44

Romance Completed 28229

“Sara, kenapa tak join dia orang?” tegur Alyssa. Dia baru pulang dari menghabiskan masa dengan Izham, dan bila sampai di wakaf dilihatnya Sara sedang duduk termenung di atas bangku kayu tidak jauh dari wakaf.

“Malaslah aku nak menyibuk saat-saat indah dia orang”

Alyssa mengerutkan dahinya. Kenapa pula? Dia memandang semula ke arah wakaf dan satu senyuman terukir di bibirnya. Oh, ini pasti kes cemburu!

“Dah lama ke Seri datang?” Alyssa melabuhkan punggungnya di sebelah Sara.

“Agaklah. Dia sampai beberapa minit selepas kau pergi dating dengan laki kau” sindir Sara. Alyssa tergelak.

“Seri dengan keluarga Nek Wan memang rapatlah. Tak payah lah cemburu. Lagipun Seri dan Firash tu kawan baik”

Sara mencebik. Iya ke kawan baik? Kalau tak, takkan Firash bergegas pergi meninggalkannya sewaktu Nek Wan melaungkan tentang kedatangan Seri. Bukan Firash sahaja, Mia, Syazana, Umar dan kawan-kawannya pun terus berlari ke arah Seri yang datang membawa sebiji kek.

“Tu, kau tengoklah. Aku rasa Datin Huda pun berkenan lah dengan Seri. Dari tadi lagi asyik puji Seri pandai memasak, sesuai kalau nak dibuat menantu. Aku rasa Datin Huda tak suka akulah, aku kan tak pandai masak” ujar Sara sedikit berjauh hati.

Alyssa memandang Datin Huda yang tersenyum lebar di samping Seri itu. Kemudian, Alyssa mengeluh.

“Aku kan sebenarnya, tak naklah buka aib orang. Tapi kalau kau dah salah faham macam ni, aku rasa macam kena cerita jugalah” Alyssa pandang Sara.

“Cerita? Cerita apa? Ada kaitan dengan Seri ke?” Sara mengerutkan keningnya. Bingung!

Alyssa mengangguk. “Haah! Kalau kau nak tak tahu, Seri tu hampir je jadi sebahagian keluarga Nek Wan”

“Maksud kau, jadi cucu menantu Nek Wan ke?” ragu-ragu Sara bertanya.

Alyssa mengangguk lagi. “Iya. Kau tahukan yang Mia ada abang dekat Switzerland? Sebenarnya Nek Wan nak jodohkan Seri dengan abang Mia. Tapi, tup tup abang Mia balik sini dengan bawa tunang. Abang Mia dah bertunang dengan seorang gadis asal sana”

“Seriuslah?” Sara bagaikan tidak percaya.

“Seriuslah! Iz yang cerita dekat aku. Nak dijadikan cerita, Nek Wan ni tak suka abang Mia ada hubungan dengan perempuan tu. Bukan apa, perempuan tu nak tukar agama hanya untuk kahwin dengan abang Mia je. Dia tak nak lepaskan gaya hidup dia as non-muslim. Sebab tu lah Nek Wan nak jodohkan abang Mia dengan Seri”

“Habis tu, apa jadi?”

Alyssa mengangkat bahu. “Abang Mia tetap berkeras nak kahwin dengan tunang dia. Seri pula memang dah sedia rapat dengan Nek Wan sebab selalu jugalah Seri datang rumah Nek Wan tolong ajarkan Nek Wan buat kuih dan kek. Nek Wan kan just ada Mia je kat sini, anak cucu semua duduk jauh”

Sara memandang Nek Wan yang tersenyum ceria melayan Dato’ Ilham. Terbit pula rasa kasihan di hati Sara melihat Nek Wan yang kesunyian selama ini.

“Nek Wan pun bukan jenis yang memaksa anak cucu, jadi nak tak nak dia pun terpaksa terima pilihan hati abang Mia. Sebenarnya, keluarga Mia bukan lama tak balik sebab banyak bisnes, tapi sebab masih terasa dengan Nek Wan yang layan acuh tak acuh je abang Mia dan isteri dia. Seri yang orang luar pula, Nek Wan layan macam keluarga sendiri”

Alyssa mengalihkan pandangan ke wajah Seri. Terbit rasa bersalah kerana dirinya pernah tidak menyukai Seri dahulu. Padahal Seri sudah banyak merana.

“Seri rapat dengan Nek Wan sebab dekat kampung ni semua orang pulaukan Seri dan keluarga. Seri hanya ada Nek Wan, emak dia dan beberapa orang kampung yang celik mata hati je. Sebab tu lah, ahli keluarga Nek Wan termasuk Firash, Mia dan yang lain tu pun rapat dengan Seri. Dah anggap Seri macam keluarga sendiri. Seri kan dah banyak teman Nek Wan selama ini”

Sara mengangguk faham. “Tapi kenapa orang kampung nak pulaukan Seri pula?” tanya Sara masih lagi tidak faham soal itu.

Alyssa mengeluh. “Seri tu datang dari keluarga yang susah. Bila Seri yang tak ada apa-apa dapat menarik perhatian Nek Wan untuk dijadikan cucu menantu, mulalah kata macam-macam. Seri jual badanlah, harapkan muka cantiklah dan yang paling teruk orang kampung kata Seri dah bomohkan Nek Wan sekeluarga”

Mengucap panjang Sara mendengarnya. Tak sangka sampai begitu sekali fitnah orang kampung sebab tak sukakan Seri. Bukankah dosa fitnah itu lebih besar dari dosa membunuh?

“Kan Seri bakal cucu menantu tak jadi Nek Wan, tapi orang kampung tetap tak suka Seri sebab Seri tak putus-putus pergi rumah Nek Wan even abang Mia tu dah bernikah pun. Orang kampung kata Seri kemaruk nak jadi cucu menantu Nek Wan. Mereka kata Seri cuba nak jadi isteri cucu lelaki Nek Wan yang lain pula”

“Ish, jahatnya mulut orang. Mereka bukan tahu pun kenapa Seri selalu datang rumah Nek Wan! Sebab nak teman dan ajarkan Nek Wan je. Huh! Kalau aku jumpa orang kampung yang cakap jahat tu, memang aku ganyang habis” Sara mengepal penumbuknya. Mana boleh biarkan kaum sesama jantina ditindas sebegitu!

Alyssa ketawa. “Kan, aku pun rasa nak cili je mulut jahat tu! Kau tahu tak, aku pernah kena amaran dengan satu orang kampung ni? Dia suruh aku dan Iz hati-hati sebab Seri nak cuba nasib jadi isteri Izham pula” ujar Alyssa teringat akan kejadian di surau dulu.

“Bila kau dah cerita ni kan, aku rasa macam kesian pula dengan Seri. Macam mana lah dia boleh pekakkan telinga dia selama ni? Kalau aku, sumpah tak tahan! Aku lebih rela tinggalkan kampung ni”

“Itulah, Seri tu kau nampak je macam menggedik and perasan cantik sikit. Tapi hati dia baik, dah memang perangai dia. Biasalah manusia kan, selalu tengok dengan mata kasar je. Orang yang kita tak sangka tu lah selalunya ada hati yang bersih dan luhur”

Sara mengiyakan. Betullah orang kata, rambut sama hitam, hati lain-lain. Jangan cepat menilai seseorang berdasarkan luaran mereka.

“Seri tak tinggalkan kampung ni sebab emak dia. Emak dia terlalu sayangkan rumah pusaka arwah suaminya, jadi Seri tak sanggup nak pindah” ujar Alyssa lagi.

Sara sekali terangguk-angguk. ‘Oh,Seri! Aku tak tahu betapa mulianya hatimu. Maafkan aku sebab sudah memikirkan bukan-bukan tentangmu’

Kemudian Alyssa bangun dan menghulurkan tangan ke arah Sara. “Jom pergi sana? Rugi tau kalau tak rasa kek Seri, sedap! Nanti kita sama-sama belajar memasak dengan Seri” ajak Alyssa.

“Yalah, jom! Aku nak cuba berkawan lah dengan Seri. Mana tahu dia boleh jadi cikgu tukang masak aku!” Sara memasang niat. Kalau Firash suka masakan Seri, maknanya dia kenalah curi resepi dari Seri dan ikat perut Firash dengan air tangannya pula. Ya dok? Barulah Firash tidak cari lain. Eh?

*********

Alyssa memandang Sara, Datin Salmah dan Mama yang mengusung beg ke ruang tamu. Sedih pula hatinya bila mereka sudah hendak pulang ke KL. Selama empat hari mereka berkampung di sini, sudah banyak memori indah yang tercipta.

Izham mendekati Alyssa dan memeluk erat bahu isterinya. “Janganlah tunjuk sangat muka sedih sayang tu. Risau pula mama dan ibu nak pulang nanti. Bukannya kita dah tak jumpa mereka, lagi dua hari kan kita nak balik KL juga”

“Memanglah, tapi dah terbiasa dengan dia orang kat sini. Esok, keluarga Firash pun dah nak balik. Makin sunyilah rumah ni” luah Alyssa sayu.

Izham menggelengkan kepalanya. “Dah jangan dilayan sangat perasaan sedih tu. Sayang kena ingat, Nek Wan dan Tok Wan mesti lagi sedih bila anak cucu nak pulang nanti. Tinggalah mereka berdua dengan Mia tu. Kalau tak nak bagi orang lain sedih, sayang kena senyum. Okay?” pujuk Izham.

Lambat-lambat Alyssa mengangguk. “Yalah, nanti kita jenguk Nek Wan dan Tok Wan selalu tau? Lyssa dah jatuh sayang dengan mereka dan juga kampung ni” Alyssa pandang Izham.

“Ya sayang, abang janji! Kita selalu jenguk mereka kat kampung ni” Izham mencuit hidung Alyssa sebelum dia menarik tangan isterinya merapati yang lain.

“Sal, hati-hati bawa kereta tu. Kalau ada masa, jenguklah mak dan ayah kat sini. Sal pun tetap keluarga kami juga, sampai bila-bila pun Sal sebahagian keluarga kami” Nek Wan memeluk Datin Salmah erat.

Datin Salmah hanya mengangguk. “Ya mak, nanti Sal selalu ajak Iz datang sini. Maaflah, banyak tahun dah Sal tak jenguk mak dan ayah” dia tersenyum kelat.

“Tak apa, mak faham” Nek Wan menepuk perlahan belakang Datin Salmah, bekas menantunya dulu.

“Ayah..” Datin Salmah menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Tok Wan pula.

“Nanti dah sampai KL, bagitahu ayah ya? Ayah dah letak seguni durian dan buah lain dalam bonet kereta Sal. Kalau tak cukup, call je ayah. Nanti ayah hantar guna Pos Laju” Tok Wan menepuk tangan Datin Salmah pula.

Datin Salmah tergelak “Lebih dari cukup dah tu ayah. Terima kasih lah sebab bagi Sal dan mama Alyssa tumpang tidur sini”

“Kamu dan mama Alyssa tu dah jadi sebahagian keluarga kami. Pintu rumah ni selalu terbuka untuk korang berdua” Tok Wan pandang Datin Salmah dan Mama silih berganti.

Selepas itu, Datin Salmah merapati Dato’ Ilham dan Datin Huda pula. “Terima kasih bang, Huda sebab layan kami berdua dengan baik kat sini”

Dato’ Ilham tersenyum dan mengangguk kecil. Manakala Datin Huda pula memeluk Datin Salmah

“Hati-hati dalam perjalanan tau. Maafkan Huda ya Kak Salmah untuk selama ini” bisik Datin Huda.

“Huda tak ada buat salah apa-apa pun. Sudah takdir kita, mana boleh ubah ketentuan dariNya” Datin Salmah tersenyum. Sungguh, dia tidak berdendam dengan bekas madunya itu.

Datin Huda membalas senyuman Datin Salmah. Kemudian dia menggamit pula Sara dan Firash yang sedari tadi nampak bertikam lidah.

“Sara, Firash, kenapa tu? Dari tadi lagi mummy tengok asyik bergaduh je”

Sara memeluk lengan Datin Huda. “Mummy, tengok Firash tu. Dia nak ikut Sara balik KL, padahal esok pun dia dah nak balik juga” adu Sara. Sejak Datin Huda meluahkan perasaan tidak sabar untuk menjadikan dia sebagai menantu semalam, Sara sudah pandai bermanja dengan mummy Firash.

“Firash risaulah Sara drive sorang-sorang. Tak boleh ke Firash je yang drive kereta Sara?” jelas kerisauan terpancar di wajah Firash.

“Habis tu siapa yang nak drive kami balik?” sampuk Dato’ Ilham pula. Anak terunanya itu memang sedang angau dengan Sara!

“Ala, papa kan ada. Papa je lah yang drive ya?” pinta Firash.

Sara menampar perlahan lengan Firash. “Ish, takkan nak suruh papa pula yang drive? Kesian papa nanti” bantah Sara tidak bersetuju.

“Papa dah biasalah drive dari sini ke KL. Kau tu, dahlah sorang. First time pula tu datang sini. Aku risau lah nak lepas kau balik”

Dato’ Ilham dan Datin Huda tiba-tiba tergelak. Entah kenapa wajah risau Firash itu sungguh menggelikan hati.

“Abang risaukan Kak Sara ke atau abang tak sanggup nak tengok Kak Sara balik dulu? Yalah, orang bercinta kan. Kononnya nanti rindu pula kalau tak boleh pandang wajah buah hati” sampuk Syazana yang sedari tadi melihat aksi mereka.

Firash mencebik. “Huh, budak kecik tak baik menyampuk perbincangan orang tua!”

“Yalah, papa drive esok. Sara, balik dengan Firash ya? Kemaruk sangat muka dia sampai tak nak lepaskan Sara pergi sendirian” ujar Dato’ Ilham. Kesian pula dengan wajah mengharap Firash.

“Tapi pa..” Sara cuba membantah.

“Ha, papa dah bagi green light! Kau tunggu jap eh, aku nak kemas beg jap. Sekejap je, tak lama!” berdesup Firash berlari ke biliknya.

Tergeleng-geleng kepala Datin Huda. “Sara, nanti cakap dekat family yang hujung minggu ni, mummy sekeluarga nak hantar rombongan meminang. Teruk sangat anak mummy tu angaukan kamu”

Sara membulatkan matanya. Awalnya?
“Ha betul tu Huda, perkara yang baik ni jangan dilewat-lewatkan. Sara dan Firash tu tengah angau, bahaya tunggu lama-lama. Lagi-lagi si Firash tu” sampuk Tok Wan pula.

Semua orang di situ sudah tergelak kecil. Sara pula, memang dah merah padam lah mukanya.

“Okeylah, mama dan ibu gerak dulu lah. Nampaknya Sara dah ada driver tu, tak apa dia pulang lewat sikit” Datin Salmah dan Mama bergerak ke arah kereta.

“Mama, ibu, nanti sampai call Lyssa tau” pesan Alyssa.

“Ya mama tahulah, dari semalam lagi Lyssa pesan benda yang sama” sindir Mama lalu meloloskan diri ke dalam kereta.

Alyssa tersengih. “Hati-hati bawa kereta tu ibu!”

Datin Salmah membunyikan hon kereta sebelum kereta itu bergerak meninggalkan pekarangan teratak Nek Wan.

“Eh, Kak Lyssa nangis ke?” tegur Mia sewaktu ingin masuk ke dalam rumah.

Alyssa menggeleng. “Mata masuk habuk”

Izham tersengih. “Dah, jangan sedih. Dua hari lagi kita jumpa mama dan ibu. Jom masuk, tak elok berjemur tengah panas ni. Kejap lagi nak hantar Sara pula” ajak Izham lalu memeluk bahu Alyssa masuk ke dalam rumah.

Two more chapters to go!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience