Alyssa memasuki rumah agam milik keluarga Nisa yang kini dipenuhi orang ramai. Matanya tercari-cari kelibat Nisa yang sudah hampir setahun tidak berjumpa. Maklumlah, dia mengikuti Datin Salmah berpindah ke Kuala Lumpur. Jumpa Nisa pun ketika datang beraya sahaja.
Dari jauh dia sudah dapat menangkap bunyi gelak tawa Nisa di hadapan pintu masuk. 'Ish, minah ni! Bilalah agaknya ketawa nak ingat dunia?' kutuk Alyssa.
Dia berjalan menghampiri Nisa yang sedang rancak berbual-bual. "Assalamualaikum" tegur Alyssa dan melemparkan senyuman manis.
"Ya Allah! Alyssa, lamanya tak jumpa kau!" Nisa sudah memeluk Alyssa teruja.
"Serius lah kau ni Lyssa? Wah, makin cantik kau sekarang!” tegur pula seseorang di sisi Nisa. Alyssa hanya tersengih.
"Lyssa, lama gila tak jumpa kau! Lepas kau pindah sekolah dan ke KL, terus lost contact dengan kau" ujar pula seorang lelaki.
"Weh Lyssa, kau cam tak diorang ni?" pertanyaan Nisa itu hanya dibalas dengan sengihan.
"Sah kau tak ingat kita orang!” ujar perempuan yang berkaca mata itu kecewa.
"Sorry la, kau kan tahu aku selalu lupa muka orang? Lagipun ni first time kita jumpa lepas PT3" Alyssa membela diri.
"Nasib baik kau makin cantik sekarang, so aku maafkan kau! Then, nice to meet you again. I'm Farah" gadis berkaca mata itu perkenalkan diri .
Alyssa terjerit kecil. Teruja barangkali berjumpa dengan mantan penolong ketua kelas dia dahulu yang garang nak mampus! Dikerlingnya lelaki di sebelah Farah. Alyssa angkat kening.
"Jangan kata ni Raziq?" tebak Alyssa. Lelaki itu hanya mengangguk kecil.
"Korang dah kahwin eh?” tanya Alyssa lagi. Bukannya dia tidak tahu, Farah yang garang itu menyimpan perasaan kepada Raziq si ketua kelas yang dingin dan pendiam.
Farah dan Raziq menayangkan cincin nikah mereka. "Gila la kau! Berjaya juga kau ayat Raziq yang beku nak mampus dulu" ujar Alyssa tak percaya. Farah sudah tersenyum bangga.
"Lyssa, kau ingat aku tak?” tanya pula si gadis yang bertudung litup di sebelah kanan Nisa. Lesung pipit di kedua-dua pipinya itu memudahkan Alyssa mengenalinya.
"Kau Yuni kan?” Alyssa meminta kepastian. Ayuni mengangguk kecil dan terus mereka berpelukan. Gamat seketika kawasan itu dengan pertemuan semula mereka.
"Dah dah! Habis tetamu pandang kita. Ni baru sikit kau jumpa Lyssa, kejap lagi ramai lagi teman sekolah kita yang datang" Nisa menolak lembut bahu Alyssa.
"Eh, kau datang sorang je ke Lyssa?” tanya Farah.
"Tak, aku datang berdua. Dia pergi cari parking kejap" jawab Alyssa acuh tak acuh. Matanya sudah menangkap pelbagai jenis juadah yang terhidang di bawah khemah. Tak sabar nak merasa nasi minyak!
"Apa pandang-pandang?" tanya Alyssa pelik setelah tersedar yang kawan-kawannya itu sedang tersengih seperti kerang busuk memandangnya.
"Dia tu boyfriend kau eh?” usik Yuni.
"Eh tak lah" sangkal Alyssa pantas.
"Tipu! Aku tak percaya orang cantik macam kau ni tak berpunya lagi" ujar Raziq pula.
"Betul lah, aku datang dengan ......” tak sempat Alyssa menjawab, seorang lelaki terlebih dahulu memberi salam.
"Assalamualaikum!” Izham menegur kumpulan yang kelihatan riuh dari tadi.
Nisa, Farah, Raziq dan Yuni masing-masing sudah melopong melihat kemunculan lelaki yang sangat rupawan ini. Handsome gila! Dan mereka ternganga besar apabila lelaki itu merapati Alyssa. Mulalah Nisa menyiku lengan Alyssa sambil tersengih.
"Erm, aku tak tahu korang ingat ke tak. Ni Izham Arshad , aba......"
"What? Ni abang yang tak terangkat kau ke Lyssa?" sampuk Farah.
Alyssa menganggukkan kepalanya. Mujurlah kalau mereka masih lagi ingat.
“Kau tak kata pun dia nak datang juga?” bisik Nisa. Alyssa hanya tersenyum tipis.
"Kau ada apa-apa dengan Lyssa eh Izz?" seperti biasa, tanpa rasa malu Yuni menyoal Izham. Dia merenung Izham dengan tajam. Persoalan yang sering bermain-main di fikirannya sewaktu zaman persekolahan dahulu, mula timbul balik.
Izham hanya tersenyum. Tidak menyangkal dan tidak mengiyakan. Mereka terjerit kecil.
"Kan aku dah kata, Izz memang suka Lyssa! Tekaan aku tak pernah salah!" Yuni terjerit kecil.
“OMG! Aku dah ingat lah gosip tu” Farah turut menyampuk. Sebenarnya, hubungan Alyssa dan Izham di sekolah dahulu sering menjadi topik perbualan pelajar sana. Hubungan yang penuh dengan kedinginan dan kebencian, tapi entah kenapa masih lagi nampak yang mereka saling mengambil berat antara satu sama lain.
Alyssa pula terasa membahang. Kenapa pula dia dikaitkan dengan Izham sekarang ni? Ada apa-apa gosip yang dia terlepas pandang ke?
"Eh dah lah tu usik Lyssa. Berkerut seribu dah minah tu. Jemput makan kat bawah khemah tu or korang nak pergi jumpa pengantin dulu?” tanya Nisa mengalih topik. Kesian pula dia melihat wajah cemberut Alyssa.
***
Alyssa melangkah sendirian untuk mengambil makanan. Izham ditinggalkan kerana masih asyik berbual-bual dengan rakan-rakannya. Maklumlah sudah lama tidak berjumpa.
Teringat muka terkejut Izham apabila menemui Naim tadi. Tidak percaya barangkali dengan penampilan Naim yang sudah kurus dan bertambah segak sekarang. Tiba-tiba dia tersenyum kecil teringatkan dirinya dan Izham sering diusik dan dipadankan sewaktu menemui kawan-kawannya dan Izham di dalam rumah tadi.
"Hai Lyssa” teguran daripada seorang lelaki mematikan sengihan Alyssa. Dia mengangkat muka untuk melihat gerangan tersebut. Keningnya dikerutkan. Dia macam kenal tapi tak tahu siapa.
"Mesti tak ingat kan? Ni Arif lah” lelaki itu mula perkenalkan diri. Alyssa cuba mengingati lelaki bernama Arif itu.
"Kawan Izz ke?" Lyssa meneka. Lambat-lambat lelaki itu mengangguk.
"Lyssa tak ingat kut. Tapi betul lah saya kawan Izz walau bukan sekelas" ujar Arif hampa.
Alyssa cuba mengingati Arif lagi. Seketika barulah dia teringat lelaki bernama Arif ini. Lelaki yang menjadi isu perbalahan antara dia dan Izham dulu sampai masing-masing membawa diri.
"So Lyssa, kerja kat mana sekarang?" Arif cuba beramah mesra dengan gadis itu.
"Kerja kat Ilham Empire as engineer. Awak pula?" tanya Alyssa kembali. Sebenarnya dia malas mahu melayan Arif, tapi takut dikatakan sombong pula.
"Alhamdulillah, sekarang saya jadi doktor kat KL” Arif tersenyum. Dipandangnya Alyssa yang semakin manis dan cantik itu. Renungannya buat Alyssa rasa tidak selesa. Alyssa terus menyibukkan diri dengan memasukkan lauk pauk ke dalam pinggannya.
"Awak dah berpunya?" tanpa segan silu Arif menanyakan soalan cepumas. Alyssa tergamam. Soalan jenis apakah itu?
"Err, saya ..."
"Eh Lyssa tak makan lagi? Tunggu abang eh?" muncul Izham tiba-tiba. Tangannya pula ringan sahaja memeluk bahu Alyssa.
Alyssa mengerling Izham di sebelahnya. 'Dah buang tabiat ke Abang Chad ni? Siap berabang lagi ! Tangan tu pula, sejak bila suka pegang-pegang ni?' gumamnya.
"Eh, macam kenal lah! Arif kan?" perhatian Izham dialihkan pula kepada Arif.. Arif menganggukkan kepalanya dan tersenyum hambar.
"Lama tak jumpa kau! Tak sangka boleh jumpa kat sini” Izham mula berbasa-basi cuba untuk menahan rasa cemburu yang menguasai dirinya. Dari tadi lagi dia panas hati dengan Arif yang cuba mengayat Alyssa. Bukannya dia tak tahu Arif dari sekolah lagi cuba mendekati gadisnya.
"Ermm tu la, aku tak tahu pula kau datang juga. Yalah, rasanya kau tak berkawan sangat dengan Naim” sindir Arif kepada Izham yang semestinya tidak mesra alam dengan pelajar lain.
"Tu lah. Kalau bukan sebab Lyssa, aku tak datang kut. Risau nak biarkan dia drive jauh, tu yang aku sanggup mencemar duli" ujar Izham selamba. Arif pula sudah mengetap bibirnya.
"Kau ada hubungan dengan Lysa ke?" tanya Arif mula tidak puas hati.
"Izz kan abang saya!" sampuk Alyssa sebelum kakinya cuba diaturkan ke meja yang kosong.
"Yup. She's my wife to be" Izham tersenyum sinis. Lengan Alyssa pantas ditarik dan tangan sejuk milik perempuan itu pula digenggam dengan erat.
Badan Alyssa pula terus terdorong ke sebelah Izham. Alyssa mengerling Izham tidak puas hati. Nasib baik nasi di dalam pinggannya tidak tumpah. Dia cuba melepaskan tangannya tetapi semakin kemas pula lelaki itu menggenggamnya. Akhirnya Alyssa mengalah.
Arif terpana melihat gadis pujaannya berada di dalam genggaman orang lain. Nampaknya kali ini dia benar-benar kalah dengan lelaki bernama Izham Arshad itu.
"Congrats both of you . So bila nak langsungkan majlisnya?" tanya Arif cuba menutup lara di hatinya.
"InsyaAllah tahun ni juga. Jangan risau, aku pasti jemput kau. Tunggu je kad dari aku! " ujar Izham tanpa mengiraukan jelingan tajam Alyssa. Arif pula hanya tersenyum tipis sebelum dia meminta diri untuk beredar.
Alyssa pandang Izham minta penjelasan. Matanya merenung tajam lelaki di sebelahnya itu.
"Don't stare at me like that. Eye contact is way more intimate than words will ever be” pesan Izham dan terus berlalu pergi.
Alyssa terkedu. Apa maksud Izham? Adakah lelaki itu sedang menyampaikan maksud yang tersirat?
Alyssa pegang dadanya ‘OMG, degupan jantung aku! Kalah larian Usain Bolt'
Share this novel