13

Romance Completed 28229

Alyssa membuka mata setelah terkena panahan silau cahaya matahari. Kepalanya yang berdenyut dan hidungnya yang terasa tersumbat itu tidak dihiraukan. Sahlah dia terkena demam selsema!

Baru sahaja melangkah ke dalam bilik air, dia terus bersin. Buka sahaja pili air, bersin yang kedua. Capai sahaja pencuci mukanya, bersinnya yang ketiga! Alyssa sudah rasa tak selesa. Dia memang bersin memanjang kalau sudah demam selsema.

Alyssa hanya memakai baju kurung bercorak bunga sakura dan digayakan dengan shawl ungu. Tidak ada mood untuk mengenakan solekan nipis macam selalu, dia sekadar memakai pelembab bibir. Alyssa cuba menarik senyum di hadapan cermin, tapi wajah pucatnya tetap terserlah.

Mujur sahaja dia tidak boleh berpuasa, jadi bolehlah dia menelan dua biji panadol. Bunyi ketukan di pintu bilik, cepat-cepat Alyssa mencapai tas tangannya.

"Lyssa! Izz dah tunggu kat bawah. Cepat sikit bersiap tu” laung Mama. Alyssa buka pintu kamarnya dan menayangkan sengihan.

"Lysa dah siap la ma"

"Ha baguslah. Tu Izz dah nak bertolak, lewat-lewat kan jammed pula" tegur Mama.

"Okay Ma. Next time promise tak bersiap lambat-lambat. So, Lyssa minta diri dulu ya? Assalamualaikum" Alyssa mencium tangan dan pipi mamanya..

Masuk sahaja ke dalam kereta Izham, kedinginan penghawa dingin mula mencengkam tubuhnya. Alyssa memperlahankan sedikit alat penghawa dingin itu. Tapi Izham memperkuatkannya balik. Malas mahu bertekak, dia mengiyakan perbuatan Izham .

"Petang nanti ikut aku pergi site kejap. Nak pantau tahap pembangunan kat sana" Izham memulakan bicara.

"Okay” sepatah Alyssa menjawab.

"Laporan projek yang aku suruh kau siapkan dah beres ke belum?" tanya Izham lagi.

"Dah beres” dua patah Alyssa menjawab. Izham mengerling Alyssa geram. Sebab panas sangat dengan sikap dingin Alyssa, dia memaksimalkan suhu penghawa dingin.

Apa lagi, 'Hachumm! Hachumm!!'. Lima kali berturut-turut Alyssa bersin, Izham terus memperlahankan aircond. Dia mengerling Alyssa yang sudah memerah hidungnya.

"Kau selsema ek?" tanya Izham risau. Tapi Alyssa hanya membalas soalannya dengan bersin kali yang keenam.

Izham meletakkan tangannya ke atas dahi Alyssa. Terasa bahang panas!
"Kalau dah demam, kenapa pergi kerja?” Izham mula memarahinya .

"Bukannya demam teruk pun. Lagipun kerja kat pejabat berlambak" Alyssa membela dirinya.

"Still, no need to go to work! Ingat kesihatan tu boleh dijual beli ke? Kalau melarat siapa yang susah?" Izham mendengus geram. Alyssa membatukan diri. Tahu yang Izham sedang marah sekarang ni.

"Alang-alang dah nak sampai office, aku singgah nak ambil barang kejap. Kemudian kita ke klinik and aku hantar kau balik rumah” putus Izham.

Alyssa pandang Izham tak puas hati. 'Siapa dia nak putuskan apa aku buat?’

***

Pulang sahaja ke rumah, Alyssa terus masuk ke bilik. Menonong sahaja dia pergi tanpa menjawab sapaan ibu dan mamanya.

"Kenapa dengan Lyssa tu Izz?” tanya Datin Salmah pelik.

"Tak puas hati la tu bu. Izz paksa dia ke klinik and ambil mc. Tak sedar diri tu demam, nak juga pergi kerja” bebel Izham.

"Alyssa demam ke? La budak tu tak cakap pula” ujar Mama.

"Ya mama! Lyssa tu kalau sakit bukannya nak cakap, suka sangat sorok. Nasib baik suhu badan dia tak tinggi sangat”

"Ni, Izz nak pergi office pula ke?" Datin Salmah pandang wajah anaknya.

"Tak kut ibu. Izz dah bawa balik kerja. Izz buat kerja kat rumah je la" terang Izham sebelum dia meminta diri untuk beredar.

"Sal, kau tak rasa ke anak kau layan anak aku lain sangat?” mama meluahkan isi hatinya sambil memerhatikan wajah Izham yang jelas serabut sedang menaiki tangga.

Datin Salmah tersenyum. "Sebenarnya lama dah aku nak bagitahu kau, tapi kalau boleh biarlah tuan punya badan yang beritahu. Tapi nampak gayanya kalau dia yang bagitahu, tunggu kucing bertanduk dulu lah" Datin Salmah tergelak.

"Cakaplah cepat Sal! Apa?" ujar mama tidak sabar.

"Izz dah lama suka dekat Alyssa tu. Tapi ego kan, tak nak beritahu. Layan pula Alyssa macam tu, memang lambatlah aku nak bermenantu” Datin Salmah menggelengkan kepalanya.

"Laa, ya ke? Kenapa tak beritahu? Aku pun dah berkenan sangat dengan Izham tu" Mama menjawab dengan teruja .

"Kira bolehlah kita update relationship kita nanti? Jadi besan lorhh" ketawa Datin Salmah dan Mama bersatu.

"Tapi mungkin lambat sikit kita nak berbesan kalau macam ni lah dua orang tu" ujar Mama risau.

"Mungkin tak kalau kau setuju dengan rancangan aku ni”

"Rancangan apa Sal?"

"Rancangan aku ialah ....... " mata mereka bercahaya apabila mendengar segala rancangan yang dibentangkan oleh Datin Salmah.

"Well Sal, otak kau memang geliga! Aku on dengan plan ni" ujar mama teruja sambil high five dengan Datin Salmah.

***

Alyssa mencapai botol moisturizer Laneige dan menyapu ke kulit mukanya. Terasa sedikit segar selepas mandi tadi. Tiba-tiba Iphone nya bercahaya menandakan ada mesej Whatsapp yang masuk.

"Makan dah ubat?". Mesej dari Izham!

"Puasa" balas Alyssa.

"Puasa ke kalau tadi pergi minum air Sunkist kat dapur?” Mata Alyssa terbuntang seketika. Nampaknya dia sudah kantoi dengan Izham bahawa dia tidak boleh puasa.

"Hehe. Nampak eh? Tak makan lagi, tekak rasa loya" jawab Alyssa.

"Jom!”

"Jom ke mana?" Alyssa pelik.

"Dapur. Aku ada masak bubur untuk kau”

"Abang Chad masak? Tak percayalah” Alyssa mencebik.

"Okay, Mama yang masak. Cepat turun! Mama suruh" Alyssa tersengih, lambat lagi lelaki itu pandai masak!

"Cakap kat Mama, Lyssa tak nak lagi. Lyssa tak larat" Sengihannya melebar. Bukan tak nak makan tapi dia rasa malas nak turun ke bawah.

Satu minit.
Dua minit.
Tiga minit.

Alyssa check handphonenya lagi. Tapi masih tiada reply dari Izham. Pelik! Biasanya lelaki itu akan mengugutnya sampai lah dia turun makan.

‘Cis, bluetick kau bagi kat aku ya!’ Alyssa mengetap bibir.

Terasa sebal, dia melangkah ke katil. Sempat laptopnya dicapai untuk menyiapkan kerja pejabat. ‘Baik aku buat kerja!’

Tiba-tiba pintu kamarnya dibuka dari luar. Terjegul muka Izham yang kebingungan selepas matanya bertembung dengan Alyssa. Alyssa tayang muka pelik lagi bila lihat Izham sedang menatang dulang berisi semangkuk bubur dan segelas air kosong.

"Err, mama suruh hantarkan makanan untuk kau"

"Oh, letak kat situ dulu. Nanti Lyssa makan, nak siapkan kerja dulu. Terima kasih tolong hantarkan" Alyssa menunjukkan ke arah meja di tepi katilnya.

Izham tak berganjak. Alyssa semakin pelik.

"Mama suruh kau makan sekarang juga. Mama kata aku tak boleh turun selagi mangkuk bubur tu masih berisi"

Alyssa sudah mengerutkan keningnya. Kenapa pula? Tanpa banyak soal, Alyssa meminta Izham untuk menyerahkan dulang tersebut kepadanya.

Dengan terpaksa, Alyssa memasukkan satu sudu bubur ke dalam mulutnya. Matanya masih memandang Izham yang masih lagi terpacak. Bila tiba suapan yang kelima, Izham masih merenungnya.

"Abang Chad dah boleh keluar kut" Alyssa menjongketkan keningnya.

"Tak boleh. Mama suruh aku pastikan kau makan sampai ke suapan terakhir and mangkuk tu licin. Pendek kata, mama takut kau makan sikit or baki tu pergi buang. Nanti membazir pula. Yalah orang sakit kan tak lalu nak makan"

Alyssa terasa ingin menepuk sahaja dahinya setelah mendengar penjelasan Izham. Senyuman sengetnya juga cuba disembunyikan. Yalah, terasa lucu pula bila Izham asyik sebut 'Mama kata’. Nampak comel! Opps.

"Yalah ! Abang Chad duduk dekat kerusi sana" arah Lyssa sambil menunjukkan ke arah meja kerjanya. Tanpa banyak soal, Izham bergerak ke meja tersebut yang dipenuhi dengan polaroid gambar.

Izham memerhati polaroid yang dipenuhi dengan gambar Alyssa dan rakan-rakannya sewaktu di MRSM dulu. Diperhatikan satu-satu wajah Alyssa yang tersenyum manis di setiap polaroid tersebut. Tiba-tibanya matanya terpaku dengan gambar Alyssa seorang diri dan seorang lelaki. Tertulis nota ‘My happy pills' di hujung gambar tersebut.

Izham cuba menyentuh gambar tersebut tapi kehadiran Alyssa di sisinya membuatkan perbuatannya terbantut.

"Abang Chad tengok apa tu?”

"Oh abang Chad tengok gambar Lyssa eh? Alang-alang abang ada kat sini, meh Lyssa perkenalkan kawan-kawan Lyssa dulu. Dah lama Lyssa nak perkenalkan kat abang” sambung Alyssa apabila Izham masih lagi membisu.

"Yang ni Sara. Sara ni lah yang paling rapat dengan Lyssa and still in contact until now. Ni pula Zahra. Dia ni cantik sangat sebab ada mix Arab. Ni pula .." Alyssa begitu teruja memperkenalkan kawan-kawannya kepada Izham. Jarinya beralih dari satu gambar ke satu gambar yang lain.

"Yang ni Mimi, pesaing Lyssa bila time exam. Dan yang ni…” Alyssa terjeda apabila jari telunjuknya berhenti pada gambar dia dan Firash.

'Eh, aku rasa aku dah buang semua gambar Firash dengan aku? Ni mesti terlepas pandang’ Alyssa menggigit bawah bibirnya.

"My happy pills" Alyssa berpaling ke arah Izham yang bersuara. Terasa ada getaran pada suara Izham. Entah kenapa Alyssa takut lelaki itu akan salah faham dengan gambar itu.

"Eh, abang jangan salah faham pula ya. Sebenarnya Lyssa dah lama nak buang gambar dia tapi tak perasan pula yang ni” cepat-cepat Alyssa mencabut gambar polaroid itu dan digumpalkan. Tetapi genggaman tangan Izham yang menghentikan perbuatannya membuatkan Alyssa terpaku.

"Betul lah Lyssa pernah suka dia?” Izham pandang wajah Alyssa.

Alyssa pula sudah serba salah. Dia menundukkan kepalanya sebelum mengangguk kecil. “Tapi sekadar cinta monyet je"

"Sekarang? Do you still like him?”

Alyssa senyap. Mulutnya terasa berat untuk berkata tidak dan sesungguhnya jawapan dengan gelengan pun dia tidak mampu lakukan. Dia takut dengan renungan tajam lelaki di hadapannya.

Izham mengeluh kekecewaan. Nampaknya dia sudah dapat mengagak jawapan Alyssa. Terasa hatinya sudah hancur berkecai apabila mengenangkan yang selama ini dia hanya bertepuk sebelah tangan dan tidak akan ada ruang kosong di hati gadis itu untuknya.

"Lyssa dah siap makan kan? Abang keluar dulu!" Izham terus bergerak ke katil Alyssa dan mengambil dulang sebelum kakinya melangkah keluar meninggalkan bilik itu.

Alyssa ingin menghalang tetapi kakinya bagikan dipaku. Dia ingin memanggil nama Izham tetapi mulutnya juga terasa digam. Alyssa mula tidak keruan apabila perasan yang Izham membahasakan dirinya sebagai abang buat pertama kali. Tidak lagi menggunakan ‘aku’ seperti selalu.

Alyssa sudah terduduk. Dadanya yang terasa sakit dan perit disentuhnya perlahan. Dia merasakan yang pertanyaan mengapa hatinya selalu berdetak kencang apabila berdampingan dengan Izham, sudah terjawab. Dia yakin yang dia telah mula menyayangi Izham lebih daripada seorang abang.

'What have you done Lyssa?' air matanya jatuh jua.

izham :(

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience