” ujar Izham bila dia teringatkan rumah neneknya di Janda Baik. Nek Wan merupakan ibu kepada ayahnya, Dato’ Ilham.
“Bagus juga cadangan Iz tu. Lagipun Iz pun dah lama kan tak jumpa Tok Wan dan Nek Wan? Dapat juga tenangkan fikiran dan sejukkan hati Lyssa dekat sana tu. Suasana kampung kan lain sikit” Datin Salmah bersetuju dengan cadangan Izham.
“Haah, Lyssa pun tak kenal lagi mereka” Izham sudah tersenyum simpul kerana berjaya memikirkan hal pulang ke kampung.
“Bila Iz nak bawa Lyssa ke sana?”
“Secepat mungkin. Takut melarat pula rajuk Lyssa. Harap-harap dapatlah pulihkan hubungan kami berdua dekat sana”
“InsyaAllah, semoga urusan Iz dipermudahkan” doa Datin Salmah.
“Iz nak masuk bilik dulu lah. Dah lewat ni, takut Lyssa tercari-cari Iz pula” pinta Izham seraya berdiri dari kerusi.
“Ha yalah. Iz sabar sikit eh dengan Lyssa tu? Jangan ikutkan rasa sakit hati sangat” pesan Datin Salmah.
“Ya bu. Jangan risaulah. Selamat malam bu, Iz naik dulu” pamit Izham. Sempat dia menyalami tangan Datin Salmah sebelum bergegas naik ke bilik beradunya.
****
“But don’t worry. Aku akan jadikan kau bukan orang luar untuk Ana”
“Maksud kau?” soal Sara setelah lama dia terdiam. Sungguh dadanya sudah berdetak hebat memikirkan kemungkinan maksud ayat itu.
Firash mendekati Sara dan meraih tangan gadis itu. Mata hazel milik Sara pula ditenung dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
“Aku tak tahu sejak bila perasaan ini hadir. Apa yang aku tahu, aku tak suka bila ada lelaki lain cuba dekati kau. Aku tak suka tengok kau sedih. Aku rasa marah kalau aku tahu kau ada dalam bahaya atau susah sebab aku kecewa tak dapat protect kau. Hari-hari dan setiap saat aku asyik terfikirkan kau. Kau buat apa? Sudah makan ke belum? Kau okay ke tak?” Firash terjeda. Dilihatnya Sara sedikit terkaku dengan pengakuan darinya itu.
“At first, sumpah aku clueless gila dengan perasaan ni. Tapi lama-lama aku sedar and faham kenapa aku berperasaan macam ni dekat kau. Sara…” Firash sedikit teragak-agak.
“Aku..aku.. dah mula sayangkan kau. Aku tak tahu sejak bila tapi aku memang sudah jatuh cinta dengan kau” luah Firash setelah lama dia berperang dengan perasaan sendiri.
Melihat Sara yang masih terdiam, Firash sambung percakapannya lagi.
“Kau jangan risau. Aku tak akan paksa kau untuk suka aku balik. At least, aku dah jujur dengan perasaan aku sendiri. Cuma, aku harap kau dapat mempertimbangkan perasaan aku dekat kau. Aku akan tunggu kau sampai kau sedia untuk terima aku”
Hati Sara bergetar hebat apabila Firash mengungkapkan rasa cintanya. Sumpah, inilah yang dia ingin dengar dari mulut Firash kerana dia pun menyayangi lelaki itu. Tapi, tiba-tiba Sara merasa ragu-ragu pula. Bukan, dia keliru sebenarnya.
“Firash, bagi aku masa please untuk hadam semua ni? Semua ni terlalu cepat bagi aku and aku..”
“Aku faham. Ambillah masa sebanyak mana pun yang kau nak. Aku akan setia menunggu kau” Firash sudah tersenyum memandang Sara.
“Thanks Firash”
Sara sudah menggelepar di atas katilnya apabila teringatkan kejadian Firash meluahkan isi hati lelaki itu terhadapnya. Sudah seminggu kejadian itu berlalu, tapi ingatan Sara masih memainkan peristiwa itu di kotak fikirannya.
“aaaaaaaaa!” jerit Sara sambil menekapkan mulutnya di bantal. Bergegar rumahnya jika dia menjerit lantang.
Bbeep! Bbeep!
Sara terus mencapai telefonnya yang terletak di atas almari kecil di tepi katil. Mesej daripada Firash itu tidak dibuka, hanya dibaca yang tertera di skrin telefon sahaja.
‘Have a good rest. You did your best at work today:) Goodnight and sweet dream’
Sara tersengih membaca pesanan itu. Firash masih setia menghantar pesanan setiap malam walaupun dia tidak membalasnya.
“Amboi anak dara, senyum sampai ke telinga nampak? Buah hati mesej ke?” tegur seseorang yang sedari tadi sudah muncul di muka pintu bilik Sara. Segala perilaku Sara sudah dilihatnya.
“Eh Along! Bila sampai?” terkejut Sara melihat kehadiran abangnya yang bekerja di Johor Bharu itu. Telefon di tangannya sudah dicampak ke tepi.
“Along baru sampai lepas Isyak tadi. Mana lah nak perasan along kalau Sara asyik fikirkan buah hati je? Ingat Along tak nampak ke Sara asyik tersengih-sengih je dari tadi” sindir Safwan seraya bergerak memasuki bilik Sara.
“Mana ada lah. Sara mesej dengan kawan lah tadi” nafi Sara.
Safwan pula mencebik. Ingat dia boleh ditipu ke?
“Eeee, rindunya Sara dekat along!” Sara memeluk Safwan erat. Sara memang sangat rapat dengan abang sulungnya itu.
“Dah besar pun nak peluk along lagi. Nanti buah hati Sara nampak, teruk along kena” usik Safwan lagi sambil tergelak kecil.
“Sara tak ada buah hatilah along! Jangan memandai eh! Along tu yang sepatutnya kena ada buah hati! Umur dah masuk 30 series, tapi single lagi. Eee tak malu!” Sara memerli Safwan pula.
“Along tak apa. Along ni lelaki. Semakin berumur, semakin laku dekat pasaran. Saham makin tinggi”
Sara mencebik. Nak menafikan pun, memang itu hakikatnya.
“Along cuti berapa hari kali ni?” soal Sara. Dia sedia maklum bahawa Safwan yang bekerja sebagai pensyarah itu sangatlah sibuk orangnya.
“30 hari! Kan sekarang ni cuti semester”
“Wah! Lamanya Along dekat rumah. Nanti bolehlah along bawa Sara dan Saef pergi bercuti dekat mana-mana” ujar Sara sudah teruja. Memang Safwan suka membawa dia dan adiknya pergi melancong jika lelaki itu bercuti panjang.
“Boleh. Tapi kali ni kena bawa angahlah. Dia dah bising asyik tinggal dia je selama ni”
Sara tergelak kecil. Teringat muka cemberut abang keduanya, Safiq yang tidak berpuas hati asyik ditinggalkan sahaja. Lelaki itu pula bekerja sebagai seorang peguam, lagilah sibuk orangnya.
“Tak apalah, Sara rehatlah dulu. Esok kerja kan?”
“Haah, esok and lusa Sara on duty. Penat” adu Sara sedih.
Safwan tersengih. “Penat pun penatlah Sara. Dah jadi tanggungjawab kita kan? Along yakin Sara mampu” Safwan mengusap kepala adiknya.
“Dahlah, layan Sara ni sampai esok tak sudah. Tidur awal malam ni, dapatkan rehat yang cukup. Esok along hantar Sara ke hospital. Atau buah hati Sara yang datang ambil?” usik Safwan lagi.
“Along! Sara tak ada buah hati lah!” jerit Sara geram. Dia melempar bantal peluknya ke arah Safwan yang sudah pun berlari keluar dengan sisa gelaknya.
“Hish!”
Share this novel