11

Romance Completed 28229

"Whatt?!"

Izham tergelak dengan reaksi Alyssa. Comel je!

"Kenapa? Tea lady pun memainkan peranan yang penting apa untuk syarikat ni?" sindir Izham.

"Sindir Lysa lah tu!" Alyssa mencebik. Dia main-main je tadi nak jadi cleaner tu, sekarang ni ditawarkan tea lady pula? Setakat nescafe 3 in 1 tu dia reti la, yang lain haram jadah dia tak reti!

"Nah, baca kontrak dan surat pelantikan ni. Nanti tanda tangan kat bawah tu" Izham menghulurkan dua keping kertas kepada Alyssa. Nak jadi tea lady pun kena sign-sign segala ke? Nak tak nak dia sambut juga huluran Izham. ‘Tak apa, nanti aku nak cuti sehari untuk cari kerja!’

Alyssa membaca kontrak pekerjaan yang Izham tawarkan. Mukanya diangkat memandang Izham. " Tak ada kena mengena dengan tea lady pun?" tanyanya pelik. Izham tidak menjawab jadi Alyssa sambung baca.

"Wait wait, kata jadi tea lady! Ni kenapa tulis engineer?" tanyanya polos.

"Kau ingat aku bengap sangat ke nak suruh kau jadi tea lady? Mahunya aku kena ketuk dengan ibu dan mama kalau aku buat kau macam ni” ujar Izham. Alyssa membulatkan matanya tidak percaya .

"Betul ke Lysa dilantik jadi engineer ni?" tanyanya lagi. Izham mengangguk.

"Betul lah! Kebetulan engineer lama tu berpindah dekat cawangan kat Terengganu, so aku recommend kau dekat papa. Papa dah tengok resume kau dan kau memang layak. So, welcome to the Ilham Empire!" ucap Izham.

Alyssa rasa nak menangis je. Akhirnya title penganggur terhormat gugur jua! Ni kena update dekat Sara dan Instagram ni.

"Thank you Abang Chad! Ni buat Lysa makin sayang dekat Abang Chad" ujar Alyssa dengan gembira, tak sedar kata-katanya tu buat Izham terkedu. Sayang? Ah, alangkah bahagianya kalau Alyssa benar-benar memaksudkannya.

"Oh ya! Kau tak boleh panggil aku Abang Chad dekat sini. Aku tak nak jadi abang kau dekat tempat kerja"

"So, Lyssa kena panggil abang Chad apa? Encik Izham? Tapi panjang sangatlah. Encik Izz boleh tak?" tanya Alyssa. Izham hanya mengangguk.

"So Encik Izz, bila saya boleh start kerja?"

"Esok start kerja tapi kejap lagi aku perkenalkan kau dekat staf lain. Aku nak siapkan kerja ni dahulu and kau ikut aku pergi mall. Ibu suruh cari bahan untuk bersahur esok" arah Izham.

Melihat Izham yang sibuk dengan dokumennya, Alyssa berkalih ke sofa di dalam bilik Izham. Majalah perniagaan diambil untuk dibacanya. Terpampang wajah handsome Izham di bahagian cover depan majalah itu.

Untunglah Izham! Tak sampai setahun bekerja tapi sudah dikenali ramai tokoh perniagaan. Kadang-kadang dia tertanya juga, Izham tu tak ada teman istimewa ke? Biasanya orang seperti Izham ni sudah ada kekasih hati. Tambahan pula dia belajar di luar negara, takkan tak ada langsung yang dia tersangkut? Tak pernah pula dia dengar Izham mahupun ibu bercerita tentang perempuan.

***

Izham menyemak dokumen itu buat kali terakhir. Akhirnya siap juga kerja dia. Izham menggeliat kecil kemudian matanya terpandangkan Alyssa yang sudah terlena di atas sofa itu. Timbul rasa kasihan pula sebab buat Alyssa tertunggu-tunggu dia menyiapkan kerja sampai tersengguk-sengguk gadis itu!

Izham mendekati Alyssa. Dia duduk bercangkung menghadap gadis itu. Diperhatikan wajah Alyssa tanpa jemu. Keningnya, hidungnya, bibirnya memang sempurna. Cantik dan kadang-kadang dia cemburu kalau ada lelaki lain yang memandang Lysa lebih dari satu kali. Wajah ini yang sering bermain-main di fikirannya setiap masa.

'Gila kau Izz! Ini kalau Lyssa bangun teruk kau kena bebel sebab duduk dekat sangat' desisnya. Tapi jarang dia mendapat peluang nak tatap wajah Lyssa sedekat dan selama ini.

Alyssa yang tidur sambil menongkat dagu itu tersengguk-sengguk. Dan kali ini dia tersengguk-sengguk sehingga tangannya tidak mampu lagi menahannya dari terhantuk ke hujung sofa.

Bbuk!

Alyssa tersedar apabila merasakan kepalanya sudah mendarat ke atas sesuatu. Wajah Izham yang terlalu dekat menyapa pandangannya. Tiba-tiba dia tersedar sesuatu. 'Eh, kenapa kepala aku atas tapak tangan Abang Chad ni?' Cepat-cepat dia bangun dan membetulkan duduknya.

"Jangan fikir bukan-bukan tau. Aku hanya nak selamatkan kepala kau dari terhantuk kat hujung sofa. Tu lah, siapa suruh tidur sampai tersengguk-sengguk" terang Izham apabila melihat Alyssa tidak selesa dan wajahnya merah padam.

"Err, kerja Abang Chad dah siap ke?" Alyssa cuba mengalihkn topik.

"Dah. Jomlah aku perkenalkan kau dekat staf syarikat ni" ajak Izham. Alyssa hanya menurut. Keluar sahaja dari bilik, Izham berpesan kepada Sue yang dia tidak akan masuk pejabat selepas ini.

"Oh ya Sue, perkenalkan ni Alyssa Irdina. Engineer baru dekat sini" kata Izham.

"Dah kenal lah Encik Izham, tadi Encik Firash dah introduce. Tapi tak ada lah pula dia sebut tentang engineer tu. So, selamat datang Alyssa ke Ilham Empire. Harap kita dapat jadi teman sekerja yang baik" ucap Suzana. Huluran tangannya disambut Alyssa .

"Thank you Sue. Saya harap bukan jadi teman sekerja je, jadi teman rapat pun saya tak kisah" kata Alyssa sebelum meminta diri untuk beredar. Yalah, Izham sudah menonong berjalan meninggalkannya di situ, haruslah dia kejar lelaki itu.

Izham membawa Alyssa terus ke bahagian engineer. Para pekerja di sana terus sahaja menyapa Izham apabila menyedari kedatangan bos muda mereka.

"Selamat petang Encik Izham. Jarang nampak encik ke sini. Ada apa-apa ke?” tegur pekerja di sana yang memakai tag nama 'Marwan'.

"Kau ni Wan, sindir akulah tu! Bukannya aku sengaja tak datang ke sini tapi aku sibuk sejak kebelakangan ni" ujar Izham. Lah, kawan baik ke mereka ni? Patutlah tak ada jurang langsung antara bos besar dan pekerja .

"Aku gurau je la. So siapa gadis jelita sebelah kau tu?" Marwan menjuihkan bibirnya ke arah Alyssa.

"Meet this fresh engineer, Alyssa Irdina!" Izham memperkenalkan Alyssa.

"Cantik nama, secantik tuannya juga" gumam Marwan. Izham memukul bahu lelaki itu manakala Alyssa hanya tersengih.

"Jangan nak jual minyak kau dekat dia eh!" Izham berikan amaran kepada Marwan yang terkenal dengan sweet talkernya.

"Whuu chill la bro. Aku main-main je" ujar Marwan.

"So Lyssa, saya Marwan, arkitek dekat sini. Jangan pelik tau kalau muka saya sering terjegul dekat bahagian sini. Sekarang ada projek besar, keraplah nak berbincang dengan bahagian sini" kata Marwan dengan panjang lebarnya.

Alyssa hanya tersengih. Nampaknya Marwan ni seorang yang happy-go-lucky. Boleh buat geng ni!

Kemudian Izham memperkenalkan Alyssa kepada staf yang lain dan menunjukkan ruang kerjanya. Okaylah, not bad. Lagipun dia sudah kenal dengan ketua engineer di sana so mudahlah sikit urusan dia.

Firash bukannya seorang ketua yang kejam sebaliknya dia amatlah bertimbang rasa dengan orang di sekitarnya dan lebih bertimbang rasa kalau orang itu adalah dia!

Tiba-tiba Alyssa mengeluh. Berharap sangat Firash bersikap profesional dengan tidak mencampur adukkan hati dan perasaan sewaktu kerja.

***

Masuk sahaja ke dalam pasar raya, Alyssa dan Izham terus ke bahagian basah. Mahu mencari lauk yang memang sudah kehabisan stok di rumah.

"Abang Chad, kita nak beli apa ni? Ibu nak masak apa ya?" tanya Alyssa. Izham seperti berfikir sesuatu .

"Ermm aku teringin nak makan masakan kampung la" luah Izham.

"Nanti Lyssa suruh ibu masakkan untuk waktu berbuka esok” balas Alyssa sebelum berlalu ke bahagian ikan.

Izham menggarukan kepalanya. 'Nak straight to the point ke nak belok-belok sikit?'

"Lysa!" panggil Izham. Alyssa berpaling. Wajah serba salah Izham menyapa pandangannya.

"Aku kan hari-hari makan masakan ibu. Kalau boleh aku nak rasa air tangan orang lain pula" kata-kata Izham buat Alyssa tergelak.

"Laa kenapa tak cakap awal-awal? Nanti Lyssa suruh mama yang masak pula. Mama tu pakar masakan kampung tau" Alyssa memberi cadangan. Izham kematian kata.

"Err, kalau nak anak mama yang masak boleh?" tanya Izham. Alyssa tercengang seketika.

'Lain macam perangai dia sekarang ni. Tak pernah minta aku yang masak untuk dia' Alyssa pelik. Kemudian dia mendekati Izham. Izham menelan air liurnya.

"Tak panas pun! Ingatkan demam sebab tu minta pelik-pelik" kata Alyssa setelah meletakkan tangannya di dahi Izham.

Izham melepaskan tawa. Ingatkan kenapalah Alyssa datang dekat-dekat tadi?

"Kenapa? Nak suruh aku demam dulu ke baru nak masak untuk aku?" tanya Izham.

"Err bukan macam tu. Abang Chad kan tak pernah minum air buatan Lysa apatah lagi nak makan kalau Lysa yang masak" ujarnya sedikit berjauh hati.

"Kalau minum air kau pun aku dah ketagih, tak tahu lah macam mana kalau makan makanan yang kau masak! Dulu lain, sekarang lain. Sekarang tak apa aku angau sebab aku dah dapat kepastian yang kau tak akan pergi jauh dari aku" gumam Izham.

Alyssa terdiam, cuba mencerna kata-kata Izham. Izham buat muka selamba .

"Dah dah. Cepatlah pergi beli barang. Yang pasti aku nak kau yang masak esok. Ini bukan permintaan tapi paksaan" kata Izham sambil menolak Lysa ke hadapan.

Alyssa ingin memprotes tapi tak tahu kenapa badan dia merelakan dirinya ditolak. Akhirnya dia dengan penuh excited menyambung kembali membeli barangan dapur dan bahan untuk masakan esok. Entah dia tak tahu kenapa. Yang pasti dia merasa getaran di dadanya setelah dapat mencerna apa yang dikatakan Izham sebentar tadi.

'Lysa, does your heart flutter?' Oh, damn!

Thank you for your support <3 Happy reading guys ^^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience