34

Romance Completed 28229

Sara bergandingan masuk ke dalam pusat membeli belah dengan Safwan dan Saef. Sudah lama dia tidak menghabiskan masa dengan adik-beradiknya kerana kesibukan kerja.

“Sara dan Saef nak apa? Hari ni along bagi chance dekat korang untuk kikis duit along”

“Betul ke? Wah, boleh ke Saef nak minta epal yang terkini?” Saef menggosok tapak tangannya sambil tersengih.

“Amboi, demand sangat tu Saef! Yang beratus-ratus sudahlah” Bukannya dia tak tahu. Saef mahu dia membeli Iphone edisi terkini untuknya. Memang tak lah dia belanja yang itu!

“Tadi along cakap boleh kikis duit along. Ceh tipu je tu” Saef menjeling.

“Yang epal tu Saef kena save duit sendiri lah. Along tengah simpan duit untuk kahwin tu” sampuk Sara sengaja mengusik Safwan.

“Along dah nak kahwin ke?” soal Saef terkejut.

Safwan pula menjentik perlahan dahi adiknya itu. “Bukanlah! Dengar sangat lah kata Kak Sara Saef tu. Dia bergurau je la”

“Ala, ingatkan Saef dah nak dapat kakak ipar” Saef beriak kecewa pula.

“Kakak ipar lambat lagi la. Tapi along yakin yang Saef akan dapat abang ipar dalam masa terdekat ni”

“Along!” Sara menjerit geram. Sejak malam itu lagi, Safwan selalu mengusik dia dengan hal tersebut.

“Salah ke along cakap?” Safwan sudah ketawa besar. Sara pula berpeluk tubuh. Geram!

“Kak Sara pun dah nak kahwin dengan abang Firash ke?” soal Saef polos. Dia memang kenal Firash kerana pernah terserempak lelaki itu di hospital kakaknya.

“Wow! Firash ke nama buah hati Sara? Pergh, Saef dah pecah tembelang lah” usik Safwan lagi. Jadi betul lah Sara dah ada teman istimewa?

“Saef! Along! Bukanlah, Sara dengan dia kawan je lah. Eee tak nak dah layan korang” Sara sudah menonong ke depan. Tak kuasa dia mahu menjadi bahan usikan Safwan dan Saef.

“Nak ke mana tu? Along baru nak belanja Sara shopping Bath & Body Works. Tak nak ke?” jerit Safwan bila Sara sudah berjalan melepasi kedai kegemarannya.

“Mestilah nak” Sara memusingkan badannya dan terus menuju ke arah Safwan. Dia memaut lengan Safwan mesra dan terus menarik abangnya itu masuk.

“Nasib baik tak merajuk tadi. Kalau tak, Sara juga yang rugi” Safwan sudah tergelak kecil. Saef pula awal-awal lagi sudah surrender nak menjejakkan kaki ke dalam kedai itu. Baik dia tunggu di McDonalds’ je!

****

Firash meloloskan diri ke dalam pejabatnya dengan muka serius. Berdentum bunyi pintu biliknya apabila dihempaskan dengan kuat. Pekerja-pekerja yang sedari tadi membuat kerja pula sudah terangkat bahu masing-masing. Terkejut dengan kemarahan ketua department mereka.

“Kenapa pula tu? Berangin semacam je aku tengok” Amirul memuncungkan mulutnya ke arah bilik Firash.

“Ada la tu tak kena. First time aku nampak Encik Firash naik angin sejak dia serang Boss dulu” ujar Dania. Siapa je yang tak terkejut dulu bila Firash tiba-tiba serang Izham sewaktu dia mendapat khabar yang lelaki itu akan mengahwini Alyssa?

“Agak-agak dia berdendam lagi tak dengan Boss? Maksud aku, kau rasa dia tak boleh moved on lagi ke dengan Lyssa?”

Dania berfikir sejenak sebelum dia menggelengkan kepalanya. “Aku rasa dia dah lama moved on lah dengan Lyssa. Hubungan Lyssa, Boss dengan Encik Firash kan nampak baik je akhir-akhir ni. Tak mungkinlah dia suka Lyssa lagi”

Amirul mengangguk kecil. Setuju dengan apa yang dikatakan oleh Dania tu. Tak mungkin Firash marah kerana hal Alyssa dan Izham! Hal itu sudah lama berlalu.

“Hmm, entah-entah Encik Firash ada masalah dengan awek baru kut? Nak kata hal kerja, dia selalu boleh berkompromi. So, tak mungkin hal kerja” Amirul sudah serkap jarang.

“Mungkin, aku pun ra…”

“Dania, masuk bilik saya sekarang!” bunyi interkom di meja Dania menyebabkan gadis itu terjeda.

“Alamak Mirul, keras semacam je suara dia. Kau doa-doakan aku biar selamat keluar dari bilik dia nanti” ujar Dania sudah cuak. Takut jika disembur Firash nanti.

“Fighting Dania! Semoga kau selamat” Amirul mengangkat kedua-dua tangannya tanda memberi semangat untuk gadis itu.

Dengan wajah yang sudah gementar, Dania memasuki bilik Firash.
“Err yes Encik Firash?”

Firash mengangkat mukanya dan memandang Dania dengan tajam.

“Laporan apa yang awak hantar dekat saya ni? Penuh dengan ejaan yang salah. Format writing pun tak teratur. Betulkan balik! By today, saya nak awak siapkan!” Firash melempar fail ke atas meja.

“Ma...maaf Encik Firash. Saya akan betulkan balik laporan ni” Dania sudah menunduk. Tangannya terketar-ketar mencapai fail yang dilempar Firash tadi.

Dania memberanikan diri untuk mencuri pandang ke arah Firash yang tiba-tiba terdiam. ‘Takkan itu je arahan dia? Maybe kut. So, aku dah boleh keluar ke ni?’

“Err, Encik Firash. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu ya?”

Melihat tiada respon dari Firash, Dania memusingkan badannya dan bergerak ke pintu. Baru sahaja tangannya menyentuh tombol pintu, Firash bersuara lagi.

“Wait!” laung Firash. Terhenti perbuatan Dania jadinya.

“Yes Encik Firash?”

Firash menyentuh tengkuknya. Ragu-ragu pula dia mahu bertanyakan Dania. Tapi kalau dia tak tanya, dia tak akan dapat jawapan. Ahh, lantaklah!

Dania menjongketkan keningnya bila Firash masih lagi diam. “Encik Firash nak cakap apa-apa ke? Kalau tak, saya nak keluar ni”

“Wait, don’t go out yet! Saya nak tanya awak something ni..”

“Tanya apa tu Encik Firash?” Dania pula hampir tersenyum senget bila melihat wajah serabut dan teragak-agak Firash itu.

“Contohlah kan, saya dah confess my feelings dekat someone. Then, dia kata dia perlukan masa untuk hadam and fikir semua tu. So, I give her space and time to consider it. But sampai sekarang she’s not saying anything even benda tu sudah berlalu dua minggu. What do you think? Is that a rejection or does she really need more time?” Firash pandang Dania serius.

Dania memang dah tak boleh tahan senyum dah. ‘Bingo! Memang hal perempuan! Alahai, kesian pula tengok Encik Firash ni’

“Erm depends on that person too. Perempuan ni, memang suka ambil masa panjang nak fikir sama ada nak terima ke tak perasaan lelaki tu. And ada juga perempuan yang remain silence as the answer to that man. Dia fikir bila dah senyap, lelaki tu dapat faham lah yang dia reject perasaan tu. So, Encik Firash rasa perempuan yang Encik Firash confessed tu, tergolong dalam kumpulan mana?” saja Dania jawab macam tu. Biar Firash tahu yang perempuan ni sangatlah complicated.

“Entahlah, saya tak dapat agak apa yang dia fikir” Firash mengeluh kecil. Bayangan Sara dipeluk seorang lelaki sewaktu di pusat membeli belah tadi kembali bermain di fikirannya. Walaupun lelaki itu hanya memeluk bahu Sara, tapi Sara nampak sangat mesra dan selesa dengan lelaki itu.

“Kalau saya ternampak dia dengan lelaki lain? I mean, saya ada ternampak dia mesra dengan seorang lelaki ni. Setakat yang saya kenal dia, dia tak suka keluar berdua dengan lelaki. Tapi apa yang saya nampak, mereka macam pasangan kekasih je” Firash bernada kecewa.

‘Oh kes cemburulah ni! Patutlah berangin semacam je tadi’ Dania sudah terbahak-bahak di dalam hatinya.

“Macam ni lah Encik Firash. Encik Firash tanya dia sendiri berkenaan dengan lelaki itu. Kalau tu saudara-mara dia, then Encik Firash ada peluang lagi. Kalau dia cakap tu boyfriend dia, so Encik Firash kena belajar untuk move on for once again lah” Dania memandang Firash sambil tersenyum senget.

“Nasihat saya, Encik Firash jangan buat andaian sendiri. Nanti Encik Firash juga yang rugi. The exact answer for this, ask her by yourself. Selagi tak ada jawapan dari mulut dia, then keep on trying to own her”

Melihat Firash yang masih lagi termangu-mangu, Dania terus meminta izin untuk keluar. “Okaylah Encik Firash, rasanya saya dah cakap semuanya. Saya keluar dulu ya, nanti tak sempat pula siapkan report ni. Good luck Encik Firash”

Firash hanya memandang kepergian Dania dengan ekor matanya. Ya, rasanya kali ini dia perlu mendapatkan jawapan dari Sara. Cukuplah dua minggu yang dia berikan kepada gadis itu untuk berfikir. Dia perlu dapatkan kepastian dari Sara secepatnya!

Telefonnya dicapai lalu nama Sara terus dicari. Hari ini dia akan membuat perhitungan dengan Sara juga!

“Are you working today? Please reply, don’t seen this message like you always did :’)”

Sengaja Firash menghantar mesej sebegitu. Kalau tak, memang Sara tak akan membalas mesejnya.
Bbeep! Bbeep! Firash tersenyum, akhirnya mesej dia berbalas jua.

“Nope, I took leaves for two days actually. Why?”

“Great! Meet me at The Mika’s Cafe tonight. 9 pm sharp! Kalau kau tak datang, aku pergi cari kau kat rumah”

“Eee mana aci paksa orang! Yalah, aku datang nanti. Ish!”

Tersenyum Firash membaca balasan dari Sara. Mesti wajah gadis itu sudah menahan geram kerana diugutnya tadi.

‘Sorry Sara! Terpaksa ugut kau macam tu, for the sake of us’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience