22

Romance Completed 28229

Syazana merenung abangnya yang murung kembali. Jelas badan abangnya semakin susut dan wajahnya serabai tidak terurus. Jambang yang tumbuh meliar di rahang lelaki itu nampak sangat tidak dirapikan.

"Abang ni, dah tiga bulan kut dia orang married! Takkan tak boleh terima lagi? Hari tu okay je, kenapa depress balik?" omel Syazana terlalu risau. Dia mendekati Firash yang sedang duduk termenung di hujung kolam tersebut. Bahu abangnya pula ditepuk lembut.

"Abang, is there something that has interrupted your mind? Kenapa Ana tengok abang murung balik? Abang ada masalah apa lagi ni? Cuba lah share dekat Ana, mana tahu Ana boleh tolong” pujuknya.

“Tak sukalah Ana kalau abang macam ni" bentak Syazana bila Firash tidak memberi sebarang reaksi. Puas bahu itu digoncangnya tetapi pandangan Firash masih setia menatap kolam renang di kediaman mereka.

"Abang, do you hear me? Hello, I'm talking to you okay!" jerit Syazana sudah hilang sabar. Kalau abangnya tidak mahu bercerita, macam mana dia mahu menolong?

Syazana ambil langkah drastik. Dia tidak boleh berenang kerana trauma sejak kecil lagi. Jadi, mahu melihat abangnya kembali bereaksi, dia perlu buat ini. Apa nak jadi, jadilah! Demi abangnya, dia sanggup biarnya nyawanya berisiko. Kalau Firash betul-betulkan sayangkan keluarganya, lelaki itu sepatutnya tahu apa yang perlu dibuat!

Bush!!!

Syazana terus melompat ke dalam kolam yang paling dalam sekali. Sungguh kakinya tidak terpijak di dasar. Tidak tahu bagaimana mahu mengapungkan badannya, tangannya terkapai-kapai malah dia berterusan tertelan air kolam yang berklorin itu! Bayangan yang dia pernah lemas di pantai menjengah mindanya. Perasaan terputus harapan sekali lagi menyentak tangkai hatinya. Bayangan badan Firash yang masih statik itu menjadi tatapan terakhirnya. Dia sudah lemah dan letih. Rasa mahu memejamkan mata saja bagu menghilangkan ketakutan ini.

"Abang. To...long. To...long An..aa” kata-kata terakhirnya sebelum dia bagaikan ditelan air kolam itu.

Firash terkelu. Dia sedar yang adiknya sedang kelemasan. Tapi, dia seakan kaku. Apabila Syazana menjerit meminta tolong, badannya seakan menerpa ke arah adiknya tapi sebenarnya dia masih bersandar di kerusi panjang itu. Ya, dia seolah-olah lumpuh seluruh badan dan tidak mampu bergerak. Dia langsung tidak berupaya.

Bayangan adiknya jelas menunjukkan tubuh kecil itu terdampar di dasar kolam. Tidak semena-mena air matanya menitis. Bagaikan ada satu magis, tangan Firash pantas meraup mukanya.

"Allah! Apa yang aku buat ni? Adik aku dalam bahaya! Kau memang tak guna, Firash!”

Tanpa berlengah lagi, dia terjun ke dalam kolam dan mencapai tubuh Syazana yang sudah terkulai kayu. Pinggang gadis itu dirangkul erat sebelum dia membawa gadis itu keluar dari kolam. Bantuan pernafasan diberi. Keluar air mata jantannya sambil menekan dada Syazana berkali-kali. Apabila adiknya sudah terbatuk-batuk dan jarinya dapat merasai semula hembusan nafas, dia terus mengangkat Syazana ke dalam kereta. Hospital! Syazana perlu diberikan rawatan lanjut! Hembusan nafas adiknya terlalu lemah.

Segala peraturan dan undang-undang jalan raya sudah tidak ada erti buat Firash asalkan dia tiba segera di hospital. Tiba sahaja di hadapan wad kecemasan, Firash terus memekik supaya adiknya diselamatkan. Jelas muka Syazana sudah kebiruan dan pucat. Waktu itulah Firash rasa seperti abang yang tidak berguna langsung! Dia tidak layak menjadi abang untuk Syazana!

"Tolong adik saya. Dia lemas. Jantung dia lemah sejak lahir? Tolong selamatkan adik saya" jerit Firash tidak tentu arah. Pandangan orang sekeliling tidak dihiraukan langsung. Biarlah dia nampak macam orang gila, asalkan Syazana dapat diselamatkan.

Staf-staf di hospital terus berlari ke arah Firash. Syazana yang berada dalam dukungan Firash diambil dan diletakkan di atas stroller.

“Code blue! Code blue!” teriak jururawat sambil menolak stroller itu ke bilik rawatan.

Maka berpusu-pusulah segala anggota kesihatan meluru ke arah jururawat tersebut. Ada yang terus memulakan CPR, ada yang sedang menarik keluar IV Adrenaline, ada yang mengaktifkan monitor kecemasan.

Memang Syazana nampak tenat sekarang. Sejak kecil lagi dia mengalami masalah jantung yang lemah. Syazana terminum banyak sangat air kolam sehingga wajahnya menjadi kebiruan. Lebih teruk nadinya tidak lagi dapat dikesan oleh Firash tadi.

"Encik sila tunggu di luar" pasrah sahaja Firash mengikuti arahan jururawat tersebut.

Dia terus jatuh terduduk dan mengongoi dalam tangisan. "Ya Allah, apa aku dah buat ni? Sekali lagi aku pentingkan diri sendiri sampai Ana jadi macam ni! Selamatkan adik aku Ya Allah. Kau panjangkan lah umur dia" doanya dalam esakan..

Dalam pada dia gelisah menunggu, akhirnya pintu rawatan kecemasan itu dibuka dari dalam. Terjegul wajah doktor yang merawat adiknya.

"Sara, macam mana adik aku?" Firash terus menerpa doktor wanita itu.

"Ya Allah Firash, adik kau ke tu? Alhamdulillah, dia dah stabil sekarang. Jantung dia tadi terhenti sekejap sebab terlalu lemah. Mungkin dia tertelan air klorin banyak sangat. Allah panjangkan umur dia, dan bila-bila masa kau boleh jumpa dia. Aku dah arahkan team aku pindahkan adik kau ke wad" jelas Sara yang masih lagi rasa terkejut dengan kemunculan Firash. Tidak menyangka gadis yang bertarung nyawa tadi adalah adik kepada sahabatnya sendiri.

Firash terus melafazkan kesyukuran. Dia melakukan sujud syukur lalu terus bangun dan merapati Sara.
"Terima kasih Sara. Aku tak boleh maafkan diri aku kalau apa-apa jadi dekat dia” ucap Firash sayu. Tanpa sedar dia terus memeluk Sara dan melabuhkan dagunya di bahu gadis itu. Seakan melepaskan segala rasa penat dan takut yang menghantuinya tadi.

Sara sedikit tersentak sebelum tangannya menepuk perlahan belakang lelaki itu. Firash perlu ditenangkan. Dia mahu tanya apa yang sebenarnya terjadi tetapi melihat lelaki itu seakan tidak berdaya, soalan itu hanya dibiarkan meniti di hati.

Beberapa detik kemudian, barulah Firash melepaskan pelukannya. Dia pandang Sara sejenak sebelum dia duduk di atas kerusi berdekatan. Sekali lagi rambutnya diraup kasar dan satu keluhan kuat dilepaskan.

Kesian pula Sara melihat Firash. Jelas lelaki itu nampak tidak terurus. Sara pun turut melabuhkan punggung di sebelah Firash. Matanya tidak lepas memandang lelaki itu. Dia sudi menjadi peneman dan pembangkit semangat Firash buat masa ini. Firash dan dia kan sudah lama berkawan. Hubungan mereka pun sudah cukup rapat untuk mengenali diri masing-masing. Apalah sangat kalau dia meluangkan waktunya untuk sahabat sendiri kan?

"Kau dah inform pasal adik kau dekat family?"

Firash menggeleng. “Aku tak nak dia orang risau. Lagipun aku penyebab Ana jadi macam ni"

Sara menepuk perlahan lengan Firash. “Kau call lah bagi tahu family. They should know about this. Ana pun anak mereka juga. Lagipun ini kehendak Allah, bukan salah kau sepenuhnya. Ini terjadi sebab izin Allah, mungkin Dia nak bagi teguran. Tak salah kau salahkan diri sendiri, tapi janganlah sampai lupakan qada dan qadar Allah" nasihat Sara ikhlas. Sudah terbiasa dia mengendalikan situasi seperti ini dengan keluarga para pesakitnya.

Firash mengangguk. Bicara Sara ada benarnya. Entah kenapa dia rasa senang dengan Sara. Bagaikan hendak melepaskan semua yang bersarang di hatinya, dia memalingkan mukanya dan menatap mata bundar milik Sara.

"Aku pentingkan diri sendiri, Sara. Aku terlampau layankan perasaan kecewa aku sehingga aku abaikan orang sekeliling. Aku lupa yang aku hilang orang yang aku sayang bukannya orang yang sayangkan aku. Aku sepatutnya terima dengan hati yang terbuka. Kau tahukan aku sayangkan Alyssa? Tapi aku ..."

"Dahlah Firash. Perkara ini dah berlaku pun. Kalau kau rasa bersalah dengan adik kau, tolong jadi diri kau yang dulu. Periang bukannya berserabut macam ni! Dah macam orang yang tak waras je aku tengok sebab terlalu agungkan cinta manusia” tukas Sara. Biarlah kedengaran kejam, asalkan Firash menyedari hakikat sebenar.

“Buka hati kau, Firash. Tenangkan dada kau dan lupakan dia. Bunga bukan sekuntum dan jodoh adalah aturan Tuhan, kau sendiri tahu tu. So, belajar lah terima hakikat yang Alyssa bukan sebahagian tulang rusuk kau. Jangan layankan sangat perasaan kecewa tu sampaikan kau abaikan orang yang ambil berat pasal kau! Adik kau dah lah perempuan, muda lagi tu. Sepatutnya kau yang kena ambil berat pasal dia” tambah Sara.

Bila kerongkong Firash bergerak-gerak seakan mahu berbicara, Sara terus menyambung kata-katanya lagi.

“Kalau orang yang kau sayang tak sayang kau balik, kau patut ingat yang ramai orang lagi masih sayangkan kau. At least, teruskan hidup dan enjoy every little things demi mereka”

Firash terdiam. Matanya masih lagi memandang Sara. Kenapa bicara Sara itu terus melenyapkan lara di hatinya? Baru dia sedar, penting sebenarnya untuk berbicara dengan seseorang sekiranya hati hanya terisi dengan kesedihan dan kekecewaan.

"Thank you Sara. Kalau aku tak jumpa kau hari ni, sungguh aku tak tahu nak handle macam mana. Entah-entah aku ni masih tak sedar diri dan terus jadi insan yang tak berguna untuk orang-orang yang sayangkan aku" Firash tergelak sendiri sambil menatap pintu bilik rawatan itu.

Sara tersenyum tipis. “No problem Firash. Kita kan kawan? Tanggungjawab aku untuk selalu ada kalau kau dalam masalah. So, adik kau aku dah rawatkan. Now, your turn pula nak dapatkan treatment" Sara terus berdiri dan memegang hujung tshirt Firash yang sedikit basah. Pasti lelaki itu tidak sempat menukar baju tadi sebelum ke sini.

Firash mengerutkan keningnya. Sungguh tidak mengerti dengan tindakan Sara. “Turn aku? Treatment apa pulak? Aku mana ada sakit apa-apa"

"Aku doktor, aku tahulah. Kau memang perlukan rawatan. Jangan banyak bunyi, ikut je aku. Aku nak bawa kau jumpa Doktor Arif” Sara terus menarik Firash. Dia tahu Firash akan membantah, jadi awal-awal lagi dia potong bicara Firash.

“Kalau kau nak tahu, kau berada dalam fasa awal depression. Kau abaikan orang sekeliling sebab layankan sangat perasaan frust menonggeng kau tu. Sebelum lebih extreme kau punya depression, lebih baik kau dapatkan rawatan dulu. Haa, sekarang kau nampak tak apa hikmah kejadian ni? Allah nak bangunkan kau dari kekecewaan. Walaupun perit sikit sebab adik kau yang jadi perantaraan, tapi okaylah dari kau terus hanyut dengan depresi tu" ujar Sara panjang lebar. Masuk sahaja ke dalam lift, Sara terus menekan butang tingkat lapan.

Firash sekali lagi terdiam dengan kata-kata Sara. Dia mencuri pandang Sara di sebelahnya dengan seribu rasa di hati. Kali ini, kata mindanya dan kata hatinya menyuruh dia supaya hanya mengikut langkah Sara. Bila matanya menangkap papan tanda yang tertulis Psychiatry & Mental Health Department, dia tertelan air liur.

Tidak apa. Kali ini dia akan membiarkan Sara menolongnya. Demi adiknya dan orang-orang yang sayangkan dirinya, dia perlu bangkit dari kelemahan ini.

*****************

"Okay, kalau kau nak apa-apa inform je aku. Waalaikumussalam.” Izham meletakkan telefonnya di atas meja bersama dengan satu keluhan.

"Siapa bang?" soal Alyssa ingin tahu. Risau sahaja muka Izham sekarang ni. Ada perkara buruk yang berlaku ke?

"Firash. Dia nak cuti tanpa gaji selama tiga bulan" beritahu Izham dengan lemah.

"Oh. Tapi kenapa cuti lama sangat? Something wrong happened?" Alyssa pandang wajah gusar suaminya dengan kerutan di dahi.

"Ana, she's hospitalized. Dia lemas tadi. Dia nak luangkan masa dengan Ana dan dia pun nak buat treatment. Firash kata dia disahkan menghidapi fasa awal depresi”

Terkejut Alyssa mendengarnya. Sampai macam tu sekali? Adakah Firash jadi begitu disebabkan dia? Terasa bersalah pula dengan Firash.

Izham perasan akan perubahan air muka isterinya itu. "Sayang tak perlu rasa bersalah. It’s not your fault. Ni semua takdir hidup Firash. Allah plan something better for him, sebab tu Allah uji dia macam ni. Firash pun cakap dia dah redha dengan semua ni. Nanti kita pergi melawat Ana dan Firash ya?"

Alyssa menganggukkan kepalanya perlahan-lahan. Bibirnya pula terhias dengan senyuman segaris. "Abang dah terima Firash?"

Izham pandang isterinya sekejap sebelum dia mengiyakan. "Abang dah lama terima dia sebenarnya. Bila abang tahu dia pun sukakan Lyssa, ermm. Entahlah, macam mana pun, dia tetap adik abang. Perasaan sayang tu automatik ada untuk darah daging sendiri. Jauh di sudut hati pun, abang nak semua family abang bahagia"

Tersenyum Alyssa mendengarnya. Dulu Izham anti sangat dengan Firash. Cemburu habis bila nampak dia berbual-bual dengan Firash even discuss pasal work je pun. Tapi dalam dia, lelaki itu selalu ambil tahu pasal Firash. Walaupun muka Izham selalu beku dengan Firash, tapi mata hati suaminya tidak reti menipu. Pernah sekali Firash diserang demam panas dan cirit-birit, Izham lah yang paling tidak boleh duduk diam. Bernanah telinga semua orang kerana asyik mendengar Izham membebel supaya Firash mendapatkan rawatan di hospital. Dan sudah nama adik-beradik satu ayah, perangai degil Dato’ Ilham pun turut diwarisi kepada Izham dan Firash.

"Kenapa senyum macam tu?” soal Izham pelik dengan isterinya yang asyik tersengih-sengih sambil merenungnya.

"Saja. Tak boleh ke Lyssa nak senyum sambil pandang suami sendiri?" Alyssa menjongketkan keningnya.

Izham terus tergelak. Alahai, isterinya pun pandai menyakat juga rupanya. "Oh ya, ibu dan mama berperang apa dekat dapur? Sejak matahari terpacak sampailah bulan muncul, asyik bising-bising je dekat sana. Mereka tak berperang kan?" tanya Izham.

"Ala, macamlah tak kenallah mama dan ibu tu. Pantang ada masa free, mesti nak try resipi baru. Entah apa lah yang mereka berdua bereksperimen tu sampai dah malam pun tak siap-siap lagi”

Izham pandang Alyssa pelik. "Kenapa sayang tak join? Biasanya sayang yang paling over nak try resipi baru ni"

"Tak naklah. Mama dan ibu buat eksperimen guna daging. Lately ni, Lyssa tak boleh hidu bau daging. Terus loya tekak Lyssa" adu Alyssa.

"La, sekala okay je bau daging?"

"Tu lah pasal. Hmm, entahlah. Lyssa malas dah nak fikir pasal daging tu" Alyssa tidak mahu berbahas lagi.

"Abang, mari sini" panggil Alyssa supaya Izham yang sedang duduk di meja kopi itu bergerak ke sisinya. Dia menepuk tilam itu berkali-kali mahu menggamit suaminya.

"Abang nak siapkan report lah sayang. Kejap lagi ya?” pujuk Izham serba salah. Memang sepatutnya waktu seperti ini, mereka sudah berbaring di atas katil. Tapi masih ada banyak kerja yang perlu dia siapkan.

"Ala, apa susah. Angkatlah laptop abang ke sini. Lyssa nak sandar dekat abang je” rengek Alyssa sambil mengedip-ngedipkan matanya memandang Izham.

Ha sudah, Alyssa bila dah datang perangai manjanya memang tidak boleh ditolak! Seribu alasan yang diberi pun belum tentu Alyssa mahu terima.

"Iyalah" Izham menurut jua. Laptop diangkat lalu dibawa menuju ke katil. Alyssa tersengih suka dan bila Izham sudah duduk di sisinya, dia terus melabuhkan kepalanya di bahu suaminya.

"Aikk, takkan nak tidur? Kata nak sandar dekat abang je? Kalau nak tidur, baringlah betul-betul” tanya Izham pelik apabila isterinya terus memejamkan matanya.

"Kejap je, Lyssa pening kepala lah. Sandar dekat abang baru lah rasa lega sikit. Nanti abang dah siapkan kerja, kejutkankah Lyssa"

Izham sudah tidak terkata apa. Kerap benar isterinya pening kepala sekarang ni. Bila nak dibawa jumpa doktor, Alyssa tidak mahu. Katanya pening kepala terus hilang bila dia duduk dekat dengan suaminya. Haih, Alyssa. Alyssa. Kalau nak bermanja, macam-macam taktik dia sapu!

Izham meletakkan laptopnya di atas meja sisi. Fokus dia sekarang hanyalah wajah polos isterinya yang sudah lena di bahunya. Rasa macam baru semalam sahaja Alyssa sah menjadi miliknya. Sebab mereka selalu berkepit macam belangkas, orang masih gelarkan mereka pengantin baru.

Izham tersenyum tanpa sedar. Ubun-ubun isterinya dikucup lembut. Isterinya memang selalu berbau harum. Walaupun bau Alyssa selalu membuat jantungnya bernada sumbang, tapi dia tidak boleh menafikan yang bau itu turut mendamaikan hati dan perasaanya.

Perlahan-lahan dia membaringkan Alyssa. Mata dia pun terasa memberat juga. Sebenarnya, nak buat kerja pun tidak boleh kalau Alyssa sudah tidur. Sudah terbiasa dia ditemani dengan mulut bertih jagung Alyssa sekiranya dia menyiapkan laporan.

Dia mengangkat kepala Alyssa dan lengannya dijadikan bantal untuk isterinya. Dia mengiringkan badannya supaya menghadap Alyssa. Bila dagunya sudah berlabuh di atas kepala isterinya, barulah dia memejamkan matanya.

‘Good night, sayang’

Happy holiday to me! xD Finally dah habis exams yeayy. Bersedia untuk marathon ya nanti? Sebabnya lepas saya habis edit, DEBOOM! saya drop banyak chapters terus okay?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience