6

Romance Completed 28229

Alyssa bermalasan di rumah sekiranya dia tidak mempunyai kelas. Dia baru sahaja selesai menonton drama dan kini dia menghabiskan masa di laman Twitter pula.

Tiba-tiba ada sebuah panggilan masuk.
“Mama !“ dia terjerit kecil.
Biasanya nombor Mama ini hanya digunakan apabila dia pulang ke Malaysia.

Tanpa berlengah, Alyssa terus menjawab panggilan mamanya.

“Hello my sweetheart! Rindunya mama dekat baby girl ni” suara ceria Mama menyapa telinga Alyssa. Alyssa ketawa kecil.

“Lyssa pun rindu kat Mama. But Ma, are you in Malaysia right now?“ tanya Alyssa sangsi.

“Yup, tapi masalahnya mama dah satu jam lebih tercongok kat depan pintu KLIA ni. Mama lupa la nak contact Ibu Lyssa sebelum balik sini. Call dia tak angkat pula tadi “ ujar Mama.

“Ish Mama ni, bahaya tau sorang-sorang kat sana. Tak apa lah, nanti Lyssa pergi ambilkan mama“ jawab Alyssa. Mamanya tidak biasa menggunakan perkhidmatan teksi atau grab memandangkan dirinya selalu dijemput dan dihantar oleh Datin Salmah setiap kali pulang ke Malaysia.

Selesai sahaja bercakap dengan mama, Alyssa terus menukar pakaian. Baju blouse bewarna ungu gelap dan sehelai jean putih menjadi pilihannya. Dia turut menggayakan sehelai pashmina putih. Pelembap bibir menjadi sentuhan terakhirnya sebelum bergegas keluar untuk menjemput Mama.

“Ish, mana pula kunci kereta aku ni?“ desis Alyssa. Pelik pula melihat kunci kereta yang sentiasa tergantung di situ tidak kelihatan.

“Cari apa tu?“ tegur seseorang yang bersuara garau. Terkejut Alyssa dibuatnya.

“Em, Abang Chad nampak tak kunci kereta Lyssa?” tanya Alyssa.

“Laa, kan ibu guna kereta kau. Tayar kereta ibu kan pancit. Ibu ada hal kat butik dia, sebab tu la dia guna kereta Lyssa dulu” jawab Izham.

“Haah lupa la. Aduh, macam mana nak pergi ni?”

“Kan, ada kereta satu lagi. Gunalah yang tu dulu” usul Izham apabila mendengar rungutan Alyssa.

“Tak nak lah, tak biasa bawa kereta besar. Takut!” tolak Alyssa. Nampaknya terpaksa la dia pergi menjemput Mama dengan teksi. Baru sahaja mahu menelefon teksi, Izham bersuara lagi.

“Kau nak pergi mana sebenarnya?” soal Izham ingin tahu.

“Jempu Mama kat KLIA. Tiba-tiba mama call suruh jemput dia sebab call ibu tak dapat“ jawab Alyssa.

“Lah, kenapa tak cakap? Boleh je aku tolong drive ke sana“.

“Err tak apa ke?”

“Apa yang tak apa? Alang-alang aku nak biasakan diri balik drive dekat Malaysia“ jawab Izham.

Alyssa hanya mengangguk. Dah Izham kata macam tu dia nak balas apa lagi? Izham sanggup drive pun dah kira okey.

“Tapi sebagai balasannya, kau kena teman aku pergi cari baju untuk kerja” tambah Izham lagi sebelum dia berlalu pergi untuk menukar pakaian.

“Ish, dia ni selalu bagi arahan pastu blah macam tu je! Tak pernah tanya setuju ke tidak“ bentak Alyssa geram.

Perjalanan ke KLIA yang memakan masa 45 minit itu hanya ditemani dengan celoteh DJ radio sahaja. Nak harapkan Izham berbual-bual dengan Alyssa, memang tunggu kiamat lah agaknya!

Sampai sahaja di KLIA, Alyssa terus membuka pintu kereta. Tak sabar hendak berjumpa dengan Mama. Tanpa melihat kiri kanan, dia terus menyeberangi jalan.

‘Ppommmm!‘ bunyi hon kereta mengejutkan Alyssa. Tidak perasan ada kereta sebelum dia menyeberangi jalan tadi.

Sekelip mata sahaja, dia dah berada dalam dakapan Izham. Mujur Izham sempat menarik tangannya tadi.

“Ish, kau dah gila ke? Sini kan kereta laju-laju. Tahulah tak sabar nak jumpa Mama, tapi jagalah keselamatan dulu “ marah Izham setelah pelukannya dileraikan.

Alyssa tersentak apabila suara Izham ditinggikan untuknya. Dia tahu la dia salah, tapi janganlah marah macam tu. Terkejut tadi pun tak hilang lagi. Alyssa pun dah rasa ingin menangis.

Melihat Alyssa yang masih lagi diam tak berkutik, Izham terus melepaskan keluhan. Lantas tangan Alyssa digenggam dan membawanya masuk ke dalam KLIA.

Saat mata Alyssa menangkap kelibat Mama, dia terus meleraikan genggamannya dan berlari ke arah Mama.

“Mama, rindunya Lyssa dekat mama” jerit Alyssa persis anak kecil sebelum tubuh mamanya didakap erat.

“Mama pun rindu dekat Lyssa. Dah, tak payah nangis, Lyssa kan dah besar. Malu orang tengok“ ucap Mama sambil mengusap belakang anaknya yang sudah teresak-esak.

Alyssa mengesat air matanya yang deras mengalir. “Kenapa mama balik tak cakap? Kalau tak Lyssa dah boleh standby awal-awal kat sini tunggu mama” soal Alyssa risau.

“Saja je tak nak bagi tahu. Mama nak buat suprise untuk Lyssa“ jawab Mama sambil tersenyum kecil.

Matanya menangkap kelibat Izham yang setia berdiri di belakang Alyssa. ‘Dah besar dah anak kau Salmah. Segak budaknya’ puji Mama dalam hati.

Izham terus merapati mama dan menyalaminya.
“Mama sihat?“ tanya Izham.

“Alhamdulillah mama sihat je Iz” balas Mama sambil tersenyum kecil.

‘Dah berbaik ke budak-budak ni sampaikan boleh datang sekali ni?‘ bicara hati Mama.

Semua yang terjadi antara Izham dan Alyssa diceritakan oleh Datin Salmah. Terkejut la juga apabila melihat Izhan yang berjalan di sisi Alyssa tadi.

“Jom la mama, kita balik. Mesti mama penat kan?” Alyssa bersuara. Tangan mamanya dipegang.

“Abang Chad, tolong bawa beg mama” arah Alyssa tanpa memandang Izham.

“Eh, aku pula yang kena?“ jawab Izham tak puas hati.

“Abang Chad kan lelaki so abang Chad la yang kena bawa. Dah jom mama, biar dia yang angkat beg Mama“ kata Alyssa sambil menarik Mama berjalan meninggalkan Izham.

‘Merajuk la tu aku marah dia tadi‘ desis Izham.

Mama pula tergeleng-geleng melihat karenah Izham dan Alyssa. Pasti ada sesuatu yang berlaku tadi sampaikan Alyssa datang peluk dia dalam keadaan menangis. Tak pernah Alyssa menangis kalau dia yang datang menjemput.

‘Haih, Alyssa dan Izham ni ada aje benda yang tak kena’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience