“Sebab aku tak suka. Aku tak izinkan“
Menggelepar Alyssa apabila Firash berbicara sebegitu. Sehabis mungkin dia cuba mengawal dirinya agar tidak terlebih teruja.
“Ish sayang ni, tahulah excited. Janganlah jerit, nanti dia orang perasan kita tengah skodeng” tegur Izham. Dia memeluk bahu Alyssa supaya isterinya itu bertenang.
Nampak sahaja kelibat Firash dan Sara di tepi kolam sewaktu ingin pulang dari pantai tadi, terus sahaja Alyssa mengajak suaminya untuk mengintip dan mencuri dengar perbualan mereka.
“Iya iya, Lyssa tahu la” jawab Alyssa. Mereka kembali fokus terhadap pasangan dihadapannya.
Tapi hampa, Sara terus bangun meninggalkan Firash keseorangan di bangku tersebut. Dapat dilihat Firash meraup rambutnya dengan kasar setelah Sara berlalu pergi.
“Ahh!“ Firash melepaskan keluhan tanda kecewa.
Kesian pula Firash. Alyssa dan Izham berpandangan sesama sendiri.
“Sayang masuk makan dulu la. Abang nak cakap dengan Firash jap” arah Izham kepada isterinya.
Alyssa hanya menuruti arahan Izham.
“Goodluck bang!“ pesan Alyssa sebelum turut berlalu pergi.
Izham terus melangkah ke arah Firash. Bahu Firash ditepuk sebelum dia turut duduk bersebelahan dengan Firash.
“Perempuan kan, dia paling tak suka kalau orang yang tiada hak ke atas dia, larang dia buat macam-macam“ kata Izham sambil memandang Firash.
“Aku tahu sangat sebab aku pun buat mistake macam ni dulu. Marah-marah tak tentu pasal. Larang buat tu buat ni. Semuanya nak ikut telunjuk aku. Tak pernah pun aku tanya dia, kenapa dia buat macam ni? Kenapa dia nak buat benda ni? Dia okey ke tak sebenarnya. Mula-mula rasa bersalah la juga sebab aku bersikap kejam, tapi aku tak pernah minta maaf. Sebab ego aku, aku biarkan masa yang jadi penentu. Perkataan maaf tak pernah terbit dari mulut aku, hanya kemarahan je yang aku ungkap” luah Izham.
“Sampai satu tahap, aku dengan dia dah jauh sangat. Aku fikir, masa akan dekatkan aku dengan dia balik. Tapi sebenarnya, masa bawa dia lebih jauh dari aku. We think that time will pull you close but actually it pushes you harder“ sambung Izham lagi.
“Kau tahu tak semua ni berpunca daripada apa”soal Izham kepada Firash yang masih lagi diam membatu.
“Cinta. Sebab cinta. Cinta buatkan kita hendak memiliki seseorang. Cinta juga buat kita hendak melindungi dia. Cinta buatkan kita hendakkan yang terbaik sahaja untuk dia”
“Aku tak salahkan kau sebab marah-marah Sara. Aku pun faham sangat kenapa kau tak izinkan dia jumpa lelaki lain and persoalkan dia macam-macam. Even benda yang tak masuk akal pun, kita persoalkan”
“When you realize you are in love with someone, just confess to her. Perempuan takkan tahu kita suka dia atau tak, kalau bukan kita sendiri yang cakap. I think you need to fix your problem with this first. Then, barulah other problems will solve too.“
“Cinta tu pelik kan? Hari ni baru jumpa, tapi esok dah jatuh cinta” Izham pandang Firash lagi. Dia menarik nafas sebelum berbicara lagi.
“Sara is an attractive woman. Kalau kau tak mahu kehilangan dia, do your step from now. Love her right, Firash“ kata Izham seraya berdiri. Kemudian, dia menepuk perlahan belakang adik tirinya.
“Jangan jadi macam aku, bertahun-tahun aku rugi sebab tak mulakan dari awal” pesan Izham dan terus berlalu.
Firash memandang Izham yang sudah meninggalkannya sendiri. Sedikit terpukul dengan apa yang dikatakan Izham.
‘Jadi perasaan yang buat aku tak tenang semenjak akhir-akhir ni sebab cinta lah? Dan orang yang aku cinta tu ialah Sara?’
************
“Macam mana bang?“ soal Alyssa setelah Izham pulang dari bercakap dengan Firash.
“Abang dah basuh dia cukup-cukup. InsyaAllah dia tahu la apa yang dia perlu buat selepas ni. Sara pula macam mana?“
“Sara nampak okey. Tapi tak tahulah dalaman dia macam mana. Sara tu kena take time sikit barulah dia buka cerita dekat Lyssa“ jawab Alyssa sambil memandang Sara yang sedang tersenyum mendengar celoteh Syazana.
“Lyssa tak payah risau pasal dia orang. Masing-masing dah besar panjang. Lagipun abang kenal sangat si Firash tu, kalau dia dah sayang seseorang, dia takkan lepaskan orang tu dengan mudah. Abang yakin sangat lepas ni Firash akan mulakan langkah dia” pujuk Izham cuba menenangkan isterinya.
“Ni sayang dah makan ke belum?“ tanya Izham prihatin. Alyssa tersengih sambil menggelengkan kepalanya.
“Nak makan dengan abang” jawab Alyssa pendek. Izham mencuit hidung Alyssa.
“Nak suruh abang suapkan dia la tu” usik Izham.
“Tahu tak pe” balas Alyssa lagi. Kemudian mereka berdua tertawa kecil.
“Hai merpati dua sejoli ni. Baru balik eh? Orang lain semua dah habis makan, tapi batang hidung pun tak nampak. Nasib baiklah kita tak tunggu dia tadi kan“ tegur Datin Salmah setelah Alyssa dan Izham tiba di meja makan.
“Haa kamu ni Iz, bawa la Lyssa tu pergi berjalan-jalan, nanti malam ni kamu jadilah tukang urut dia. Confirm mengadu lenguh-lenguh kaki“ sindir Mama. Alyssa hanya mencebikkan bibirnya.
“Abang Iz tak merungut pun kalau Lyssa minta dia tolong urutkan, mama je yang merungut” balas Alyssa sudah memuncung.
“Mestilah. Lyssa jarang urut mama, buat apa mama nak urutkan Lyssa pulak?” usik Mama lagi. Yang lain semua dah tergelak kecil melihat wajah cemberut Alyssa.
“Yalah, nanti Lyssa urutkan mama“ jawab Alyssa mengalah.
“Dah tak payah usik Alyssa, kesian. Dah merah muka dia“ sampuk Datin Salmah.
“Kamu tak makan lagi kan Lyssa? Iz, ambilkan makanan untuk Lyssa. Nanti masuk angin pula dia“ arah Datin Salmah lagi. Tanpa banyak soal, Izham terus melangkah mengambil makanan untuk isterinya.
“Ni Firash pergi mana? Makanan dia pun tak dihabiskan lagi, tapi dah menghilang“ bebel Datin Salmah pula.
Sara semestinya sudah tidak senang duduk mendengar pertanyaan Datin Salmah.
“Ada je kat luar. Tadi Lyssa nampak dia berbual dalam phone. Hal kerja la tu“ jawab Alyssa. Sara dipandangnya dan menghadiahkannya sebuah senyuman tipis.
“Ish abang kamu tu Ana, bab kerja tak boleh tinggal sekejap. Cuti-cuti pun masih lagi ingatkan kerja“ bebel Datin Salmah. Syazana pula hanya tersengih. Betullah apa yang diucapkan Datin Salmah tu. Komited sangat dengan kerja!
Izham tiba dengan sebuah pinggan yang penuh diisi dengan makanan.
“Aikk, satu pinggan je Iz? Kamu tak makan ke?” soal Mama pelik.
“Makan sekali dengan Lyssa ni haa. Dia suruh Iz suapkan untuk dia” adu Izham.
Tergeleng-geleng Mama dengan karenah anak perempuannya. ”Macam budak kecil je kamu ni, Lyssa“ ujar Mama.
“Biarlah dia, kan tengah mengandung tu. Kena tahanlah sikit Iz, orang mengandung ni perangai dia lain macam sikit” pesan Datin Salmah.
“Iya bu. Memang manja terlebih Alyssa sejak mengandung ni. Nasib baik Lyssa memang buah hati Iz, so Iz layankan je dia” balas Izham tanpa rasa malu.
Tersenyum kecil semuanya dengan karenah Izham dan Alyssa. Baguslah kalau mereka betul-betul bahagia.
“Haa Firash, baru nampak muka. Dah siap ke bincang hal kerja tu?” tegur Datin Salmah apabila Firash sudah kembali ke meja.
“Kerja? Oh haah kerja! Settle dah ibu. Staf call tadi tanyakan pasal tender projek. Dia kurang faham sikit, so Firash explain briefly to him. Sebab tu ambil masa sikit“ kelentong Firash.
Dia pandang Sara yang sedang menunduk. Kemudian dia pandang Izham, sebuah senyuman tipis dilemparkan ke arah Izham.
“Kamu tu Firash, jangan sibuk sangat dengan kerja. Kesihatan kena jaga juga tau. Ana tu masih lagi sekolah, papa kamu pula dah tua. Kalau kamu sakit, siapa yang nak tengokkan kamu” pesan Datin Salmah. Terserlah kerisauan di muka tuanya.
“Iya bu, Firash akan ingat pesan ibu. Terima kasih” ucap Firash sedikit terharu dengan sikap ambil berat ibu tirinya.
“Kamu dan Ana pun anak ibu juga. Mestilah ibu risau kalau apa-apa terjadi dekat kamu semua” ujar Datin Salmah sambil tersenyum manis.
Walaupun Amir Firash dan Ain Syazana bukan anak yang dilahirkannya, tapi dia tetap darah daging bekas suaminya. Darah yang mengalir dalam badan Firash dan Ana pun mengalir juga dalam darah Izham, anak tunggalnya.
“Kau nak ikut aku masuk bandar tak? Nak singgah Pasar Payang dulu sebelum bertolak balik. Atau kau terus masuk highway ke KL?“ soal Izham.
“Aku bertolak balik ke KL terus la. Kalau masuk bandar, nanti lewat pula sampai. Esok Sara dah kerja, kesian dia kalau sampai lewat sangat. Nanti tak sempat rehat” jawab Firash. Tersentak seketika Sara apabila namanya disebut oleh Firash.
“Okey. Haa kamu Ana, nak ikut abang kamu balik dulu ke nak join kami pergi shopping? Muat je kereta kalau Ana balik dengan kami” soal Izham terhadap Syazana.
“Wah, Ana teringin sangat nak pergi Pasar Payang. Ana ikut Abang Iz eh? Tak pe kan bang?“ jawab Syazana dengan teruja. Matanya dihalakan ke arah Firash untuk meminta izin .
Firash mengangguk kecil. “Pergilah, tapi jangan request macam-macam dengan Kak Lyssa kamu tu. Ana kalau dah shopping, semua benda nak dibelinya” Firash memberikan persetujuan.
Syazana menjerit kegembiraan. Teruja mahu pergi membeli belah dan lagi teruja apabila memikirkan yang Firash dan Sara sahaja yang akan pulang dulu.
‘Hikss, mesti Kak Sara kekok gila berdua dengan abang nanti‘ Syazana tertawa sendiri.
****
Seperti yang difikirkan Syazana, seperti itulah suasana yang tercipta antara Sara dan Firash di dalam kereta. Hanya kedengaran lagu-lagu yang dimainkan di corong radio.
Sara yang sedang menahan kesejukan mula memeluk tubuhnya. Menyesal pula dia hanya memakai blouse berlengan tiga suku. Tak sangka pula boleh hujan dalam perjalanan ke KL. Dia cuba memejamkan mata.
Matanya dicelikkan kembali setelah Firash meletakkan sesuatu di atas ribanya. Dia pandang Firash.
“Gunalah sweater aku tu dulu. Aku tahu kau sejuk sekarang ni” kata Firash yang perasan dirinya ditenung.
“Terima kasih“ ucap Sara perlahan. Firash tidak menghiraukan Sara sebaliknya dia hanya memfokuskan pemanduannya. Melihat tingkah Firash yang semacam tidak mahu melayannya, Sara terus menyelimuti tubuhnya dengan sweater milik Firash. Matanya dipejamkan kembali. Sekelip mata sahaja dirinya sudah dibawa ke alam mimpi.
Apabila dirasakan Sara sudah betul-betul lena, Firash mengerling ke tepi. Tersenyum dia melihat wajah Sara sedang tidur yang persis seorang bayi.
Signal ke kiri dihidupkan Firash setelah dia melihat stesen minyak di hadapannya. Dia mahu membeli sedikit snek untuk menghilangkan mengantuknya ketika memandu nanti.
Setelah memarkirkan keretanya, dia terus mengalih pandangannya ke arah Sara lagi. Firash memperlahankan suhu penghawa dingin sedikit apabila dia perasan yang Sara masih lagi dalam kesejukan.
Dia akui yang Sara memang cantik orangnya. Wajahnya lembut dan polos, malah lebih manis kalau dia tersenyum. Terserlah nanti lesung pipit di sebelah pipi kanannya. Teringat dia sewaktu masih belajar dulu, ramai yang menggelarkan Sara sebagai kembar Mira Filzah. Sara pun mempunyai ramai peminat, tapi setahu dirinya Sara tidak pernah melayan peminatnya.
Rambut panjang Sara yang menutupi separa pipi kanannya diselak ke belakang telinga. Risau pula dia mahu meninggalkan Sara keseorangan di dalam kereta sementara dia turun membeli snek. Mahu kejutkan Sara, tidak sampai hati pula.
Bunyi hasil daripada vibration phone menyentakkan Firash. Cepat-cepat dia mencapai phone Sara yang sedang berdering sebelum lena gadis itu terganggu.
Nama Doktor Fendi yang tertera di skrin telefon Sara membuatkan hatinya kembali panas. ‘Ish mamat ni tak serik-serik lagi ganggu Sara’ desisnya kasar sebelum menjawab panggilan telefon tersebut.
“Hello Lina, saya call awak sebab saya nak tanya awak dah sampai mana sekarang? Risau pula saya, asyik fikirkan pasal awak“ terus sahaja telinganya diasak dengan soalan yang amatlah prihatin daripada insan bernama Fendi.
Firash mengerutkan keningnya. ‘Lina? Oh lupa, nama penuh Sara ialah Sara Adlina’ bicara hatinya. Meluat pula dia apabila ada orang memanggil nama Sara dengan nama Lina.
“Hello Lina? Awak okey ke? Kenapa senyap je” suara Doktor Fendi sudah bertukar risau apabila Sara masih lagi diam.
“Oh, emm Sara sedang tidur ni. Aku tolong jawabkan” Firash mula bersuara. Terdiam pula Doktor Fendi apabila suara lelaki pula yang kedengaran.
“Doktor Lina kat mana? Kenapa kau yang jawab? Kau siapa?“ setelah lama berdiam diri, dia menyerang Firash dengan pelbagai soalan.
“Ada je kat sebelah aku ni. Tak nak ganggu dia tidur so aku tolong jawabkan. Kalau tak ada hal penting, aku letak dulu eh?“ jawab Firash.
“Eh nanti dulu! Kau siapa sebenarnya? Betulkan Lina okey je dekat sebelah kau? Dia baik-baik je kan” tanya Doktor Fendi lagi. Firash pula tergelak sinis mendengar suara Doktor Fendi yang kelihatan risau dan cemas.
“Iya, Sara baik-baik je dengan aku. Jangan risau, aku tak akan apa-apakan dia“ balas Firash dengan sedikit sarkastik.
Tiba-tiba lengan Firash disentuh, tersentak dia melihat Sara yang sudah tersedar dari tidur.
“Siapa tu Firash?“ tanya Sara apabila menyedari yang Firash menjawab panggilan dari phonenya.
Firash menunjukkan skrin telefon yang tertera nama Doktor Fendi ke arah Sara. Kemudian dia buat isyarat bahawa dia boleh handle panggilan Doktor Fendi. Sara pula hanya mengiyakan.
“Tak apalah Doktor Fendi ya, saya letak dulu. Saya tengah drive ni, Assalamualaikum“ kata Firash sebelum memutuskan panggilan.
“Dia nak apa?“ tanya Sara sedikit bimbang jikalau panggilan tersebut melibatkan kerja.
“Tak ada apa pun. Saja je dia nak tanya khabar kau. Risau katanya tak tahu kau dah sampai mana” ujar Firash bersahaja sambil menyerahkan phone kepada Sara.
“Aku nak keluar sekejap. Nak beli snek sikit. Kau nak pesan apa-apa?“ tanya Firash. Sara menggelengkan kepalanya.
“Okey, aku pergi dulu. Kunci pintu tau! Kalau ada orang yang tak kenal ketuk cermin kereta, jangan layan. Call je aku terus“ pesan Firash. Sara hanya mengangguk.
‘Ish, Firash ingat aku budak kecil lagi ke nak pesan-pesan macam tu?’ bisik Sara geram. Dia hanya menghantar pemergian Firash dengan pandangan mata sahaja.
Sara memeriksa periksa Whatsapp. Kebanyakan mesej yang diterimanya adalah dari Doktor Fendi.
‘Patutlah call aku, risau aku tak reply mesej dia barangkali’ komennya sambil melihat mesej yang hanya menanyakan tentang keberadaannya.
Dia bukannya lembab sangat. Faham benar dengan signal yang cuba disampaikan oleh Doktor Fendi. Sebab itulah, seboleh-bolehnya dia cuba membina jurang perhubungan antara mereka. Sara hanya berkomunikasi dengan Doktor Fendi kalau hanya melibatkan kerja sahaja. Cuma semenjak dia bercuti ni, Doktor Fendi kerap menghubunginya. Kalau tak angkat, bimbang yang sebenarnya Doktor Fendi benar-benar ingin berbicara tentang patient. Kalau angkat, lain pula jadinya. Sara mengeluh perlahan.
Dia menggosok tapak tangannya bagi menghasilkan haba. Dia pun tak tahan sejuk juga.
“Hachumm!“ Sara menggosok hidungnya yang terasa gatal. Tak tahan sejuk, dia terus memakai sweater tebal pemberian Firash. Stokin pendek yang tersimpan di dalam bagpack, dicapai dan terus dipakainya.
‘Janganlah aku demam nanti’ doa Sara di dalam hati.
Share this novel