“Dah kenapa muka cemberut tu? Tak baik buat macam tu depan rezeki” tegur Safwan kepada Sara yang sedang duduk di meja makan. Adiknya itu sedang menghabiskan burger McDonalds’ yang dibelinya tadi.
“Tak adalah. Kawan Sara ajak jumpa malam ni. Terpaksalah Sara pergi. Sara baru plan nak tengok movie dengan angah malam ni. Mesti angah merajuk kalau Sara cancel plan tu”
“Cakap je lah dekat kawan Sara tu yang Sara dah ada plan malam ni. Tak boleh jumpa dia. Apa susah?” Safwan mengambil tempat di hadapan Sara.
Sara menggeleng. “Tak boleh. Sara kena jumpa dia jugak malam ni. Kalau tak, dia nak car…” Sara membulatkan matanya. Takkan dia nak cakap Firash akan carinya di rumah?
“Kalau tak apa? Sara nak jumpa kawan yang mana sebenarnya ni? Bukan Lyssa eh?” Safwan memandang adiknya pelik.
“Tak ada apa-apa lah. Haah, bukan Lyssa. Kawan Sara yang lain. Memang kena jumpa dia juga, ada hal nak bincang sikit” ujar Sara sambil tersengih.
“Hmm curios Along jadinya! Betul ke jumpa kawan ni?” Safwan menjongketkan keningnya. Sara mengangguk laju.
“Ke jumpa Firash?” tebak Safwan nakal.
“Along! Bukanlah, kawan Sara yang lain lah” jerit Sara geram masih lagi mahu berahsia.
“Ceh, betul lah tu nak jumpa Firash. Sara mana boleh tipu along lah”
“Tak percaya sudah. Sara cakap yang betul” Sara menyambung makan. Malas mahu melayan!
“Okay, tak apa. Kita tengok malam nanti Sara jumpa dengan siapa” Safwan tersenyum senget.
“Kenapa pula? Along nak skodeng Sara ke?” Sara sudah menjeling Safwan geram.
“Alang-alang hantar Sara, along skodenglah! Confirm punya Sara akan minta along hantar, sebab kereta Sara kan Saef guna” Safwan menjelirkan lidahnya terhadap Sara. Sara ni, selain daripada takut nak drive malam, dia pun takut juga nak drive kereta selain dari keretanya sendiri!
“Tak apa, Sara boleh naik grab lah” balas Sara sinis. Ingat dia nak akan biarkan perkara itu terjadi?
“Yakin ke boleh naik grab? Confirm, umi dan abah tak kasi punya Sara naik grab malam-malam!” Safwan sudah ketawa.
“Huh!” dengus Sara geram. Untuk itu, dia memang tak boleh argue lagi. Ibubapanya sangat pantang kalau dia naik grab keseorangan pada waktu malam. Nak tak nak memang Safwan lah jadi drivernya nanti. Itu lebih baik dari Firash sendiri yang carinya di rumah!
***
Sara mengacau minumannya dengan perasaan gementar. Firash di hadapannya pula dari tadi asyik merenungnya.
Bbeep! Bbeep! Telefon Sara bergetar. Sara membaca mesej yang tertera di skrin telefonnya dengan ekor mata.
“Bila nak start berbualnya? Dari tadi asyik kau pandang aku, aku pandang kau xD”
Sara mengetap bibirnya geram. Matanya dihalakan ke arah dua orang lelaki yang duduk selang dua meja dari belakang Firash. Pandangan maut diberikan terhadap Safwan dan Safiq yang sedang tersengih. Ya, kedua-dua abangnya itu sengaja mahu skodeng perjumpaannya dengan Firash.
“Kenapa? Kau ada problem ke?” tanya Firash yang sedari tadi melihat Sara tidak senang duduk.
“Tak adalah, aku okay” Sara tersenyum tipis.
“Kau nak jumpa aku kenapa? Esok esok kan boleh je” soal Sara lagi tidak mahu membuang masa begitu sahaja.
“Saja, dah lama tak tengok muka kau. Rindu” ujar Firash selamba. Dia memerhatikan riak Sara yang jelas berubah bila dia meluahkan kerinduannya.
Sara berdehem kecil. Dia menghirup air untuk menghilangkan rasa gatal di tekaknya. ‘Gila! Aku mahu balas apa dekat Firash?’
“Aku straight to the point je lah kenapa aku nak jumpa kau” Firash memandang Sara yang melarikan pandangannya ke tempat lain. Dia mengeluh perlahan sebelum menyambung percakapannya.
“Kau dah fikir apa yang aku cakap hari tu? Aku harap kau dah ada jawapan untuk perasaan aku”
“Err, kita cakap pasal tu lain kali boleh tak?” takut-takut Sara menjawab. Dia pun tak tahu kenapa sukar sangat untuk dia katakan ‘ya’ kepada Firash.
“Aku rasa dua minggu ni sudah cukup untuk kau buat keputusan. Kalau kau tak boleh terima aku, okay aku respect decision kau. Yang penting sekarang, aku hanya nak jawapan dari kau. Aku pun tak nak lah menunggu benda yang tak pasti” Firash berpeluk tubuh memandang Sara yang sudah menunduk.
Sara sedikit terpukul mendengar ayat terakhir dari mulut Firash. Memang dia pentingkan diri sehingga buatkan lelaki itu menunggu jawapannya.
“Atau kau dah ada orang lain?” soalan dari Firash itu membuatkan Sara mengangkat mukanya.
Sara pantas menggelengkan kepalanya. Kenapa Firash berfikir begitu?
“Tak ad….” percakapan Sara terganggu dengan kehadiran seseorang di mejanya.
“Hai adik manis, kawan saya kirim salam rindu dekat awak” tegur seseorang sambil menunjukkan ke arah seorang lelaki yang sudah pun tersenyum malu.
Firash berpaling ke arah belakangnya. Dia mendengus geram melihat seorang lelaki sedang melambaikan ke arah Sara. Dia masih ingat wajah lelaki itu.
Sara pula sudah menjegilkan biji matanya. Wrong timing lah abang-abangnya mahu bergurau sekarang. Yang datang ke mejanya sekarang adalah Safiq manakala Safwan pula setia di mejanya.
“Jadi betullah kau dah ada seseorang?” Firash tersenyum sinis.
Sara terbungkam. Rasanya Firash sudah salah faham.
“Kalau kau dah ada seseorang, at least kau cakap. Tak payahlah buat aku tertunggu-tunggukan kau macam orang bodoh!” Firash bangkit dari kerusinya dengan hati yang panas.
Sungguh dia merasa dia sudah dibodohkan oleh Sara. Tak sangka, sampai ke cafe ini teman lelaki Sara mengikutinya.
“Firash, wait” pantas Sara memaut lengan Firash sebelum lelaki itu bergerak pergi. Sempat Sara menghadiahkan jelingan maut kepada Safwan dan Safiq yang masih lagi tersenyum seolah-olah tidak bersalah.
“Kau dah salah faham ni. Aku mengaku yang aku salah sebab buatkan kau tertunggu. Tapi sumpah, aku tak ada orang lain lagi” Sara cuba menerangkan keadaan sebenar. Entah kenapa dia takut Firash akan salah faham dan membencinya.
“Kau still nak nafikan lagi? Sara, aku dah nampaklah kau dengan lelaki tu tadi dekat shopping mall. Mata aku tak tipu bila aku tengok kau sibuk paut lengan dia. Dia peluk bahu kau pun, kau tak kisah! Kau still nak cakap yang kau tak ada apa-apa hubungan?” tempelak Firash berang.
Sara terkedu. Maknanya Firash ada nampak dia dengan Safwan tadi dan pasti dia sudah salah faham!
“Tak, sumpah itu bukan apa yang kau fikirkan. Lelaki yang kau nampak dengan aku tadi tu adalah a..”
“Dahlah Sara. Silap aku sebab terjatuh suka dekat kau. Aku pun bodoh tunggu kau macam orang gila. Kau lupakan je lah apa yang aku cakap selama ni. Aku doakan kau bahagia dengan dia” Firash menepis perlahan tangan Sara di lengannya.
“Firash, kau dengarlah dulu apa aku nak cakap ni! Firash!... Firash!” panggil Sara tetapi lelaki itu sudah tidak pedulikan panggilannya.
Sara sudah terduduk di kerusinya. Dia memandang tajam Safwan dan Safiq yang kelihatan tergamam di hujung sana. “Puas hati along dan angah?!” tempelak Sara dengan mata yang sudah kemerahan.
“Maaf Sara, along niat nak bergurau je” ujar Safwan dengan perasaan bersalah ketika mendekati adiknya yang sudah menghamburkan tangisan.
“Sorry Sara, angah pun main-main je. Tak sangka dia…” Sara menepis tangan Safiq di bahunya.
“Sara masih boleh bersabar lagi dengan along dan angah yang berkeras nak ikut Sara walaupun Sara betul-betul perlukan privasi. Tapi Sara tak sangka korang boleh buat lawak bodoh macam ni. Sara pun perlukan ruang Sara sendirilah untuk settlekan masalah Sara. Sekarang tengok apa dah jadi? Makin berserabut!” Sara melepaskan kemarahannya.
Safwan dan Safiq terdiam. Tak pernah Sara marah sebegini. Memang besar kesalahan mereka terhadap adiknya.
Sara bangun dari kerusinya dan mahu bergerak keluar dari cafe ini. Dia mahu tenangkan dirinya dahulu.
“Jangan ikut Sara. Sara nak bersendirian dekat taman depan tu” pesan Sara keras ketika Safwan dan Safiq mahu mengikutinya.
Terhenti langkah mereka bila Sara sudah memberi amaran.
“Dahlah ngah, biar Sara tenangkan diri dekat taman tu dulu. Nanti dia datang sini balik juga” ujar Safwan kepada Safiq yang jelas tidak bersetuju dengan permintaan Sara. Dia kenal Sara, adiknya itu tak akan pergi jauh. Lebih-lebih lagi pada waktu malam sebegini. Penakut!
“Yalah” Safiq kembali duduk sambil matanya masih mengawasi langkah Sara.
****
Bunyi riuh di luar memaksa Alyssa untuk membuka matanya. Selepas sahaja solat Subuh tadi, tiba-tiba dia diserang alahan yang teruk. Sampai menangis Alyssa kerana sudah tidak mampu bertahan. Hampir sahaja dia longlai di dalam bilik air, nasib baiklah Izham pantas menyambut.
Alyssa berlalu ke bilik air untuk menyegarkan mukanya. Rambutnya yang panjang disanggul tinggi. Pelembab bibir dioleskan ke bibirnya yang kering dan kelihatan pucat itu. Kemudian, dia terus keluar dari biliknya.
“Kamu dah bangun Lyssa? Dah okay sikit?” soal Nek Wan yang sedang mengupas bawang di dapur.
“Dah okey sikit Nek Wan. Cuma tekak Lyssa masih rasa mual lagi. Maaflah, Lyssa tak dapat tolong Nek Wan buat breakfast tadi” ujar Alyssa dengan rasa bersalah.
“Nek Wan tak kisah pun. Biasalah, alahan mengandung. Benda yang kita tak dapat kawal kan?” Nek Wan sudah tersenyum.
“Abang Iz kat mana Nek Wan?” soal Alyssa. Rasanya tadi dia mendengar suara Izham. Bila keluar, tak ada pula kelibat suaminya.
“Ada kat belakang tu, dengan Mia. Katanya nak tangkap ikan laga dekat sungai tu”
Alyssa mengangguk kecil. Patutlah riuh rendah dengan suara jeritan tadi.
“Lyssa nak makan tak? Nek Wan hidangkan. Tadi Nek Wan ada buat pulut kelapa. Lyssa nak makan nasi goreng pun ada lagi tu” Nek Wan sudah bangun dan bergerak ke sinki.
“Tak apa Nek Wan, Lyssa boleh buat sendiri. Susahkan Nek Wan pula nak hidangkan untuk Lyssa”
“Tak apa, kamu duduk dan tunggu je. Bukan selalu Nek Wan nak melayan cucu menantu yang sorang ni”
Alyssa sudah tersengih. Kalau Nek Wan sendiri yang cakap macam tu, dia tunggu je lah Nek Wan hidangkan.
“Wah, nampak sedap je pulut kelapa Nek Wan” puji Alyssa apabila makanan sudah dihidangkan di atas meja.
“Ni kalau ada durian, mesti sedap kalau dapat makan pulut durian kan?” Alyssa sudah terbayangkan keenakan makanan tersebut. Alamak, susahlah dia kalau tiba-tiba mengidam nak makan pulut durian pula. Dahlah hari tu pun dia sudah makan cendol durian.
“Kamu mengidam pulut durian ke?” Nek Wan pandang Alyssa yang sudah tersengih.
“Siapa yang nak makan durian ni? Dari depan lagi dah dengar cakap pasal durian” muncul pula Tok Wan dengan topi jerami masih melekat di belakangnya. Mungkin baru balik dari berkebun atau dari ladangnya.
“Mak buyung ni lah tiba-tiba nak makan pulut durian pula” Nek Wan menunjukkan ke arah Alyssa.
“Tak adalah Tok Wan. Lyssa cuma cakap je yang mesti sedap kalau dapat makan pulut durian. Tak adalah sampai mengidam” Alyssa sudah tergelak kecil menerangkan situasi sebenar.
“Ala, kalau Lyssa nak makan pulut durian pun bolehlah. Dekat dusun Tok Wan berlambak buah durian gugur. Tinggal pergi pungut je” ujar Tok Wan sambil mengarahkan Nek Wan untuk menuangkan air untuknya.
“Ha betul tu. Kalau Lyssa nak makan, Nek Wan boleh buatkan. Cicit Nek Wan juga kan yang nak makan?”
Alyssa pula sudah serba salah. Nanti menyusahkan semua orang pula semata-mata untuk dirinya yang mengidam.
“Tak payah rasa serba salah lah Lyssa. Nek Wan dan Tok Wan lagi suka kalau dapat tunaikan permintaan Lyssa tu” pantas Nek Wan menyambung percakapannya.
“Permintaan apa tu Nek Wan?” muncul pula Izham dengan kedua-dua tangannya memegang cawan plastik. Pasti untuk meletakkan ikan laga yang ditangkap mereka.
“Ni isteri kamu, mengidam nak makan pulut durian. Tapi tak nak cakap sebab takut susahkan Tok Wan dan Nek Wan” jawab Tok Wan sambil menjuihkan bibirnya ke arah Alyssa.
“Oh ye ke? Kenapa sayang tak cakap? Abang boleh je kutip buah durian dekat dusun Tok Wan tu. Banyak yang dah gugur kan Tok Wan?” Izham memandang Tok Wan. Tok Wan mengangguk laju.
“Betul tu! Mia pun boleh tolong Abang Iz kutip durian untuk Kak Lyssa. Mia pun dah lama tak makan pulut durian Nek Wan” sampuk Mia pula masih setia berdiri di tepi Izham.
“Kalau semua orang sanggup buat demi Lyssa, Lyssa okay je” putus Alyssa sambil tersengih. Tak sanggup pula dia nak menolak kalau semua orang sudah menawarkan diri. Lagipun, dia juga yang untung!
“Demi Lyssa dan baby, mestilah semua sanggup. Kan anak daddy kan?” Izham merapati Alyssa dan menyentuh perut isterinya.
Alyssa hanya tersenyum sahaja. Padahal dalam hatinya sudah berbakul rasa sebal.
‘Asyik-asyik demi baby! Dahlah semalam pun tinggalkan aku pergi keluar dengan Mia, pagi ni pun sama! Mia pula, selalu nak berhimpit dengan suami aku. Ish’ bentak Alyssa geram. Tidak sedar yang dia sudah mencemburui seorang remaja berumur 16 tahun.
“Petang nanti, kita pergi kutip durian dekat dusun Tok Wan ya?” pesan Tok Wan sebelum mengajak Nek Wan untuk ke depan.
“Mia pun nak masuk bilik dululah. Nak mandi, melekit pula badan Mia main dalam paya tadi” pamit Mia meninggalkan Izham dan Alyssa sahaja di dapur.
Izham pula terus mengambil kesempatan mengucup pipi montel Alyssa lalu melabuhkan punggungnya di tepi Alyssa.
“Ish apa ni cium-cium orang dengan badan berpeluh macam tu” ujar Alyssa geram sambil mengesat pipinya. Sebelah tangannya lagi cuba menolak pipi suaminya.
“Dah sayang buat muka cemberut macam tu, abang geram lah. Kenapa? Sayang tak puas hati apa pula dengan abang kali ni?” Izham mengerling Alyssa nakal. Sudah masak benar dengan wajah keruh isterinya, jadi dia tidak heran pun melihat Alyssa berwajah cemberut lagi.
Susah tau nak faham mood Alyssa! Sekejap okay, sekejap tak. Nasib baik dia seorang yang penyabar sekarang. Kalau tak, memang dia sudah berputus asa dengan sikap isterinya itu.
Alyssa tidak melayan soalan Izham. Tangannya laju menyuap makanan ke dalam mulut. Izham pula sudah menggelengkan kepalanya. Tak boleh jadi ni! Kerusi Alyssa ditarik kuat merapatinya.
“Abang..” terkedu Alyssa bila wajah Izham yang serius hanya seinci sahaja darinya. Rapat sangat!
“Sayang tak jawab lagi soalan abang tadi” ujar Izham sengaja dikeraskan suaranya. Anak mata Alyssa dicari lalu direnungnya sedalam yang mungkin.
“Soalan apa?” Alyssa buat-buat tidak mengerti. Dia menjauhkan mukanya dari Izham. Tidak sanggup melihat panahan mata suaminya.
“Sayang marahkan abang lagi ke? Dah nak dekat sebulan tau, sayang layan abang dingin. Bila abang tanya, sayang tak pernah explain. Abang pun tak tahu mana salah abang dekat sayang” luah Izham dengan nada sayu dan terdesak. Dia rindukan Alyssa yang dulu!
Alyssa pula sudah termangu. Kalau nak diikutkan akalnya yang waras, Izham memang tidak berbuat apa-apa kesalahan. Yang menjadi masalahnya, bila dirinya sendiri tak tahu apa yang dia mahukan.
Dia nak Izham sentiasa ada untuknya. Tapi dalam masa yang sama, dia lebih suka buat hal sendiri. Dia tak suka bermesra dengan Izham waktu ini. Tapi dalam masa yang sama juga, dia nak Izham selalu cuba untuk mendekatinya. Entah, dia pun tak faham apa yang dia rasakan. Segala yang Izham buat atau katakan, Alyssa cuba untuk mencari silap lelaki itu.
“Okay, abang beri masa dan ruang untuk sayang fikirkan semua ni balik. Abang tak nak kedinginan sayang ni berlarutan and will affect our relationship nanti. Bila sayang dah clear mind, then come to me. Abang akan tunggu sayang, always” Izham menyelak anak rambut Alyssa yang terjuntai di dahi lalu diselitkan ke belakang telinga Alyssa.
“But, abang nak kepastian dari sayang about this” Izham memegang pipi Alyssa supaya memandangnya.
“You still love me right? Abang masih ada dalam hati Lyssa kan?” soal Izham. Dia takut andai perubahan isterinya itu disebabkan perasaan cinta.
Alyssa terdiam seketika. Sebisa mungkin dia cuba untuk membalas renungan Izham sebelum perlahan-lahan kepalanya dianggukkan.
“My love for you is eternal. Abang jangan risau, abang dah stuck deeper dalam hati Lyssa. Cuma sekarang, Lyssa betul-betul perlukan ruang untuk back to normal. Lyssa pun tak tahu kenapa Lyssa felt and acted like this” Alyssa sudah terasa sebak.
Sungguh, dia berasa amat bersalah dengan Izham. Suaminya langsung tidak melukakan hati dia sebaliknya dia sendiri yang menyakitkan hatinya dengan perkara yang remeh. Dia pun tidak faham akan dirinya sendiri!
Izham pula terus menarik senyum mendengarkan jawapan isterinya. Wajah Alyssa yang kemerahan bersama dengan bibir yang tercebik-cebik menahan tangisan itu membuatkan hatinya sedikit terusik. Alahai, kenapalah Alyssa ni comel sangat?
“Shuh, don’t cry. Your answer just now pun dah buat abang lega. I will wait for the time when you dah rasa okay. Abang selalu ada untuk sayang, ingat tu” Izham menarik Alyssa yang sudah teresak kecil ke dalam pelukannya. Belakang isterinya diusap perlahan sebelum dahinya dikucup.
“I love you so much, sayang abang” pelukan di badan Alyssa dieratkan lagi.
Share this novel