Malam kedua berada di Terengganu, Izham membawa mereka menikmati makan malam di Steamboat House yang berada berdekatan dengan resort didiami mereka.
“Korang makan lah puas-puas, soal bayaran serah kat Izz. Nanti dia tolong bayarkan untuk kita“ ujar Alyssa tanpa segan-silu menyuruh Sara, Firash dan Syazana melantak.
“Kau pandai eh Lyssa. Iz tak ada cakap apa-apa pun pasal nak bayar, kau sedap aje bantai wang suami kau” bebel Sara. Alyssa hanya menjelirkan lidah. Sara pula menjegilkan matanya.
“Dah, tak payah gaduh-gaduh Lyssa, Sara. Iz yang bawa kita makan kat sini, dia lah yang kena bayarkan. Ya dok, Sal?“ sampuk Mama.
“Betul tu, bab bayar serah kat Iz je. Bila lagi kita nak kikis duit Iz kan?“ balas Datin Salmah.
“Ish, ibu ni. Selama ni Iz tak pernah kedekut pun kan kalau melibatkan duit“ sampuk Izham yang sedari tadi hanya tersenyum melihat karenah masing-masing.
“Ibu bergurau je la Izham. Takkan ibu tak kenal anak ibu?” balas Datin Salmah sambil menepuk perlahan lengan anaknya.
“Abang Iz pun dah pandai jadi sensitif eh sekarang? Ingatkan Kak Lyssa je yang pandai merajuk” usik Syazana yang membuatkan semua orang ketawa.
“Dah, tak payah diusik Abang Iz kamu ni. Kalau dia merajuk, susah tau Kak Lysa nak pujuk” sambung Alyssa pula. Izham menjegilkan mata ke arah isterinya. Alyssa hanya ketawa kecil.
Firash tersenyum kelat melihat kemesraan Alyssa dan Izham. Nampak jelas di matanya bahawa mereka sarat dengan cinta. Melihat keadaan itu, dia terus bangun. Dia tidak mahu hatinya berbolak-balik kembali setelah dia berjaya bangkit dan melupakan isi hatinya terhadap Alyssa.
“Abang nak pergi mana?” tanya Syazana.
“Nak ambil daging “ jawab Firash sambil menunjukkan buffet pelbagai jenis daging dan ayam di tengah kedai. Syazana hanya menganggukkan kepalanya.
“Firash, nak ikut” tiba-tiba Sara bersuara.
“Okay” jawabnya pendek.
Sara terus bangun lalu menyaingi langkah Firash yang sudah ke depan. Sempat Sara menangkap lirikan mata Alyssa sambil tersengih-sengih. ‘Ish minah tu, pasti mengusik aku la tu’ desis Sara geram.
Sampai sahaja di kaunter makanan, Sara terus mencapai sebuah dulang bersama penyepit untuk mengambil pelbagai jenis perapan daging dan ayam.
“Sara, sini“ panggil Firash. Tanpa banyak soal, Sara terus menuju ke arah Firash.
“Nah“ kata Firash sambil memasukkan perapan ayam black pepper ke atas dulang yang dipegang Sara.
‘Eh mamat ni, bukannya nak ambil dulang sendiri. Nak juga masukkan ke aku punya!’ bebel Sara melihat tingkah Firash.
“Aku tahu kau suka black pepper. Kalau kat kafe, kau selalu order ayam masak black pepper kan?” ujar Firash sambil memandang tepat ke arah anak mata Sara. Sara terkedu.
“Thank you“ ucap Sara perlahan.
“Sekarang, kau pula pilihkan untuk aku” arah Firash.
“Hah?” Sara blur.
“Slow juga eh kau ni? Tak, aku nak kau tolong pilihkan menu untuk aku. Banyak sangat jenis, aku tak tahu mana yang sedap” terang Firash.
“Ohh, okey” Sara tersengih, malu dengan diri sendiri.
Sara terus menjelajah kaunter makanan tersebut untuk memilih pelbagai jenis makanan. Apabila dirasakan menu tersebut menarik, dia terus meletakkan ke atas dulangnya. Firash hanya mengikutinya dari belakang. Sekali-sekala, Firash turut meletakkan menu pilihannya ke dalam dulang Sara. Selesai sahaja memilih menu, mereka terus bergerak ke meja.
“Mana yang lain ibu?” soal Firash pelik apabila hanya tinggal Datin Salmah dan Mama Alyssa sahaja di meja makan.
“Tu, tengah tunggu kambing golek“ jawab Datin Salmah.
“Eh mak cik dan mama tak ambil makanan lagi ke?“ soal Sara prihatin. Dia sudah biasa memanggil mama Alyssa dengan panggilan mama.
“Haa, nak pergi la ni. Tunggu kamu balik dulu, nanti tak ada orang jaga meja. Jom Sal“ jawab Mama lantas terus meninggalkan meja tersebut bersama-sama Datin Salmah.
Bagi menghilangkan rasa janggal duduk berdua dengan Firash, Sara terus meletakkan satu sudu marjerin ke atas alat grill. Setelah marjerin mencair, dia terus memanggang segala jenis daging dan ayam yang dipilihnya bersama Firash tadi.
“So, kau cuti berapa hari ni?“ soal Firash memecahkan keheningan antara mereka.
“4 hari je. Lusa aku dah masuk kerja. Aku tak boleh cuti lama-lama” jawab Sara. Sara memang sibuk orangnya. Dia banyak handle case patient di hospital tempatnya bekerja.
“Tak sangka aku, akhirnya kawan aku yang seorang ni dah berjaya jadi doktor“ ucap Firash ikhlas. Sara hanyam tersenyum tipis. Sungguh, dia rasa awkward sekarang ni.
Sara memandang Firash yang leka memanggang. Dia pun tak pasti sejak bila dia mula menyukai Firash. Tapi sayang, hati Firash hanya untuk sahabatnya sendiri. Dalam keheningan itu, tiba-tiba telefonnya berdering. Lantas Sara menjawabnya.
“Yes Doktor Fendi“ jawab Sara apabila teman sekerjanya menelefonnya.
“Tak, saya tak sibuk pun sekarang ni“ ujar Sara lagi.
Firash sudah mengerling Sara semacam. Tidak pernah lagi dia dengar nama lelaki lain keluar dari mulut gadis itu sepanjang mereka kenal.
“Oh fail tu ada dengan saya. Nanti saya snap gambar and hantar dekat doktor ya“ jawab Sara dengan lembut.
“Eh tak apa. Doktor Fendi jangan risau, doktor tak ganggu saya pun. Waktu ni saya pun tak tidur lagi“ Sara tertawa kecil.
“Orait doktor, terima kasih“ ucap Sara sebelum menamatkan perbualannya. Dari hujung ekor matanya, Sara tahu yang Firash sedang merenungnya. Dia terus berpaling dan memandang pelik Firash yang sudah berpeluk tubuh itu.
“Siapa tu?” tanya Firash ingin tahu.
“Doktor Fendi. Teman sekerja aku“ jawabnya.
“Muda lagi ke? Belum kahwin lagi?” soal Firash lagi.
“Hah? Err sebaya dengan kita and belum kahwin lagi” jawab Sara walaupun pelik dengan soalan yang dilontarkan oleh Firash. Firash hanya mengangguk.
‘Patutlah dia call Sara even dah pukul 11 malam’ desis Firash.
“Nak kunci kereta?“ pinta Sara tiba-tiba sambil menunjukkan tapak tangannya yang kosong.
“Nak buat apa?”
“Nak ambil fail yang Doktor Fendi minta tadi. Fail tu ada dalam beg aku and beg aku tu ada dalam kereta kau” terang Sara.
“Nak sekarang juga ke? Tak boleh tunggu lepas makan?“
Sara menggeleng. “Tak boleh. Fail patient yang dia request tu penting sangat sebab patient tu baru je admitted to ward. Silap aku terbawa balik fail tu” terang Sara lagi. Firash mengeluh. Lambat-lambat dia menyerahkan kunci kereta kepada Sara.
“Memang tak boleh tunggu lepas makan ke? Jauh tau aku parking kereta. Dah la ada mamat-mamat motor dekat aku parking tu” soal Firash lagi.
“Iyya, aku tahu. Ala bukannya dia orang ganggu aku pun. Dah la, kau grill daging-daging ni elok-elok. Jangan sampai hangus tau!” pesan Sara bersahaja sebelum berlalu pergi meninggalkan Firash yang masih lagi terasa risau.
Sara bergegas ke tempat Firash meletakkan keretanya. ‘Ish, aku rasa tak adalah jauh sangat Firash parking. Dahla gelap semacam je jalan ni’ rungut Sara yang masih tidak dapat menemui kereta Firash.
Bunyi siulan nakal dari sekumpulan lelaki yang melepak di wakaf tidak dihiraukan oleh Sara. Sedikit kelegaan apabila kereta milik Firash sudah kelihatan. Langkahnya dipercepatkan lagi.
Setelah menemui fail yang diminta Doktor Fendi tadi, dia terus menangkap gambar dan menghantarnya ke Doktor Fendi. Selesai sahaja berbuat demikian, dia terus keluar dari kereta. Baru sahaja dia menutup pintu kereta, tiba-tiba ada suara yang menegurnya.
“Hai, sorang-sorang ni tak takut ke?“ muncul seorang lelaki yang berseluar jeans paras lutut sambil menghembuskan asap rokoknya ke arah Sara. Sara berundur ke belakang, takut dengan kemunculan lelaki ini. Dari jauh dia dapat mendengar gelak tawa sekumpulan lelaki di wakaf tadi yang geli hati melihat Sara yang dalam ketakutan.
“Aku bukannya nak buat apa-apa. Saja je nak tengok secara dekat muka kau“ kata lelaki tersebut seraya mendekatkan mukanya ke arah Sara.
Sara memejamkan matanya. Dia terus digelakkan lelaki itu.
“Cantik. Dari jauh pun dah nampak cantik. Bila dekat, lagi la cantik! Tak tidur malam aku kalau dah jumpa bidadari cantik macam ni” ujarnya.
“Weh korang, perempuan ni cenggini haa! Cantik gila, kalah Mira Filzah aku!“ laung lelaki tersebut ke arah kawan-kawannya yang setia menonton aksinya itu. Selepas itu, riuh-rendahlah persekitaran itu dengan siulan-siulan nakal.
Sara tidak betah lagi. Nampak sahaja ruang kosong di sebelah kanan lelaki tersebut, dia mula berkira mahu menyelit di sana. Tetapi lengannya ditahan lelaki itu.
“Well, aku tak puas lagi dengan kau. So, jangan harap kau boleh pergi” ugutnya.
“Lepaslah lengan aku! Sakit“ jerit Sara sambil meronta-ronta minta dilepaskan. Sekali lagi, dia diketawakan lelaki tersebut.
“Alaa sorry ya sayang. Sakit eh? Itulah, kalau kau tak cuba melarikan diri tadi tak ada la aku pegang lengan kau ni“ ujarnya sambil mengekek.
Sara memejamkan matanya dan memalingkan wajahnya apabila melihat lelaki itu cuba menyentuh wajahnya.
“Sara!” tiba-tiba namanya dilaungkan oleh orang yang cukup dikenalinya.
“Woi, apa ni pegang-pegang“ marah Firash yang baru tiba sambil merentap pegangan lelaki tersebut terhadap lengan Sara.
Lelaki itu mendengus kasar sambil menggosok hidungnya yang tidak berapa mancung tu. Dia memandang tajam Firash. Firash pula menyuruh Sara untuk berdiri di belakangnya. Firash turut memandang lelaki itu dengan wajah yang bengis.
Lelaki itu meludah ke tepi. Dia tersenyum sinis memandang Firash. “Nasib baik mood aku baik malam ni, kalau tak dah lama aku bahan kau” ujarnya sebelum berlalu pergi meninggalkan Firash dan Sara.
Firash mengetap bibirnya. Kemudian, dia berpusing menghadap Sara.
“Kenapa tak jerit minta tolong? Nasib baik aku datang tau. Kalau tak, tak tahu la macam mana lelaki tu buat dekat kau!” kata Firash dengan nada yang sedikit tinggi. Sara menundukkan wajahnya. Sedikit terasa hati dengan kemarahan Firash.
“Sorry” hanya itu yang mampu diucapkan Sara. Firash mengeluh kecil.
“Sakit lagi lengan kau yang dia tarik tu?” soal Firash dengan suara yang sudah direndahkan. Dia memandang ke arah wajah Sara. Melihat Sara yang masih lagi mendiamkan diri, dia mula mencapai lengan Sara. Mahu melihat sendiri kalau pegangan lelaki tadi meninggalkan kesan di lengan Sara.
“Tak. Tak sakit. Okey dah“ cepat-cepat Sara menarik balik lengan dari pegangan Firash.
“Ermm, ikat balik rambut kau yang dah serabai tu. Aku tak nak nanti sampai kat meja makan, Alyssa dapat hidu ada yang tak kena dengan kau. Tadi pun dia dah marah aku sebab biarkan kau pergi sorang-sorang“ ujar Firash.
Lantas Sara membetulkan balik ikatan rambutnya.
“Thank you Firash“ ucap Sara perlahan. Firash hanya mengangguk.
Kemudian, mereka berjalan beriringan menuju ke kedai. Cuma, sewaktu melintasi kawasan wakaf yang terdapat sekumpulan lelaki tadi, Firash meraih tangan Sara lalu digenggamnya erat. Setibanya di hadapan kedai, barulah Firash melepaskan genggamannya. Itu pun dia masuk dahulu meninggalkan Sara berjalan sendirian di belakangnya.
okey, cukuplah 4 chapters for today ya? see you next time <3
Share this novel