5

Romance Completed 28229

Alyssa membuka matanya apabila wajahnya terkena sinaran matahari. Dia mencapai telefonnya untuk melihat jam. 'Ala, baru pukul 8 pagi' getusnya berkira-kira mahu tidur semula.

'Wait, 8 pagi? Oh my gosh, kelas aku pukul 9.30!' jerit hatinya. Cepat-cepat dia bangun dan berlari ke dapur. Sudah rutinnya untuk bangun dan terus minum air putih tidak kiralah dia sudah terlewat atau pun belum.

Dia mencapai gelas dan terus menuangkan air putih. Dia meneguknya dengan rakus tanpa menghiraukan bayangan manusia yang muncul di hadapan meja makan. Kemudian dia berlalu ke sinki.

"Ibu, tolong hantar Lysa ke kampus. Kereta Lysa nak habis minyak, malas u-turn untuk isi minyak sebab Lysa dah lewat" kata Alyssa sambil membasuh gelas.

"Ibu, dengarkan tak apa Lysa cak..." katanya terus terhenti setelah dia berpaling ke belakang.

"Eh, Abang Chad ! Ingatkan ibu tadi. Ibu dekat mana eh?" tanya Alyssa cuba untuk menutup malunya.

"Ibu tak ada. Awal pagi lagi pergi butik. Kenapa?"

"Tak ada apa. Tak apa lah, Lysa naik dulu" Alyssa meminta diri .

"Lysa, tunggu jap! " jerit Izham.

Alyssa berhenti melangkah. Dia memandang Izham yang masih lagi berpeluh-peluh. Baru balik dari joging kut, Lysa menebak.

"Nanti aku hantar alang-alang aku nak pergi servis kereta aku yang lama dah tak pakai. Kelas pukul berapa ?"

"Pukul 9.30 pagi. Tapi tak menyusahkan abang Chad ke?" takut juga dia hendak menumpang Izham .

"Tak pun"

"Oh ya, nanti bangun tidur gosok lah gigi dulu. Rambut yang serabai tu sanggul la kejap. Dah macam orang gila aku tengok" tegur Izham.

Alyssa membulatkan matanya. Cepat-cepat dia berlari ke bilik meninggalkan Izham yang masih dengan tawanya.

'Ish kau ni Lysa, nyanyuk! Tak ingat ke Abang Chad dah balik? Tak boleh dah teruskan habit bangun tidur kau. Tak pasal-pasal kena ejek' getus Alyssa sambil mengetuk kepalanya.

Memang dia sudah terbiasa bangun tidur dan dengan serabainya dia akan melangkah ke dapur. Nampak gayanya dia kena mandi dulu sebab sekarang dah ada Abang Chad. Teruk dia kena bahan nanti.

***

Habis sahaja kelas untuk pagi itu, Alyssa terus melangkah ke kafeteria sambil ditemani Sara. Dia mahu mengisi perut yang dari tadi lagi minta diisi. Ikan bawal merah dan sayur lemak menjadi pilihannya.

"Lysa, kau dah buat research belum assignment yang Sir Ikmal nak?" tanya Sara.

"Ya Allah, aku lupa lah! Nasib baik kau tolong ingatkan aku. Ish, kena mesej mamat tu lagi" luahnya. Sara ketawa melihat keluhan Alyssa.

"Tak payah mesej lah. Mamat tu dah on the way ke sini" Membuntang mata Alyssa mendengarnya.

"Hai Dina, Sara!" sapa Firash lalu duduk di sebelah Alyssa. Alyssa sudah buat muka jelik.

"Hai Firash!Tak nak makan ke?" tanya Sara.

"Tak kut. Nak jumpa Dina" Firash tersengih.

Tiba-tiba telefon Firash berbunyi. "Hello? .... Oh ya? Kejap lagi aku pergi ". Alyssa dan Sara hanya memasang telinga.

"Err Dina, kita jumpa dekat perpustakaan pukul 3 nanti eh? Saya ada hal ni, pergi dulu" ujar Firash sebelum pergi. Alyssa hanya mengangguk.

"Kau sayang dia lagi tak?" pertanyaan Sara yang tiba-tiba buat Alyssa tersedak. Cepat-cepat dia mencapai gelas berisi air kosong dan meneguknya dengan rakus.

"Gila kau punya soalan! Sampai tersedak aku" bebel Alyssa geram. Sara hanya menayangkan muka toya.

"Kau kan sayang gila dekat dia dulu. Takkan kau tak terusik langsung dengan effort dia mendekati kau selama ni. Kadang-kadang kesian aku tengok dia" ujar Sara. Sara merupakan sahabat yang dikenalinya di MRSM. Tak sangka dapat tawaran universiti yang sama tetapi kursus yang berbeza. Sara memilih bidang kedoktoran sementara dirinya memilih bidang kejuruteraan.

"Entahlah Sara. Kau tahu kan kisah aku dengan dia dulu. Luka aku belum sembuh. Aku jadi tawar hati dengan dia" Alyssa tertunduk.

"Sebagai kawan, aku nampak yang dia masih sayangkan kau. Lagipun kau tak tahu kan kenapa dia tiba-tiba menghilang" pujuk Sara.

"Tapi setiap kali aku tengok muka dia, aku selalu teringat hinaan dan cacian dia dekat aku dulu. Aku sedihla " luah Alyssa.

"Kau nak tahu sesuatu tak? Rahsia ni dah lama aku simpan sebenarnya. Aku tak sampai hati nak cakap. Kau ingat tak Tasha? Yang selalu cari pasal dengan kau tu" tanya Sara .

"Kenapa dengan dia?"

"Dia ugut Firash. Dia ugut akan sabotaj kau kalau Firash berterusan dekat dengan kau"

"So ?"

"Firash sayang kau lah bongok! Sebab dia tak nak kau sakit dia buat semua ni. Aku tahu la sebab selama ni Firash yang story dekat aku "

"Oo jadinya kau tahu la pasal dia tiba-tiba berpindah? Kau pula tak back up aku bila Firash hina aku dulu" luah Alyssa sedih.

"Pasal dia tiba-tiba pindah, seriously aku tak tahu. Aku lost contact dengan dia. Aku bukan tak nak back up kau, tapi hinaan Firash tu tak bermakna apa-apa pun"

"Maksud kau?" Alyssa mula tertarik dengan story Sara. Sara dilihat sedang menarik nafas.

"Kau memang lembab lah Sara. Bila Firash start hina kau bagai ?" tanya Sara. Alysaa berfikir sejenak.

"Dalam 3 minggu sebelum dia pindah kut" jawab Alyssa ragu-ragu.

"And kau tak perasan pun, setiap kali dia hina kau, Tasha ada dekat sekeliling. Hei sedarlah Lysa, dia tak tegur kau pun kalau korang terserempak atau training volley sama-sama! Nak duduk dekat dengan kau pun jauh sekali. Dia buat semua tu bila ada Tasha je" kata Sara buat Alysaa blurr. Dia tak faham sebenarnya.

"Okay, aku short kan story. Sebenarnya, ayah Firash sakit masa kita sem 3. Ibu dia suruh dia pindah sebab yalah, ayah sakit siapa tak susah hati kalau anak duduk jauh-jauh. Firash tak nak sebenarnya, tapi bila ayah dia sendiri yang pinta dia terpaksa terima. Dan kebetulan Tasha ugut dia. So dia tak nak Tasha sakiti kau, Firash hina lah wajah kau yang sedang sensitif masa tu" jeda Sara. Kemudian dia menarik nafas lagi.

"So kau pun benci lah dia sebab kononnya orang yang selama ni kau sayang sanggup hina kau bagai. Yalah, kau pun conclude lah Firash ni hanya pentingkan paras rupa. Pantang jumpa perempuan berdahi licin. Itulah yang Firash nak. Nak kau benci dia. The end" Sara menamatkan ceritanya. Dikerling Alyssa yang masih terdiam.

"Aku dah benci dia. So sekarang kenapa nak dekat dengan aku balik?" tanya Alyssa polos. Sara ketuk kepala Alyssa geram. Alyssa mengaduh sakit.

"Ei, bengap lah kau ni! Firash nak suruh kau benci dia sebab dia kan nak berpindah. Dia tak nak kau sedih nanti. Dah sekarang korang ditakdirkan satu universiti dan kelas bagai, confirm lah Firash tak nak sia-siakan kau lagi. Dia dah menyesal pun dengan tindakan kebudak-budakan dia dulu" terang Sara lagi. Ingatan dia masih jelas lagi dengan wajah penyesalan Firash sewaktu Firash menceritakan keadaan sebenar dia selepas 3 tahun tidak bertemu.

"So, kau bagilah dia peluang. Kesian aku tengok dia terkejar-kejarkan kau" kata Sara sebelum berlalu pergi meninggalkan Alyssa yang termangu-mangu.

'Kenapa Firash tak berterus-terang selama ni ?' luah Alyssa kesal. Kesal dengan dirinya sendiri yang berdegil tidak mahu mendengar penjelasan Firash selama ini. Kesal dengan dirinya yang melayan acuh tak acuh sahaja Firash.

***

Masuk sahaja ke dalam perpustakaan, Alyssa mencari tempat duduk di tepi tingkap. Sengaja mahu melihat pemandangan. Tiba-tiba dia teringat Izham.

'Ya Allah, nasib baik ingat janji dengan Abang Chad pukul 3.30' desisnya. Cepat-cepat dia menaip mesej untuk memaklumkan dia ada discussion dan menyuruhnya untuk ambil pada pukul 5.

Izham walaupun dia tidak pernah meminta maaf tentang kejadian 7 tahun lepas, tapi dia nampak yang Izham cuba berbaik-baik dengannya sejak pulang dari Ireland. Dia pula yang merasa kekok dengan Izham. Yalah sekarang masing-masing dah besar, dah bertambah dewasa dan matang.

'Ish mana pula Si Firash ni? Janji pukul 3, ni dah pukul 3.15 tapi batang hidung pun tak nampak' bisik Alyssa. Baru sahaja dia hendak call Firash, kelibatnya yang sedang membawa buku setinggi gunung dipandang.

"Sorry Dina. Kusyuk sangat cari buku sampai tak perasan dah lewat" Firash tersengih. Dia meletakkan buku di atas meja dan duduk bertentangan dengan Alyssa. Alyssa baru hendak merungut tapi..

'So, kau bagilah dia peluang' kata-kata Sara terngiang-ngiang di telinganya. Tidak jadi hendak memarahi Firash. Malah terbit rasa kesian pula muncul melihat Firash yang susah-susah mencari bahan rujukan.

"Erm, lain kali jangan lewat" itu pula yang terkeluar dari mulut Alyssa. Firash pandangnya tidak percaya. Tidak percaya yang dia tidak dileteri gadis itu atas kelewatannya.

"Dah dah, tak payah pandang saya gitu! Nanti saya jolok mata awak dengan pen ni baru tahu" ugut Alyssa. Firash geli hati. Sudah lama dia tidak melihat mata Alyssa dijegilkan sewaktu marah. Rindu!

"Saya pandang sikit je tu pun nak ugut. Seriously, lama dah awak tak jegilkan mata dekat saya kalau sedang marah" usik Firash. Alyssa mendengus geram.

"Dah la, fokus fokus! Saya nak balik awal hari ni" kata Alyssa tanda tidak mahu ada sebarang usikan lagi. Firash hanya mengangguk. Dia membelek helaian buku untuk mencari isi bahagiannya.

Apabila buku itu tidak menarik, dia mencapai buku lain pula. Segala isi penting, dia catat di buku notanya. Tingkahnya itu diperhatikan Alyssa.

'Amir Firash, kau langsung tak berubah. Bila dah start buat kerja langsung tak hiraukan orang sekeliling' getus hati Alyssa.

Alyssa meneliti wajah Firash pula. Wajah Firash yang ada iras orang putih memang menawan sesiapa yang melihatnya. Ibunya dari keturunan Belanda, tidak hairanlah kalau anak lelaki tunggalnya ini berkulit putih bersih. Sekali lihat, wajah Firash persis Daler Yusoff, model yang sedang meningkat naik. Memang Firash tidak ada cacat cela.

"Dah habis tenung saya?" anak matanya dihalakan ke arah Alyssa. Dia tersentak, cepat- cepat dia melarikan pandangannya dari wajah Firash dan berdehem kecil.

"Ehem ehem. Err, mana ada saya renung awak. Saya terpandang je" kata Alyssa itu buat Firash tersengih. Dia meletakkan pen dan menongkat dagu sambil memandang Alyssa.

'Ahh, Dina sering menganggu konsentrasinya' bentak hati Firash.

"Dina, saya minta maaf pasal perkara yang berlaku dahulu. Saya tak bermaksud pun buat begitu. Sampai sekarang saya masih sayangkan awak, tak pernah padam dan tak pernah hilang. Malah sayang saya pada awak semakin mekar" luah Firash. Matanya melihat Alyssa yang serba salah untuk berbicara.

"Alyssa Irdina, tolong bagi saya peluang. Saya janji tak akan sia-siakan awak lagi?" pinta Firash. Dia sangatlah meyayangi gadis di hadapannya itu.

"Maaf Firash. Saya tak tahu nak kata apa" balas Alyssa setelah sekian lama berdiam diri.

"Dahulu memang saya sayangkan awak. Tapi sekarang, I can't answer it. Kalau kita ada jodoh, sejauh mana saya lari pun tetap bersatu dengan awak jua nanti. Just believe in Allah plan" sambung Alyssa. Dia berharap sangat Firash tidak memaksanya. Dia sudah berasa serik untuk terluka.

"Kalau itu yang awak kata, okay lah. Saya hormat keputusan awak. Tapi saya tetap menyayangi awak dan sanggup tunggu awak. Biarkan saya sayang awak hari-hari" ujar Firash.

"Eh, mana boleh! Saya tak suka lah" bentak Alyssa geram.

"That's my choice. Awak perlu hormat keputusan saya sebagaimana saya hormat keputusan awak" kata-kata Firash mematikan suara Alyssa. Firash tersenyum kemenangan.

'Kau memang pandai buat aku terdiam' bentak Alyssa dalam hati. Tidak ada gunanya membangkang keputusan Firash jikalau dia juga yang kematian kata-kata nanti.

Alyssa sambung balik kerja mencari bahan. Malas mahu menghiraukan Firash lagi. Cepat habis cepatlah dia balik. Berharap sangat Izham akan menjemputnya lebih awal dari yang dijanjikan. Dia tidak betah lagi menghadap muka Firash di sini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience