23

Romance Completed 28229

Syazana membuka matanya apabila terasa silau terkena panahan cahaya. Dia mengerling ke kiri dan jasad abangnya yang sedang tidur menyapa pandangannya. Dia cuba mencapai gelas berisi air kerana tekaknya amat perit.

"Ana dah sedar? Syukurlah" muncul satu suara.
Syazana mengerutkan kening kerana tidak mengenali perempuan di hadapannya ini. Sungguh, wanita yang manis dengan rambut diikat tocang itu terasa asing sahaja.

"Ana nak air ke? Biar Kak Sara tolong ambilkan" ujar Sara.

"Kak Sara?"

"Yup, kak Sara kawan Firash dan Alyssa actually. Kita tak pernah berjumpa lagi sebelum ni" kata Sara lembut sambil tangannya cekap menuang air untuk diberikan kepada gadis itu.

Selepas itu, Sara melalukan prosedur biasa apabila pesakit telah tersedar. Setelah memastikan keadaan Syazana baik-baik sahaja, dia duduk di kerusi bertentangan dengan Firash. Dengan penuh kasih, dia mengusap perlahan kepala gadis itu.

"Kak Sara doktor yang rawat Ana ke?" tanya Syazana apabila dia perasan yang wanita di sebelahnya itu berkot putih.

Sara menganggukkan kepalanya. “Yup. Kak Sara risau sungguh bila Ana muncul dengan muka kebiruan dan pucat. Abang Ana lagilah tak tentu arah. Kenapa Ana terjun dalam kolam? Tak baik tau buat abang Ana bimbang setengah mati" ujar Sara.

Syazana menunduk kesal. “Sorry Kak Sara. Ana hanya fikir jalan singkat nak buat abang sedar akan environment dia. Ana cuma risau sebab abang murung dan tak nak makan. Ana hanya nak kembalikan abang Ana yang dulu"

Sara senyum segaris. "Bukan macam tu caranya Ana. Cuba Ana bayangkan kalau kelmarin Ana tak dapat diselamatkan, tentu Firash rasa lebih sedih dan kecewa. Dia akan berterusan menyalahkan diri dia sendiri. Masa Ana terima rawatan pun, abang Ana dah menangis risau. Tak habis-habis dia salahkan diri sendiri" beritahu Sara.

Dia mahu Syazana tahu bahawa tindakan seperti itu akan melukakan hati orang sekeliling lagi walaupun niat gadis itu sebaliknya. Membahayakan diri sendiri bukan caranya untuk meraih perhatian orang lain. Mata Sara menatap wajah keletihan Firash yang tertidur di sisi katil Syazana. Memang betul-betul kesian.

"Ana tahu cara Ana salah dan teruk. Tapi Ana dah tak ada cara lain nak buat abang sedar semula. Hmm, Kak Sara bantu pulihkan abang?" pinta Syazana. Matanya membulat memandang Sara seakan penuh pengharapan.

Sara terkedu. "Err, boleh tu bolehlah. Tapi maybe tak berkesan sangat sebab Kak Sara kawan dengan Firash pun sebab Alyssa”

Sara perasan riak muka Syazana sudah berubah. Tidak mahu membuat gadis itu kecewa, Sara sambung bicaranya lagi.

“Sebenarnya Kak Sara dah refer Firash dekat Dr.Arif, psychologist here. Dia dah diagnosed and yup, abang Ana ada simptom depression. But Ana jangan risau, we can cure Firash and bring back him to normal. Sekarang, Ana kena cepat sembuh sebab peranan Ana amat penting untuk ceriakan abang Ana balik. He needs his sister throughout this life" Sara genggam tangan Syazana erat.

Syazana terangguk-angguk mendengar bicara Sara. "Ana akan cuba. Kak Sara, thank you tau sebab tenangkan abang Ana. Sebenarnya abang tu, kalau dia rasa bersalah or kecewa, dia akan cederakan diri sendiri. Tapi itu dulu, sebelum abang jumpa Kak Lyssa. Abang selalu cakap yang bahagia dia ada pada Kak Lyssa. Sebab tu abang still tak boleh moved on dengan Kak Lyssa, he really thought she’s the one for him”

"Kak Sara faham. Tak apa, nanti setiap minggu Ana bawa dia jumpa Dr Arif. Kita kena rawat dia segera sebelum dia jadi lebih teruk. Ana tahukan depression boleh bawa kepada kematian kalau kita biarkan je? Kak Sara akan bantu Ana" ucap Sara bersungguh. Entah, mungkin sebab Firash kawan dia. Jadi dia mahu Firash sembuh semula .

Syazana senyum terharu lantas memeluk Sara erat. Rasa bersyukur kerana dipertemukan dengan Sara. Dalam suasana yang hening itu, tiba-tiba pintu bilik Sara dibuka dari luar.

"Kak Lyssa!" jerit Syazana teruja. Dia terus melepaskan pelukan Sara saat kelibat Alyssa muncul. Firah pula tersedar dari tidur mendengarkan jeritan adiknya. Terpisat-pisat dia bangun lalu mata kuyunya menangkap wajah Alyssa. Kemudian, pandangannya dialihkan apabila terlihat bayang Izham di belakang Alyssa.

"Hey kid! Kenapa terjun kolam? Kalau pandai berenang tak apa, ni badan berat semacam sebab tu boleh tenggelam” bebel Alyssa. Dia memeluk Syazana yang dianggap seperti adiknya sendiri dengan erat. Siapa yang tak risau apabila mendengar khabar buruk itu?

"Ish Lyssa, boleh pula kau cakap macam tu ya?" tegur Sara. Alyssa menjelirkan lidahnya. Izham pula menggelengkan kepala dengan karenah Alyssa. Kemudian dia bersalam dengan Firash. Sempat dia melemparkan senyuman tipis kepada adik tirinya itu.

"Ana dah makan? Kak Lyssa ada bawakan bubur” soal Alyssa sambil menunjukkan bekal di tangan Izham.

"Belum lagi. Wah, kebetulan Ana sedang kebulur. Kak Lyssa tolong suapkan boleh? Tak laratlah" rengeknya sambil tersengih. Sengaja mahu bermanja dengan kakak ipar tirinya.

"Macam budak-budak” gumam Firash perlahan melihat aksi kebudak-budakan adiknya.

"Hah Firash, awak tak makan lagi juga kan? Ni, saya ada belikan makanan juga. Makanlah" pelawa Alyssa sambil mengarahkan Izham memberi plastik berisi makanan kepada Firash.

"Untuk aku tak ada ke? Aku pun tak makan lagi ni” sampuk Sara.

"Ya ke? Tak apa, kejap lagi kita pergi melantak sekali ya? Aku pun lapar juga ni” kata Alyssa selamba.

"Aikk, bukan sayang dah sapu dua pinggan nasi goreng ke tadi? Takkan dah lapar pula " Izham mengerutkan keningnya.

"Biarlah kalau Lyssa nak makan lagi. Ala, bolehlah ya? Lyssa nak makan sambil membawang dengan Sara" pinta Alyssa. Dia mengerdipkan matanya memandang Izham. Sengaja buat muka comel.

"Biarlah dia Izz. Dia lama tak jumpa dengan Sara tu. Kau tunggu kat sini dengan aku, kejap lagi papa pun nak datang” sampuk Firash.

“Yalah” Izham mengalah. Terus terukir senyuman di bibir Alyssa. Dia pantas mencapai bekas berisi bubur dari tangan Izham.

"Okay, Kak Lyssa suapkan Ana dulu”

"Aku keluar dulu jap. Nak hantar report Ana ni. Kejap lagi aku datang kita pergi makan ya” pesan Sara kepada Alyssa.

"Aku pun. Nak pergi tandas kejap. Korang tengokkan Ana kejap ya?” pinta Firash. Gila apa nak stay dalam bilik tu? Tak pasal-pasal hati dia berdarah kembali menyaksikan keintiman Izham dan Alyssa tu. Sudahlah matanya terpaksa menahan daripada melihat tangan Izham yang tak pernah melepaskan genggaman Alyssa.

*******

Sara merenung Alyssa dengan tajam. Macam ada sesuatu je dengan kawannya ni! Ternganga dia tadi apabila Alyssa memesan sepinggan nasi penuh berlaukkan ketam masak cili api. Dia turut mengaut sayur goreng dan ayam goreng dua ketul ke dalam pinggannya. Sambal disapunya dua sudu. Gila apa Alyssa ni?

"Kenapa kau pandang aku macam tu?" soal Alyssa dengan mulutnya dipenuhi makanan. Tak senonoh betul!

"Hantu mana yang rasuk kau ni? Makan mengalahkan biawak komodo. Semua nak disapunya. Aku pelik lah, sejak bila kau makan banyak ni? Dulu nak makan pun susah" ujar Sara sambil mengerutkan dahinya.

"Apa yang peliknya? Dah aku lapar, aku makanlah”

"Kerja kau makan je. Tapi badan mantain kurus, untunglah! But muka kau tu, dah chubby chubby semacam je. Hah, double chin kau tu! Sejak bila muncul?”

"Lantaklah double chin ke double head ke double mouth ke, aku tak kisah. Yang penting aku kenyang" ujar Alyssa selamba. Sara pula rasa nak lempang je Alyssa ni.

Tidak lama kemudian, Alyssa menolak pinggan yang masih berisi ke tepi. Keningnya pula dikerutkan.

"Kenapa pula? Tadi bukan main excited nak makan" sindir Sara.

"Tekak aku mual lah. Kau lambat lagi ke nak siap makan? Aku dah tak ada selera lah, nak pergi dekat cik abang aku je”

"Ala, suami kau tak ke mana pun. Lepak lah dulu. Bukan selalu kita dapat jumpa”

Alyssa menggeleng. " Kau tak faham. Kalau aku mual or pening-pening, aku kena peluk dia. Barulah rasa tu hilang. Nampak pelik tapi itulah realitinya"

"Pelik lah kau ni. Dah la, aku pergi bayar kejap. Kau tunggu kat sini” kata Sara apabila rimas melihat Alyssa asyik duk picit kepalanya.

Alyssa hanya mengangguk. Memang dia rasa loya sangat-sangat nih. Matanya hanya memerhatikan kelibat Sara bergerak ke kaunter bayaran. Tangannya pula ligat memicit dahi. Memang matanya berpinar-pinar kerana rasa pusing.

"Eh, Alyssa kan?" tegur satu suara. Alyssa mengeluh perlahan sebelum dia mengerling memandang empunya badan yang menegur dirinya.

"Ya?”

"Tak kenal? Kitakan dah jumpa dekat kenduri Nisa dulu" katanya. Alyssa mengerutkan dahinya sambil memandang lelaki yang berkot putih di hadapannya ini.

"Macam kenal. Nama awak apa eh?" tanya Alyssa. Ah sungguh, mindanya blur sekarang ni! Tambahan pula, kepalanya semakin berpusing.

"Arif. Your senior dulu"

Alyssa terpana. "Oh, ingat-ingat. Sorry, tak cam tadi. Blurr kejap" dia buat-buat ketawa.

Arif pun turut ketawa. 'Haih, kalau dah jodoh tak ke mana. Walau terpisah pun bertemu juga’ desis Arif.

Tapi ketawa Arif hanya untuk beberapa saat apabila Alyssa dilihat berlari ke sinki dan memuntahkan segala isi perutnya.

"Are you okay?" segera Arif berlari ke arah Alyssa dan memandangnya risau.

"Uwekk!” sekali lagi Alyssa muntah. Kepalanya dipicit kerana pening semacam.

"Kenapa ni ?" ujar Arif risau lagi.

Alyssa mengangkat tangan kanannya. Tangan kirinya pula berpaut pada sinki. Perlahan-lahan Alyssa memusingkan badannya menghadap Arif. Berbalam-balam sahaja pandangannya sampaikan kepala Arif pun dia boleh nampak lebih daripada satu.

"Saya .. nak Izz..” sekelip mata Alyssa sudah terkulai layu. Hampir sahaja tubuhnya terhempas ke lantai, mujur sahaja Arif sempat menyambutnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience