17

Romance Completed 28229

Izham mengemaskan butang kemejanya. Rambutnya disisir rapi sebelum mencapai kot dan berlalu keluar. Sempat pula dia melihat mukanya yang keletihan akibat tidak boleh tidur semalam. Ini semua gara-gara Alyssa!

"Morning Ibu, Mama! " sapa Izham setibanya di dapur.

"Good morning! Haih Izz awal benar pagi ni?” tegur Datin Salmah pelik. Izham tersengih sahaja lalu menghirup air teh o yang sudah tersedia itu.

"Kebetulan tak boleh tidur bu, sebab tu bangun awal ni hehe”

"Tak boleh tidur gara-gara Alyssa ke?" tebak Datin Salmah. Wajah ceria Izham terus bertukar muram apabila nama gadis itu disebut.

"Nak ibu pinangkan Alyssa tak?” tanya Datin Salmah. Izham mengerling mama yang juga sudah tersenyum-senyum.

"Kalau boleh dah lama Izz suruh ibu buat. Tapi Izz tak mahu belakangkan Lyssa. Izz nak Lyssa tahu dulu perasaan Iz, baru proceed to the next step" Izham mengeluh. Sepatutnya dia memikat hati Alyssa dahulu barulah gadis itu dipinang. Dia mahu Alyssa turut mempunyai rasa yang sama.

"Laa kenapa tak cakap? Ibu boleh je masuk meminang Lyssa terus untuk kamu. Ni tak, ditahannya perasaan tu! Kalau terlambat kan, kamu juga yang merana. Pasal Alyssa, Izz jangan bimbang. Tahulah macam mana mama nak uruskan dia. Budak tu pun ego tinggi juga” bebel Mama.

"Tak apa. Nanti ibu pinangkan Lyssa untuk Izz. Kalau dia okey, ibu nak suruh korang bertunang dan terus bernikah. Tak payah tunggu lama-lama" usul Datin Salmah. Dan selepas itu, barulah wajah Izham kembali bercahaya.

“Thanks ibu. Actually, Iz dah propose Lyssa semalam. Tapi dia nampak macam terkejut je”

Datin Salmah mengganguk faham.

"Bisalah tu, give her some space to think about that. Tapi dalam tempoh ni, Izz seeloknya tinggal berasingan lah dulu. Tak manis dipandang pun satu hal. Yang lagi ibu risau sebab kamu tu berdarah manis. Tengah angau kan Si Lyssa tu. Bimbang jadi benda lain pula" sambung Datin Salmah turut meluahkan perasaan risaunya.

Izham tergelak. "Yalah, nanti Iz keluar buat sementara waktu ni. Ramai je kawan Izz yang masih bujang, nanti Izz bolehlah tumpang dia orang"

Izham mula bersemangat untuk memulakan hari itu. Dan dia lagi bersemangat apabila nampak cinta hati yang sedang menuju ke arah dapur. Senyuman terus tersungging di bibirnya melihat Alyssa yang ayu dalam baju kurung Pahang pemberiannya dahulu.
'Sah! Kau memang dah angau dengan Lyssa, Iz!'

***

Sudah seminggu kejadian Izham meluahkan perasaannya dan bermakna sudah lima hari Alyssa tidak nampak batang hidung Izham di rumah itu. Kalau di pejabat, boleh kira dengan jari berapa kali mereka terserempak. Itu pun tak bertegur sapa dan mengelak untuk bertentang mata.

Alyssa mengeluh tanpa sedar. Bukankah ini yang dia mahukan? Jauhkan dirinya dari Izham. Jauhkan pandangannya dari menatap Izham. Tapi...

Hmm Alyssa sekali lagi mengeluh.

Sungguh dia jadi penasaran kini. Otaknya sekarang hanya boleh fokus dua benda sahaja. Kerja dan jika bukan hal kerja, dia fikirkan Izham.

'Do I miss him? ’Alyssa pantas menggeleng. Yakin bahawa itu cuma mainan perasaan. Tapi kalau dah namanya mainan bukankah ianya mengasyikkan dan membuatkan kita addicted? Eh-

Alyssa, mengaku je lah yang kau sebenarnya selalu fikirkan Izham. Atau lebih tepat, kau dah sukakan Izham. Kau memang cintakan Izham sejak dulu lagi kan? Kau kecewa dengan dia dulu sebab tuduhnya macam-macam sebelum kau putuskan untuk membawa diri. Betul kan, Alyssa Irdina?

"Ahhhhhhhh, shut up!" Alyssa menjerit. Habis bergema parking lot yang terletak di basement dengan suaranya. Nasib baik tidak ada orang di situ.

'Habis tu apa yang aku perlu buat? Takkan nak mengaku dekat abang Chad yang aku pun sukakan dia? Eii, malu la’ bisik hatinya sudah tidak keruan.

Alyssa masuk ke dalam keretanya. Niatnya mahu mahu ke Secret Recipe, membeli kek kesukaan Izham. Berharap nanti bila sampai di rumah, Izham sudah ada. Dia mahu berbicara dengan Izham dari hati ke hati.

***

" Kek siapa dalam peti tu ? " tanya mama kepada Alyssa yang sedang menonton televisyen.

"Lyssa beli untuk abang Chad. Tapi tak apalah, mama ambil lah kalau nak makan” balasnya acuh tak acuh. Kecewa bila sampai sekarang Izham masih belum pulang. Padahal jam sudah menunjukkan pukul 12 malam.

"Lah, buat apa beli untuk dia? Bukannya Izz tinggal kat sini pun” Alyssa lantas berpaling memandang Mama.

"Hah? Tapi kenapa?” tanya Alyssa. Tapi mama tidak menjawab pertanyaannya. Dia ralit menonton iklan Shopee di televisyen

Alyssa pegang lengan Mama cuba menagih perhatian. "Err, ma. Abang Chad marah dekat Lyssa ke sebab tu dia pergi dari rumah ni?"

"Kenapa Izz marah pula? Lyssa ada buat salah dengan dia ke?" Alyssa pantas menggeleng.
"Betul?" soal Mama untuk meminta kepastian. Serba salah mahu menyangkal, Alyssa menundukkan wajahnya.

"Sebenarnya ma, sejak hari yang dia confess dekat Lyssa, Lyssa tak pernah balas mesej dia mahupun cakap dengan dia. Lyssa ignore abang Chad. Lyssa rasa abang Chad terasa hati lah".

"Kalau dah tahu Izz terasa hati, kenapa buat dia macam tu? Tak baik tau! Ni Lyssa beli kek tu sebab nak pujuk Izz ke?” tanya mama. Alyssa hanya mengangguk .

"Dah tak ada guna Lyssa. Izz dah tak tinggal sini" ujarnya tegas. Alyssa pula mahu menangis. Memang salah dia lah kan sehinggakan lelaki itu pergi?

Alyssa meramas tangannya. "Lyssa tahu yang Lyssa pentingkan diri sendiri, tak bagi dia peluang and buat abang Chad macam tunggul je. Tapi, hmmm dia kan sayang Lyssa. Kalau dia sayang, kenapa tak berusaha lagi? Takkan dah mengalah? Lyssa ni perempuan kut, lama-lama kena ayat pun cair jugak. Lagipun Lyssa dah .....”

"Dah rindu dia. Lyssa baru perasan yang Lyssa pun sayangkan Izz juga” sampuk mama. Alyssa hanya tersengih. Tak perlu disangkal pernyataan Mama.

"Itulah yang Izz nak. Izz nak biar Lyssa sendiri yang tercari-carikan dia, rindu dia dan mengaku yang Lyssa pun ada perasaan sama. Tu la orang kata, bila ada di depan mata kita abaikan. Bila dah kehilangan baru nak tercari-cari dan menghargai semua perihal orang tu" sindir mama. Alyssa memang rasa terpukul.

"Tapi tak boleh ke abang Chad balik sini? Kalau betul dia marah kat Lyssa, tak perlu la lari dari rumah. Ni rumah dia, sepatutnya Lyssa lah yang pergi. Bukan dia"Alyssa bersuara sayu. Akhirnya air mata yang sedia bertakung, mengalir jua ke pipi mulusnya. Mama tersenyum senget.

"Dah dah, tak payah nak emo sangatlah! Izz akan balik juga bila dia jadi suami Lyssa nanti" kata mama.

Alyssa hanya mengangguk, pasrah mendengar kata-kata mama. Tapi seketika, kepalanya diangkat dan matanya terbuntang luas.

"Apa ma? Suami?” jerit Alyssa terkejut.

Mama tersenyum manakala kepalanya terangguk-angguk. "Tadi ibu dah pinangkan Izz untuk Lyssa dan mama terima. Yeay, tak lama lagi berbesan lah mama dengan ibu. InsyaAllah dalam masa terdekat ni, Lyssa kahwin dengan Iz. Segala bantahan dari Lyssa, mama tak nak layan and dengar tau”

“Tapi..”

“Bye bye, mama masuk tidur dulu. Good night sweetheart” ucap mama lantas meninggalkan Alyssa yang terkulat-kulat.

Alyssa terngadah. ‘Siapa kata nak bantah? Tapi bukankah ini tak terlalu cepat ke? Ah, aku belum sedia!’ badannya terus menghempap ke atas katil. Mukanya pula ditutup dengan bantal.

"Ahhhh!'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience