41

Romance Completed 28229

“Sara tak keluar bilik lagi?” tanya Nek Wan sewaktu mereka sudah berkumpul untuk makan. Tadi selepas sahaja Datin Salmah dan Mama Alyssa sampai, mereka terus bergerak ke dapur untuk makan tengah hari. Tak adalah makan tengah hari sangat sebab sekarang sudah pun pukul tiga petang!

“Tak, Nek Wan. Sara suruh kita makan dulu, tak payah tunggu kita” balas Alyssa.

Puas juga dia pujuk Sara tadi, tapi Sara masih berkeras tidak mahu. Mungkin terkejut dengan kehadiran Firash. Kesian pula kerana merahsiakan perkara itu daripada Sara. Bila Firash tahu Sara ada di sini, lelaki itu memberitahu Izham untuk datang ke sini dan jangan beritahu Sara dan yang lain tentang kedatangannya.Tak sangka pula Firash mengangkut sekali seluruh ahli keluarganya. Sebab itulah semua orang terkejut.

Sebenarnya semua orang sudah tahu masalah Firash dan Sara. Sekarang mereka ada misi untuk menyatukan Sara dan Firash. Misi yang diketuai oleh Terengganu gang dahulu dan akan dibantu oleh Nek Wan, Tok Wan, Mia serta ibubapa Firash sendiri. Amacam geng, teruja tak?

“Tapi Kak Sara kan sentuh roti je pagi tadi. Tak apa ke kita biarkan Kak Sara macam tu?” Mia pandang Alyssa risau.

“Lyssa, pergi panggil Sara. Cakap mama yang suruh makan” arah Mama. Takut sekiranya Sara akan terkena gastrik. Sara pun sama je macam Alyssa, mudah kena gastrik!

“Yalah mama, Lyssa panggil dia jap. Yang lain makanlah dulu, jangan tunggu Lyssa” Alyssa bangun dari kerusinya.

“Eh Dina... err Lyssa, tak apa. Awak makan je. Biar saya yang panggil dia” Firash yang sedari tadi berdiam diri terus menghalang langkah Alyssa.

“Tak apa ke?” Alyssa pandang Firash dan Nek Wan silih berganti.

“Haa, pergilah Firash. Jangan buat macam-macam pula dekat Sara tu” pesan Nek Wan sebelum membenarkan Firash pergi ke bilik Sara.

“Yalah Nek Wan, Firash tahulah” Firash tersengih lalu membawa langkahnya ke pintu bilik Sara.

Firash mengetuk pintu bilik Sara berkali-kali dan barulah pintu itu dibuka. Muncul wajah Sara yang nampak tersentak dengan kehadirannya.

“Makan” ajak Firash sepatah.

Sara menggeleng. “Makanlah dulu. Aku kenyang lagi”

Sara ingin menutup biliknya namun pantas dihadang Firash. Dia merenung mata Sara dengan tajam. Sara pula sudah terkedu. Firash marah ke?

“Makan! Aku tahu kau tak makan lagi dari pagi. Nanti dapat gastrik kan menyusahkan orang pula”

“Tak nak! Aku kenyang lagi. Aku dah makan roti” Sara masih berdegil.

Firash mendengus geram. Dia menarik tangan Sara supaya mengikutinya juga. Kalau tak dipaksa, memang tak makanlah Sara tu!

“Firash, apa ni? Lepaslah! Aku tak nak makan lagi” Sara meronta-ronta minta dilepaskan.

“Senyap! Ikut je cakap aku” Firash bersuara keras.

Sara mencebik. “Huh, datang sini nak pujuk aku lah tu!”

Langkah Firash terhenti. Dia memandang Sara sebelum melemparkan senyuman sinis. “Sorry? Aku datang sini nak pujuk kau? Lawaklah kau ni Sara. Ini kampung aku lah. Dah sah-sahlah aku datang nak jenguk datuk nenek aku. Tak kuasa lah aku nak pujuk kau”

Berubah muka Sara mendengar bicara Firash. Kenapa sakit sangat hatinya mendengarkan itu? Memang Firash sudah tidak ada hati dengannya lagi ke? Firash betul-betul mahu melupakan dia kah?

Firash mengeluh perlahan. “Kau pergi makan dulu. Aku tak ada selera. Cakap dekat Nek Wan aku keluar jap. Ada hal” kata Firash sebelum dia meninggalkan Sara terkulat-kulat di situ.

‘Umi! Firash tak sukakan Sara lagi!’

*******

Mia dan Syazana berlari berpegangan tangan menuju ke arah Sara dan Alyssa yang duduk di atas pangkin di bawah pokok.

“Kak Sara! Kak Lyssa! Kami nak pergi makan cendol dekat gerai Abang Umar. Nak ikut tak?”

“Cendol?” Alyssa pandang Mia.

“Iya! Nak ikut tak?”

“Nak! Mestilah nak ikut” Alyssa sudah bangkit dan menarik tangan Sara. Cendol mana boleh tolak!

“Dekat ke gerai cendol tu?” tanya Sara. Dia pun turut teruja nak membasahkan tekaknya dengan cendol.

“Dekat je. Jalan kaki pun sampai” balas Mia. Sewaktu itu mereka sudah pun berjalan melepasi pintu pagar teratak Nek Wan.

“Oit, mak buyung dan tiga anak dara tu! Nak pergi mana?” Izham sudah bercekak pinggang memandang mereka. Satu jelingan geram dihadiahkan kepada Alyssa yang sudah pun tersengih.

“Weh, kau lupa minta izin dengan laki kau kau lah! Tengok tu, dah menyinga bila bini dia nak keluar” Sara tolak lengan Alyssa.

“Ops sorry abang! Excited nak pergi makan cendol sampai terlupa nak inform kat abang” Alyssa menggarukan kepalanya yang tidak gatal.

“Jomlah Abang Iz, join kami! Ramai-ramai baru best” ajak Syazana. Izham pula mengangguk laju. Mana boleh biarkan isterinya itu tanpanya di gerai yang penuh dengan kaum lelaki!

“Okay, jom! Abang Iz tak bawa dompet ni tau. Mia dan Ana lah kena belanja abang Iz” ujar Izham sambil menarik Alyssa dari pegangan Sara supaya berjalan dengannya.

Sara mencebik. “Huh, tak boleh berenggang langsung!”

“Biarlah bini aku!”

Alyssa pula malas mahu melayan. Sara dan Izham ni sejak semalam lagi selalu berebutkan dirinya. Ingat dia barang ke sampai nak berebut bagai?

“Ramainya orang! Agak-agak ada meja kosong tak?” gumam Mia sewaktu mereka sudah tiba di gerai Abang Umar.

“Eh, abang Firash ada kat sini lah. Patutlah tak balik lagi, lepak dekat sini rupanya. Jom, pergi meja dia!” ajak Syazana sambil menunjukkan ke arah meja yang diduduki Firash.

Sara pula berbelah bahagi mahu ikut ke tak. Kalau tak ikut, takkan dia mahu duduk seorang diri? Dahlah ramai pelik je lelaki kat gerai ni. Nak tak nak, Sara melangkah juga ke arah meja Firash. Lelaki itu yang sedang bergelak tawa dengan seorang perempuan terus tersentak dengan kehadiran mereka.

“Hai abang Firash! Cikgu Seri! Tumpang duduk sini, meja lain dah penuh” Mia tersengih lalu menyuruh yang lain untuk duduk.

“Kau lepak sini sejak petang tadi ke?” tanya Izham setelah punggungnya dilabuhkan di atas kerusi.

Firash mengangguk. “Haah, memang kalau aku balik kampung selalu lepak gerai Umar”

Izham menjongketkan keningnya ke arah Seri yang duduk bertentangan dengan Firash. Firash nampak macam sudah lama kenal dengan Seri. Mesra semacam je dia tengok tadi.

“Seri kawan aku lah! Dia kan selalu datang rumah Nek Wan” dengus Firash. Izham mengangguk faham.

“Wow! Penuh meja sini dengan cucu-cucu Tok Wan. Ana, lama Abang Umar tak nampak! Dah habis SPM kan? Best lah dia dapat tanam anggur dan lemak je nanti” muncul Umar dengan sebuah buku nota kecil di tangan, mahu mengambil pesanan mereka.

“Tanam anggur tak apa lagi abang Umar, tanam lemak tu yang Ana tak nak” Syazana tersengih.

Umar mengiyakan. “Korang nak makan apa ni? Hari ni ada cendol durian, cendol nangka, cendol pulut tapai, cendol jagung, cendol aiskrim, dan banyak lagi, Boleh tengok menu yang dah gantung kat depan tu. Penat nak sebut satu-satu” Umar pandang wajah seorang demi seorang. Kemudian, dia mengerutkan dahinya.

“Yang cantik manis macam Mira Filzah ni siapa pula? Bukan cucu Tok Wan kan?” jari Umar menghalakan tepat ke arah wajah Sara.

“Yang ni Sara, kawan Kak Lyssa. Datang nak bercuti dekat kampung ni” sampuk Alyssa.

“Dah berpunya ke belum? Kalau tak, Umar nak masuk line” selamba sahaja wajah Umar menuturkan itu. Wajah gebu Sara pula sudah merah padam.

“Amboi kau Umar, direct benar! Mia tu kau nak letak mana pula?” sindir Izham. Sempat matanya menjeling Firash yang masih lagi beriak dingin itu.

“Umar try test market je lah, gurau okay? Umar setia dekat seorang je” Umar menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Mia di sebelah Umar pula buat wajah selamba. Sudah biasa dirinya dikaitkan dengan Umar.

Sara melepaskan nafas kelegaan. Kalau betul lah Umar mahu mencuba dirinya, dia memang tidak tahu nak membalas macam mana. Sara membetulkan duduknya. Sebenarnya dia tidak selesa. Dari tadi lagi dia perasan yang dirinya telah menjadi tempat pandangan nakal berlabuh. Ya, kebanyakan pemuda di gerai ini asyik memandangnya. Serba tak kena dia jadinya.

“Korang tunggu jap ya, kejap lagi Umar hantarkan cendol” pamit Umar setelah dia selesai mengambil pesanan.

Alyssa pandang Seri dan menghadiahkan senyuman “Seri, kenapa dah lama tak datang rumah Nek Wan? Nek Wan dah rindu Seri, asyik sebut nama Seri je”

Seri nampak serba salah mahu menjawab. Sebenarnya sejak kejadian di surau, Seri terasa sangat malu dan segan untuk bertandang ke rumah Nek Wan lagi. Pasti orang kampung lagi kuat mengatanya kalau dia tetap menemui Nek Wan di rumahnya.

“Tak payah hiraukan mulut orang. Dia orang bukannya tahu apa-apa pun. Nanti Seri datanglah rumah ya? Kesian Nek Wan dah rindu nak main masak-masak dengan Seri” Alyssa pegang tangan Seri lembut.

“Yalah, nanti Seri datang jenguk Nek Wan” lambat-lambat Seri menganggukkan kepalanya. Pasti Alyssa sudah tahu kisah lamanya dahulu.

“Yeay, nanti Kak Seri datang tau? Ana pun dah lama tak makan masakan Kak Seri” Syazana memeluk lengan Seri yang duduk di sebelahnya. Sama macam Mia, dia pun memang rapat dengan Seri.

Tidak lama kemudian, Umar datang dan menghidangkan bermangkuk-mangkuk cendol yang dipesan mereka. Macam biasa, kalau Mia datang ke gerainya, pasti dia turut menyertai gadis itu makan. Nasib baik Mia ni masih lagi budak sekolah, kalau tak dah lama dia pasang ayat untuk Mia.

Mata Umar melekat di wajah Sara yang asyik menunduk makan cendol. Teringat ada beberapa pesanan untuk gadis itu, dia panggil nama Sara.

“Ya?” Sara mengangkat memandang Umar yang sudah tersengih.

“Jangan marah tau apa yang saya nak cakap ni. Saya hanya menyampaikan pesanan sahaja”

Sara mengerutkan dahinya.

“Tu, baju merah tu, baju biru tu and mamat yang tengah buat air tu” Umar halakan jarinya ke arah empat orang pemuda yang datang menemuinya tadi.

“Kenapa dengan dia orang?” Sara semakin tak faham.

Umar tarik senyum. “Semua yang saya tunjuk tu, semuanya kirim salam dekat awak. Siap minta nombor telefon lagi. Nasib baik saya tak ada nombor telefon awak, kalau tak dah lama saya bagi”

Mata Sara terkebil-kebil.

“Wow Kak Sara! Famous betul eh Kak Sara kat kampung ni. Bukan calang-calang orang yang kirim salam dekat Kak Sara. Yang baju merah tu, abang Fahim. Abang Fahim tu doktor dekat klinik desa. Yang baju biru tu pula, Cikgu Adam” Mia ikut teruja.

“Kan Mia? Abang Umar paling terkejut dengan abang Fahim tu lah! Bukan main payah lagi kita nak kenenkan dia dengan gadis kampung ni, semua dia tolak. Alih-alih nampak Sara, terus terpikat. Sara, awak memang seorang bidadari yang tiba-tiba jatuh kat kampung ni. Semua dah tak tentu arah tengok awak”

Wajah Sara sudah merah padam. Manakala yang lain sudah ketawa dengan analogi bidadari yang keluar dari mulut Umar untuk menggambarkan Sara.

Serentak itu, Firash bingkas bangun dari kerusinya. “Seri, awak dah siap makan? Jom, saya hantar awak balik” Firash tarik tangan Seri.

“Eh, tapi saya…”

“Jomlah, saya hantarkan. Saya pun dah lama tak jenguk Mak Puteh, rindu pula dengan mak awak tu”

Firash tetap menarik tangan Seri pergi dari situ. Dibukanya pintu kereta untuk Seri dan menyuruh gadis itu untuk masuk. Menderum sahaja enjin kereta Firash meninggalkan gerai Umar.

Umar pandang yang lain dengan wajah yang bingung. “Abang Umar ada salah cakap ke?” tanyanya bila Firash sudah pergi. Dahlah Firash tak bayar makanannya!

Alyssa berpandangan dengan Izham sebelum mereka melepaskan tawa.

“Tak, Umar tak ada salah pun. Malah, Umar sebenarnya dah buat benda yang tepat. Mudahlah kerja kita orang lepas ni. Thanks Umar for the big help”

Mia dan Syazana mengangguk bersetuju dengan balasan Alyssa. Manakala Umar dan Sara pula semakin bingung. ‘Kerja? Big help?’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience