“Sayang, tak nak tidur lagi ke?“ bisik Izham sambil memeluk tubuh kecil isterinya dari belakang. Balik sahaja dari makan malam tadi, Alyssa terus duduk termenung di balkoni bilik mereka.
“Tiba-tiba Lyssa rasa tak mengantuk malam ni“ balas Alyssa. Izham mula melabuhkan dagunya di bahu Alyssa. Rambut Alyssa yang dibiarkan lepas itu dihidunya. Wangi!
“Kalau tak mengantuk pun, Lyssa masuk lah dalam bilik. Tak baik tau untuk kesihatan sayang and baby dengan angin malam ni” ujar Izham risau.
“Abang...” rengek Alyssa sambil memusingkan tubuhnya ke arah Izham. Dia merangkul leher Izham sambil memandang anak mata suaminya.
“Lyssa rasa kan, plan nak satukan Sara dan Firash tu kita hold dulu la. Eh bukan, Lysa tak rasa plan tu patut diteruskan” luah Alyssa setelah lama dia berfikir. Izham mengerutkan dahinya tanda tidak mengerti.
“Why? Dulu sayang juga yang beria-ria nak satukan Firash dan Sara. Kenapa tak nak pula? Ke sayang cemburu Firash dengan Sara?“ ujar Izham mula tidak senang. Alyssa pula ketawa kecil mendengar bicara suaminya itu.
“Bukanlah. Buat apa Lyssa nak cemburu. Lyssa kan dah ada abang. Hanya abang je cinta hati Lyssa, syurga buat Lyssa dan bakal anak-anak kita” ucap Alyssa sambil mencuit hidung Izham. Tangan Izham juga turut ditarik masuk ke dalam bilik, tak tahan sejuk dengan angin malam di balkoni tersebut.
“Habis tu kenapa nak stop plan? Abang tengok macam ada jodoh je Sara dengan Firash tu” soal Izham lagi.
“Sebab ada jodoh la kita patut stop plan kita”
“Maksud sayang? Abang tak faham“
Alyssa tersenyum kecil melihat telatah Izham yang jelas clueless itu.
“Abang tak perasan ke, semenjak Firash dan Sara balik ke meja makan tadi kan, dia orang macam ada something je? Bercakap pun tak, pandang pun tak. Sara pula muka macam nak nangis. Tapi yang peliknya, Firash tu asyik letakkan daging dan ayam yang siap dia grill ke atas pinggan Sara je. Ana minta sikit pun Firash tak layan” Alyssa bercerita.
“Perempuan memang macam ni eh? Abang tak perasan pun semua tu kalau sayang tak cakap” jawab Izham sedikit tergelak.
“Habis tu apa kena mengena sayang nak stop plan tu dengan kejadian tadi?” tanya Izham lagi yang masih tidak dapat menangkap maksud Alyssa.
“Laa, buat apa nak teruskan lagi kalau objektif kita dah tercapai” jawab Alyssa sambil merebahkan badannya ke katil.
“Apa yang dah tercapainya?” Izham masih bingung.
“Ish, abang ni bengap juga eh pasal cinta. Patutlah dulu asyik buat Lyssa naik geram dekat abang je“ luah Alyssa. Izham pula ketawa kecil dengan bicara Alyssa.
“Abang tak rasa ke sebenarnya yang Firash tu dah jatuh suka dekat Sara? Tapi Firash tu bengap macam abang. Dah suka tapi tak pandai luah. Asyik nak marah-marah je. Muka Sara yang macam nak nangis tu mesti sebab Firash ada marahkan dia. Lyssa kenal sangat Sara, kena marah sikit dah nak nangis“ bebel Alyssa.
“Eh samakan abang dengan Firash pula. Tapi abang tak nafikan, lelaki kalau dia dah sukakan seseorang, dia jadi macam tak pandai nak luahkan. Ego lelaki ni tinggi, dia tak rasa kasih sayang perlu diluahkan. Cukup dengan perbuatan sahaja cara nak tunjuk yang kita sayang seseorang” ucap Izham. Alyssa mencebik.
“Haa sayang la sangat kalau asyik nak marah-marah orang je. Nasib baik hati perempuan ni lembut tau. Kena marah pun still boleh memaafkan lagi“
“Oit sayang ni. Kita tengah cakap pasal Firash dan Sara ke atau kita tengah cakap pasal kita?” usik Izham.
“Lyssa cakap pasal kita semua. Firash dengan abang tu sama persis je. Lyssa dan Sara jadi mangsa cinta yang tak terungkap“
Tergelak Izham dibuatnya. Dia turut merebahkan badannya di sebelah Alyssa. Tubuh isterinya itu dipusingkan supaya menghadapnya.
“Ala, Lyssa pun sama aje. Suka abang tapi tak nak mengaku. Hah, boleh jadi salah Lyssa juga! Kalau Lyssa cakap dekat abang, tak ada la abang jadi singa dulu. Abang pun takut juga tau, yalah abang jatuh cinta dengan seorang puteri. Nak ke dia balas cinta abang yang biasa-biasa je ni” Izham buat muka kesian.
“Ish yalah, salah semua pihak. The best method is always confess our feeling first. Berbalas ke tak berbalas ke, letak tepi dulu. Yang penting, masing-masing dah tahu perasaan each other. Don’t let time determine everything. Kalau dah tertulis jodoh, tak ke mana juga” kata Alyssa. Izham mengangguk tanda setuju.
“Nanti abang slow talk la dengan Firash. Pesan dekat dia jangan jadi macam abang. Perit tahu tak, nak menunggu for each other“ ujar Alyssa jujur.
“Yalah, nanti abang brainwash Firash tu”
“Lyssa harap sangat Firash dan Sara tu cepat settle down. Lyssa pun kesian juga dekat Sara, dia dah lama menunggu“ luah Alyssa ikhlas.
“Abang pun berharap sangat yang Firash dapat perempuan sebaik Sara. Dia pun dah lama menderita” sambung Izham pula.
Alyssa pandang suaminya sekejap. Mulutnya pula menguap kecil. Berair sampai matanya kerana sudah rasa mengantuk.
“Abang, goodnight. Lyssa dah rasa mengatuk lah. I love you” ucap Alyssa sebelum memejamkan matanya.
Izham hanya mengiyakan dan membalas ungkapan cinta Alyssa. Dia mencium dahi isterinya sebelum dia membawa Alyssa ke dalam dakapannya. Beberapa detik kemudian, dia turut memejamkan mata.
***********
Pagi terakhir di Terengganu, mereka hanya makan sarapan di hotel sahaja. Hanya kedengaran Datin Salmah dan Mama sahaja yang asyik membawang. Yang lain, semuanya diam membisu. Izham dan Alyssa pula masih lagi tidak pulang dari bersiar-siar di tepi pantai.
Syazana memandang wajah Sara yang dari tadi asyik menunduk. Kemudian, dia pandang wajah abangnya pula. Keruh semacam sahaja muka abang dia. Sah, mesti ada sesuatu yang terjadi semalam! Kak Sara semalam pun diam je dalam kereta sewaktu pulang dari makan. Biasanya dia sibuk berbicara dengannya dan Firash. Dalam bilik lagilah, diam tak berkutik!
Syazana yang berasa rimas pula dengan suasana sebegitu terus sahaja menyentuh tangan Sara di hadapannya.
“Kak Sara, tadi Ana lupa nak bagi tahu. Waktu Kak Sara dalam tandas sebelum Subuh kan, ada Doktor Fendi ni, dia call Kak Sara. Ana angkat dulu call tu in case dia ada nak pesan apa-apa kan. Tapi dia cakap, nanti dia call Kak Sara balik“ kata Syazana mula memecahkan keheningan.
Syazana melirik ke arah abangnya tapi riaknya biasa-biasa sahaja. Ermm….
“Oh ye ke? Tak pe, nanti Kak Sara call dia balik. Adalah tu nak discuss something pasal patient semalam” jawab Sara.
“Iyalah tu nak discuss. Kalau nak discuss pun boleh aje call pukul 8 ke 9 pagi ke, ni call waktu Subuh. Tak hormat langsung” desis Firash perlahan.
Tersenyum Syazana apabila dia dapat mendengar rungutan Firash yang duduk di sebelahnya. Syazana membetulkan duduknya. Bersedia mahu mencurahkan api lagi.
“Kak Sara rapat ke dengan Doktor Fendi? Ke Kak Sara ada something dengan dia? Yalah, waktu Subuh pun dah call Kak Sara. Haa, baru Ana perasan dia selalu call Kak Sara malam-malam sebelum Kak Sara tidur. Rasanya dah betul dah nama dia Doktor Fendi yang selalu call Kak Sara tu” asak Syazana sambil buat-buat suara seperti orang teruja.
Dia kerling Firash lagi yang duduk di sebelahnya itu. Dapat dilihat abangnya sedang mengetap bibir. Syazana tersenyum sinis. ‘Padan muka abang!’
“Eh tak adalah. Kak Sara dengan dia kawan sekerja je. Dia selalu call Kak Sara kalau pasal kerja. Kak Sara pun dah terbiasa dia call Kak Sara. Doktor Fendi tu sekali dia call, berderet-deret soalan pasal kerja yang dia tanya” terang Sara.
“Handsome tak Doktor Fendi tu?” tanya Syazana lagi.
“Boleh la. Dia macam ada iras-iras Kento Yamazaki” Jawapan Sara buat Syazana terjerit kecil.
“Wah, handsomenya. Eh Kak Sara kan suka Kento Yamazaki.” Sara hanya tersengih. Syazana pula ketawa kecil.
Tiba-tiba telefon Sara berdering. Sempat Syazana menangkap nama si pemanggil.
“Haih baru je kita mengumpat pasal dia, dah call Kak Sara dah. Rindu la tu, 4 hari tak nampak Kak Sara“ usik Syazana. Sara hanya tersengih. Kemudian, dia meminta diri untuk menjawab panggilan daripada Doktor Fendi.
“Untung Doktor Fendi tu kalau dapat Kak Sara kan bang?“ ujar Syazana sambil tersenyum sinis ke arahnya. Perasan sangat air muka Firash yang sudah berubah semenjak Doktor Fendi menjadi topik perbualan mereka.
Firash mendengus kecil. Kemudian dia bangun meninggalkan meja makan lalu menuju ke tepi kolam, tempat Sara menjawab panggilannya. Syazana pula sudah mengekek ketawa melihat tingkah abangnya.
***********
Dari jauh Firash dapat melihat senyuman Sara yang sentiasa terhias di bibirnya sewaktu bercakap dengan Doktor Fendi. Perlahan-lahan dia mendekati Sara agar kehadirannya tidak disedari.
“Esok saya dah masuk kerjalah. So kena balik la hari ni” ujar Sara yang masih tidak perasan akan kehadiran Firash di belakangnya.
“InsyaAllah, pukul 10 pagi nanti bertolak pulang ke KL“
“Haha iya, nanti saya pesan kat driver tu bawa kereta elok-elok. Doktor tak payahlah risau, driver saya tu seorang pemandu yang cermat“ ujar Sara lagi sambil ketawa kecil.
“Malam ni? Tak boleh janji lah doktor. Saya sampai KL pun tak tahu pukul berapa. Doktor ajaklah adik doktor teman pergi dinner“ tolak Sara dengan perasaan serba salah.
“Okey doktor. Sorry tau, nanti lain kali saya teman doktor pergi dinner”
“Iya, terima kasih. Nanti kirim salam rindu saya dekat Amir. Esok saya pergi jumpa dia“
“Okeylah doktor, saya letak dulu ya. Assalamualaikum“ ucap Sara sebelum menamatkan perbualan di telefon. Sara terus berpusing untuk kembali ke meja makan. Terkejut dia melihat Firash yang sudah berdiri berpeluk tubuh sambil memandangnya tajam.
“Kau buat apa kat sini?“ tanya Sara pelik.
“Kau ingat aku boleh makan ke kalau hati tengah panas?“ jawab Firash sebelum berjalan ke arah bangku. Sara yang pelik dengan jawapan Firash hanya mengikuti langkah lelaki tersebut. Sara melabuhkan punggungnya di atas bangku bersebelahan dengan Firash.
“Kenapa panas hati pula? Gaduh dengan Ana eh?“ tanya Sara polos. Firash berpaling memandang tepat ke arah anak mata Sara.
Dia pun pelik kenapa dengan dia semenjak akhir-akhir ni. Lagi pelik sebab perubahan sikap dia lebih terserlah jikalau hal tersebut melibatkan Sara. Hairan juga dengan sikapnya yang cepat melenting terhadap Sara. Padahal dahulu tak ada pun rasa macam ni. Dia layan Sara baik sebagaimana dia layan Alyssa.
Sara melarikan pandangan matanya dari tatapan Firash. Berdebar pula dengan renungan sebegitu. Seketika terdengar bunyi keluhan di sebelahnya.
“Sebenarnya, kau dengan Doktor Fendi tu ada something ke?“ tanya Firash seperti orang yang terdesak.
“Ish, semalam kan aku dah explain. Aku dengan dia tu hanya rakan sekerja je. Segala cases and patients aku, dia yang tolong handle sementara aku bercuti ni” terang Sara lagi.
“Habis tu kenapa dia banyak kali call kau? Dia kan dah tahu kau sedang bercuti ni. Takkan tak ada common sense kut? Orang sedang bercuti pun nak diganggunya“ bebel Firash. Tergelak Sara mendengarnya.
“Dia call sebab nak tanya pasal kerja je. Aku kan terbawa balik fail patients aku, sebab tu dia banyak kali call aku. Fail tu penting sebab apa-apa berkenaan patients, kena refer fail ni“ jawab Sara dengan tenang.
“Habis yang tadi tu?“ soal Firash masih tidak puas hati lagi.
“Tadi? Kenapa dengan tadi?“ ujar Sara bingung.
“Tadi dia call kau sebab nak tanya bertolak balik bila je ke? Lepas tu siap pesan suruh kau hati-hati. Haa, yang ni lagi la aku tak boleh faham. Kenapa nak ajak kau dinner malam ni? Kau kan baru balik dari bercuti, mesti kau nak rehat malam ni. Kau pun, kenapa senang-senang je terima pelawaan dinner dengan dia? Malah berjanji nak dinner untuk lain kali” satu-persatu ketidakpuasan hatinya dilontarkan kepada Sara. Terdiam Sara dibuatnya, tak sangka Firash mendengar perbualan dia sejak dari awal lagi.
“Err, aku pun tak tahu dia call aku sebab pasal ni je. Biasanya dia call aku sebab kerja, sebab tu la aku tak teragak-agak jawab call dia tadi“ terang Sara tanpa rasa jemu. Tidak mahu dirinya disalah ertikan oleh Firash.
“So, kau still nak teman dia pergi dinner after this?”
Sara mengerutkan dahinya. Tak faham motif Firash menyoal dia seperti itu.
“Kalau aku tak kasi kau dinner dengan dia, kau okey? Bukan dinner je, even dia ajak breakfast ke lunch ke, jangan pernah terima pelawaan dia“ sambung Firash lagi.
Sara pandang Firash seolah-olah minta kepastian. Sungguh, dia tak faham apa yang dipinta Firash sekarang ini.
“Kenapa pula?”
“Sebab aku tak suka. Aku tak izinkan“
Share this novel