Mama mengusap gambar bersama suaminya yang diambil ketika mereka bercuti di China. Terserlah kebahagiaan pada wajah mereka.
'Adakah aku tak layak untuk menikmati kebahagiaan lagi?' keluh Mama. Air mata yang mengalir dibiarkan laju menuruni pipinya yang mulus.
Tiba- tiba wajah Alyssa terjegul di pintu biliknya.
"Mama!" tegur Alyssa dengan wajah cemberut.Tidak perasan dengan kedukaan pada wajah mamanya itu. Cepat-cepat Mama mengesat air matanya.
"Eh anak mama! Baru balik ke?" Mama mendepangkan tangannya ke arah Alyssa. Terus sahaja Alyssa mendakap mamanya dengan erat. Anak gadisnya memang manja!
"Balik dari tadi lagi. Tapi abang Chad buli Lysa. Ada ke patut dia suruh Lysa ironkan baju kerja dia untuk tempoh seminggu? Kalau tak Lysa kena naik kereta dengan dia setiap pagi" bebel Alyssa tidak berpuas hati.
Mama ketawa mendengarnya. ‘Izham Izham, ada sahaja perkara yang nak mengusik Lysa'
"Laa, baguslah tindakan Iz tu. Dia nak latih Lysa jadi isteri mithali, nanti tak adalah terkapai-kapai bila dah kahwin" usik Mama.
"Siapa yang nak kahwin dengan Abang Chad? Lysa tak nak”
"Mama tak kata pun Lysa akan kahwin dengan Izz. Perasanlah Lysa ni. Atau Lysa yang berangan nak kahwin dengan dia?” dia mencuit hidung Alyssa.
"Ee tak ingin Lysa kahwin dengan orang yang makan sarang tebuan tu. Garang tak bertempat!" dia berpeluk tubuh. Mama hanya ketawa.
"Jangan benci sangat tau! Nanti benci tu akan bertukar menjadi perasaan cinta” pesan Mama.
Alyssa mencebik.Tak mungkinlah! Dia dan Izham saling tak ubah macam anjing dengan kucing.
"Lysa tamat belajar bila dah?” tanya Mama meminta kepastian. Kepala Alyssa yang berbaring di atas ribanya diusap perlahan.
"Lagi 3 bulan mama. Tak sabar rasanya nak let over everything. Merdeka sekejap hidup Lyssa dari menghadap buku"
"Sekejap je masa berlalu. Dulu Lysa sebesar lengan Mama je, sekarang ni dah besar panjang. Dah nak habis belajar pun, entah-entah esok lusa dah jadi isteri orang" luah Mama.
Sebenarnya dia kesal. Kesal dengan tindaknnya yang lebih mementingkan kerjaya berbanding anaknya. Kadang-kadang timbul rasa cemburu terhadap Datin Salmah kerana dialah yang banyak memainkan peranan untuk membesarkan Alyssa sehinggalah anaknya itu menjadi gadis seperti sekarang ini. Cantik, berpelajaran dan bersahsiah mulia. Sejuk perut dia mengandungkan Alyssa.
"Mama, Lysa mengantuklah" dia menguap kecil.
"Sayang tidurlah dulu. Mama nak buat kerja sedikit sekejap lagi"
Belakang anaknya ditepuk perlahan dan dia juga turut berselawat. Satu tabiat Alyssa sejak kecil jika dia hendak tidur lena yang tidak diketahui sesiapa.
'Haih anak mama, macam mana selama ni sayang tidur tanpa Mama di sisi ya?' desisnya kesal.
***
Bunyi guruh yang mendentum mengejutkan Alyssa dari tidurnya. Dipandang sebelahnya, kosong! 'Mana Mama?'
Jam yang menunjukkan angka tiga pagi dipandang. Tiba-tiba muncul perasaan takut dalam dirinya.
'Haih, kau kalau dah terjaga memang susah nak tidur balik!' gumamnya.
Dia bangkit dari katil dan tombol pintu bilik dipulasnya. Terasa haus jadi dia berjalan menuju ke dapur.
'Eh kenapa bilik solat ni masih cerah?' Alysa pelik.
Berkira-kira mahu menutup lampu tapi dia terdengar bunyi esakan lembut. Mama yang masih mengenakan kain sembahyang dipandang sayu. Mama terlalu khusyuk berdoa pada yang Maha Esa sehingga tidak sedar kehadiran anaknya.
"Ya Allah Ya Tuhanku. Kau kirimkanlah aku kekuatan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Aku pasrah jika aku sudah kehilangan seorang suami tetapi janganlah Engkau turut membawa pergi seorang ayah untuk anakku. Kau eratkanlah hubungan mereka selalu dan Kau lembutkanlah hati anakku nanti" Mama teresak.
"Ya Allah, aku seorang ibu yang gagal dalam melaksanakan amanahMu. Kau berikanlah aku peluang untuk aku menebus segala kesalahanku terhadap Alyssa. Kau panjangkanlah umurku dan kau murahkanlah rezeki aku agar aku dapat membahagiakan anakku. Oleh itu Ya Allah, kau kirimkanlah anakku seorang lelaki yang mampu menjaganya,yang mampu membawanya ke syurgaMu. Ya Allah, .. "
Mama tidak mampu lagi untuk mengadu padaNya. Akhirnya dia teresak-esak di atas sejadah itu. Betapa peritnya apabila dia sudah kehilangan seorang suami.
Alyssa terduduk. Tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya. Papa berpisah dengan Mama? Tapi kenapa?
"Mama ..” Mama berpaling ke arah suara serak itu. Kaget seketika melihat anaknya yang sudah pun lecun dengan air mata.
"Lysa,mari sini sayang" Sememangnya dia sudah tidak boleh lari daripada memberitahu Lysa tentang perkara yang sebenarnya. Alyssa mendekati mamanya. Tangan anaknya digenggam dengan erat.
"Dengar sini sayang. Walau apa pun yang berlaku, papa masih ayah Lysa. Anggap sahaja jodoh mama dengan papa hanya setakat ini sahaja” pesan Mama.
"Tapi kenapa ma?" Alyssa pandang Mama.
"Ketentuan Allah, Lyssa. Mama dah berusaha tapi tetap gagal pertahankan rumah tangga Mama. Isnin ni Papa pulang, kami akan daftarkan perceraian kami dekat mahkamah" ujarnya pasrah.
Alyssa memeluk mamanya. Mereka saling menenangkan diri masing-masing di samping cuba menguatkan semangat.
***
Alyssa duduk termenung di atas buaian. Dua minggu sudah berlalu dan itu bermakna Mama dan Papa sudah sah berpisah. Sedih, kecewa, terkilan, semuanya Alyssa rasakan. Tapi siapa dia untuk melawan takdirNya?
Tidak percaya bahawa papa sudah berkahwin lain di Afghanistan dan perkahwinan mereka sudahpun menjangkau 7 tahun!
'Kesian Mama' desisnya. Mama memang tabah. Dia tidak meraung kesedihan saat lafaz cerai diucapkan di hadapan hakim sebaliknya dia meminta maaf kerana tidak dapat menjadi isteri yang terbaik buat suaminya.
Papa memang terpukul dan menyesal dengan tindakannya. Selepas sahaja urusan mereka selesai, papa terus pulang ke Afghanistan. Tidak sempat Alyssa untuk bersemuka dengannya.
Hancur memang hancur hatinya. Tapi saat ini, kegembiraan mama adalah paling penting! Mama sudah berpindah ke Malaysia dan buat masa ini dia menumpang di rumah Datin Salmah sementara menunggu rumahnya selesai renovate.
"Alyssa” tegur Datin Salmah. Alyssa berpaling dan senyuman hambar dilemparkan.
"Boleh ibu duduk sini?”
Alyssa mengangguk kemudian dia beralih sedikit untuk memberikan ruang kepada Datin Salmah.
"Lysa masih sedih ke?"
"Tak lah. Lysa cuma terkilan. Terkilan dengan kenyataan bahawa mama dah hilang seorang suami dan terkilan bahawa Lysa memang sukar untuk mendapatkan kasih seorang ayah. Sejak kecil lagi papa sibuk dengan urusan dia sehingga tak sempat nak membesarkan Lysa bersama-sama Mama. Tiga tahun! Lagi tiga tahun papa nak pencen, ingatkan bolehlah Lysa dapat merasai erti keluarga yang sebenar tapi nampaknya impian Lysa sia-sia" luah Alyssa.
"Ibu faham perasaan Lysa. Ibu pun tak pernah merasai kasih sayang seorang ayah sejak lahir lagi. Hanya nenek Izz je yang membesarkan ibu. Lysa beruntung tau, saat Lysa dilahirkan, papa Lysa sendiri yang laungkan azan. Papa yang bersusah payah pergi kedai malam-malam sebab susu Lysa dah habis and Lysa merengek teruk masa tu. Sudahlah hujan lebat waktu tu” Datin Salmah terjeda. Dia memandang Alyssa yang nampak termangu itu.
“Entahlah Lysa, lelaki kan? Mereka tak pandai nak tunjukkan kasih sayang mereka. Yang mereka tahu cari duit, kukuhkan kewangan untuk kebahagiaan keluarga tercinta" Datin Salmah berhenti seketika untuk mengelap air mata gadis itu. Dipeluk bahu Alyssa untuk menenangkannya.
"Ikatan seorang ayah dan anak tak pernah putus, Lysa. Selagi Lysa bernyawa selagi itulah darah papa Lysa mengalir dalam badan Lysa. Kita sebagai seorang anak, doa untuk kebahagiaan mereka itulah yang perlu Lysa amalkan. Walaupun papa dan mama bercerai, Lysa masih anak mereka. Layan orang tua Lysa baik-baik tau! Jangan berdendam" pesan Datin Salmah.
"Lysa tak berdendam pun dengan papa. Lysa cuma terkilan. Ibu tak payahlah risaukan Lysa, Lysa sedih sekejap aje” senyuman selebar mungkin ditunjukkan kepada Datin Salmah tanda dia benar-benar okey.
Datin Salmah hanya menggelengkan kepala. Alyssa memang susah untuk berkongsi kesedihannya. Kononnya tidak mahu buat orang risau lah.
"Siapa kata ibu risaukan Lysa? Ibu risaukan Mama je"
"Ya Allah, lupa pula Lysa dekat Mama. Mama macam mana ibu?" Lyssa menepuk dahinya.
"Itulah, Mama Lyssa banyak termenung sama macam anaknya juga. Lysa, ibu ada satu permintaan?” anak mata Alyssa dipandang dengan wajah yang penuh pengharapan.
"Apa dia ibu?"
"Lyssa dengan Mama tak payah pindahlah. Tinggal dekat sini je. Rumah dekat sana buat untuk sewa" pinta Datin Salmah.
Sunyi kalau Alyssa berpindah nanti. Sudah terbiasa dia menghabiskan masa bersama-sama gadis itu jikalau Izham sibuk. Lagipun dia sayang sangat akan Alyssa, tidak sanggup untuk kehilangannya.
"Tapi bu..."
"Tak ada tapi-tapi. Lysa dah ibu anggap macam anak sendiri. Lagipun Lyssa akan sibuk dengan pengajian dan Mama pasti akan keseorangan. Lysa tahu kan emosi mama tak stabil kebelakangan ni? Kalau Lysa dan Mama stay dekat sini, ibu boleh tolong tengok-tengokkan Mama" pujuk Datin Salmah.
Alyssa terfikir seketika kemudian dia menganggukkan kepalanya.
"Nanti Lyssa pujuk Mama”putusnya.
Datin Salmah tersenyum kegembiraan kemudian dia menarik Alyssa ke dalam pelukannya. Izham yang menunggu bagai cacing kepanasan di hujung sana mengeluh kelegaan apabila Datin Salmah mengangkat ibu jari kepadanya.
Nampaknya dia tidak akan kehilangan Alyssa! Bukannya dia akan kehilangan gadis itu buat selama-lamanya pun, tapi kalau Alyssa berpindah pasti sukar untuk mereka bertemu kan?
Tak sanggup lagi dia menanggung seksa menahan rindu terhadap Alyssa. Cukuplah lima tahun di Ireland dia terpaksa mengusung hati yang sarat dengan kerinduan. Tidak sama melihat Alyssa di hadapan mata sendiri dengan melihat wajah gadis itu yang tersenyum manis di skrin laptop dan phonenya.
'Haih hati, nampaknya kau tak perlu menanggung rindu untuk lihat wajah dia' bisik hati kecilnya. Izham tersengih dan bernyanyi kecil menuju ke dalam rumah.
Share this novel