Alyssa menjeling geram seorang wanita yang ayu bertudung sedang ketawa kecil di sebelah Nek Wan. Izham yang berada berdekatan dengan wanita itu juga turut menghamburkan tawanya. Huh, entah apa lah yang lucu!
“Iz, awak nak cuba rasa onde-onde yang saya buat ni tak?” satu huluran dihalakan ke arah Izham, bersedia mahu menyuap lelaki itu.
“Eh tak apa, Cikgu Seri. Saya boleh makan sendiri” tolak Izham. Dengan spontan dia mengambil onde-onde yang sudah siap dimasak lalu disuap ke dalam mulutnya.
“Oh, okay. Sedap tak yang saya buat tu?” wajah kecewa Seri cuba disorok sebaik mungkin.
“Seri yang buat, mestilah sedap” sampuk Nek Wan tersenyum.
“Haah betul tu. Tak perlu cakap lebih, memang sedap” puji Izham dengan hasil air tangan Seri. Patutlah Nek Wan suka sangat belajar membuat kek dan kuih dengan wanita itu.
“Sayang nak try? Tapi masih panas lagi ni” Izham memandang Alyssa yang hanya duduk di kerusi meja makan. Dia melarang Alyssa melalukan kerja kerana isterinya itu masih tidak sihat. Pucat sahaja wajah Alyssa.
“Tak nak. Tak ada selera” Alyssa menggelengkan kepalanya.
Tak nak lah dia merasa hasil air tangan wanita yang tiba-tiba sahaja datang ke rumah Nek Wan petang tadi. Kalau tak disebabkan wanita yang dipanggil sebagai Cikgu Seri itu cuba untuk bermesra dan mencari perhatian Izham, sudah pasti dia akan menerima pelawaan Izham. Dia pun nak merasa juga kuih tradisional itu!
“Isteri awak tu tengah tak sedap tekak lah tu. Biasalah pembawakan budak. Kan Lyssa kan?” Seri memandang Alyssa sambil bibirnya sengaja diukirkan senyuman manis.
‘Tak adalah cantik sangat isteri Iz. Biasa sahaja. Aku rasa aku lagi cantik dari dia. Kalau tak, tak adalah orang kampung ni sibuk nak cuba try aku!’ desis Seri perasan sendiri.
“Nek Wan, lambat lagi ke Tok Wan dan Mia nak kopek durian tu? Lyssa dah tak sabar nak merasa” rengek Alyssa kepada Nek Wan, manja. Soalan Seri dibiarkan tidak berjawab.
“Itulah, lama sangat Tok Wan kamu kopek durian dekat belakang tu. Biasa sekejap sahaja” Nek Wan juga turut merasa pelik.
“Tak apalah, biar Lyssa jenguk Tok Wan dekat belakang tu” Alyssa pantas bangun dari duduknya.
“Hati-hati jalan tu sayang” pesan Izham risau sebelum isterinya itu pergi dari situ. Kalau bukan dia sedang menolong Nek Wan gentel adunan ini, dia pasti akan memimpin Alyssa.
“Sayang sangat awak dekat Lysa tu” komen Seri.
“Dia isteri saya kan? Mestilah saya sayang. Alyssa adalah harta dunia akhirat saya” balas Izham sambil tersenyum lebar.
“Kalau kamu nak tahu Seri, Iz tu pantang benar kalau nampak Alyssa buat kerja berat atau bersendiri. Risau baby dan bini dia lah kononnya. Sampaikan Lyssa sendiri pun naik rimas bila asyik kena bebel je dengan suami dia tu. Tak boleh buat itu, tak boleh buat ini. Hilang sekejap pun terus dicarinya Si Lyssa tu. Nek Wan yang lihat pun dah naik rimas tau” sindir Nek Wan dengan perangai terlebih prihatin cucunya itu.
“Nek Wan…..” meleret sahaja Izham memanggil neneknya. Geram!
Nek Wan ketawa kecil. Seri pula sudah tersenyum kelat.
“Nek Wan, ni adunan terakhir Iz tau. Kerja Iz dah siap, so izinkan tuan hamba berundur diri dulu ya? Mahu menjejaki kasih tuan hamba di belakang sana” Izham meletakkan adunan terakhir ke dalam periuk panas.
“Ha kan Nek Wan dah cakap, memang tak boleh berenggang langsung dengan bini dia!” Nek Wan sudah tergeleng-geleng melihat Izham sudah bergegas ke belakang.
Izham mendekati Alyssa yang ralit melihat beberapa orang pemuda sedang mengopek durian. Tangannya memeluk bahu Alyssa dengan mesra.
“Bila masa kamu datang sini Umar? Abang Iz tak perasan pun” tegur Izham kepada Umar yang sedang berusaha mengopek durian.
“Tak adalah lama sangat. Mia yang suruh datang. Katanya ada pesta durian, tu yang angkut sekali member datang sini. Ingatkan datang makan je, alih-alih kita pula yang kena kopek durian yang bertambun ni” ujar Umar sambil menjeling Mia geram.
Mia buat muka tidak bersalah. “Ala abang Umar kan muda lagi. Masih kuat. Takkan nak suruh Tok Wan yang kopek segala durian ni. Nanti pun nak agih dekat orang kampung juga kan? Menolong orang besar pahalanya tau”
“Ha dengarlah tu abang Iz. Tak habis-habis dengan ganjaran pahala dia”
Izham tergelak. Budak berdua ni selalu ada sahaja modal hendak bergaduh manja.
“Cepat sikit Umar habiskan kopek durian ni. Dari tadi aku nampak macam tak terjejas je bilangan durian tu. Mulut kau je yang bergerak banyak. Kesian cucu menantu aku, dari tadi tunggu nak makan pulut durian” sampuk Tok Wan.
Umar membulatkan matanya. Dia pula yang kena? Kawan-kawannya dan Mia pula sudah ketawa bila Umar ditegur Tok Wan.
“Susahlah nak kopek durian yang ni, Tok Wan. Kulit dia keras sangat” adu Umar yang sedari tadi masih dengan durian yang satu itu.
“Kamu tu yang lembik, Umar! Tengok si Nafis dan Rodi tu, senang je kopek. Dah banyak durian yang mereka kopek” Tok Wan mencebik.
“Entahlah kau ni Umar! Aku dengan Rodi senang je buat. Kau tu yang propa lebih” perli Nafis.
“Lembik lah kau ni Umar! Macam mana nak pikat Mia kalau lembik gitu” usik Rodi.
“Weh gila!” marah Umar. Spontan dia melempar kulit durian ke arah Rodi. Nasib baik lelaki itu sempat mengelak.
Semua yang berada di situ sudah tergelak besar bila Umar diusik. Kesian, sudah merah mukanya menahan malu.
“Mia tak suka orang lelaki lembik tau” sampuk Mia sengaja mengusik Umar. Dia tahu Rodi seorang yang suka bergurau, jadi dia pun tak ambil kisah bila namanya dikaitkan dengan Umar.
“Ha dengar tu! Kalau berniat nak jadi cucu menantu aku, kena jadi lelaki gagah perkasa dulu lah” ujar Tok Wan sengaja dikeraskan suaranya. Bukannya dia tak faham apa isi hati Umar terhadap Mia, cucunya itu.
“Pergh Umar, diam-diam eh! Masa inilah kita nak show off kekuatan kita tau” Izham turut menyertai mereka mengusik Umar.
“Eleh Abang Iz, cakap senanglah. Memang durian ni susah sangat. Apa kata Abang Iz cuba kopek? Alang-alang tu dapatlah show off depan bini abang kan? Betul tak Kak Lyssa?” Umar menjongketkan keningnya ke arah Alyssa yang sudah tergelak.
“Betul tu Umar. Abang Iz kamu ni memang pandai cakap je. Entah-entah dia sendiri tak tahu langsung cara nak kopek durian” sengaja Alyssa meragui suaminya itu. Dia mahu melihat sisi lain Izham di kampung ini dengan lebih lagi.
“Huh? Sayang nak tengok abang buat ke? Boleh, kacang je tu! Dulu abang jaguh lah dalam mengopek buah durian ni. Betul tak Tok Wan?”
Tok Wan tidak menyampuk. Dia mencebik mendengar bicara Izham.
“Itu dululah Abang Iz! Abang Iz kan dah lama jadi budak bandar, mesti dah tenggelam skill abang Iz” Mia memanaskan hati Izham lagi.
Izham yang sudah geram itu pantas menolak Umar jauh dan mengambil tempat Umar untuk mengopek buah durian. ‘Ini Iz lah! Jaguh kampung dulu!’
Muka Izham sudah berkerut seribu apabila seluruh kekuatannya sudah disalurkan untuk mengopek sebiji buah durian itu. ‘Gila! Ini durian ke batu? Kenapa keras sangat ni?’
“Abang Iz alright ke tak alright tu? Nampak macam dah pancit je” Umar sudah tertawa sakan melihat riak Izham.
“Sayang, memang susahlah nak buka yang ini” wajah minta simpati ditayangkan ke arah Alyssa.
“Ish budak-budak ni! Tak boleh harap langsung. Memang aku juga yang kena siapkan ni! Kalau tak memang tak makanlah cucu menantu dan cicit aku tu” Tok Wan menolak Izham ke tepi pula.
Sekelip mata sahaja, sebiji durian yang menjadi isu itu sudah berjaya disudahkan oleh Tok Wan.
“Perghh, Tok Wan memang lelaki gagah perkasalah. Bukan macam dua orang tu” puji Mia sudah teruja melihat isi keemasan durian itu.
Izham dan Umar masing-masing sudah terkedu bila Tok Wan hanya mengambil masa beberapa saat sahaja! Nafis dan Rodi juga sudah menekan perut menahan tawa masing-masing. Mati mereka kena hempuk dengan Umar nanti kalau ketawa besar.
“Sayang, abang rasa sebab dah lama tak test skill la” Izham sudah menggarukan kepalanya memandang Alyssa.
“Lain kali jangan nak show off sangat. Kan dah terkena! Nasib baik ada Tok Wan” Alyssa juga sudah tergelak mengejek. Izham menayangkan wajah cemberut sebelum perlahan-lahan bibirnya turut mengukir senyuman. Sudah lama tidak melihat Alyssa ketawa.
“Ha Lyssa, Mia, nak merasa dulu ke durian yang ni?” tanya Tok Wan.
“Nak!” serentak mereka berdua mengangguk.
“Kita yang penat mengopek, orang lain yang dapat merasa dulu” ujar Umar kononnya tidak berpuas hati.
“Umar, Nafis dan Rodi nanti makan malam dekat rumah Tok Wan lah. Lepas Isyak tolong Tok Wan agihkan pulut durian dekat orang kampung di surau”
“Okey Tok Wan” mereka bertiga tidak membantah.
“Sayang, jangan makan banyak sangat durian tu. Tak baik untuk kandungan” tegur Izham bila Alyssa mencapai seulas lagi. Sejak mengandung, banyak kali jugalah isterinya itu makan durian. Padahal durian tidak bagus untuk ibu yang mengandung.
Alyssa mengangkat muka dan menjeling Izham tajam.
“Okay, okay. Abang tak tegur. Hari ni abang bagi peluang dekat sayang. Hari ni saja tau!” Izham mengalah.
“Orang mengidam jangan ditegur Iz” Tok Wan menyampuk.
Izham mengiyakan. “Betul tu Tok Wan. Seram Iz kena jeling tajam tadi”
“Nanti yang lelaki sila kemas dan buang kulit-kulit durian ni ya?” arah Tok Wan bila semuanya sudah selesai. Alyssa dan Mia pula sudah diajak masuk ke dalam rumah.
Izham, Umar, Nafis dan Rodi berpandangan sesama sendiri melihat banyaknya kulit durian bertaburan di atas tanah.
“Memang kita pun yang kena kemas semua ni kan?”
Hello readers tersayang, I have good news for you. Saya dah berjaya siapkan novel HHS ni yeayy, finally. So, it's mean I'm gonna wrap up this story maybe next week? Sebab dah tak banyak chapter yang tinggal. Dalam 10 chapters then TADAAA HSS will be completed! Sambil-sambil tu, jemputlah baca my other novel, TRUE CRIME. InsyaAllah, habis je HHS ni saya akan update TC regularly. I put so much effort for TC, semoga tak mengecewakan para readers saya lah. Thank you and have a nice day!
Share this novel