" Ibu, Lysa pergi dulu. Bas dah sampai!" jerit Alyssa. Datin Salmah yang sibuk menyiram pokok bunga terus berpaling .
"Eh, tak pergi dengan Abang Chad kamu ke?" soalnya pelik .
"Err, Abang Chad pergi lewat. Lysa ada kelas pagi" dia mencipta alasan. Tangannya dihulurkan kepada Datin Salmah untuk bersalam.
"Balik dengan Abang Chad tau nanti. Ibu nak pergi melawat rumah kawan ibu dengan bibik. Ibu kirim kunci rumah dengan Abang Chad” pesannya. Alyssa hanya mengangguk lemah .
" Lysa pergi dulu ibu . Assalamualaikum "
" Yalah, belajar rajin-rajin tau" pesan Datin Salmah. Dilihatnya Alyssa berlari-lari menuju ke bas sekolah . 'Haih , Lysa Lysa ! Dah besar panjang pun masih cuai' getusnya apabila melihat Alyssa tersadung batu .
***
"Alyssa Irdina! Kau termenung pula? Kau taknak balik ke dengan barang-barang belum dikemas lagi ni?” soal Nisa.
"Aku bukan termenung la. Aku menikmati masa-masa tenang aku sebelum aku melangkah dalam kandang harimau kejap lagi" balas Alyssa. Nisa sudah melihatnya dengan tanda tanya.
"Kau balik dengan Abang Chad kau ke hari ini?" soal Nisa setelah dia dapat menangkap maksud ayat Alyssa tadi .
"Ha'a. Kelas dia habis pukul 4. Lagi 2 jam. Wehh, aku nak buat apa sepanjang tu?" rengek Alyssa. Nisa sudah ketawa .
"Ala, kau siapkan homework matematik la. Kau buat dekat pondok depan parking tu. Nanti tak adalah Abang Chad tercari-cari kau nanti" ujar Nisa memberi pendapat .
"Bijak lah kau. Nanti tak ada la masa aku terbuang begitu sahaja. Dahla exam PT3 dah nak dekat"
"Poyo lah kau ni. Dahla, aku balik dulu. Enjoy your time before kena ngap dengan harimau nanti" gurau Nisa.
Alyssa menjegilkan matanya. Nisa ketawa. Faham benar dengan Alyssa yang tak pandai nak marah orang except mata dia yang bundar itu dijegilkan .
***
"sin 30 darab dengan 6" mulut mungilnya berbicara sendiri sambil tangannya sibuk menekan kalkulator.
"Ish, jawapan dia tak sama dengan yang belakang la” ujar Alyssa tanda berputus asa. Dia akui dia lemah sikit dengan subjek matematik. Dia berkira-kira untuk menangguhkan kerja sekolahnya tapi ada lagi 30 minit sebelum pukul 4 .
'Haih, masa banyak lagi ni. Rugi la nanti kalau kau tak manfaatkan' hatinya berkata-kata .
'Ish, tak boleh jadi ni. Kena siapkan kerja sekolah ni sekarang. Nanti balik bolehlah layan drama Korea’
'Ya ya, kena siapkan sekarang. Okay, do it now Lysa! You can do it. Jangan cepat give up' . Sekejap mulutnya memuncung, sekejap tangannya digenggamkan.
Tidak sedar lagaknya menggelikan hati seseorang. 'Kau comel Lysa '
"Hai Lysa! Buat apa dekat sini sorang-sorang?" tegur Arif .
"Eh, abang Arif. Terkejut Lysa. Tak adalah, siapkan homework sambil tunggu Izz” jawab Alyssa mesra. Sememangnya Abang Chad dikenali sebagai Izz di kalangan teman sekolahnya.
"Boleh duduk sini?" tanya Arif.
Alyssa memandangnya tanpa berkelip. Sebenarnya dia segan dengan Arif. Yalah Arif si bijak pandai, Arif ketua pengawas yang berkarisma, Arif yang hensem. Pendek kata semua ciri-ciri lelaki idaman Malaya ada pada Arif.
"Err, duduklah kalau tak malu” jawab Alyssa.
"Memang tak tahu malu pun" kata Arif sambil melabuhkan punggungnya bertentangan dengan gadis itu. Arif tesengih. Alyssa membulatkan matanya. Arif ketawa kecil.
"Duduk sini ni, kelas dah habis ke?" tanya Alyssa.
"Dah. Cikgu Amni terpaksa balik awal sebab ada emergency" jawab Arif.
Alyssa hanya mengangguk dan keadaan kembali sepi. Dia kembali menyambung kerja sekolahnya, tidak kisah dengan renungan Arif dihadapannya . Tak, dia kisah sebenarnya tapi buat-buat tidak kisah.
'Haih, aku salah dekat mana ni? Rasanya jalan kira aku dah betul' rungut Alyssa. Tidak sedar dia telah melepaskan keluhan kecil.
"Lysa buat apa tu sampai mengeluh?" tanya Arif.
"Eh, dengar ke? Sorry. Tak adalah, buat homework matematik tapi sampai sekarang tak dapat jawapan" luah Alyssa.
"Laa, mari sini nak tolong" ujar Arif. Alyssa dengan senang hatinya menyerahkan buku kerjanya kepada Arif. Dah ada orang nak tolong , takkan mahu ditolak pula. Yang nak tolong pun bukan calang-calang orang.
Arif membaca soalan. Dia menggariskan kata kunci soalan. Kemudian dia meneliti jalan kira yang dilakukan Alyssa.
‘Rasanya jalan kira dah betul. Apa yang salah eh?' Arif bermonolog .
"Bak sini kalkulator” pinta Arif. Alyssa menolak kalkulator ke arah Arif.
"Haa, dah jumpa kesalahan Lysa. Patutlah jawapan tak dapat-dapat, kira dekat first step pun dah salah" kata Arif.
" Salah macam mana ? "
"Lysa salah dekat sini. Sepatutnya kalau alih dia jadi punca kuasa dua. Tapi Lysa still guna kuasa dua” terang Arif sambil memandang Alyssa yang kusyuk memandang kertas .
"Ha'a la. Tak habis-habis cuai, memang la salah" Alyssa ketawa menyedari kecuaiannya. Dia mendongak ke depan dan lidahnya kelu.
‘Err, kenapa pandang aku macam ini’ getus Alyssa tidak selesa dengan renungan Arif .
"Haa sini pun kau! Dari tadi lagi aku panggil tapi tak menyahut” muncul Izham tiba-tiba. Cepat-cepat Arif dan Alyssa melarikan pandangan mereka.
"Eh, Abang Chad! Sorry tak dengar" ujar Alyssa. Izham hanya merengus tanda tidak puas hati.
"Nak dengar macam mana kalau sibuk layan jantan" getus Izham perlahan .
"Abang Chad cakap apa tu ?" tanya Lysa. Izham hanya menggelengkan kepalanya.
"Hah kau Arif, tak nak balik lagi ke? Biasanya muka kau antara yang terawal balik?” Izham menyoalnya keras.
"Aku nak balik la kejap lagi. Tadi tolong ajarkan homework dia" balas Arif .
"Erm, dahla. Aku balik dulu. Lysa, masuk kereta!” katanya sebelum berlalu pergi. Cepat-cepat Alyssa mengemaskan bukunya dan meminta diri untuk pulang kepada Arif. Tidak mahu Izham naik angin dengan kelewatannya.
Share this novel