Izham mengetuk pintu bilik yang dihuni Datin Salmah dan Mama. Terpaksa dia mengetuk beberapa kali barulah pintu itu dibuka dari dalam. Itu pun, dibuka sikit sahaja.
“Iya Iz?” terjegul wajah Datin Salmah di celah pintu.
“Lama lagi ke?”
“Apa yang lamanya?”
“Ibu…” rengek Izham tidak puas hati. Tangannya ingin menolak pintu bilik tapi Datin Salmah berjaya menahan.
Datin Salmah tergelak kecil melihat wajah cemberut anaknya. “Ish, yalah! Pergilah ambil Alyssa kamu tu. Ibu dan mama pinjam sekejap je pun” dia membuka pintu seluas mungkin untuk bagi Izham masuk.
“Mana boleh culik bini Iz lama-lama” balas Izham lalu terus masuk ke dalam.
Datin Salmah mencebik. “Tapi Lyssa dah tertidur lah. Sibuk sangat bersembang dengan mama tadi, tengok-tengok dah terpejam mata dia”
Izham memandang wajah lena Alyssa yang sudah tertidur di atas riba mama. Satu senyuman diberikan kepada mama yang sedang membaca majalah sambil badannya disandarkan ke kepala katil.
“Tak lenguh ke mama? Kepala Lyssa tu berat tau” tanya Izham nakal.
“Dengar dek Lyssa nanti, merajuk pula dia dengan Iz” mama meletakkan majalah di tepi katil.
“Lyssa tidur mati lah mama. Letak lah bom tepi telinga pun, dia takkan bangun. Susah tau Iz nak kejutkan dia pagi-pagi” adu Izham.
Mama dan Datin Salmah tergelak kecil. Macam-macam lah pasangan ni. Ada saja benda yang nak diceritakan dan diadukan. Tadi Alyssa yang datang mengadu. Dibilangnya Izham selalu melarang dia untuk makan banyak. Tak puas hatilah Alyssa dengan suaminya itu.
“Iz nak kejutkan Lyssa ke? Ibu tengok dah lena sangat tu, biarlah dia tidur sini”
Izham pantas menggeleng. “Mana boleh! Lyssa kena tidur dengan Iz lah. Tak lena tidur Iz kalau tak ada Lyssa”
Datin Salmah menjuihkan bibirnya. “Yalah! Betul kata Nek Wan kamu tu, tak boleh berenggang langsung dengan bini dia”
Izham tidak menghiraukan sindiran Datin Salmah. Dia menyelak rambut panjang Alyssa yang menutupi mukanya sebelum dia mengejut Alyssa.
“Sayang, jom tidur dalam bilik kita. Kesian ibu dan mama, nak berehat” bahu Alyssa ditepuk perlahan.
“Sayang…” panggil Izham lagi sebelum Alyssa mencelikkan matanya. Terkebil-kebil Alyssa pandang wajah Izham.
“Abang…”
“Jom tidur dalam bilik” Izham membangunkan Alyssa dari pembaringannya.
“Mama, Ibu, sorry tak perasan Lyssa dah tertidur. Lyssa masuk bilik dulu lah, dah mengantuk. Selamat malam” Alyssa mencium tangan Datin Salmah dan Mama.
“Yalah, selamat malam. Iz, pimpin Lyssa tu elok-elok” sempat Mama berpesan sebelum kelibat pasangan itu menghilang di sebalik pintu.
Masuk sahaja ke dalam bilik, Izham membaringkan Alyssa ke atas katil sebelum dia turut merebahkan badannya di sebelah Alyssa.
“Letih ke sayang? Awal pula dah mengantuk. Biasanya pukul 12 malam baru reti nak masuk tidur” Izham berpusing menghadap Alyssa. Jari-jemarinya bermain dengan rambut isterinya.
Alyssa mengangguk. “Letih, tadi kan kena berjalan jauh sikit nak pergi balik gerai Umar” adu Alyssa. Dia memeluk tubuh Izham dengan manja.
“Letih berjalan ke letih makan? Dari pagi lagi abang tengok sayang tak berhenti makan” sindir Izham. Memang kalau Alyssa menghilang, cari sahajalah dia di dapur. Confirm Alyssa ada di sana, sedang makan sesuatu.
“Abang..” Alyssa menolak tubuh Izham. Izham tergelak kecil dan menarik tubuh Alyssa supaya dekat dengannya semula.
“Iyalah, abang tahu tu baby kita yang lapar. Sayang tolong makan je” Izham mengusap perut Alyssa yang semakin membesar. Tak sabar untuk menunggu anaknya lahir ke dunia ini.
“Tahu tak pe, anak mummy dan daddy ni yang lapar okay? Asyik minta makanan je setiap saat” Alyssa tergelak kecil turut menyentuh perutnya. Tiba-tiba Alyssa menguap kecil.
“Mengantuklah bang, nak tidur” adu Alyssa. Dia mendekatkan kepalanya di dada bidang milik Izham yang sedang berbaring menghadapnya.
“Yalah, good night sayang. I love you” Izham mengucup ubun-ubun Alyssa. Dia juga turut memejamkan matanya, bersedia untuk tidur.
***********
Firash merenung tajam Sara yang sedang berbual di telefon. Entah apa lah yang dibualkan gadis itu sehinggakan kehadirannya di belakang gadis itu pun Sara tak perasan. Memanglah Sara tak perasan, dari tadi asyik tergelak kecil sahaja. Huh!
“Nanti Amir dah sihat, dah keluar hospital, Kak Sara janji akan bawa Amir ke sini”
“Ya, dekat kampung ni cantik sangat. Ada air terjun tau, best. Tapi Kak Sara tak sempat pergi lagi, nanti Kak Sara ajak kawan Kak Sara pergi sana and ambilkan gambar air terjun untuk Amir” Firash pasang telinganya lagi.
“Yalah, Amir rehat dulu ya. Nanti pass phone ni dekat abang Fendi, Kak Sara nak cakap dengan dia jap” Firash tersentak bila nama Fendi sekali lagi keluar dari mulut Sara. Dia merapati Sara untuk mendengar dengan lebih jelas lagi.
“Doktor Fendi, nanti kalau ada apa-apa perkembangan pasal Amir jangan lupa inform dekat saya tau! Rindu pula dengan budak kecik tu, dah lama tak rawat dia sejak dia dipindahkan wad”
“Hah? Err saya sihat je. Alhamdulillah, tenang je hati saya sejak menjejakkan kaki kat sini. Cantik sangat!” Sara tersenyum lebar.
“Rindu saya? Haha, pandai ya awak bergurau! Jangan risau, saya duduk sini tak lama pun. Esok lusa baliklah. Mana boleh tinggal kerja lama-lama” Sara bermain-main dengan jarinya.
“Okay Doktor Fendi. Thanks, awak pun stay safe and take care tau. Bye, Assalamualaikum” Sara menamatkan perbualannya. Dia meletakkan telefonnya di atas bangku sebelahnya.
Firash pula mengetap bibir. Geram! Pandai-pandai sahaja Doktor Fendi itu mengucapkan rindu untuk gadisnya. Huh! Kalau boleh, dia nak rentap sahaja telefon Sara tadi dan memutuskan panggilannya. Tapi dia tak nak rasa cemburunya makin mengeruhkan keadaan.
Firash berpusing untuk masuk ke dalam rumah. Tidak jadi mahu menegur Sara. Tapi, bila teringatkan kata-kata Izham tadi dia jadi serba salah pula.
“Sampai bila kau nak buat dingin dengan Sara? Bukan kau datang sini nak pujuk Sara ke?” soal Izham sewaktu mereka duduk melepak di pangkin bawah pokok.
“Memanglah aku datang nak pujuk Sara. Tapi, aku takutlah. Malam tu teruk aku sembur dia and tak endahkan penjelasan dia. Aku takut dia dah benci aku” luah Firash kesal.
“Ha padanlah dengan muka kau. Cemburu tak bertempat! Nasib baik abang Sara sendiri yang datang jumpa kau, kalau tak memang sampai ke sudahlah kau tak layan Sara. Nasib baik juga Sara lari ke sini, kalau tak kau juga yang melepas” bebel Izham geram.
“Kau ikatlah Sara awal-awal. Aku tahu, Sara pun cintakan kau juga. Kalau tak, tak adanya dia nak kecewa sampai bawa diri. Kau cakap baik-baik dengan dia, luahkan perasaan sekali lagi. Luah dengan lembut tau, barulah Sara tak teragak-agak nak terima kau” pesan Izham lagi bila Firash masih berdiam diri.
“Yalah, nanti aku try slow talk dengan dia. Aku pun tak sanggup nak kehilangan dia”
Izham tergelak. Nampak sangat Firash ni sudah angau dan sangat cintakan Sara. Kemudian, Izham bangun dan memandang Firash.
“Dengar nasihat aku, kau ikat Sara awal-awal. Kau dah tengok kan dekat gerai Umar tadi? Sara tu bunga rebutan ramai orang. Jangan layankan sangat cemburu kau tu, Sara sayang kau seorang je. So Firash, jangan tunggu lama lagi. Start your move from now” Izham tepuk bahu adik tirinya sebelum dia berlalu pergi.
Firash mengeluh teringatkan bicaranya dengan Izham tadi. Nak tak nak, dia melangkah ke arah Sara yang duduk bersandar di bangku sambil memandang ke arah langit.
Firash berdehem kecil. “Kau tengok apa tu kat langit? Bukannya ada bintang pun”
Sara tersentak dengan kehadiran Firash yang sudah pun mengambil tempat di sebelahnya. “Tahu, tapi tadi ada bulan. Cantik, bulan penuh. Dah kena tutup dengan awan”
Firash mengangguk. Dia turut memandang ke arah langit. ‘SubhanaAllah, cantiknya bulan penuh’ puji Firash bila bulan tidak dilindungi awan lagi.
“Kau nak tahu tak, aku suka dengar ayat ni. And if you are to love, love as the moon loves. It does not steal the night, it only unveils the beauty of dark”
Firash pula terus menoleh ke arah Sara yang sudah pun tersenyum manis selepas menuturkan ayat itu.
“Bulan, bila malam baru bercahaya. Bila siang, dia still ada dengan matahari. Tapi kita tak nampak pun dia, sebab cahaya matahari terlalu terang untuknya. Bila malam pun dia still tak mencuri cahaya matahari, but it reflects it. Everywhere, every second, the moon loves the sun”
“Then how about the love from the sun to the moon? Takkan bulan je yang boleh show its love towards the sun?”
Sara terdiam. Tak pernah pula dia fikirkan matahari. Selalunya orang hanya kaitkan cinta manusia dengan cinta bulan terhadap matahari.
Firash tergelak. “Kau ni, mesti tak dengar habis kan cerita cinta bulan dan matahari?”
“Apa yang matahari buat untuk bulan?” Sara pandang wajah Firash.
“The sun loves the moon so much that he dies every night to let her breath and in return she reflects his love” Firash turut menoleh memandang Sara. Tergamam pula jadinya bila mata bertentang mata.
Sara pantas melarikan anak matanya. Dia menyelitkan anak rambutnya yang ditiup angin ke belakang telinga.
“Sara…” panggil Firash meleret.
Sara sudah tidak keruan bila Firash sudah duduk melutut di hadapannya. Firash mencapai tangan Sara dengan lembut.
“Sorry. Aku nak minta maaf pasal malam tu and ignore all your messages and calls. Aku mengaku, aku cemburu buta. Walaupun aku cakap yang aku akan terima dengan hati yang terbuka whatever your decision is, tapi bila nampak kau dengan lelaki lain hati aku jadi sakit sangat” Firash memegang dadanya.
“Sejak tu aku sedar yang aku betul-betul cintakan kau. Aku tak sanggup tengok kau jadi milik orang lain, aku takut untuk kehilangan kau. Sara, I really love you so much. Bagi aku peluang untuk bahagiakan kau?”
Sara pula sudah tergamam dengan pengakuan cinta Firash sekali lagi dan kali ini mata Firash betul-betul menyalakan api cinta dan penuh mengharap.
“Aku..aku..” Sara terjeda bila Firash sudah mengeluarkan sekotak baldu merah.
“Kahwin dengan aku?”
Mata Sara sudah berkaca-kaca bila dia terus dilamar Firash. Dia pandang mata Firash sekali lagi cuba untuk mencari kepastian. Setelah lama Sara berdiam diri, perlahan-lahan dia menganggukkan kepalanya.
Firash tersenyum lebar. “Yes! Thank you Sara. Aku janji, aku akan bahagiakan kau” Firash terus bangkit dan memakaikan seutas rantai ke leher Sara.
“Sorry, mesti kau ingat cincin kan? Cincin tu kau dapat juga, don’t worry. Aku akan hantar rombongan dalam masa terdekat ni” ujar Firash bila Sara sudah terkebil-kebil.
Sara mencebik. “Huh, aku tak ada cakap apa-apa pun” tapi Sara tetap tersenyum sambil mengusap rantai yang terletak cantik di lehernya.
“Kau tak tanya pun apa perasaan aku dekat kau. Yakin eh terus propose?” usik Sara apabila Firash kembali duduk di sebelahnya.
“Aku tak tanya sebab aku tahu kau akan teragak-agak untuk jawab. Lagipun aku yakinlah kau pun sukakan aku juga, that’s why aku terus propose” selamba sahaja jawapan Firash.
Firash mengerling Sara yang hanya tertunduk malu. Ah, akhirnya Sara menjadi milik dia juga!
“Alang-alang kita duduk di bawah sinaran bulan ni kan, aku nak cakap ni dekat kau”
Sara pandang Firash. “Apa?”
“People say I love you to the moon and back. Tapi aku nak cakap dekat kau yang I love you to pluto and back”
Sara tergelak kecil. “Why?”
“Because pluto is farther away than the moon”
Sara mencebik. “Tapi NASA dah tarik balik lah Pluto dalam senarai planet. So pluto tak valid”
“Siapa kata tak valid? Pluto is still there even though it's not listed as a planet in the solar system. Pluto is a dwarf planet though”
Sara mengangguk. “Planet kerdil pun kerdil lah. Aku harap cinta kau pun tak kerdil juga nanti”
“Mestilah! Kau jangan risau, cinta aku untuk kau macam gas klorofluorokarbon(CFC)”
Sara mengerutkan dahinya. Ya Allah, apa pula tu?
“Semakin bertambah gas CFC dekat bumi ni, macam tu jugalah cinta aku untuk kau. Tak pernah kurang, selalu bertambah” Firash tersengih.
“Ya Allah Firash!” Sara menghempuk lengan Firash. Boleh pula lelaki itu berloyar buruk. Entah apa lah yang Firash merepek.
“Aduh, sakitlah yang!” Firash mengaduh kesakitan sebelum mereka sama-sama ketawa.
“Tak nak masuk lagi ke Firash, Sara oi? Sudah-sudahlah tu bercinta! Aku nak kunci pintu rumah ni” Tok Wan sudah bercekak pinggang di tirai jendela. Dia menggelengkan kepalanya melihat aksi pasangan itu sedari tadi.
“Ops!”
Terkantoi! Pantas Sara dan Firash bertempiaran lari masuk ke dalam rumah.
Stay tuned for tiga/empat chapters terakhir xD InsyaAllah saya upload hujung minggu ni. Thank you for your reading<3
Share this novel