24

Romance Completed 28229

Alyssa membuka matanya perlahan-lahan. Bau ubat menusuk hidungnya. Apabila dia mengangkat tangan, terasa sedikit perit. Patutlah, dia dimasukkan cecair iv rupanya.

Abang! Tiba-tiba dia teringatkan suaminya. Mana pula Izham ni? Sanggup tinggalkan dia sorang-sorang dalam bilik ni. Bunyi suara garau datang menegur menyebabkan Alyssa terus mengangkat kepala. Hampa! Bukan Izham.

"Arif..” ujar Alyssa. Arif tersenyum.

"So, Lyssa dah kahwin rupanya?" tukas Arif mengundang pertanyaan di benak Alyssa.

"Kenapa kalau saya dah kahwin?"

"Terlepaslah saya nak memiliki Lyssa." Alyssa telan air liur. Kesat!

"Macam mana awak tahu saya dah kahwin?" tanya Alyssa.

Sekali lagi Arif tersenyum. Tanpa menjawab soalan Alyssa, Arif memeriksa keadaan wanita itu.

"Mana kawan saya? Doktor Sara?" tanya Alyssa lagi. Dia baru teringat yang dia pengsan di kafe hospital sewaktu makan bersama Sara.

"She has an appointment with her patient" jawabnya. Alyssa hanya menganggukkan kepalanya.

Keadaan kembali sunyi dan Alyssa berasa canggung. Aduh, manalah suaminya pergi ni? Entah-entah Izham tak tahu pun dia turut ditahan di wad. Eh jap, tapi kenapa dia pengsan pula ya?

"So, Doktor Arif. Kenapa saya boleh pengsan tadi?" soal Alyssa ingin tahu.

"Nothing serious pun. Perkara common bila terkena penyakit buatan orang" jawab Arif selamba.

Manakala Alyssa sudah cuak. Penyakit buatan orang? Ya Allah, siapalah yang sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu kepadanya? Tapi kenapa? Dia ada buat salah ke? Atau selama ini ada orang yang tidak puas hati atau iri hati dengannya?

Allahu, pasti dia perlu berubat secara Islam kelak. Mulalah terbayang waktu khilafnya terhadap Allah SWT. Adakah ini ujian yang ditimpakan sebab selalu leka dengan duniawi sehingga lupa untuk bermunajat kepadaNya?

Alyssa mula rasa nak menangis mengenangkan zaman jahilnya dulu. Pasti ini balasan untuk dirinya. Aduhai, macam manalah penerimaan Izham dan keluarganya nanti?

Perlukah dia menjauhkan diri buat sementara waktu untuk pergi berubat? Takut memudaratkan orang di sekelilingnya sekiranya tidak dibendung dengan segera.

"Lyssa, are you okay? Kenapa awak menangis ni?" tanya Arif apabila dia terpandangkan manik-manik halus mengalir keluar dari mata Alyssa.

"Saya sedih. Saya tak sangka ada orang tergamak buat perkara syirik tu dekat saya! Apa salah saya sampai sanggup guna-gunakan saya?" Alyssa sudah meraung seakan-akan tidak percaya dengan khabar berita itu.

Arif pantas menenangkan Alyssa. Aduh, Alyssa sudah salah faham! Habislah dia nanti. Pasti kena bersoal jawab dengan Izham apabila lelaki itu pulang dari solat kalau melihat isterinya menangis macam ni.

"Lyssa dah salah faham ni. Hey, stop crying please? Tak baik untuk kesihatan awak" pujuk Arif. Serba salah pula dia jadinya. Mahu menepuk belakang Alyssa, tapi hatinya melarang.

Tapi tangisan Alyssa semakin menjadi-jadi. Dia takut sebenarnya. Pintu bilik dikuak dari luar. Terjegul wajah Izham bersama-sama dengan senyuman sebelum mati apabila melihat isterinya sakan menangis.

"Sayang, why are you crying?" pantas sahaja Izham meluru ke arah Alyssa. Matanya pula mengerling ke arah Arif. Arif hanya mengangkat bahu bersahaja.

'Kau selesaikanlah sendiri hal kau dengan bini kau. Aku malas masuk campur!’ desis Arif sebelum melangkah keluar.

"Abang! Lyssa takut" luah Alysaa sambil teresak-esak. Tubuh sasa Izham dipeluknya erat. Izham pula mengerutkan keningnya.

"What are you scared of? Abang kan dah ada di sisi sayang” pujuk Izham. Dia mengusap perlahan kepala Alyssa yang berlapik tudung itu.

“Arif kata Lyssa terkena penyakit buatan orang. Lyssa takut Lyssa tak kuat nak tanggungnya"

"Lah, kenapa takut? Bukan ini yang kita selalu doakan ke? Sepatutnya Lyssa bersyukur sebab doa kita dah dimakbulkan" balas Izham pula.

Alyssa tersentak. Pantas dia merungkaikan pelukan. Wajahnya pula berubah kelat. Sungguh dia terasa hampa dan kecewa dengan bicara Izham.

"Sampai hati abang cakap macam tu? Abang tak kesian dekat Lyssa ke? Ini soal hidup dan mati Lyssa tau! Atau abang dah tak sayangkan Lyssa? " bentak Alyssa geram.

Izham bingung jadinya. Aik dia salah cakap ke? Kenapa isterinya tiba-tiba melenting ni?

"Kenapa sayang macam bengang je ni? Betullah abang cakap, ini anugerah yang Allah bagi untuk Lyssa. Bukan senang nak dapatkannya. Ada orang tu tak dapat langsung peluang macam ni. Lyssa sepatutnya bersyukur sebab dapat rezeki ni" kata Izham separuh memujuk.

Alyssa pula berpeluk tubuh dan memandang suaminya dengan mencerun. "Abang kalau dah tak sayang Lyssa cakaplah! Lyssa boleh hadapi sorang-sorang tanpa abang" rajuknya.

Izham tergamam. "Apa Lyssa cakap ni? Takkan abang nak melepaskan saat-saat terindah macam ni? Abang dah lama tunggu detik ni, tapi Lyssa nak suruh abang pergi pula?!" suara Izham sudah sedikit meninggi.

"Apa yang indahnya dapat penyakit macam ni? Lyssa boleh jadi lemah tau! Silap-silap Lyssa boleh mati”

"Astaghfirullahaladzim sayang. Jodoh maut semuanya ditentukan Allah. Biasalah bila mengandung, badan sayang akan jadi lemah. Sebab tu lah abang perlu ada di sisi sayang , sama-sama jaga kesihatan Lyssa dan baby juga. Soal maut tolak tepi dulu. Itu kuasa Tuhan. Yang penting Lyssa jaga kandungan tu baik-baik. Lagipun, besar tau pahalanya melahirkan zuriat umat Nabi Muhammad Saw. Sayang patut bersyukur tau" kata Izham dengan suara yang sudah dikendurkan. Sengaja mahu melembutkan hati isterinya yang seolah-olah tidak dapat menerima takdir.

Badan Alyssa mengeras sedikit setelah selesai sahaja Izham berbicara. Esakan kecilnya pula terhenti terus. Teragak-agak matanya mencari anak mata Izham lalu direnungnya.

"Apa abang cakap?” soal Alyssa minta kepastian.

"Takkan nak suruh abang ulang semula apa yang abang cakap? Panjang sangatlah, sayang”

"Tak. Tak. Bukan semua. Tapi yang mengandung tu" asak Alyssa lagi.

"Kenapa? Betullah, sayang mengandung lima minggu sebab tu sayang pengsan tadi. Kekurangan vitamin dalam badan. Allah saja yang tahu macam mana perasaan abang bila Sara bagitahu sayang pengsan dekat kafe tadi" terang Izham.

Alyssa sudah ternganga. Dia salah faham ke tadi?

"Jadi Lyssa bukan terkena penyakit buatan orang lah?” polos sahaja dia menyoal Izham.

"Eh, penyakit tu lah! Buatan abang” Izham tersengih menayangkan giginya yang tersusun rapi. Manakala Alyssa pula merasakan rahangnya menjunam ke bawah. Erk?

"Bukan orang guna-gunakan Lyssa? Macam guna bomoh apa semua tu, bukanlah?"

Izham menggelengkan kepalanya sambil menunjukkan riak wajah yang pelik. Apa kejadahnya sampai bomoh segala ni? Seketika barulah Izham mengerti situasi sebenar. Isterinya dah salam faham! Terhambur jua ketawanya.

Alyssa menayangkan wajah cemberut. Tahulah dia dah salah faham dan nampak bodoh, tapi tak payahlah ketawa sampai keluar air mata!

"Abang nak ketawa sila ketawa di luar" tegas Alyssa. Cepat-cepat Izham menutup mulutnya dan memandang Alyssa. Lama. Kemudian dia bangun dan memeluk isterinya.

"Alolo, isteri Izham Arshad ni comel lah. Muka macam jeruk masam pun tapi still cantik" usik Izham sambil mencubit pipi tembam isterinya. Patutlah dia merasakan yang ada tak kena sahaja dengan isterinya. Rupa-rupanya sudah ada benih dalam rahimnya!

"Abang.." rengek Alyssa. Izham ketawa lagi. Kali ini dia memegang pipi Alyssa dan mendongakkan supaya memandang ke arahnya.

"Thank you sayang untuk baby ni. Sekarang, sayang tak boleh buat kerja-kerja berat. Serahkan segalanya dekat abang. Jangan stress sangat sebab abang tak nak baby kita lahir dengan wajah berkerut seribu. Sayang kalau dah stress, memang kening asyik berkerut je. Dan janganlah kuat merajuk sebab abang tak nak baby kita pun lahir dengan wajah mencuka. Macam mummynya sekarang ni” usik Izham sambil mencuit hidung Alyssa.

Alyssa menjeling suaminya. Ada ke patut cakap macam tu? Seketika, senyuman bahagia mula terukir di bibirnya. Jelas sinar bahagia terpancar pada wajahnya.

"I love you abang” ucap Alyssa ikhlas. Ya, ini kali pertama dia mengungkapkan lafaz cinta itu terhadap suaminya.

Izham senyum. Dia menjatuhkan bibirnya ke dahi Alyssa.

"I love you too sayang. And daddy love you too baby" ucap Izham penuh syahdu. Kemudian dia mencium pula perut Alyssa yang masih lagi leper belum mengusap tangannya pada perut Alyssa di mana benih kasihnya sedang bercambah.

***************

Bunyi ketawa Sara memenuhi ruang itu. Alyssa tayang wajah cemberut. Nak sahaja tangannya melempang Sara supaya gadis itu berhenti ketawa. Dah over sangat kalau gelak pun tekan-tekan perut!

"Sudahlah gelakkan aku, Sara. Aku tahulah aku lurus bendul" rajuk Alyssa.

"Sorry Lyssa. Aku tak bermaksud nak gelakkan kau. Tapi seriously, kau tak faham langsung hint yang Arif bagi? Tak pasal-pasal gaduh sekejap dengan laki kau. Hahaha…" kata Sara berserta dengan sisa tawanya.

"Entahlah. Otak aku tak berfungsi sangat masa tu. Padahal hint-hint macam tu berlambak dalam drama dan novel. Haihh” keluh Alyssa.

"Biasalah. Kau baru sedar dari pengsan kan? Progress otak belum complete lagi” ujar Sara.

"Tapi kan, aku still tak percaya. Kawan aku dah nak bergelar mummy” kata Sara teruja.

Kalau Sara dah teruja pastilah Alyssa lebih teruja. Alyssa tayang senyum bahagianya. Dari tadi lagi tangannya tidak berhenti mengusap perut.

"Aku dah mengandung. Kau, kahwin pun tak. Takkan tak jumpa calon lagi? Atau kau sebenarnya tengah tunggu seseorang?" soal Alyssa beserta dengan senyuman nakal.

"Ish. Aku sibuklah nak fikir pasal-pasal kahwin ni. Kerja aku berlambak tau"

Alyssa tersengih. "Ala Sara, orang dah ada depan mata. Apa lagi yang kau nak tunggu? Sambarlah cepat selagi boleh ni. Nanti kau juga yang rugi”

Sara pandang Alyssa. "Apa yang kau merepek ni?”

"Cis, kura-kura dalam perahu. Pura-pura tak tahu”

"Aku tak faham sungguh lah!” bentak Sara sambil mengerutkan keningnya.

Alyssa tersengih sebelum dia memandang Sara dalam-dalam. Tangan Sara di sisinya pula dicapai lalu digenggam lembut.

"Sara, kadang-kadang kita kena jadi selfish tau untuk dapatkan kebahagiaan kita. Dah cukup-cukuplah berkorban untuk kawan sebab kawan yang kau berkorban tu dah jumpa bahagia dia sendiri. Now, it’s your turn to seek for your own happiness"

Senyap.

"Aku tahu selama ni kau minat gila dekat Firash. Tapi Firash minat kawan kau. Dan kawan kau pula tak fikir panjang terima je cinta dia. Kau pun sedihlah dan pendam sorang-sorang. Kau siap sokong lagi hubungan mereka tu"
Alyssa senyum segaris.

"But sorry to say, pengorbanan kau tu sia-sia. But not fully futile actually. Kalau kawan kau tak jumpa diari kau, entah bila kawan kau tu tak tahu perasaan sebenar kau. Dan disebabkan diari kau, kawan kau tu sedar satu hakikat.." Alyssa pandang Sara yang sudah berwajah kaku itu.

"Aku jauh daripada dia. Tapi hari-hari aku sayang dia. Hati aku tak boleh menipu walau sekeras mana aku menafikan” ucap Alyssa.

Sara menelan air liurnya. Sungguh, dia terasa perit sahaja di kerongkongnya sekarang ni.

"Kau tahu, sebab ayat pujangga kau inilah aku tersedar sebuah hakikat. Hakikat yang sebenarnya aku mencintai abang angkat aku. Aku jarang berbaik dengan dia tapi hari-hari aku sayang dia. Even dia berkasar dan marah-marah aku, aku still sayang dia. In fact sewaktu kitorang terpisah, barulah aku sedar yang setiap saat aku sayangkan dia” Alyssa pandang ke luar tingkap. Kemudian dia kembali memandang Sara .

"Aku sayang Izham, Sara. Cinta aku hanya untuk Izham. Dari dulu lagi. He’s the one from the beginning. Aku tak ada rasa apa-apa pun untuk Firash. Kau pernah berkorban untuk aku dan aku akan berkorban untuk kau. Demi kebahagiaan kau. Kau bahagia, aku pun bahagia. Fair and square"

"Apa maksud kau?" soal Sara setelah lama dia berdiam diri.

"Aku tahu kau cintakan Firash, Sara. Aku boleh nampak sinar mata kau setiap kali pandang Firash. Tapi aku kawan yang teruk kan? Pentingkan diri sendiri sampai sanggup lukakan hati kawan” Alyssa menundukkan mukanya.

“Lyssa, aku..”

“ Sara, dengar sini. Kau berhak dapat cinta Firash dan Firash berhak dapat cinta tulus kau. Aku nak tolong satukan kau dengan Firash" potong Alyssa.

Sara tersentak. Ya, dia terkejut kerana isi hatinya dapat dibaca oleh Alyssa. Melihat wajah Alyssa yang penuh bersemangat, Sara tahu yang dia tidak boleh menafikannya lagi.

"Eh, kau jangan macam-macam! Kau jangan plan yang bukan-bukan pula. Jangan plan nak perangkap aku dengan dia” Sara sudah mula melalut.

Alyssa geli hati. Nampak sangat Sara ni kuat baca novel cinta dan kaki drama.

"Euew, tak kuasa aku nak buat macam tu. Aku nak Firash fall in love dengan kau secara natural okay” terang Alyssa. Lagipun dia rasa tak susah pun mahu membuatkan Firash jatuh cinta dengan Sara. Entahlah, jauh di sudut hatinya pun dia dapat merasakan yang Firash sebenarnya berminat dengan Sara. Tapi itulah, lelaki itu dibutakan dengan dirinya pula.

Sara kelihatan berminat dengan rancangan. Gila apa nak tolak bantuan orang untuk satukan dirinya dengan cinta hatinya? Sekarang ini, semua perasaan malu, segan dan seangkatan dengannya ditolak ke tepi. Biarlah, demi kebahagiannya!

"Macam mana? Apa yang kau nak buat?" soal Sara bagi memohon penjelasan tentang perancangan Alyssa.

Alyssa pula tersengih suka.

"Macam ni..” Alyssa merapatkan mulutnya ke telinga Sara lantas membisikkan sesuatu. Tidak lama kemudian, terbit senyuman lebar pada wajah Sara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience