37

Romance Completed 28229

Sara mengeluh kuat apabila sekali lagi panggilannya ke Firash tidak berjawab. Dia melemparkan telefon bimbitnya ke atas katil. Pintu beranda dibuka seluas mungkin untuk dia menenangkan fikiran yang berserabut.

Sudah tiga hari berturut-turut, Firash tidak menghiraukannya. Telefon tidak berjawab, mesej tidak berbalas. Kalau diikutkan hatinya, mahu sahaja dia menemui Firash di pejabat. Tapi dia bukan seorang gadis yang sampaikan mencari lelaki di tempat kerja!

‘Firash, aku rindu kau. Kau masih marahkan aku lagi ke?’

Sara sudah menerangkan segala-galanya tentang apa yang disalah artikan oleh Firash. Dia sudah memberitahu bahawa lelaki yang Firash nampak itu adalah Safwan, abangnya! Tapi mesej yang dihantar Sara melalui whatsapp itu hanya menunjukkan satu tick sahaja. Sama ada Firash memang matikan telefonnya atau block nombor telefon Sara.

“Sara…”

Sara berpaling. Satu senyuman kelat dihadiahkan kepada uminya, Puan Safiah.

“Sara masih marahkan along dan angah ke?”

Pantas Sara menggelengkan kepalanya. “Tak adalah umi. Sara dah maafkan along dan angah. Bukan salah mereka sangat, Sara pun ada salahnya juga”

“Habis tu, kenapa muka Sara masih lagi muram? Tadi pun Sara tak turun makan. Kesian abang-abang Sara, asyik salahkan diri sendiri” tangan Sara ditarik lembut menuju ke katil.

“Firash dah tak nak ambil tahu pasal Sara, umi. Dia dah benci Sara. Sara pun marahkan diri Sara sebab tak bagi jawapan Sara dekat dia awal-awal lagi. Kalau tak, mungkin sekarang kami dah bahagia” Sara melentokkan kepalanya ke bahu Puan Safiah.

Uminya sudah tahu segala perkara yang berlaku kerana malam dia ditinggalkan Firash, dia menangis teresak-esak ketika pulang ke rumah.

“Macam mana Sara tahu yang Firash dah bencikan Sara? Dia cakap ke?”

Sara menggeleng. “Bukan, dia tak cakap. Tapi kalau mesej Sara pun dia tak balas, panggilan Sara pun dia tak angkat, memang itu tandanya dia dah tak sayang Sara lagi. Dia cuba buang Sara dari hidup dia” Sara sudah teresak-esak kecil.

“Tak semestinya Sara. Mungkin dia perlukan ruang dan masa untuk terima semua ni. Pasti malam tu Firash terkejut and terikut-ikut perasaan sakit hati dia” belakang Sara ditepuk perlahan.

“Sara menyesal umi. Sepatutnya Sara tak biarkan dia tertunggu-tunggu jawapan Sara. Sara tak sanggup kehilangan dia, Sara betul-betul cintakan Firash. Salah Sara sebab tak luah perasaan Sara yang sebenarnya”

Ya, dia menyesal kerana selalu mengelak untuk membagi jawapan kepada Firash. Sekarang bila Firash sudah pergi, barulah dia terhegeh-hegeh untuk mengaku cinta.

“Sara, kalau Firash tu memang ditakdirkan sebagai jodoh Sara, pergilah ke mana pun Sara dan Firash akan bersatu juga. Sara doa-doakan yang baik je lah ya? Kalau Firash pun sayang Sara dan tak sanggup kehilangan Sara, pasti dia cari Sara juga. Bagi dia masa dan ruang dulu” Puan Safiah pandang wajah Sara yang sudah kemerah-merahan.

Sara mengangguk dalam terpaksa. Ya, dia akan ikut cakap umi. Tapi dalam keadaan sekarang, Sara tak yakin dia boleh buat kerja dengan baik. Fikiran dia memang hanya ada nama Firash sahaja.

“Umi..”

“Ya?”

“Sara ingat Sara nak habiskan cuti tahunan Sara lah. Sara nak pergi kampung Alyssa, nak cari ketenangan dekat sana. Boleh tak?” Sara mendongak memandang wajah Puan Safiah.

“Pergilah kalau itu yang terbaik buat Sara sekarang ni”

Sara tersenyum lalu dia mendakap Puan Safiah. “Thank you, umi”

“Bila Sara nak pergi?”

“InsyaAllah dalam dua tiga hari lagi. Sara nak settlekan kerja Sara dekat hospital dulu sebelum cuti”

Puan Safiah mengangguk. Rambut panjang Sara diselak. “Yalah, hati-hati kat tempat orang nanti”

“Okay, umi!”

*************

Alyssa melipat telekungnya setelah bacaan wirid dan doa telah selesai. Tudung sarung pula dicapai lalu dipakainya. Lepas maghrib tadi, dia merengek mahu mengikut Tok Wan dan geng lelaki pergi surau. Mia pun Alyssa heret sekali untuk menemaninya. Cikgu Seri juga turut menyibuk nak ikut. Huh!

“Kak Lyssa dah siap ke?” soal Mia di sebelah.
Alyssa mengangguk. Dia tersenyum memandang Mia yang nampak tidak berapa selesa memakai tudung. Mia ni sebenarnya tidak bertudung. Tapi disebakan mahu pergi ke surau, dirembatnya tudung Nek Wan yang labuh itu.

“Meh Kak Lyssa betulkan tudung Mia? Itulah, siapa suruh rembat tudung Nek Wan”

Mia tersengih lalu menghadapkan mukanya memandang Alyssa. Mia memperhatikan Alyssa yang sudah muncung mulutnya ketika asyik membetulkan tudungnya. Tiba-tiba Mia ketawa kecil.

“Kenapa gelak pula ni?” Alyssa pandang Mia pelik.

“Tak adalah. Mia cuma teringat hari pertama Mia kenal Kak Lyssa. Kak Lyssa nampak tak suka Mia je”

Alyssa menepuk perlahan paha Mia. “Ish, janganlah sebut pasal tu lagi. Sebab Mia lah, Mia nampak tak suka bila abang Iz cakap dia dah kahwin. Pastu pandang Kak Lyssa semacam je. Macam mana lah Kak Lyssa tak salah sangka. Kak Lyssa ingat Mia suka abang Iz tau!”

Mia ikut tergelak. “Memang Mia sayang abang Iz pun. Sayang sangat-sangat”

Terhenti tangan Alyssa di tudung Mia. Dia menjongketkan keningnya ke arah Mia.

“Sebab Abang Iz kan sepupu Mia, mestilah Mia sayang. Abang Iz layan Mia macam adik dia sendiri, terubat rindu Mia dekat abang Mia di Switzerland sana” sambung Mia lagi dan senyum mengejek ke arah Alyssa.

“Ish, budak ni! Nak tercabut jantung Kak Lyssa tadi” Alyssa geram.

“Abang Iz hanya sayang Kak Lyssa lah. Datanglah perempuan macam mana pun, Abang Iz tetap pilih Kak Lyssa. So, Kak Lyssa janganlah risau ya?”

Alyssa tersenyum. Budak sekolah tapi dah cakap pasal cinta!

“Kak Lyssa janganlah merajuk manja lagi dengan Abang Iz. Kesian dia, asyik-asyik muka monyok abang Iz je yang Mia hadap bila Kak Lyssa tak nak layan dia”

Muka Alyssa sudah berbahang. Aik, Mia tahu ke dia selalu merajuk dengan Izham?

“Ala bukan Mia je yang perasan, Tok Wan dan Nek Wan pun tahulah” seakan memahami kerutan di wajah Alyssa, Mia sambung bicara.

“Alamak! Nampak sangat ke Kak Lyssa suka merajuk?” Alyssa menggigit hujung bibirnya.
Mia tersengih dan mengangguk kecil. Suka pula dia melihat wajah Alyssa menahan malu ini. Comel!

“Lyssa dan Mia dah siap ke?” muncul pula Seri dengan senyuman di bibir.

“Dah, tunggu Mia lipat telekung dia jap” balas Alyssa sambil mengarahkan Mia untuk melipat telekungnya dengan segera.

“Nanti kat luar surau, Lyssa jangan pelik pula tau kalau ada mak cik kepoh cakap macam-macam. Lagi-lagi Lyssa ni cucu menantu Tok Wan” pesan Seri sebelum dia berlalu pergi.

Alyssa pandang Mia pelik, tidak memahami maksud Seri.

“Oh, sebenarnya Tok Wan ni orang berpengaruh dekat kampung ni. Kalau jumpa je ahli keluarga Tok Wan, memang orang kampung suka cakap macam-macam. Yang baik tu tak apalah, kalau jumpa yang mulut tempayan tu susah sikit. Mia pun kena tempias tau dek mulut longkang tu. Sebab tu lah Mia pun tak ramai kawan kat kampung ni” terang Mia sambil tersenyum kelat.

Alyssa hanya mengangguk faham. Malas mahu memikirkan soal itu, Alyssa mengajak Mia untuk ke luar surau. Pasti Izham dan lain-lain sedang mengagihkan pulut durian Nek Wan kepada orang kampung.

“Sayang..” Izham sudah tersenyum lebar apabila kelibat Alyssa menyapa pandangannya. Terpukau dia tadi dengan Alyssa yang hanya memakai jubah hitam dan tudung sarung. Nampak cantik dan ayu walaupun ringkas sahaja pemakaiannya. Lagi-lagi pipi montel Alyssa yang kemerah-merahan. Pasti Alyssa kesejukan kerana udara malam di kampung ini memang sejuk. Lagi-lagi selepas hujan.

“Itu ke cucu menantu Tok Wan yang mengidam pulut durian ni? Cantik, sesuai dengan Iz” tegur Pak Man, orang surau di kampung itu bila Alyssa sudah tiba di sisi Izham.

“Ha! Cucu menantu aku lah ni, Alyssa namanya” perkenal Tok Wan dengan bangga.

“Seorang demi seorang datang ke kampung ni dan perkenalkan diri sebagai cucu menantu Tok Wan. Kau Seri, bila pula nak jadi cucu menantu Tok Wan? Asyik ulang-alik ke sana tak ada hasil pun, tak guna juga!” sindir Mak Munah ke arah Seri yang sibuk mengagihkan makanan.

“Ke kau masih mengharapkan abang Mia?”

Alyssa terus menoleh ke arah Seri yang kelihatan sedikit tersentak itu. Maksud mak cik tadi apa? Seri pernah ada hubungan dengan abang Mia ke?

“Kau Munah, cerita lama janganlah dikenang! Seri pun aku dah anggap macam cucu sendiri. Ada lah juga buat peneman Nek Wan dekat kampung ni” tegur Tok Wan tidak suka dengan mulut lancang Mak Munah.

“Huh, aku tanya je! Manusia ni kalau dah bertopengkan syaitan, susah sikit nak ubah. Abang Mia yang dah bertunang pun dia cuba nak ganggu, apatah lagi orang yang dah kahwin kan? Haa Alyssa, jaga-jaga sikit dengan Seri ni. Suka merampas hak orang!” tempelak Mak Munah. Bukannya dia tak perasan cara pandangan Seri terhadap Izham.

“Mak Munah! Itu cerita lama, Seri dah lupakan lah! Seri ikhlas dengan Nek Wan sekeluarga. Seri dah anggap mereka seperti keluarga kandung Seri sendiri. Seri pun masih sedar diri lagi, Seri tahu siapa Seri” sampuk Seri tidak betah diburuk-burukkan Mak Munah. Malu dengan orang-orang kampung yang sudah tertoleh-toleh.

Alyssa dan Izham pula sudah berpandangan sesama sendiri dengan drama yang tidak disangka-sangka itu. Umar, Nafis dan Rodi buat-buat tidak tahu. Tangan mereka tetap mengagihkan pulut durian kepada orang kampung. Tok Wan pula mengarahkan suami Mak Munah itu untuk membawanya isterinya pulang. Kalau tak, bertambah haru jadinya.

“Cikgu Seri, jom Mia temankan cikgu ke kereta. Cikgu Seri pulanglah dulu, abang Umar dan lain-lain boleh tolong agihkan. Kalau Cikgu Seri still kat surau ni, Mia takut Cikgu Seri terluka lagi” pantas Mia menarik tangan Seri pergi dari situ. Kesian pula dia dengan Cikgu Seri.

“Ha yang lain kalau dah dapat pulut durian tu, bolehlah beransur pulang ya?” laung Tok Wan pula. Barulah orang kampung mula bertempiaran balik bila ditegur Tok Wan. Biasalah drama percuma orang kampung, siapa je yang tak nak ambil tahu kan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience