“Baiklah Tuan Puan, sambil anda menikmati juadah kenduri kahwin ini, saya ingin menjemput wakil keluarga pengantin perempuan untuk membuat persembahan. Katanya ingin menyanyikan lagu yang ditujukan khas kepada pasangan mempelai kita. Dipersilakan abang sulung Sara, Safwan untuk naik ke pentas”
Maka bergemalah seluruh dewan itu dengan bunyi tepukan apabila Safwan sudah naik ke pentas. Safwan tidak bersendirian, ada Saef yang akan memainkan piano untuknya.
“Hai, saya Safwan, abang kepada pengantin perempuan. Di hari yang penuh bermakna ini, saya ingin menyanyikan sebuah lagu kepada Sara dan Firash. Along doakan semoga kamu berdua akan selalu bahagia sehingga ke syurga. Terimalah lagu ini, If You Love Her” Safwan memberikan isyarat kepada Saef memainkan piano.
Take it
If she gives you her heart
Don't you break it
Let your arms be a place
She feels safe in
She's the best thing that you'll ever have
She always has trouble
Falling asleep
And she likes to cuddle
While under the sheets
She loves Pop songs
And dancing, and bad trash TV
There's still a few other things
She loves love notes and babies
And likes giving gifts
Has a hard time accepting
A good compliment
She loves her whole family
And all of her friends
So if you're the one she lets in
Take it
If she gives you her heart
Don't you break it
Let your arms be a place
She feels safe in
She's the best thing that you'll ever have
She'll love you
If you love her
On days when
It feels like the whole
World might cave in
Stand side by side
And you'll make it
She's the best thing that you'll ever have
She'll love you
If you love her like that
Kiss her with passion
As much as you can
Run your hands through her hair
Whenever she's sad
And when she doesn't notice
How pretty she is
Tell her over and over
So she never forgets
Take it
If she gives you her heart
Don't you break it
Let your arms be a place
She feels safe in
She's the best thing that you'll ever have
She'll love you
If you love her
On days when
It feels like the whole
World might cave in
Stand side by side
And you'll make it
She's the best thing that you'll ever have
She'll love you
If you love her like that
She'll love you
If you love her like that
She'll love you
If you love her
She'll love you
If you love her like that
Firash memeluk bahu Sara yang sedang mengesat air matanya sebaik sahaja Safwan menamatkan persembahannya. Dia sendiri pun terasa sedih dan terharu dengan lirik lagu itu, apatah lagi Sara. Memang abang-abang Sara sangat sayangkan adiknya itu. Sara kan satu-satunya anak perempuan keluarga Puan Safiah dan Encik Asri.
Di saat semua orang masih lagi terkesan dengan persembahan Safwan, Alyssa pula sudah berkerut seribu. Sejak semalam lagi sebenarnya pinggang dia terasa sakit. Kali ini, rasa kesakitan itu tidak tertanggung pula.
“Abang..” Alyssa mencengkam lengan Izham yang sibuk berbual dengan Umar.
“Kenapa, sayang?” Izham menoleh ke arah Alyssa.
“Sayang okay tak ni?” tanyanya lagi apabila dia perasan dahi Alyssa sudah berpeluh sakan.
Alyssa menggeleng. “Sakit! Lyssa rasa baby nak keluar lah”
“Hah? Serius lah sayang?” Terbuntang mata Izham mendengarnya. Bukan ke due date Alyssa tiga hari lagi?
Alyssa menampar lengan Izham. “Betul lah! Takkan Lyssa nak main-main pula? Sakit sangat ni” jelas kerutan di dahi Alyssa menahan kesakitan sambil memegang perutnya.
Izham bingkas bangun. Dia meraup mukanya kasar sebelum memandang Alyssa. “Okay, sekarang abang kena buat apa?”
“Abang!” jerit Alyssa geram. Boleh pula suami dia tanya macam tu!
Umar pula sudah terkekeh-kekeh ketawa melihat kekalutan Izham. Dia menepuk bahu Izham. “Abang Iz, bawa Kak Lyssa pergi hospital lah! Kan terberanak pula dekat sini. Nanti biar Umar inform yang lain”
Izham mengangguk. “Thanks Umar, nanti cakap dekat ibu dan mama eh? Abang Iz bawa Kak Lyssa ke hospital dulu”
Dengan pantas, Izham mencempung Alyssa masuk ke dalam keretanya. Izham punya tahap kalut, hampir sahaja dia melanggar kon keselamatan sewaktu mengundurkan kereta.
“Abang, boleh pecut tak?”
Izham mengerling isterinya. “Dah pecut lah ni, sayang”
Alyssa menggeleng. “Pecut lagi please?”
“Kenapa?” pelik pula dengan permintaan Alyssa.
“Sebab Lyssa rasa, air ketuban dah pecahlah”
“Apa?”
Serentak itu, Izham menekan pedal minyak dengan kuat. Berdesup kereta itu membelah jalan raya yang sibuk. Sampai sahaja di hospital, Alyssa terus ditolak masuk ke dalam labour room.
Mundar-mandir Izham di hadapan wad bersalin itu. Kata doktor, Alyssa akan diperiksa terlebih dahulu. Sekarang sudah 30 minit berlalu, tapi masih tiada khabar berita.
“Suami Puan Alyssa Irdina?” terjegul wajah jururawat di pintu itu.
“Ya, saya?”
“Bukaan Puan Alyssa dah luas, mungkin sekejap lagi dia akan bersalin. Encik nak tunggu kat luar atau nak masuk temankan isteri encik bersalin?”
“Saya masuk”
Jururawat itu mengangguk dan terus memberikan ruang untuk Izham. Dengan pantas Izham menyusup masuk ke dalam wad bersalin.
‘Sayang, tunggu abang! Anak daddy, semoga kamu keluar dengan senang dan selamat’
*******************
Firash khusyuk memandang Sara yang sedang menanggalkan selendangnya di hadapan meja solek. Terpukau dia sekali lagi dengan kecantikan Sara apabila rambut panjang isterinya itu sudah terurai bebas. Pantas Firash melangkah ke arah Sara dah merangkul leher isterinya dari belakang.
“Thanks sebab kau sanggup pelihara mahkota ini untuk aku” ucap Firash. Siapa yang tak gembira apabila Sara mengambil keputusan untuk bertudung setelah sah menjadi isterinya. Firash merapatkan hidungnya ke rambut Sara, wangi!
“Err, tapi macam dah terlambat je Sara berubah. Orang lain dah pernah tengok rambut Sara” kekok pula Sara bila Firash memeluknya sebegini.
“Tak adalah, mana ada istilah terlambat untuk seseorang tu berubah” Firash menarik tangan Sara ke katil. Bibirnya memang tak boleh berhenti tersengih melihat Sara yang masih nampak malu-malu itu.
“Kau nak malu apa lagi dengan aku? Kau dah jadi milik aku pun” tegur Firash bila Sara meliarkan matanya ke tempat lain.
“Err.. Sara..” Sara menggigit bibirnya cuba mencari alasan.
“Don’t bite your lips”
“Hah?” Sara pandang Firash.
“Jangan gigit bibir macam tu, nanti luka. Your lips are mine. Aku tak suka kau buat macam tu”
Sara mengangguk. Seram pula bila Firash cakap bibirnya sudah menjadi milik lelaki itu. Boleh pula Firash claim bibir dia macam tu! Eh, tapi boleh lah kan sebab sekarang Firash sudah menjadi suaminya?
“Sejak bila kau bahasakan diri kau as Sara? No more aku kau, huh?” Firash menjongketkan keningnya. Dari tadi lagi dia perasan, terbuai sekejap dirinya bila Sara bercakap sopan macam tu.
“Err tak boleh ke?” tanya Sara. Tadi Puan Safiah lah yang menegur Sara supaya menukar cara percakapan dengan Firash. Uminya kata tidak manis kalau guna aku kau. Nampak kasar sahaja.
“Siapa kata tak boleh? Abang lagi suka kalau Sara bahasakan diri macam tu” Firash sudah tersenyum lebar.
Sara membulatkan matanya. “A..a..abang?”
Firash mengangguk. “Yalah, kita kan dah jadi suama isteri. Ingat Sara sorang je ke yang boleh tukar cara panggilan? Abang pun nak lah. Now, Sara need to call me abang” matanya mengerling Sara.
“Cubalah cakap. Sebut a..bang” gesa Firash bila Sara masih lagi terkebil-kebil.
“Abang” akhirnya Sara sebut juga. Firash tersenyum.
“Sebut lagi”
“Abang..”
“Lagi”
“Abang..”
“Once more please..”
Ppap! Sara menepuk paha Firash geram. Firash tergelak.
“Dah, mengada je lebih abang ni! Sara nak pergi mandi dulu” Sara bingkas bangun dari katil.
“Siapa kata Sara dah boleh pergi?” pantas Firash menarik tangan Sara kuat sehingga isterinya itu terjatuh ke atas ribanya. Tangan kirinya pula merangkul pinggang Sara erat.
“Abang..Sara nak pergi mandi lah” Sara meronta-ronta minta dilepaskan. Terkejut dia dengan tindakan suaminya.
Firash tidak menghiraukan rontaan Sara sebaliknya dia menjatuhkan Sara ke atas katil. Badan Sara yang sudah terbaring itu lantas ditindihnya. Pergelangan tangan Sara pula dikunci rapat.
“A..abang nak buat apa ni? Sara nak pergi mandi lah” bergetar suara Sara dengan renungan Firash.
“Shuhh! Stay like this for a while” Firash meletakkan jarinya di bibir Sara. Terkedu Sara jadinya. Sara memberanikan dirinya untuk membalas renungan suaminya.
Firash sudah tersenyum senget bila Sara sudah mulai diam. Jari-jemarinya masih bermain di wajah Sara. Sekejap dia menyentuh kening Sara, kemudian dia jatuhkan ke hidung Sara sebelum jarinya berhenti di bibir mungil isterinya.
Sara yang sudah terbuai itu hanya merelakan sentuhan lembut Firash. Matanya dipejamkan rapat bila bibir Firash sudah menjelajah ke wajah dan lehernya. Firash menyelak anak rambut Sara yang sedikit menghalangnya lalu diselitkan ke belakang telinga isterinya. Kemudian satu kucupan di bibir dia hadiahkan kepada Sara.
Pinggang Sara dirangkul sekali lagi dan dia menterbalikkan tubuh Sara. Kini, tubuh Sara berada di atasnya dan barulah dia melepaskan kucupannya. Tersenyum dia melihat wajah Sara sudah bertukar kemerahan.
“Thanks.” Kali ini Firash melabuhkan kucupannya pada dahi Sara.
“Sekarang barulah Sara boleh pergi mandi. Kejap lagi kita pergi melawat Lyssa dekat hospital” Firash meregangkan rangkulannya di badan Sara.
“Hah?” terkulat-kulat Sara jadinya. Dia dah bebas dari Firash ke?
Firash tergelak kecil “Kenapa? Sara nak lagi ke? Abang on je” katanya bila Sara masih lagi tidak mahu bangkit dari atas badannya.
Sara menggeleng. Cepat-cepat Sara bangun dari pembaringannya. Mukanya memang tidak usah cakaplah, sudah bertukar hijau gamaknya. Malu!
“Sara mandi dulu” berdesup Sara melarikan diri ke dalam bilik air. Tergeleng-geleng kepala Firash melihat kekalutan isterinya. Malu lah tu!
************
Alyssa tersenyum lebar melihat Datin Salmah dan Mama dari tadi lagi cuba mengganggu si kecil itu tidur. Kata mereka, tak puas melihat mata hitam pekat milik putera kecilnya. Sekejap sangat anak yang baru dilahirkannya itu membuka mata tadi.
“Lama sangat Izham tu pergi solat ya, Lyssa? Ibu dah panas punggung dekat sini tapi batang hidung dia pun tak nampak” ujar Datin Salmah. Sudah 30 minit dia di hospital, tapi kelibat anak lelakinya tidak pula kelihatan. Pelik sekiranya Izham meninggalkan Alyssa lama-lama. Anaknya itu kan tidak boleh berenggang langsung dengan isterinya.
“Mungkin abang Iz pergi makan dulu kut, bu. Sebab tadi, Lyssa paksa dia pergi kafe. Dari tengah hari lagi dia tak makan” jawab Alyssa sambil mengenangkan yang Izham selalu berada di sisinya sejak dia dimasukkan ke wad bersalin lagi. Tak pernah suaminya membiarkan dia keseorangan.
“Iz tahu kan ibu datang?”
“Tahu. Maybe kejap lagi Iz sampai lah”
Datin Salmah kembali memfokuskan matanya ke cucunya itu. Memang muka si kecil itu saling tidak tumpah dengan wajah Izham. Anak daddy sangat!
“Mulut mungil dia dan kening dia memang ikut Lyssa. Yang lain semua ikut Izham” komen Mama sambil jarinya mencubit geram pipi si tembam itu. Alyssa pula hanya ketawa kecil. Tadi Sara dan Firash pun cakap benda yang sama.
“Tengoklah tu, terus muncung mulut dia kalau kita ganggu dia. Sensitif sangat! Macam mummy dia yang suka merajuk tu” Datin Salmah sudah tergelak bila cucu lelakinya itu tidak betah asyik diganggu sahaja tidurnya.
“Habislah Izham nanti kalau anak dia pun suka merajuk juga nanti. Jenuh lah dia nak pujuk isteri lagi, anak lagi” usik Mama lantas ketawa.
“Mama!” terus bibir Alyssa memuncung. Kenapa la semua orang suka mengusik dia yang dia seorang yang kuat merajuk?
“Hah tengok tu! Mummy dia muncung, terus si anak pun ikut muncung” tunjuk Datin Salmah ke arah Alyssa dan bayi itu. Sekelip mata sahaja ruang bilik itu terisi dengan gelak ketawa Mama dan Datin Salmah.
Bila mata Alyssa melihat sendiri yang mulut anaknya dah macam muncung donald duck, dia pun ikut ketawa. Okay, memang salahnya suka merajuk sewaktu mengandung! Kan anaknya pun ikut sama. Alahai!
Serentak itu, pintu bilik dibuka dari luar. Terjegul wajah Izham yang kelihatan sedikit bertenaga berbanding muka tidak bermayanya tadi. Izham terus menyalami Datin Salmah dan Mama. Sempat dia mengucup lembut pipi anaknya dalam dukungan Mama.
“Lamanya Iz solat?” tegur Datin Salmah.
“Tak adalah, Iz pergi mandi dulu tadi. Melekit sangat badan ni” jawab Izham lantas menuju ke kerusi di sebelah katil Alyssa.
“Patutlah. Eh, Iz dan Lyssa dah ada nama ke untuk putera kecil ni?” soal Datin Salmah teruja.
Izham dan Alyssa berpandangan sesama sendiri sebelum Izham tersengih dan menganggukkan kepalanya.
“Mestilah dah ada nama, bu. Tak tidur malam kami dibuatnya semata-mata nak cari nama yang terbaik untuk buah hati kami ni”
“Cepatlah beritahu” gesa Datin Salmah lagi.
Alyssa menarik senyum melihat wajah Datin Salmah dan Mama yang berseri-seri itu. Ibu jarinya pula mula bergerak ke arah tangan puteranya lalu diselitkan dalam genggaman tangan kecil itu.
“Isyraf Ariqin bin Izham Arshad” kata Izham sambil tersenyum senang. Ya, dia bahagia kerana akhirnya keluarga kecilnya sudah lengkap. Pandangan penuh kasih dia lemparkan ke arah Alyssa kemudian beralih ke anaknya pula.
“Cantik! Ibu suka nama tu” puji Datin Salmah turut gembira dengan pilihan nama untuk cucunya.
“Hai, baby Isyraf. Nenek is here, cepatlah balik rumah. Nenek tak sabar nak gomol pipi tembam Isyraf!” cubit Mama geram dengan anak Alyssa itu.
“Nenda pun tak sabar nak tunggu cucu nenda ni pulang. Makin berseri lah rumah nenda ni kalau Isyraf ada” ujar Datin Salmah tidak mahu kalah juga. Kucupan yang bertalu-talu dia hadiahkan untuk putera kecil itu.
Tidak semena-mena tangisan bayi mula kedengaran. Berang barangkali bila tidurnya asyik diganggu sahaja dari tadi. Cepat-cepat Mama menyerahkan si kecil Isyraf itu kepada mummy nya.
“Sorry, nenek dan nenda kacau Isyraf tidur ya? Nah, nenek serahkan Isyraf dekat mummy Isyraf. Jangan nangis-nangis lagi” pujuk Mama. Kesian pula bila pipi tembam itu sudah berona kemerahan akibat menangis.
Alyssa memangku anak lelakinya dengan cermat. Paha si kecil itu ditepuk perlahan untuk menenangkan dirinya. Tapi, semakin meraung pula Isyraf jadinya. Muka Mama dan Datin Salmah tak usah cakaplah, masing-masing sudah cuak.
“Dia laparlah tu, sayang. Tadi kan dah lama dia tidur” tegur Izham turut menepuk lembut anaknya itu.
“Lyssa susukan lah Isyraf tu. Mama dan Ibu pun dah nak pulang ni. Kejap lagi, waktu melawat pun nak tamat. Nanti kita jumpa dekat rumah pula” Mama mula bangun dari kerusi.
“Haah, tengok keadaan Lyssa ni rasanya esok dah boleh pulang ke rumah” Datin Salmah turut merapati Alyssa. Satu kucupan dia hadiahkan untuk cucunya sebelum dia mengusap kasih kepala menantunya.
“Bye, kami pulang dulu. Iz, jaga isteri dan anak kamu tu elok-elok ya” sempat mereka berpesan sebelum berpamitan.
Hilang sahaja kelibat dua wanita itu, Izham terus membantu Alyssa bersandar untuk menyusukan anaknya. Sekali lagi hatinya rasa bahagia melihat pemandangan itu. Isteri tercinta sedang menyusukan anak yang lahir dari benihnya.
“Thank you sayang” ucap Izham seikhlas hati. Satu kucupan dia jatuhkan ke dahi Alyssa. Kemudian, tangannya mengusap perlahan bahu Isyraf yang rakus menghisap susu bagaikan anaknya itu betul-betul kelaparan.
Alyssa hanya tersenyum. Matanya terpandangkan pergelangan tangan Izham yang sedikit lebam dan penuh dengan kesan cakaran. Timbul perasaan bersalah dalam hatinya.
“Sorry, sebab Lyssa tangan abang luka. Sakit tak?” soal Alyssa sambil menyentuh kesan luka itu. Memang tangan Izham sahaja yang dia cengkam sewaktu bertarung nyawa melahirkan Isyraf.
“It’s okay. Luka ni biasa sahaja kalau nak dibandingkan sakit sayang melahirkan Isyraf tadi. Sumpah, abang nak je ambil alih tugas Lyssa tadi. Tak sanggup abang tengok sayang tanggung sakit” Izham pandang isterinya. Barulah dia mengerti kenapa darjat ibu paling tinggi.
“Abang tak sanggup ke tengok Lyssa tahan sakit macam tu?”
Izham menggelengkan kepalanya. Mestilah dia tidak sanggup!
“Then, nampaknya abang boleh lupakanlah nak anak-anak cukup satu team bola sepak”
Izham terus tergelak. “Pandai dia” hidung Alyssa dicuitnya. Geli hati dengan bicara Alyssa.
“Tak cukup satu team bola sepak pun tak apalah. Isyraf seorang pun dah cukup buat masa ni” sambung Izham lagi.
Alyssa mengerutkan dahinya. “Buat masa ni?”
“Yalah. Abang nak juga ada anak perempuan. Tapi tak apa, jangan difikirkan lagi. Tunggu Isyraf besar sikit, baru abang usahakan yang tu” Izham mengeyitkan matanya.
“Eee gatal! Suami siapa lah ni?” cebik Alyssa. Anak baru sahaja lahir sudah terfikir untuk menambahnya lagi.
Izham tergelak kecil. Dia mencuit pipi anaknya yang masih lagi menyusu itu berserta senyuman di bibir. “Suami Alyssa Irdina lah, mummy Si Iysraf Ariqin”
Bila Isyraf mula merengek kecil, Alyssa terus menjegilkan matanya ke arah Izham. Cepat-cepat dia menepuk perlahan belakang anaknya.
“Aip daddy ni, apa lah kacau Isyraf nak menyusu! Isyraf jangan nangis tau, nanti mummy papp papp daddy sebab ganggu Isyraf. Kesian anak mummy...”
Izham tersengih dan buat riak muka tidak bersalah. Dia pandang anaknya yang kembali senyap. Tapi mulut tu..
“Memang sama!”
Alyssa angkat muka dan pandang suaminya. “Apa yang sama?”
“Mulut Isyraf dan sayang lah. Macam Donald Duck kalau tak puas hati”
Alyssa membulatkan matanya. What the?
“Ish ada ke patut samakan Lyssa dan Isyraf dengan kartun tu!” laju sahaja tangan Alyssa menampar bahu suaminya. Dia memuncungkan bibir pun still cantik okay?
“Adoi, yang! Betul lah, sebiji sama. Sebab tu abang selalu pesan, jangan selalu muncungkan mulut. Ha tengok, anak pun dah terikut sama. Habislah abang nanti kalau dua-dua merajuk. Memang dah boleh sangkut hanger, tak payah beli ampaian baru nanti”
“Abang!” Alyssa terjerit kecil. Tidak suka dengan usikan Izham itu.
Serentak itu, bahu Isyraf terhenjut sedikit dan mula menangis. Alyssa menutup mulutnya. Ops, pasti anaknya terkejut dengan jeritan dia tadi.
“Ha tengok, kesian Isyraf terkejut dengan jeritan tarzan mummy dia” tegur Izham. Tanpa menghiraukan jelingan Alyssa, dia mengambil Isyraf dari pangkuan isterinya. Izham merapatkan Isyraf ke dadanya lalu mula menepuk bahu anaknya untuk menenangkannya.
Tersenyum Alyssa bila Isyraf terus senyap bila diperlakukan sebegitu. Nampaknya memang Isyraf ini akan jadi anak daddy nanti! Belum apa-apa, sudah manja dengan Izham.
Haih, kena berkongsi kasih lah dengan Isyraf nanti. Alyssa dan Isyraf masing-masing memerlukan perhatian Izham. Hmm, bertabahlah Alyssa. Sekarang Izham bukan milik kau seorang.
Izham yang perasan Alyssa sedang merenungnya, terus bergerak merapati isterinya. Seakan mengerti apa yang difikirkan Alyssa, dia melabuhkan seketika kucupan di bibir Alyssa.
“Don’t worry, you’re still my queen in my heart. I love you sayang, forever” bisik Izham. Terus pipi Alyssa berona kemerahan. Sampai sekarang dia masih malu dengan Izham kalau suaminya itu beraksi romantik.
“I love you too abang” balas Alyssa perlahan. Dia tahu Izham sedang tersenyum walau matanya dihalakan ke arah anaknya. Ya, dia masih segan.
“And mummy loves Isyraf too!”
Tanpa mereka sedari, di sebalik pintu itu ada mata yang memerhati. Tidak jadi orang itu mahu masuk melawat melihatkan kebahagiaan keluarga kecil itu. Tidak mahu menganggu momen-momen indah mereka. Satu senyuman tersungging di bibirnya sebelum dia menutup kembali pintu itu. Terus kakinya melangkah pergi bersama doa di hati.
‘Semoga keluarga kecil Izham dan Alyssa menjadi keluarga yang sakinah, mawaddah dan warahmah. Semoga mereka selalu bersama dan bahagia sampai ke jannah kelak.”
TAMAT
THE END AND THANK YOU <3
Share this novel