"Abang!" teguran seorang gadis yang masih remaja mengembalikan Alyssa ke alam nyata.
"Eh Ana dah siap shopping ke?" Firash berpaling ke arah adiknya.
"Dah. Dari tadi lagi cari abang" balasnya. Matanya memandang Alyssa penuh minat. Dia angkat kening kepada abangnya, Firash hanya tersenyum lebar.
"Akak Dina eh? Saya Syazana, adik abang. Tapi panggil Ana je " dia hulurkan tangan untuk bersalam. Alyssa kaget dan cepat-cepat sambut hulurannya .
"Mesti akak terkejut kan macam mana Ana boleh tahu nama akak?" Remaja yang berusia 17 tahun itu memeluk erat Alyssa seolah-olah sudah lama kenal.
"Akak cantik sangat. Sebab tu abang tak boleh lupakan kakak. Ana yang first time jumpa pun terus jatuh suka apatah lagi abang" katanya mesra.
"Err, abang Ana cerita pasal akak ke?" Alyssa cuba mengorek rahsia sejauh mana Syazana itu mengenalinya. Syazana mengangguk.
"Dulu masa abang dekat MRSM dia selalu call Ana and story pasal akak. Bila dia tahu dia kena pindah sekolah dan tinggalkan kakak, abang memang memberontak habis. Dan bila dia jumpa akak semula kat universiti, dia jadi ceria balik" cerita Syazana buat Lyssa terkedu .
"Ish Ana, kenapa cerita kisah lama? Malu lah abang"
"Alaa nak malu buat apa? Memang itu kenyataannya. Hari-hari nangis sebab rindu kak Dina" Syazana menjelirkan lidah.
Alyssa hanya ketawa, senang dengan keramahan dan kemesraan adik Firash .
"Awak tak payah percaya dengan cerita Ana. Dia auta awak je tu" kata Firash yang sudah membahang. Malu dengan Alyssa kerana rahsianya itu sudah diketahui gadis itu.
"Abang, daripada borak-borak dekat sini apa kata kita ajak kak Dina makan sekali? Bolehlah Ana kenal rapat lagi dengan Kak Dina" usul Syazana.
"Eh tak payah susah-susah. Akak datang dengan teman ni. Lain kali la akak join korang” tolak Alyssa.
"Alaa, akak ajak la kawan akak join kita orang" ajak Syazana tidak mahu mengalah. Alyssa jadi serba salah pula.
"Lysaa" muncul Izham dan memeluk bahu gadis itu.
"Aa..bang" terkejut Alyssa dengan kehadiran Izham.
"Siapa ni ?" soal Izham dan berpaling melihat Firash dan Syazana.
"Kauu ?!" Izham terkejut manakala Firash dan Syazana pula terkedu.
***
Air coke itu diteguk perlahan oleh Alyssa. Dia memandang Izham di sebelahnya. Kemudian memandang Firash dan Syazana di hadapannya pula. Suasana hiruk pikuk dalam McDonalds itu tidak memberikan kesan langsung terhadap kesunyian yang tercipta di meja itu.
"So, papa apa khabar?" Izham memulakan perbualan.
"Papa sihat. Nasib baik kau terima jawatan pemangku CEO tu so bolehlah papa berehat kejap” balas Firash.
'They share same dad' itu first conclusion Alyssa berdasarkan perbualan tadi.
Second conclusion Alyssa 'Izham akan mewarisi syarikat ayahnya nanti'
"How’s your mummy?” tanya Izham lagi.
"Same likes Dad, she is fine. Dia busy dengan saloon dia sekarang ni. Ibu macam mana?" giliran Firash pula menyoal.
"Ibu macam tu lah. Sibuk dengan butik dia" Selepas itu keadaan kembali menyepi .
Okay third conclusion Alyssa 'They are from different mothers’.
"Okay, sekarang kita makan boleh tak? Burger dah nak sejuk ni" Alyssa cuba menghidupkan suasana. Firash dan Izham memandangnya.
"Apa hubungan kau dengan dia?” hampir serentak Firash dan Izham bersuara sambil menunjukkan ke arah Alyssa. Mereka berpandangan.
"She's my girlfriend" kata Firash.
"She's my wife to be" balas Izham.
Alyssa ternganga mendengar statement cari pasal daripada mereka berdua. Ni dah lebih ni!
"Excuse me! Saya bukan girlfriend Firash and saya bukan bakal isteri Izham. Tak hingin lah dua-dua” bentak Alyssa geram . Suka hati je cakap macam tu.
"So apa hubungan kakak dengan dua orang kaum Adam ni?” Syazana meminta kepastian .
"Well, Dina used to be my girlfriend" jawab Firash.
"Lysa adik angkat aku" ujar Izham tidak mahu mengalah.
Syazana memandang Lysa .
"Betullah dua orang ni cakap. Tapi Firash auta sikit. We used to be a special friend. No more than that” terang Alyssa.
'Dah kenapa aku pula yang jadi topik perbualan ni?’ Alyssa mengeluh
Tapi lain pula reaksi Izham, dia menghembuskan nafas kelegaan. Firash memandang Izham. Nampaknya dia ada pesaing dan pesaing tersebut adalah abang tirinya !
***
Masuk sahaja ke dalam kereta, Alyssa terus meminta further explanation daripada Izham .
"Boleh tak Abang Chad terangkan kedudukan sebenar pasal Abang Chad, Firash dan Syazana?"
"Kenapa nak tahu? Tak ada kena mengena dengan kau la”
Alyssa mengeluh. “Susahlah Abang Chad ni. Baik mintak Firash je cerita kalau macam ni” gumam Alyssa perlahan.
"Kami adik beradik tiri" Izham cepat-cepat membuka mulut sewaktu nama Firash terbit di bibir mungil gadis di sebelahnya.
"Dah tahu yang tu. Lyssa nak tahu yang lebih detail” cebiknya.
Mulut muncung Alyssa itu buat Izham ketawa kecil. Gadis itu memandangnya 'apa yang lucu?'
"Masa tu abang berumur 13 tahun sebelum Lyssa jadi adik angkat. Ibu dan Papa bercerai sebab Ibu tertangkap Papa dah kahwin lain and ada 2 orang anak. Nak detail lagi ke?” sindir Izham.
"Tak payah. Lyssa boleh conclude sendiri. Habis tu kenapa abang Chad yang kena ambil alih syarikat papa pula?".
"Kata boleh conclude sendiri?” sindir Izham.
Alyssa menjeling tajam.
“Erm, aku kan anak lelaki sulung so papa kata aku lebih layak. Lagipun Firash tak berminat, dia prefer jadi engineer syarikat" sambung Izham.
Alyssa mengangguk faham
"Macam mana kenal Firash?” tanya Izham pula.
Fikiran dia masih lagi terbayang kemesraan Firash tadi terhadap Alyssa. Cemburu ? Memang cemburu. Dia pun tak tahu macam mana dia boleh jatuh cinta pada Alyssa. Sejak zaman persekolahan lagi dia jadi berang kalau ada lelaki lain cuba mendekati gadisnya.
Tapi dia ego! Tak tahu macam mana nak express feeling dia terhadap Lyssa. Ini pun, sejak dia pulang dari Ireland dia cuba untuk mendekati Alyssa. Tapi tu lah, dia seorang jenis yang panas baran. Mujur sahaja Alyssa tidak ambil hati dan masih melayannya dengan baik.
"Kenapa tanya? Dia kawan sekolah Lysa masa dekat MRSM dulu" jawab Lysa.
Izham hanya mengangguk. Ya dia ingat! Papa pernah cakap yang adik tiri dia juga turut sekolah di sana.
"Tak lah. Dia dengan kau nampak lain macam" ujar Izham.
Alyssa tidak menjawab sebaliknya dia berpusing menghadap ke luar tingkap, cuba melupakan kenangan lalu .
Izham mengerling Alyssa. Nampaknya memang ada sesuatu antara Firash dan Alyssa! Tak boleh jadi ni. Dia harus bertindak cepat sebelum orang lain memiliki Alyssa!
'Okay, misi memikat Lysa begin from now!'
'Wait! Kalau nak pikat anak kena pikat mak dulu kan?' Firash tersengih. Nampaknya dia memang kena manfaatkan betul-betul kepulangan Mama selama dua minggu ini.
Share this novel