20

Romance Completed 28229

Alyssa mengacau air nescafe. Aroma nescafe itu dihidu. 'Ahh, sedapnya bau! Tak sabar nak minum’'

Kemudian dia berlalu ke meja makan dan melabuhkan punggungnya. Apalagi, fikirannya pun melayang mengingati peristiwa selepas solatnya diimamkan Izham buat kali pertama sejak bergelar pasangan suami isteri.

"Abang Chad" panggil Alyssa dan tangannya dihulurkan untuk bersalaman dengan Izham.

"Maafkan Lyssa kalau Abang Chad berkecil hati dengan Lyssa. Lyssa masih terkejut dengan semua ni dan tak percaya yang sekarang status Lyssa dah berubah. Tapi Lyssa akan cuba untuk jadi isteri sempurna dan isteri solehah untuk Abang Chad” ujarnya.

Izham tersenyum. Dia memandang Alyssa yang nampak berseri walaupun hanya mengenakan telekung sembahyang. Memang isterinya itu seorang yang cantik pun. Pakailah apa sahaja, Alyssa tetap menawan.

"Dekat sikit!" arah Izham.

"Hah?”

"Datang dekat sikit" Alyssa masih bingung tapi punggungnya tetap mengesot mendekati Izham.

Chupp!

Dahi Alyssa dikucup. Pipi Alyssa yang sudah berona kemerahan dipegang erat. Kali ini dia mendongakkan wajah Alyssa supaya menatapnya. Dia merenung mata isterinya dengan redup. Sungguh tenang hatinya melihat Alyssa yang kini sudah pun sah menjadi miliknya.

"It's okay. Abang tak kisah Lyssa nak ambil banyak mana pun masa untuk menerima abang sebagai suami Lyssa. Kalau bertahun-tahun abang sanggup tunggu Lyssa jadi isteri abang, takkan untuk menunggu hati Lyssa betul-betul terbuka buat abang pun tak boleh? InsyaAllah, abang akan terus berdoa supaya hati Lyssa akan menjadi milik abang dan kita akan hidup bahagia selamanya" ujar Izham buat Alyssa terpaku.

"Aa..abang?" Selama ini, memang jarang benar Izham membahasakan dirinya sebagai abang.

"Yup, abang. Kita kan dah jadi suami isteri. Takkan nak panggil macam dulu-dulu? Tak manis"

Alyssa mengiyakan. Betul juga, takkan Izham masih mahu beraku kau dengannya.

"Abang Chad, err tak nak lepas pipi Lyssa ke?" soal Alyssa yang sudah berasa lenguh kerana wajahnya terpaksa didongak untuk memandang Izham.

“Abang Chad?” Izham menjongketkan keningnya.

Alyssa mengerutkan keningnya. “Yalah, abang Chad”

Izham memandang Alyssa tajam. Alyssa pula sudah pelik. Dia ada buat Izham marah ke? Seketika barulah Alyssa memahami maksud muka tidak puas hati suaminya itu. Padahal tadi, Izham baru sahaja cakap.

“Err abang, boleh tak lepaskan pipi Lyssa? Lenguh dah ni kepala asyik terdongak je” Alyssa menayangkan giginya.

Barulah terbit senyuman di bibir Izham. Kalau Alyssa masih memanggilnya dengan panggilan Abang Chad, dia sudah sediakan denda untuk isterinya itu. Nasib baik Alyssa sedar akan kesalahannya.

"Sorry, sakit ya sayang? Tu laa, Lyssa comel sangat. Abang rasa tak nak lepas pegang pula" Izham mencubit pipi Alyssa sebelum melepaskan pegangannya.

Sekali lagi, wajah Alyssa kemerah-merahan dengan tindakan Izham. Sayang? Aduhh, hatinya memang sudah berlagu riang. Makin mencairlah hatinya ini kalau beginilah sikap Izham.

Ppap! Bunyi cawan jatuh mengembalikan Alyssa ke realiti.

"Eh Si Tom ni! Bikin orang terkejut je" gumam Alyssa geram terhadap kucing yang sudah berbaring di atas kabinet dapur. Lantas Alyssa meneguk air nescafe sehingga habis lalu terus membasuh gelas.

"Lyssa, tak tidur lagi ke?” tegur Mama yang tiba-tiba muncul.

"Belum. Lyssa dahaga tadi” jelasnya. Padahal dia sedang melengahkan masa dan melarikan diri daripada Izham. Masih tidak selesa dengan kehadiran lelaki itu.

"Dah pergi naik tidur. Lewat dah ni, kesian Izz sorang-sorang" arah Mama.

"Mama, Lyssa nak tidur dengan mama boleh?” pinta Alyssa sambil tersengih.

Mama bercekak pinggang sambil memandang anaknya itu. "Lyssa jangan nak mengada ya. Sedar sikit awak tu dah berlaki. Tempat seorang isteri di sisi suami”

"Alaa, malam ni Lyssa tidur dengan mama ya? Esokkan mama dan ibu nak berangkat ke Mekah. Nanti tak adalah Lyssa kempunan lagi nak tidur dengan mama untuk sebulan lebih ni?"

"No no! Lyssa tu dah ada suami, tak boleh dah tidur dengan mama. Cepat naik bilik. Tak baik biarkan suami tertunggu-tunggu” Mama sudah naik angin. Alyssa pula memuncungkan bibirnya.

"Tak nak kawan ! Alyssa merajuk ni, jangan pujuk. Kalau nak pujuk, pujuk esok sebelum mama pergi. Bye, good night, love you” sempat dia mencium pipi Mama sebelum melangkah pergi. Tergeleng-geleng Mama dengan perangai keanak-anakan Alyssa. Merajuk pun nak cakap ke? Aduhai, Alyssa Alyssa!

Masuk sahaja ke dalam bilik, dilihat Izham sudah tidur. Alyssa terus melepaskan nafas kelegaan. Dia memandang wajah Izham yang sudah pun lena. Jelas wajah keletihan terpamer pada wajah lelaki itu.

Alyssa menggaru kepala. Mana aku nak tidur ni? Matanya memandang ke arah sofa. 'Tidur situ? No, no, no! Sakit belakang oii'

Sudah tidak ada pilihan lain, Alyssa mula berjalan menuju ke katil. Bantal peluk diambil lalu diletakkan di tengah sebagai benteng pemisah antara dia dan Izham. Alyssa membaringkan tubuhnya di atas katil dengan berhati-hati agar tidak mengejutkan Izham.

Dalam kesamaran, matanya menatap wajah Izham yang sedang lena di sebelahnya. Tanpa disedari, bibirnya menjongket senyum. Suka sangat melihat air muka Izham yang nampak tenang itu. Kalau lelaki itu buka mata, hanya wajah dingin dan beku sahaja dipamerkan. Itu pun dikira bertuah kerana Izham hanya tahu menyinga sahaja.

Akhirnya mata Alyssa terpejam ketika asyik merenung wajah Izham. Setelah bertahun lamanya, inilah kali pertama dia tidur setelah merenung orang yang sentiasa dirinduinya. Bukan lagi dengan melihat gambar tapi dengan kehadiran insan itu sendiri.

***

Sudah tiga hari berlalu Alyssa dan Izham menjalani kehidupan suami isteri tanpa ada sesiapa di rumah. Ibu dan Mama sudah berangkat ke Mekah untuk menunaikan umrah dan haji. Kata mereka, seru Allah Allah sudah tiba. Kebetulan pula mahu memberikan sedikit ruang kepada Izham dan Alyssa.

Izham terjaga dari tidurnya apabila azan Subuh kedengaran. Tangan kiri yang terasa lenguh itu pula mahu diangkat tetapi melihat wajah yang menyapa pandangannya, terbatal pula niatnya. Tersengih dia melihat Alyssa sedang berada di dalam dakapannya. Wajah yang lena itu amat polos sekali.

Teringat pada malam pertama mereka bergelar suami isteri, Alyssa meletakkan bantal peluk di tengah katil sebagai benteng mereka. Kemudian pada hari kedua, Alyssa merobohkan benteng tersebut. Katanya sempit nak tidur. Pada hari ketiga, dia terjaga dengan kepala Alyssa berada di atas lengan Izham. Nampak selesa sahaja Alyssa tidur berbantalkan lengannya. Dan sekarang, dia terjaga dengan Alyssa sudah pun berada dalam pelukannya. Aduhai, kenapalah Alyssa ni comel sangat?

"Sayang, bangun. Subuh dah ni" Izham cuba kejutkan isterinya. Alyssa terpisat-pisat membuka matanya dan wajah Izham yang teramatlah dekat menyapa pandangannya. Kemudian matanya dipejamkan kembali. Silau.

"Tak nak, give me 10 minutes please? Lyssa mengantuk lagi ni" rengek Alyssa dengan suara yang sedikit serak. Badannya didekatkan lagi kepada Izham lalu pinggang suaminya dirangkul erat.

Izham ketawa kecil. Alyssa sudah pandai bermanja dengannya. Baguslah.

"Kata nak pergi jogging pagi ni? So, sayang kenalah bangun awal” kata Izham sambil mencuit hidung Alyssa.

"Alaa, lupa pula. Abang pergi masuk bilik air dulu la, nanti kejutkan Lyssa pula. Lyssa mengantuk sangat ni"

"Kalau Lyssa nak tidur lagi, abang pun nak tumpang sekaki lah. Boleh peluk sayang lama-lama" usiknya. Dia turut merebahkan badannya kembali dan membalas pelukan Alyssa. Sempat bibirnya mengucup lembut ubun-ubun isterinya.

"Uishh mengadanya. Yalah, Lyssa bangun. Nak gosok gigi dan ambil wudhuk pun kena sekali, manja lah abang ni” Alyssa mula beralah. Pantas dia menolak tangan Izham yang melingkari tubuhnya dan bangkit dari pembaringan. Kalau dia tak bergerak masuk ke bilik air dahulu, jangan harap Izham pun mahu tinggalkan katil. Clingy!

Perangai Izham selepas berkahwin memang berubah 360 darjah. Nak makan pun kena suap, nak mandi pun kena tunggu, nak ambil wuduk pun harus sama-sama. Kalau dia tidak mengendahkan permintaan Izham, pasti dia menjadi mangsa kucupan bertalu-talu dari Izham.

"Good wife! Jom, lagi banyak pahala kalau kita solat di awal waktu” Izham menarik tangan Alyssa keluar dari atas katil. Lantas dipimpin isterinya itu ke dalam bilik air.

Selesai sahaja salam terakhir, bahu Izham dicuit dari belakang.

"Kenapa?” Izham menoleh ke belakang.

"Abang nak wirid dulu ke?" Izham mengangguk. Lantas Alyssa bergerak ke arah Izham dan merebahkan kepalanya ke atas riba suaminya.

"Abang wirid ya? Lyssa mengantuk sangat ni, nanti nak berdoa kejutkan Lyssa balik”

Izham yang kasihan melihat isterinya itu menahan kantuk hanya membiarkan malah dia menepuk belakang Alyssa sambil bibirnya mengalunkan wirid dan zikir.

***

Mata Izham tidak lepas memandang Alyssa yang sedang memasak makanan tengah hari. Diperhatikan Alyssa yang hanya memakai t-shirt berlengan pendek dan seluar tiga suku. Rambut panjangnya pula disanggul tinggi.

"Kenapa pandang Lyssa macam tu?” tegur Alyssa. Tiba-tiba sahaja lelaki itu datang ke dapur dan hanya bersandar pada kabinet. Seram pula rasanya bila mata helang Izham hanya mengikuti rentaknya di dapur.

Izham mengangkat bahunya. Kakinya pula melangkah mendekati Alyssa yang baru sahaja selesai membasuh pinggan di sinki.

"Nothing. Cuma rasa bertuah dan bersyukur je"

"Why?"

"Sebab sayang tunjuk kecantikan sayang hanya untuk abang seorang je.” Spontan tangannya menyentuh anak rambut Alyssa yang terjuntai di dahi lalu diselitkan ke belakang telinga.

"Ala ingatkan apa” Alyssa mencebikkan bibirnya.

"Tapi abang memang bersyukur dan bertuah sebab abang ada isteri yang pandai jaga penampilan dan aurat. Kalau Lyssa berpakaian macam ni depan orang ramai, confirm abang takkan duduk diam. Mesti abang cucuk-cucuk je mata yang pandang sayang. Lucky enough to own you yang pandai protect the crown" luah Izham ikhlas.

Alyssa seorang yang jelita. Pergi mana-mana pun ramai yang tertoleh banyak kali memandangnya. Alyssa seorang yang bertudung pun menjadi perhatian apatah lagi kalau Alyssa seorang yang berpakaian barat. Syukur dia dikurniakan isteri yang pandai menjaga aurat. Tapi dia memang cemburu habis kalau ada yang memandang isterinya. Tinggal sekejap untuk beli air sewaktu jogging tadi pun ada yang cuba mengoratnya. Manalah dia nak tenang tinggalkan Alyssa di tempat public.

Alyssa terharu mendengar pujian Izham. Sempat juga dia berterima kasih kepada suaminya kerana selalu tegur cara dia berpakaian sewaktu remaja dulu. Sah, Alyssa memang jatuh cinta akan Izham! Tapi perlu ke cakap? Harap-harap Izham faham akan perasaannya dengan cara dia melayan lelaki itu.

"Abang tolong pergi ambilkan pinggan nasi. Lepas tu susun atas meja makan. Lyssa nak buat air jap” arah Alyssa.

“Okay sayang!” Izham dengan senangnya menuruti perintah isterinya. Bukankah kalau suami isteri saling menolong maka kemanisan rumah tangga dapat dirasai?

"Esok dah start kerja, so abang nak kita pergi pulang sekali and lunch sekali” kata Izham sewaktu Alyssa menyendukkan nasi untuknya.

“Okay” Alyssa menganggukkan kepalanya.

Izham tersenyum. “Sayang nak tahu tak? Dulu, abang teringin sangat nak keluar lunch sekali tapi siapalah abang kan? Sayang tak pandang pun abang nanti orang kata hidung tak mancung tapi pipi tersorong-sorong. Daripada kena reject baik abang pasang spy untuk pantau lunch sayang. Sayang bukannya boleh percaya, suka skip makan" cerita Izham.

Alyssa membulatkan matanya seolah-olah tidak percaya. Kerusi yang bertentangan dengan Izham ditarik lalu melabuhkan duduknya.

"Seriously abang pasang spy? Siapa? Sue ke?” tebak Alyssa.

Izham menayangkan giginya yang cantik tersusun sebelum kepalanya terangguk-angguk.

“Oh, patutlah dia selalu kata mampuslah Sue kalau Lyssa tak keluar lunch. Rupa-rupanya kena gertak dengan abang” Alyssa menjeling Izham.

“Lagipun siapa yang nak keluar lunch dengan abang dulu? Serius memanjang plus nak mengaku yang kita ni macam adik abang dulu pun bukan main susah. Yalah nanti tak pasal-pasal kena gosip satu pejabat" omel Alyssa lagi.

Izham pula tertawa kecil. Tahulah dia Alyssa terasa hati dengan layanannya dulu.

"Sorry sayang. I have my own reason for doing that. Abang tak nak yang sayang dikenali sebagai adik abang sebab abang nak sayang dikenali sebagai bakal isteri bos. Kononnya nak ngorat sayang dulu, tapi sakit hati pula dengan Si Firash tu. Lagipun pasti pelik kan sayang jadi isteri abang kalau sebelum ni merupakan adik abang? So that's why abang tak mahu dia orang tahu yang sayang pernah jadi adik abang. Tu pun dia orang terkejut besar bila tahu kita pernah tinggal sebumbung dulu” terang Izham tidak mahu isterinya salah faham dan masih terasa hati.

"Nasib baik jawapan abang logik, so bolehlah diterima akal. Hmm, banyak lagi sebenarnya pertanyaan dari Lyssa untuk abang. Tapi tak apalah, one by one” Alyssa menarik senyum. Selepas itu mereka pun makan dan membersihkan dapur bersama-sama.

Amacam? Alright je kan saya tinggal uolls with this chapter? In case korang nak tahu, this story tak heavy pun. Still ada conflict but yang ringan2 je. When I started this story, memang fikir nak produce story yang enjoyable je. Tak sakit kepala giteww hshshshdj So chapter 20 ni second last chapter sebelum ‘konflik’ tu tiba. Anyway, still ingat pertanyaan saya dulu? Kalau cukup lima komen yang komen “NAK!”, i will publish the new story ASAP. Kalau tak, please wait bulan August ya? ;) Atau maybe saya akan publish prolog dulu utk new story tu, mana tahu kan? Manusia hanya mampu merancang je. Kalau publish tu, rezeki korang lah hahahaha Thank you again for reading. Doakan saya cemerlang jawab exam. May Allah bless all of you too <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience