Syazana mengetuk pintu bilik abangnya. Sudah seminggu Firash menghabiskan masanya di dalam bilik. Dia tahu Firash kecewa tapi apa boleh buat? Jodohnya bukan dengan Alyssa.
"Abang, Ana bawa makanan ni. Bukalah pintu” jerit Syazana.
"Abang tak lapar, Ana!"
"Nope. Selagi abang tak buka pintu selagi tu Ana tak berganjak. Abang dah tak makan banyak hari. Nanti gastrik, Ana juga yang susah" pujuk Syazana lagi tapi tiada sahutan daripada Firash.
"Kalau abang tak makan, abang akan jadi kurus kering macam cicak kubing. Mesti tak hensem punya. Confirm kak Lyssa takut nak pandang abang” Syazana terpaksa menggunakan nama Alyssa untuk mengumpan abangnya makan.
Seketika pintu bilik Firash terbuka. Terjegul wajah Firash yang nampak tidak bermaya dan tidak terurus.
"Betul kalau abang makan, abang maintain hensem and Kak Lyssa akan balik semula pada abang?”
Syazana mengangguk. Sayu pula hatinya melihat keadaan Firash. Dia nampak cinta Firash kepada Alyssa terlalu dalam. Dia perasan semua tu. Bukan main happy lagi abangnya dulu sewaktu bertemu Alyssa kembali di universiti sejak mereka berpisah. Kalau tidak, asyik beriak sedih sahaja muka abangnya setelah berpindah sekolah. Malah abangnya kerja bersungguh-sungguh, katanya nak kumpul duit hendak melamar Alyssa. Siap telah mereka pelan rumah untuk didiami bersama Alyssa selepas mereka berkahwin nanti. Tinggi betul kan angan-angan Firash?
"Ana suapkan abang ya?" Firash mengangguk.
"Nanti abang rapikan jambang dekat muka tu. Semak je Ana tengok. Potong rambut sekali, dah panjang sangat Ana tengok. Tak hensem sebab rambut tutup dahi abang" seloroh Syazana lagi.
"Ana temankan abang pergi barber ya?" pinta Firash.
Syazana hanya mengiyakan. Kemudian pandangannya menangkap air mata Firash menitis. Pantas jarinya mengesat mutiara jernih itu. "Tak macho lah lelaki menangis" Syazana senyum segaris lalu memeluk abangnya.
"Ana kuat sebab abang. Ana lemah pun sebab abang. Abang janganlah seksa diri abang lagi ya? Ana pun ikut terseksa" Syazana sudah teresak kecil. Sejak dari kecil lagi dia memang sudah rapat dengan Firash. Kalau abangnya sakit, dia pun sakit juga.
Firash pun turut ikut menangis. Bagaikan dia tersedar dari lena yang panjang bahawa orang di sekelilingnya turut terseksa disebabkan dirinya yang tidak mampu menerima suratan takdir. “Maafkan abang. Abang khilaf sebab seorang perempuan sampaikan adik abang sendiri turut terabai" katanya.
Benar, dia rasa sangat tidak berguna sekarang ini. Kerana cinta yang tidak kesampaian, adiknya tidak dihiraukan. Sakit adiknya sakit dirinya juga. Ketawa adiknya ketawa dirinya juga. Syazana hanya ada dia sahaja. Disebabkan ibu bapa mereka banyak menghabiskan masa dengan kerja, adiknya banyak bergantung terhadap dirinya. ‘Maafkan abang, pasti Ana rasa susah hati sebab abang’
***
"Amboi pengantin baru, sampai pejabat pun nak berkasih sayang ya?" usik Suzana yang kebetulan bertembung dengan Izham dan Alyssa di depan lift.
Izham hanya tersengih malah mengeratkan lagi rangkulan di pinggang isterinya . Alyssa pula sudah tertunduk malu. Mesti Suzana nampak yang Izham sedang mencuba untuk mencium pipinya tadi.
"Sue tak faham. Saya kalau boleh nak je suruh Alyssa ni melekat di sisi saya. Tapi saya ni seorang yang profesional. Sebab tu kena bermanja habis-habisan dulu sebelum masing-masing buat kerja" gurau Izham. Suzana hanya ketawa mendengar gurauan Izham. Nampak semakin ceria je bosnya sejak kahwin ni.
"Saya faham bos, biasalah pengantin baru. Ni pintu lift dah terbuka, bos masuk lah dulu. Saya kasi privacy untuk bos dan isteri. Saya sanggup tunggu next lift demi bos" ujar Suzana sambil mengenyitkan mata.
"Thank you Sue, see you soon" kata Izham lantas menarik tangan isterinya ke dalam lift. Muka Alyssa memang dah macam udang kena panggang, merah sangat!
"Ish, apa lah abang ni! Malu lah Lyssa dengan Sue. Mesti dia dah fikir yang bukan-bukan" Alyssa mencubit lengan Izham. Dia pasti Suzana akan mengusik dirinya habis-habisan selepas ini.
"Adui yang! Sejak bila ada tangan ketam ni?" Izham menggosok lengannya. Berbisa juga cubitan isterinya. Sengal semacam je rasanya.
Alyssa membulatkan mata. Nampak sangat Izham sedang propa. Takkan dia cubit perlahan pun mengaduh macam kena lepas tumbuk?
"Sayang ni comel lah buat mata macam tu"
Chupp! Satu kucupan singgah di bibir Alyssa. Alyssa lantas terjerit kecil.
"Abang! Ini pejabat lah, behave yourself please" marah Alyssa sengaja mahu menutup debaran dadanya.
Izham hanya ketawa lepas melihat wajah cemberut Alyssa. Sumpah, ini kali pertama dia melabuhkan sentuhan di bibir Alyssa. “Why lipstick sayang rasa macam sedap? Sayang pakai lipstik yang ada flavour eh?"
Alyssa menghadiahkan satu jelingan kepada Izham yang sedang menjongketkan kening. Kenapa sekarang Izham berubah mendadak ya? Sungguh Izham yang dia kenal, bukan seorang yang kuat mengusik. Lelaki itu hanya tahu berwajah serius sahaja.
Alyssa pantas melangkah ke belakang apabila Izham sekali lagi menghalakan wajah ke arah nya. Izham pula terngadah sebelum dia merangkul pinggang Alyssa merapatinya. Sekelip mata sahaja, pipi Alyssa dikucupnya lagi.
“Abang! Nanti orang nampak lah" Alyssa tolak muka Izham.
“No one will see us. Dalam lift ni hanya ada kita berdua je, sayang” Izham senyum herot. Suka dia melihat wajah Alyssa yang berona merah itu. Comel sangat!
Serentak itu pintu lift terbuka. Berdesup sahaja Alyssa melangkah keluar dan berjalan meninggalkan suaminya. Izham menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Alyssa malu atau dia merajuk?
************
'One Day One Truth?’
Alyssa mengerutkan dahi membaca kad yang terletak di atas mejanya. Aikk, pergi tandas sekejap pun sempat lagi eh selit hadiah? Tanpa membuang masa, dia terus membuka helaian kad itu.
'It was love at first sight, at last sight, at ever and ever sight’ - Husband
Sejambak bunga mawar merah di atas mejanya, diambil lalu didekatkan ke hidung. Bunga mawar kan, mestilah harum baunya. Alyssa lantas tersenyum simpul. Sweet pula Izham ni. Rasa macam tidak jadi merajuk pula.
Sebenarnya dia baru sahaja berniat mahu melancarkan perang dingin dengan suaminya. Bukan apa, sengaja mahu mendera perasaan Izham. Izham menyeksa hatinya dengan kucupan yang tidak terjangka tu boleh pula?
"Lyssa” tegur satu suara mematikan senyuman Alyssa. Dia berpaling dan beberapa saat terpaku barulah dia menarik senyuman. Sedikit terkejut dengan kemunculan Firash dan lagi terkejut kerana tidak ada lagi panggilan ‘Dina’ seperti yang selalu lelaki itu lafazkan.
"Yes?"
"Congrats on your wedding. Sorry tak dapat datang” Firash berdiri di pintu manakala tangan kanan lelaki itu menyeluk ke dalam poket seluar.
"It's okay Firash. Saya faham"
"So, can I treat you to lunch? To congrat my friend for ending her bachelor-era actually” Dia mengangkat keningnya sambil bibirnya tersenyum mesra.
Alyssa pula sudah serba salah. Aduh! Dia nak tolak ajakan lelaki itu tapi raut wajah Firash nampak benar-benar berharap dan ikhlas.
"Err, sebenarnya saya dah janji dengan Izz nak lunch sama-sama. Lain kali?"
Lain kali pun belum tentu dia boleh. Sekarang dia sudah menjadi isteri orang, apa-apa perkara semuanya perlu izin daripada suami. Dan satu perkara lagi, Izham akan izinkan ke kalau dia keluar dengan Firash?
"Oh, it’s okay. Then, lain kali lah. Sorry ganggu Lyssa, awak sambunglah buat kerja tu. Have a nice day" Firash pantas berlalu pergi seusai berpamitan. Sebenarnya dia kematian kata mahu menghadap Alyssa. Nampak sangat gadis itu tidak selesa melayannya. Rasa sakit hati melihat Alyssa yang tersenyum saat membaca kad yang diletakkan Izham sewaktu wanita itu keluar tadi terus diusir pergi. Kenapa dia perlu berperasaan sebegitu sedangkan Alyssa sudah sah menjadi milik Izham?
*********
Izham dan Alyssa bergandingan masuk ke dalam rumah. Selepas maghrib barulah mereka tiba di rumah gara-gara menyiapkan report dan kertas kerja yang terbengkalai. Nasib baik cuti kahwin seminggu sahaja. Mahu bergunung kerja mereka kalau lama sangat cuti.
"Sayang, abang rindu" ujar Izham sambil tersengih bak kerang busuk.
Alyssa yang baru sahaja mencabut pin tudungnya terus menjeling Izham manja. "Ish abang ni, mengada sangat! Macam lah kat pejabat tak jumpa”
"Memanglah kita still jumpa. Tapi dekat pejabat lain, dekat rumah lain”
"Apa yang lainnya? Sama je boleh tengok muka masing-masing" Alyssa mengerutkan keningnya.
"Nope, lain” suara Izham sudah berubah gemersik. Dia merapatkan badannya kepada Alyssa yang berpeluk tubuh. Sengaja dia mempamerkan senyuman senget di bibirnya.
Alyssa yang gerun dengan riak muka Izham terus berundur. Dan ya, dia tersilap langkah. Sekarang belakangnya sudah tersandar pada dinding manakala Izham pula semakin merapati. Bila dia mahu melarikan diri, Izham pantas mengepungnya. Alamak, memang pergerakannya sudah terkunci.
Gulp!
"Abang nak buat apa ni?”
"I just want to show my darling what is the difference between being at home and in the office"
Alyssa pula sudah terbuai dengan pandangan mata Izham yang menikam tapi nampak redup. Baru dia perasan yang anak mata Izham berwarna koko jernih. Nampak sangat cantik bila dihiasi dengan bulu mata yang panjang.
Chupp! Bibir Izham berlabuh seketika di bibir mungil Alyssa sebelum dia menyerang Alyssa dengan kucupan yang bertubi-tubi pada seluruh wajah isterinya.
"Abang, stop it! Sesak dada Lyssa jadinya" Alyssa sudah terjerit kecil sambil cuba menutup mukanya.
Izham memberhentikan perbuatannya lantas ketawa besar apabila wajah Alyssa sudah berona merah. Kenapa Alyssa ni cepat sangat blushing?
"Sekarang dah percaya?" soal Izham sambil menjarakkan dirinya dari Alyssa. Kesian pula melihat isterinya itu cuba mencari nafas.
"Percaya apa?"
"Ishh dia ni, geram pula abang! Percaya yang kat rumah lain, kat pejabat lain?"
Alyssa membulatkan mulutnya sebelum dia ketawa kecil dengan celoteh suaminya. Aduh, comel pula Izham sekarang ni. Tak habis-habis lagi berbicara tentang kelainan yang satu tu. Alyssa mencubit kedua-dua pipi suaminya.
“Okay, Lyssa percayakan abang. Ingatkan percaya apa lah tadi. Lysa naik atas dulu ya? Lyssa nak mandi, melekit dah badan ni!" Sempat pula dia kiss pipi Izham sebelum mendaki tangga ke bilik. Apalagi, tersengih lah Izham dibuatnya. Siapa je yang tak suka dapat gift macam tu dari isteri kan?
"Sayang, tunggulah abang sekali! Sampai hati tinggalkan suami sorang-sorang dekat bawah ni” jerit Izham lantas berlari mendapatkan isterinya. Pinggang Alyssa dirangkulnya lagi dan pipi isterinya dicubit geram.
Selesai sahaja menunaikan solat Isyak, Alyssa terus mengajak Izham tidur. Sungguh dia terasa penat sangat. Biasanya kalau jarum jam menginjak pukul 12 tengah malam, barulah dia melelapkan mata.
"Sayang tidur dulu ya? Abang ada kerja sikit nak siapkan" pujuk Izham. Tapi Alyssa tetap berkeras mahu Izham merebahkan badannya di sisi.
"Ala, kerja tu letak tepi dulu. Sampai bila-bila pun kerja takkan habis" bentak Alyssa tidak berpuas hati. Kenapa dekat rumah pun mahu sibukkan diri dengan hal pejabat? Dia sudah berdiri di atas katil sambil mendepakan tangannya, mahu Izham segera ke arahnya.
Izham tersenyum kecil melihat perangai keanak-anakan Alyssa. Dengan baju tidur berwarna pink bercorak hello kitty manakala rambut panjangnya disanggul tinggi, confirm tidak sampai hati mahu menolak hasrat isterinya.
"Iyalah. Demi sayang, abang rela tidur awal malam ni” Izham mengalah jua akhirnya. Alyssa tersenyum suka lalu terus memeluk Izham. Dia pun tidak faham akan dirinya sekarang. Sejak berkahwin, memang tidak boleh berenggang dengan Izham langsung. Manja mengalahkan budak tadika pula.
Alyssa terus merebahkan dirinya di sisi Izham. Kepalanya pula berbantalkan lengan sasa lelaki itu. Tubuh tegap Izham juga dipeluk seakan tidak mahu melepaskan. Bila Izham mengucup dahinya, hati Alyssa terus berbunga-bunga.
"Abang”
"Hmm”
"Apa maksud abang dengan kad tadi?"
"I love you at first sight"
"Yang tu Lyssa tahu lah. Cuba abang cerita detail. Ada back story yang Lyssa tak tahu ke?" rengeknya.
"Panjang lah. Kata nak tidur"
"Ajak tidur tu alasan semata-mata. Sebenarnya Lyssa nak umpan abang untuk buka cerita. Dulu kan abang dingin je dengan Lyssa. Tup tup, datang mama kata abang nak peristerikan Lyssa"
Izham mencuit hidung isterinya. "Pandai ya ajak abang tidur? Rupa-rupanya nak korek cerita”
Alyssa hanya menayangkan sengihan. Izham pula memandang Alyssa dalam.
“Kenapa pandang macam tu?”
"Your smile just now. Your smile yang buat abang jatuh cinta. First time abang kenal Lyssa sewaktu Lyssa datang rumah abang dan asyik senyum memanjang je. You have a drop dead gorgeous smile. Sebab tu abang boleh tersuka Lyssa sejak dari kecil"
"Habis tu kenapa layan Lyssa kasar waktu mama minta tolong ibu jagakan Lyssa? Dah la suka marah-marah, lepas tu tuduh Lyssa macam-macam" soal Alyssa tidak berpuas hati. Memang betul pun, hatinya terasa disiat-siat bila Izham yang selama itu rapat dengan dia tiba-tiba berubah dingin sewaktu dia mula berpindah masuk ke rumah ibu.
Izham tersengih. Secara spontan tangannya menyelak anak rambut Alyssa yang menutupi dahi isterinya.
"You know what? Since I met you, my heart beats your name. Abang dah tanamkan azam mahu memiliki Lyssa, mahu Lyssa jadi cinta hati abang dan bidadari abang. Abang tak matang lagi masa tu tapi abang tahu perasaan abang tu bukan main-main. Ikhlas dan tulus lahir dari hati abang. Satu hari, abang baru balik dari sekolah. Ibu datang bilik abang dan peluk abang. Memang ibu nampak sangat bahagia masa tu. Abang pelik kenapa ibu gembira sangat dan ibu pun cakaplah yang kejap lagi dia akan dapat anak perempuan dan abang pun akan dapat adik. Siapa yang tak gembira kan? Abang memang teringin nak dapat adik. Ibu pula nak sangat anak perempuan” Izham terjeda dan merenung Alyssa.
"Abang excited nak sambut adik baru dan sanggup decorate bilik untuk adik baru tu. Bila ibu jerit adik dah sampai, abang terus lari ke bawah. Bila wajah sayang yang muncul, abang terus kecewa. Kenapa orang yang abang suka jadi adik abang pula? Abang fikir kalau sayang jadi adik abang, mesti abang tak boleh kahwin dengan sayang. Seorang abang kan tak boleh kahwin dengan adiknya? Jadi abang layan sayang kasar-kasar. Kononnya bila abang buat macam tu dan memberontak tak sukakan Lyssa, ibu akan beralah dan lepaskan sayang sebagai anaknya. So, sayang tak akan jadi adik abang dan abang boleh kahwin dengan sayang"
Izham lihat wajah Alyssa yang sedang menahan senyum. Mesti Alyssa mengutuk dia kan?
"Abang bodoh masa tu. Nama saja budak 13 tahun tapi fikir macam budak 3 tahun. Bila abang tanya ustaz pasal hubungan antara kita dan ustaz tu beri penjelasan, abang rasa teruk sangat. Abang menyesal dan nak minta maaf, tapi time tu sayang dah jauh sangat. Nampak takut-takut dengan abang. So abang biarkan. Biarlah maaf tu, biar masa je yang tentukan. Abang pun malu nak minta maaf sebab kebodohan abang tu. Since that abang jadi pencinta sayang secara senyap-senyap je. Nampak saja abang dingin dengan sayang. Tapi sumpah, setiap hari hati abang akan resah kalau tak nampak sayang. Apa dia buat? Sihat ke dia? Dia selamat je kan? Gembirakah dia? Dah makan ke belum?" cerita Izham panjang lebar.
Alyssa pula terharu dengan luahan suaminya. Tidak menyangka bahawa Izham mencintainya dari dulu lagi. Bahagia sungguh dia rasakan apabila dicintai sang suami dengan sepenuh hati. Kalau Izham berterus-terang dari awal, mesti mereka dapat merasai kemanisan bercinta. Eh, tapi bercinta selepas nikah lagi best apa? Semua benda dah halal. No more restriction!
"Abang dapat belajar satu perkara bila teringatkan peristiwa dulu"
"Apa dia?"
"Don't let time become your savior. Jangan tunggu masa untuk selesaikan kemelut yang kita hadapi. Sebab kita tak tahu, masa yang berlalu itu akan merugikan kita atau selamatkan kita. The best answer is do it now. Jangan sampai kita menyesal di kemudian hari kalau asyik tangguh saja”
Alyssa senyap. Dia turut mengakui kebenaran bicara Izham. Masa, kadang-kadang boleh jadi penyelamat. Kadang-kadang boleh jadi pembunuh.
"Macam dulu kalau abang gaduh dengan sayang pasti abang cakap, ahh biarlah maaf tu, biar masa menentukan perkara yang seterusnya. Abang memang mengharapkan masa sahaja yang akan membuatkan kita berbaik semula. Tapi abang silap. Abang bazirkan masa sebenarnya. I thought time would pull you closer but it push you harder. Abang pun ego juga nak luahkan perasaan abang dekat sayang, so memang meranalah jawapannya” Izham cuit hidung Alyssa lagi .
“Sejak kita jumpa, hari-hari abang impikan untuk kita hidup bersama. Hari-hari abang rindukan sayang. Hari-hari abang sayangkan Lyssa. Hari-hari abang cintakan sayang. Hari-hari tau! Sejak first time kita jumpa lagi, tak pernah missed walau satu saat pun!" Izham mengangkat tangannya tanda bersumpah.
Alyssa pula terus menghamburkan tawa. Aduh, bikin hati dia cair pula dengan pengakuan romantik daripada Izham ni. Tipulah kalau hatinya tidak menyapa perasaan terharu dengan bicara manis suaminya.
Alyssa mencapai tangan Izham lalu jari telunjuk suaminya dihalakan ke siling. “So first, jangan tunggu masa yang sempurna as time could be your savior or your silent killer”
Jari tengah Izham pula dikeluarkan Alyssa. “Second, jangan ego untuk meminta maaf dan meluahkan perasaan yang terbuku”
Alyssa melirik Izham lalu dia tersengih.
"Third?” soal Izham bila Alyssa sudah menjatuhkan lengannya.
"Ada lagi ke?"
"Adalah”
Alyssa blur.
Kemudian Izham mengangkat kepalanya sedikit lalu membawa bibirnya merapati telinga Alyssa.
"Third and always, hari-hari abang cintakan Lyssa" bisik Izham syahdu.
Erk? Sekali lagi Akyssa terasa malu dengan ucapan penuh romantis daripada suaminya. Perut dia pun sudah sebu sebab rama-rama asyik bertebangan sahaja.
"Dah dah, tidur. Tadi ajak abang tidur kan?” Izham bersuara lagi. Alyssa tersengih lagi. Tidak sedar Izham sudah kembali berbaring. Segera dia merapatkan kepalanya ke dada Izham sebelum memeluk tubuh itu dengan erat.
"Goodnight sayang! Semoga esok lebih indah dari hari ni, insyaAllah. I love you" ucap Izham dan mengucup dahi isterinya sebelum dia memejamkan matanya.
Nah sis belanja satu bab. Actually, hari ni first paper. Bayangkan, kita study benda lain. Yang keluarnya benda lain. Memang menggoreng je lah tadi. So next paper is after raya haji. Sebab banyak gap and saya pun nak release stress, i edited this chapter and immediately publish it. Ramai tunggu kan next chapter? HAHAHA SO ENJOY IT! Anyway as i told you before, this story sebenarnya created at 2017 lagi. First 26 chapters, memang skrip yang cacat merba and tak matang. Banyak kena edit, that's why makan masa to publish even 90% story ni hampir complete. After chapter 26th , insyaAllah saya boleh publish berderet-deret chapter sebab tak perlu edit-edit banyak dah. Last but not least, thank you for your continuos support. Enjoy and happy reading <3 Doakan saya cemerlang final exam ni ya? <3 <3 Doakan sekali biar soalan senang je yang keluar nanti hshdhshsh
Share this novel