2

Romance Completed 28229

 'Haih, penatnya hari ni ' luah Alyssa. Dia membuka tudung dan terus merebahkan dirinya ke atas katil. Berkira-kira mahu tidur sekejap. Tiba-tiba pintunya diketuk. Dengan malasnya dia berjalan menuju ke pintu.

"Ya, abang Chad nak apa?” soalnya apabila melihat wajah Izham terjegul di hadapan pintu biliknya.

"Aku bagi kau 30 minit untuk bersiap. Ikut aku cari makanan untuk dinner sebab ibu tak dapat balik petang ni , mungkin sampai malam ni kut” katanya dan terus berlalu meninggalkan Alyssa yang terkebil-kebil .

"Eh dia ni. Suka bagi arahan lepas tu pergi gitu je" bebel Alyssa. Tanpa rela, dia masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri dan bersiap-siap. Dia hanya menyilang shawl birunya. ‘Ala , pergi pasar malam depan taman ni je pun’.

Alyssa menuruni tangga. Dia ternampak Izham yang sudah segak dengan pakaian kasualnya sambil bermain dengan Tom si kucing. Dia mendekati Izham .

"Abang Chad, Lysa dah siap. Jomlah pergi, nanti lewat pula" tegurnya. Izham memandangnya.

"Tudung kau tu tak nak tutup dada ke? Nak tayang gitu je?"

"Err, Lysa malas nak belit-belit” gumamnya.

"Kalau ya pun, labuhkanlah dekat bahagian depan tu”.

Alyssa cepat-cepat membetulkan shawlnya. Salah dia, memang patut pun Izham marah. Izham memang dingin dengannya, tapi tahap kedinginan dia ikut keadaan. Dia tidak suka tapi dia selesa dengan Izham .

Izham tua dua tahun daripadanya. Alyssa sebenarnya bukanlah anak kandung Datin Salmah, dia hanya anak jagaannya.  Sewaktu dia berumur 11 tahun, dia diletakkan di bawah jagaan Datin Salmah kerana ibubapanya terpaksa bertugas di luar negara. Nasibnya kerana merupakan anak kepada pasangan pegawai kedutaan Malaysia di Afganistan. Ibunya bimbang dengan keselamatannya kalau dibawa bersama ke Afganistan, negara yang tidak seimbang sistem politiknya. Malah, dia mahu Alyssa dibesarkan dengan adat ketimuran dan jati diri yang kukuh, dan keputusan menyerah Alyssa kepada Datin Salmah adalah wajar. Dia tidak mempunyai keluarga lain memandangkan kedua-dua orang tuanya merupakan anak yatim.

Pada awalnya, hubungan dia dengan Izham memang bagai isi dengan kuku. Tapi setelah statusnya ditukar menjadi anak jagaan Datin Salmah, hubungan antara mereka terus renggang . Mungkin Izham berasa terancam bahawa kasih ibunya terpaksa dibahagi-bahagi kerana selama ini dia merupakan anak tunggal. Tapi Alyssa sedar , Izham dahulu dengan sekarang dah banyak berubah. Kalau dulu memang pantang berjumpa terus perbalahan mulut berlaku. Tapi sekarang Izham sudah mampu berkompromi walaupun kedinginan terhadapnya jelas terpancar.

"Weh kau dah sampai mana?” tersentak Alyssa dengan teguran Izham.

"Apa?"

"Tak adalah. Jom turun , kita dah sampai" ujar Izham, malas mahu memanjangkan cerita . Dia sedar dengan lamunan Alyssa sejak dari rumah lagi tapi malas pula mahu melayan .

Izham menutup pintu kereta. Dia berjalan menuju ke pasar tanpa menunggu Alyssa. Alyssa yang ketinggalan cepat-cepat mengatur langkah untuk menyaingi langkah Izham.

"Abang Chad,tunggulah!” jerit Alyssa.

"Kau jalan lambat, aku tinggal lah” Izham membalas. Seketika dia berhenti melangkah. Alyssa yang tidak sempat memberhentikan langkahnya dan ya, dia terlanggar Izham. Izham menjegilkan matanya .

"Sorry, tak sempat brek! Abang Chad punya pasal lah. Kenapa berhenti tiba-tiba?”

"Aku pula? Aku berhenti sebab tak tahu nak beli apa ni” Izham memandang Alyssa.

'Err, dia tunjuk muka minta simpati ke?' getus Alyssa.

"pasal tak tahu menu je,ingat apa tadi. Tak pa lah, biar Lysa tolong pilihkan"

Seingat Alyssa, Izham suka makan makanan Thai . Ermm, mungkin ayam pamprik dengan tom yam kut?

"Jom pergi gerai hujung sana" ajak Alyssa. Izham hanya menurut .

"Mak cik, nak ayam pamprik dengan tomyam untuk seorang makan ya" Lysa memesan.

"Mak cik, tambah sup ayam satu” Izham pula menambah pesanan. Alyssa menoleh ke arah Izham.

"Apa pandang-pandang?" soal Izham.

"Kenapa tambah menu? Nanti membazir pula”

"Habis tu kau nak makan pedas-pedas gitu? Tak pasal-pasal kau masuk emergency malam ni” jawab Izham.

Alyssa terdiam. Betul juga, dia memang tak boleh makan pedas.

"7 ringgit dik" suara mak cik penjual memecahkan kesunyian antara Alyssa dan Izham. Cepat-cepat Izham menghulurkan bayaran .

"Jom pergi beli pencuci mulut” ajak Izham. Alyssa hanya menurut .

"Murtabak ke bubur jagung? Mana kau rasa better?” tanya Izham.

"Murtabak la. Ibu kan dah masak bubur jagung dua hari lepas" Alyssa memberi cadangan.

"Jom pergi sana” tunjuk Izham ke arah gerai Pak Lah murtabak.

"Eh, Lysa!" tegur Nisa ketika mereka terserempak.

"Nisa ! Sorang je ke? " tanya Alyssa. Izham mencuit Alyssa dan menunjuk ke arah gerai murtabak. Alyssa mengangguk faham.

"Tak la. Aku datang dengan mak aku. Ha tu pun dia”

Alyssa memandang ke hadapan. Dia melihat ibu Nisa sedang menghampiri mereka.

"Assalamualaikum mak cik”tegur Alyssa sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.

"Waalaikumussalam. Kawan Nisa ke ni ?" tanyanya.

"Haah. Saya Lysa”

"Ini ke Lysa yang selalu Nisa cerita tu? Baik orangnya. Cantik dan sopan" kata ibu Nisa membuatkan Alyssa tersipu malu.

"Ish tak adalah mak cik, saya biasa-biasa je ni” sangkal Alyssa.

"Ni kamu datang dengan siapa?"

"Dengan abang. Dia pergi beli kuih". Dan perbualan mereka berlarutan sehinggalah ibu Nisa meminta izin untuk pulang .
 
Alyssa mencari kelibat Izham. Dia melangkah menuju ke Izham yang sedang bercakap di telefon bimbitnya.

" Takpalah ibu. Lysa dah datang. Izz letak dulu, assalamualaikum" ucapnya menamatkan perbuaalan.

"Siap dah? Jom lah balik, nak dekat waktu maghrib dah" ajak Izham.

"Jomlah, letih dah ni " adu Alyssa.

Mereka bergandingan menuju ke kereta. Baru sahaja Alyssa hendak membuka pintu kereta, tiba-tiba dia teringat sesuatu.

"Abang Chad, tunggu kejap boleh? Lysa lupa nak beli benda lah" ujarnya.

"Benda apa?" tanya Izham .

"Err, kek red velvet” jawabnya takut-takut.

"Tak payah. Aku dah beli masa kau sibuk berborak, ibu yang cakap kau mengidam" suara Izham membantutkan langkah Alyssa.

Dia memandang Izham, Izham anggukkan kepalanya. Rasa tidak percaya Izham belikan untuknya .

"Dahla, masuk kereta cepat. Karang lewat pula nak sampai rumah" arah Izham. Alyssa hanya menurut katanya tanpa berkata apa-apa. Izham menarik senyuman, geli hati dengan muka polos Alyssa. Sebenarnya bukan ibu yang cakap dia mengidam, tapi dia terdengar perbualan dua beranak itu ketika bercakap di telefon petang tadi .

______________

WRITER’s NOTE!!!

Guys, actually Malaysia tak ada Kedutaan di Afghanistan tapi kita menjalin hubungan diplomatik dengan Afghanistan.

Afghanistan mempunyai Kedutaan Besar di Kuala Lumpur sbg tanda hubungan baik kita dgn Afghanistan.

Kalau Indonesia, negara dia orang still ada kedutaan di sana but not us.

Semoga info ini bermanfaat xD

(Sis pun baru tahu sebab kes taliban ambil alih Afghanistan, ampun kan sis salah info)

Share this novel

Pilorina Yalu
2025-04-24 05:41:44 

This is so addictive!!!! love it


NovelPlus Premium

The best ads free experience